TABUNG

06 January 2014

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim di Taman Botani Negara Shah Alam

Assalamualaikumm..



Wahhh, tahun 2014 ni macam makin meriah je kan? Wishlist tahun ni, nak pergi jelajah tempat-tempat menarik yang ada kat dalam Malaysia ni. Eh, kenapa tetibe je fana ni? Hahaha. Sebenarnya kalau korang nak tahu 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia !


Rasa macam bangga pulak jadi warganegara Malaysia. Dah la aman, makmur, harmoni dengan rakyat berbilang kaum, makanan sedap-sedap ditambah pula dengan tempat-tempat best yang ada kat Malaysia ni. Sayang betul la rasanya kat Malaysia. Aummmm. Harimau Malaya giteww!


Actually, banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat Malaysia ni yang fana belom jejak lagi. Bukan apa, rasa diri ni masih kecil lagi untuk berjalan jauh tanpa keluarga disisi. Cehhh! Kalau dalam area Kuala Lumpur, Selangor tu inshaAllah tak ada hal la.


Okay, baru-baru ni masa cuti study week, rasa macam nak main salji pula. Siapa kata dalam Malaysia tak ada salji? Haaa, tu la, korang tak tahu. Kalau korang nak merasa salji, sejuk, bila bercakap asap berkepul-kepul keluar dari mulut, jom pergi tempat ni.

Pintu masuk Rumah Iklim Sederhana Empat Musim


Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang terletak di Bukit Cahaya, Shah Alam. Untuk pengetahuan korang, Rumah Iklim ni akan beroperasi mengikut musim-musim yang terdapat di kawasan iklim sederhana iaitu di hemisfera utara dan hemisfera selatan.


Pemandangan dalam Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Disebabkan Malaysia tak ada musim-musim tu, makanya dengan itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil inisiatif bagi membina Taman Botani Negara ni dan sebenarnya Taman Botani Negara ni ada macam-macam cuma fana sempat pergi Rumah Iklim je.


Jangan tak tahu, perkhidmatan musim juga akan mengikut musim-musim yang sedang berlaku di kawasan iklim empat musim. Ini merupakan masa dan musim yang boleh korang jadikan panduan.


November - Februari     :  (Musim Salji / Winter)
Mac - Mei                     :  (Musim Bunga / Spring)
Jun - Ogos                     :  (Musim Panas / Summer)
September - November  : (Musim Luruh / Autumn)


 So, pilih la bila korang nak pergi mengikut musim apa yang Rumah Iklim Sederhana Empat Musim sediakan. Untuk harga masuk pula memang sangat murah.



Harga masuk Taman Botani Negara - RM 3.00 (Dewasa) RM 1.00 (Kanak-Kanak)
Harga masuk Rumah Iklim Sederhana - RM 5.00 (Dewasa) RM 1.00 (Kanak-Kanak)


Suhu dekat dalam Rumah Iklim Sederhana Empat Musim pula mencecah negative degree ! Memang sangat sejuk. Kalau korang nak masuk kalau boleh bawak la jaket yang tebal sikit. Sebab sejuk dia tahap nak beku la satu badan ni.


Nampak muka tahan sejuk tu?

Kawasan luar Rumah Iklim Sederhana Empat Musim




Peta dalam Taman Botani Negara

Amacam? Terasa macam nak cuti-cuti Malaysia tak? Kalau berminat nak rasa salji dan tak menggunakan duit yang banyak boleh la datang ke Taman Botani Negara yang terletak di Shah Alam ni sebab apa? Sebab best sangat ! Hahaha. Rasa macam pegi overseas sangat.


Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Iklim Sederhana Empat Musim atau Taman Botani Negara Shah Alam ni boleh la terus pergi ke websiteTaman Botani Negara


Sempena Tahun Melawat Malaysia ni, cuba la berjalan-jalan ke tempat yang menarik dalam Malaysia ni. Siapa kata kita tak boleh melancong dalam negara sendiri? "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri." :)


Untuk maklumat lanjut mengenai Tahun Melawat Malaysia ni boleh layari facebook Visit Malaysia 2014 :
"Malaysia Truly Asia"



p/s : Terasa macam nak pergi 'melancong' ke Art Sphere pulak lepas ni. Hihihi.


nfcs 

9 comments:

  1. @Asyik Izas
    Tak boleh pun kak asyik, cuma boleh tengok dari dekat je. :)

    ReplyDelete
  2. Mahal tak nak masuk semua tempat? Sekarang nya duit kena ada berapa ringgit ya. Plss jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zeeqah,
      Harga masuk Rumah Iklim Sederhana - RM 5.00 (Dewasa) RM 1.00 (Kanak-Kanak).
      Harga masuk Taman Botani Negara - RM 3.00 (Dewasa) RM 1.00 (Kanak-Kanak).
      Total RM8.00 sahaja untuk seorang. :)

      Delete
  3. Tq sis for the sharing..nnti akak nk bwk anak2.😊

    ReplyDelete
  4. Wah...best2...sy nk ajak husbnd g esok...main salji...

    ReplyDelete
  5. aaa ritu pergi tp xjumpa yg taman2.. jalan kt blah org joging tu.. punya la bosan xda benda.huhuhu. nex time kena bwk peta ni. hikhik..

    jemput singgah blog http://imamimoth.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...