TABUNG

14 May 2014

Sheikha Hub Exclusive Preview SHWIFF2014

Assalamualaikumm..



8 May 2014 yang lalu, fana dijemput oleh Sheikha Hub untuk ke majlis sidang media sempena Sheikha Hub World Islamic Fashion Forum 2014 (SHWIFF2014) yang bakal berlangsung 28 dan 29 Ogos 2014 nanti. Ingat lagi tak mengenai event Sheikha Hub yang pernah fana hadiri masa bulan puasa tahun lepas? Kalau yang belum baca, boleh la baca kejap. Ada Ameera Zaini tauuu. Pegi baca kejap. 


Jadi, fana telah dijemput ke majlis eksklusif ni. Jujurnya, fana agak rindukan Sheikha Hub's family. Maksud fana team Sheikha Hub tu sendiri. Sebab apa? Sebab layanan yang diorang berikan buatkan fana rasa macam dah jadi salah seorang team Sheikha Hub. Terutama Datin Norzihan yang sentiasa mesra melayan tetamu yang hadir. Terima kasih. :)



Sheikha Hub Exclusive Preview diadakan bagi memberitahu kepada sahabat media mengenai SHWIFF yang akan berlangsung nanti. SHWIFF akan diadakan di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur. Bersempena dengan itu, akan turut diadakan Forum Interaktif, Fashion Showcase dan juga Bazaar ! Seperti biasa, Sheikha Hub banyak memberi peluang kepada bakat-bakat muda yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan rangkaian muslimah untuk mengetengahkan fesyen mereka ke peringkat antarabangsa.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Teuku Sheikh Zubali dan Bekas Personaliti TV, Tg. Elida bertugas sebagai emcee pada hari tersebut. Majlis berjalan dalam suasana yang sangat harmoni di lobi Hotel Ritz Carlton yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Seterusnya majlis diteruskan dengan peragaan fesyen oleh model-model. Tak sabar fana nak tengok. Ini merupakan part yang paling best sekali. Semua tetamu pun rasanya tak sabar nak tunggu model keluar. 



Bayou Batik







Suhaila Abaya





Banyak sangat pakaian yang menarik diperagakan oleh model-model ni. Ramai antara mereka merupakan team Sheikha Hub sendiri. Tahniah kepada pengusaha-pengusaha pakaian muslimah yang telah pun bernaung di bawah Sheikha Hub. Tahniah juga buat Sheikha Hub kerana telah banyak bekerjasama dengan pengusaha luar negara. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Selepas itu, para tetamu dan media disajikan dengan makanan serta minum petang oleh pihak Ritz Carlton. Sambil itu, kami disajikan dengan persembahan lagu irama tradisional oleh Fauziah Gambus. Cantik orangnya. First time fana berjumpa depan-depan dengan beliau. Sangat berbakat !


Fauziah Gambus

Ini merupakan makanan yang disajikan. Antara yang paling fana nanti-nantikan. Bukan suka nak makan sangat sebenarnya tapi fana ni pantang nampak makanan yang disusun cantik, memang suka nak tangkap gambar makanan. Hehehe





Selesai makan, marilah kita bergambar. Tak lengkap rasanya kalau datang ke majlis tanpa bergambar dengan tuan rumah. Jadi, inilah tuan rumah iaitu Pengasas Sheikha Hub yang fana kagumi, Datin Norzihan. Walaupun baru sekali fana datang ke event Sheikha Hub, tapi Datin masih cam muka fana. Hehehe. Fana sentiasa mendoakan kejayaan Sheikha Hub. :)

Founder of Sheikha Hub, Datin Norzihan

Fashion designer, Asha Karim bergambar bersama Datin Norzihan

Puan Asha Karim merupakan salah seorang pereka tudung yang sangat cantik dan eksklusif. Suka sangat tengok koleksi tudung-tudung Asha Karim Collection. Kalau ada yang teringin nak pakai masa raya nanti boleh la pegi beli dekat facebook mereka.

Asha Karim Collectionhttps://www.facebook.com/AshaKarimCollection


Abaikan muka fana yang berserabut tu

Hari tu fana berpeluang bersembang dengan Owner Saraya Zahret yang fana kagumi, senyap-senyap follow Instagram, Facebook Saraya Zahret tau. Sebab fana minat gila dengan rekaan mereka. Kalau pergi Busana Mall dekat Mara tu memang teringin sangat nak masuk butik Saraya Zahret. Lepas ni kena masuk la. hehehe. Terima kasih Kak Suri atas motivasi dan sokongan yang diberikan. Nice meeting you. :)

The owner of  Saraya Zahret, Kak Suri
Saraya Zahret merupakan antara jenama yang terawal beranaung di bawah Sheikha Hub selain Ammara Boutique, Azura Azwa, dan Mimpi Kita. Untuk korang yang nak cari baju raya, tudung raya dan segala-galanya la untuk raya nanti boleh la serbu butik Saraya Zahret.

Saraya Zahret : https://www.facebook.com/sarayazahret 



Pengasas perniagaan online seterusnya ialah Cik Anis kita yang comel ni. Untuk korang yang tak tahu, Anis merupakan anak kepada penerbit dan pelakon yang menjadi pujaan ramai itewwww, Datuk Rosyam Nor. Bertuah betul beliau bila perniagaan online beliau dapat bernaung di bawah Sheikha Hub. Sekarang ni dah makin berkembang dan terkenal jenama Bidadari Contemporary ni. Tahniah Anis ! Nanti jumpa lagi okay?

Bidadari Contemporary : http://www.bidadaricontemporary.com/

Fana bersama Anis Datuk Rosyam Nor

Tak sangka jodoh fana dengan Dayah Bakar ni sangat kuat kan? Asik jumpa aje. Hehehe. So, hari tu dapat la fana jumpa lagi dengan hos rancangan 3R ni, Dayah Bakar ! Baru je jumpa kat Fashion Talk hari tu. Ni jumpa lagi. So, kali ni Dayah Bakar bawak kawan baik dia Qistina.

Qistina dan Dayah Bakar

Kesimpulannya, fana sangat enjoy majlis sidang media yang dianjurkan oleh pihak Sheikha Hub ni. InshaAllah, kalau tak ada aral melintang, fana akan sertai Sheikha Hub World Islamic Fashion Forum 2014 yang akan diadakan di JW Marriot nanti. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.



Terima kasih kepada Kak Syirock (nama manja) sebab invite fana hari tu. Terima kasih team Sheikha Hub sebab sudi menjemput fana sebagai blogger ke majlis eksklusif ni. Semoga dapat jumpa lagi nanti. Tak sabar nak pakai pin yang cantik tu. Thanks for having me. :)

Bergambar beramai-ramai


Untuk maklumat lanjut, layari :


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...