TABUNG

09 May 2014

SIGNATURE CAFEARO BY YVES @ 1 SHAMELIN SHOPPING MALL

Assalamualaikummm..


Hello ! 


Baru-baru ni fana bersama 19 rakan bloggers yang lain dijemput bagi mengadakan sesi food tasting di Restoran Signature Cafearo yang terletak di dalam 1 Shamelin Shopping Mall. Kami dihidangkan dengan menu makanan tengahari beserta pencuci mulut ! Food tasting berlangsung dalam suasana yang tenang, privasi dan mesra pelanggan. Sesi food tasting bermula jam 11 tengahari dan tamat jam 1 petang. 


SIGNATURE CAFEARO


Alamat :
C-G-03A, 1 Shamelin Shopping Mall, 
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 
56100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-9286 6811

Waktu Operasi :
10.00 pagi - 10.00 malam


Restoran Signature Cafearo menggunakan konsep santai. Suasana dalam restoran yang santai mampu membuatkan pengunjung datang berkali-kali untuk menjamah hidangan di Signature Cafearo. Menurut Pengurus Pemasaran Signature Cafearo, mereka menggunakan gabungan warna hijau dan putih kepada restoran ini kerana ianya mampu memberikan kesegaran kepada pengunjung sambil menikmati hidangan.

Signature Cafearo by Yves

Hidangan pencuci mulut disusun kemas dan teratur di satu sudut restoran. Rak yang dipenuhi pencuci mulut ni menarik perhatian fana apabila mula melangkah kaki ke dalam restoran. Pelbagai jenis pencuci mulut yang dihidangkan oleh Signature Cafearo antaranya mini pavlova dan kek.

Sudut Pencuci Mulut

Pencuci Mulut

Jangan risau kalau tak tahu nak makan apa di Signature Cafearo sebab pelayan-pelayan restoran sedia membantu. Tambahan pula, terdapat satu ruangan khas yang diletakkan di kaunter bayaran bagi menu khas yang merupakan antara menu paling laris di restoran ni. Boleh la pilih berdasarkan apa yang dicadangkan oleh Chef ni. :)

Menu istimewa di Signature Cafearo

Signature Cafearo juga menyediakan ruangan khas yang agak santai untuk mereka yang inginkan suasana makan yang rileks. Fana paling suka sudut ni. Gabungan warna yang sangat segar. Mampu menaikkan selera. Gittewwww ! Yang paling penting, next time fana datang fana nak cop duduk situ. Hehehe

Salah satu sudut santai di Signature Cafearo

Buku Menu Signature Cafearo
Apa yang menariknya lagi, Signature Cafearo menawarkan harga makanan dan minuman dengan harga yang sangat berpatutan. Masa fana mula-mula tengok buku menu, fana tertarik dengan harga yang ditawarkan. Boleh dikatakan harga yang diletakkan lebih murah dan mampu la kalau pelajar-pelajar KPTM nak datang makan pun. Maklum la, 1 Shamelin ni kan dekat je dengan KPTM.

Menu makanan di Signature Cafearo

Pilihan Minuman di Signature Cafearo

Tak lengkap buat food review kalau tak ada gambar makanan. Jadi, ini antara makanan yang kami cuba pada hari tersebut. Hidangan yang dihias indah oleh chef dan rasanya pun sangat sedap. Buat yang rasa tak menang tangan lap air liur tu, cepat-cepat la datang ke Signature Cafearo ni ye. Semuanya sedap !

Smoked Salmon and Spinach Quiche (RM 15.90)

Summer Angel (RM 14.90)

Menurut Chef, mereka menggunakan minyak Zaitun dalam masakan bagi menjamin kesihatan pelanggan yang makan di restoran mereka. Selain itu, restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis hidangan bagi menepati citarasa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Tak ada masalah nak order makanan Barat, tempatan dan sebagainya. Semuanya terhidang di bawah satu bumbung.

Vast Ocean Salmon Salad (RM 15.90)

Smoked Duck Pesto Fettucine (RM18.90)
Smoked Duck ni merupakan antara menu paling sedap di Signature Cafearo. Kalau tak percaya tanya mereka yang dah pernah makan. Kalau tak percaya lagi, cuba rasa sendiri. :)

Oceanic Secret Night (RM 18.90)

Soft Shell Crab Mustard Mayo Wrap (RM 13.90)

Soft Shell Crab with Ham and Cheese Bake Egg Rice (RM 19.90)
First time makan Soft Shell Crab (ketam tanpa kulit keras), fana rasa menu ni adalah bijak ! Sebab fana suka makan tanpa mengotorkan tangan. Makanan yang sedap tu akan dapat makan tanpa gangguan dan kunyah la sampai habis. Rasa ketam tu pun sangat sedap. Fana rasa mungkin chef menggunakan tepung berempah untuk menaikkan rasa ketam. Lembut sangat. Tak payah nak buang kulit bagai.

Roasted Mushroom Soup (RM 8.90)

Jadi, siapakah disebalik kehebatan rasa makanan di Signature Cafearo? Siapakah? Siapakah? Hahaha. jeng, jeng, jenggggg. Inilah Chef dia. Kacak bergaya lagi tau, Chef Yves ! Fana sukakan citarasa di Signature Cafearo sebab semua yang disajikan sangat berkhasiat. Itu yang mereka ketengahkan di restoran bertemakan hijau dan putih ini.

Chef Yves menandatangani ruangan Signature di restoran

Antara rakan blogger yang hadir sama sempena Food Tasting di Signature Cafearo

So, yeah! Kitorang dah cuba makanan yang sedap dan berkhasiat di Signature Cafearo. Anda bila lagi? So, fana nak cadangkan korang untuk cuba Smoked Duck Pesto Fettucine dan juga mini pavlova sebab dua menu tu dah jadi kegemaran fana. Oh ya, Soft Shell Crab Mayo Wrap pun sama! Hihihi. 



My Rate for Signature Cafearo out of 5 Stars is 

Foods : 4 Stars 
Ambience : 5 Stars
Value : 4 Stars


Sempena Hari Ibu yang akan tiba tak lama lagi, Signature Cafearo akan mengadakan promosi untuk semua ibu-ibu di yang datang ke restoran mereka. Antara promosi yang diadakan ialah : PERCUMA pasta / PERCUMA nasi goreng kepada mereka yang bergelar Ibu. Jadi, korang bawaklah ibu, makcik, nenek atau jiran-jiran asalkan mereka bergelar IBU. Okay?


Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu seluruh dunia dengan tema "Ibu Dihati, Syurga Menanti".


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...