06 January 2013

: Daiso, Jepun :

Assalamualaikum..


Mata agak kepandaan dan diri agak kezombian gara-gara tidur yang tak cukup sempena Final Exam. Hohoho. Aku dah berjaya jawab satu kertas dan tinggal lagi empat kertas untuk dijawab. Eksaited tahap maksima sebab tak sabar nak habiskan semua kertas dan cuti !


Oh, termelencong sedikit dari tajuk asal. Sape pernah dengar perkataan DAISO angkat tangkat tapi jangan tunjuk ketiak! Benda yang busuk-busuk dilarang ya semasa sesi melawat blog aku ni. Mohon! -.-


Okay, pada asalnya aku nak main teka-teki hadiah singgit untuk sapa yang boleh jawab tapi aku rasa tak payah la. Biar aku je yang story habis-habisan. :D *gelak kejam*. Cuti study week baru-baru ni aku ditugaskan untuk cari satu produk kecantikan untuk muka iaitu topeng muka atau dalam bahasa inggerisnya MASK.



Selalunya aku pakai je. Tugas membeli itu kakak aku punya tugas. Sebab aku selalunya merembat je. Hahaha. *gelak kejam lagi*. Aku ni mana la mampu kan nak membeli-belah semasa dalam tempoh belajar ni. Cis! Pentipu.


Okay, mask yang comel ni memang kaler hitam. So, korang jangan nak terkejut sangat la kalau muka korang warna hitam macam arang masa pakai mask ni kan. Even hosmet aku pun gelak bagai nak rak tiap kali aku pakai mask ni. Kejam betol. -.-


Apa yang best pasal Charcoal Mask ni ialah dia sangat membantu korang untuk buang whitehead dan blackhead yang ada kat muka korang terutama dibahagian hidung. Serius! Aku tak tipu. Ini semua benar-benar belaka. Korang akan dapat kulit muka yang bersih selepas tanggal je mask hitam ni.


Selain daripada mask hitam yang awesome ni, Daiso jugak ada jual mascara yang awesome jugak! Aku dah beli satu. Kalau korang tak caya, korang pegi beli okay! Ni ha mascara yang aku maksudkan.



Mascara ni aku pakai mula-mula sangat soft. Dan, yang paling best dia tak berketul pon macam mascara mahal yang lain. So, aku dah tahu mana yang terbaik sekarang. Yang mahal tak semestinya bagus. :)


Selain mascara ada banyak lagi barang-barang kecantikan yang aku tak dapat nak masukkan gambarnya kat sini. Korang kena pegi sendiri baru korang tahu betapa terujanya aku bila kat dalam kedai ni. Ya Allah, barang-barang dia bukan je comel tapi sangat awesome!


Oh, lupa pulak nak bagitahu yang barang-barang kat kedai ni semuanya lima ringgit. Diulang LIMA RINGGIT sahaja. Gempak tak? Gempak kot. Barang-barang Jepun yang diimport ke sini dan semuanya berharga lima ringgit. Tak percaya?



Nampak tak? ALWAYS RM5. Maknanya apa? Semuanya lima ringgit dan selamanya lima ringgit. Takkan naik harga. Wahhhhh! Promote lebih ni dapat komisyen tak? Hahaha


Okay, tak habis lagi eksaited sebab barang-barang dalam kedai tu sangat comel semuanya. Haaa, korang boleh cari kedai Daiso ni dekat Midvalley tingkat tiga, The Curve, Sunway Piramid, Sungei Wang dan mana lagi eh? Search la kat Google. Hahaha




Dari barang dapur, barang sekolah, barang kecantikan, hingga la barang keperluan seharian. Semua boleh didapati di Daiso. So, ape korang tunggu lagi? Jom la kite serbu Daiso. Korannnggggg, percayalah. Kalau korang masuk korang akan rasa macam nak hantuk kepala dekat lantai patbelas kali.




Kat atas ni Daiso dekat The Curve yang aku sempat pegi. Satu tingkat je rasanya. Kalau dekat Midvalley dua tingkat. Lagi semangat aku naik turun dalam tu. Serius. Yang aku dah pernah pegi setakat ni dekat The Curve, Midvalley dengan Sunway Piramid. Sangat awesome! Nampak tak bape kali aku asik cakap awesome je? Sebab ianya memang sangat awesome!


Harap korang akan join sesama rasa macam berada dekat Jepun ! Have fun guys!


nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!