Assalamualaikum...
Isnin baru-baru ni, satu majlis pratonton filem The Conjuring telah diadakan. Jadi, Budiey telah edarkan lebih kurang seratussepuloh keping tiket iaitu satu hall untuk follower beliau.
Majlis pratonton diadakan di Cathay Cineplex, eCurve Damansara bermula jam 9 malam sehingga 11 malam.
Memandangkan pendaftaran akan dibuka jam 8 malam, maka kitorang decide untuk berbuka dekat IKEA je. Maka, ber'meatball' la kitorang !
Perkara paling frust yang jadi kat aku on that day ialah bila aku bawak kamera merah dengan penuh eksaited TANPA membawa memory card! Dush. Tetibe rasa merah je muka sebab satu tumbukan telah hinggap di muka.
Nasi dah jadi bubur. Sedih sesangat sebab tak dapat nak tangkap gambar bebanyak. Macam-macam cara yang SJ fikir untuk 'menghidupkan' kamera merah. Guna external hard disk la, nak beli adapter la, macam-macam !
Last-last Kak Asyik hulur memory card dia. Katanya guna kamera merah je la. Tetiba dunia jadi terang balik. Tadi macam dah nak hujan. Hahaha. Good idea. So, kitorang pun guna la memory card dari kamera kak Asyik. Huhuhu. Thank you so much akak ! Muahx kat pipi sikit. Hehehe
Selesai berbuka, terus gerak ke Cathay Cineplex untuk daftar.
Aku, Kak Asyik, Syafiqah Hashim dan SJ dapat jemputan. Terima kasih kak Asyik sebab baik hati sedekah tiket kat fana ! Hihihi. Ramai lagi blogger dan artis yang join "The Conjuring Bersama Budiey" ni.
Sebelum majlis pratonton bermula, Budiey membuat cabutan bertuah juga! Aku dengan Kak Asyik la orang paling eksaited. Hadiah cabutan bertuah merupakan gadget dan banyak lagi.
Malangnya kitorang tak bertuah langsung. Sedih! Jadi, tumpang gembira je la untuk yang bertuah tu.
Untuk filem The Conjuring ni, aku bagi lima bintang sebab cerita dia sangat seram. Kalau nak tengok cerita hantu biar betul-betul seram. Kalau tak bukan cerita hantu nama dia kan?
Okay, The Conjuring akan start ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Ogos 2013. So, korang kena pegi tengok ! Rugi wey tak tengok sebab The Conjuring merupakan filem paling seram abad ini. Gitewwww!
Jangan lupa bawak kain tuala, bantal or apa-apa sebab aku rasa korang sangat perlu sesuatu untuk tutup mata. The Conjuring ada seram, sedih, romantik dan semua feel tu menjadikan filem ni filem yang paling tak bosan untuk ditonton.
Aku akan update preview pasal cite ni kat next entri okay!
nfcs
akk baru nampak entry ni..ingtkn belum update..hehe..kita berdua mmg excited giler dgn cabutan bertuah tp hampeh xdpt satu pun..hehe..tp filem ni nasib baik xmengecewakan..:)
ReplyDeleteHahaha. Eksaited malangnya nombor kite tak ong. :(
Delete