14 November 2013

Syukur




Bersyukur.
Kadang apa yang kita dapat itu anugerah.
Pernah aku dikelilingi manusia keji.
Itu anugerah.
Tanpa mereka, aku takkan kenal pengalaman.
Bila besar, makin tua.
Makin tahu apa itu dunia.
Makin tinggi aku, makin kejam dunia.
Memang.
Dunia akhir zaman.
Terlalu banyak nafsu daripada iman.
Lebih porak peranda dari aman.
Jika dunia mati.
Tamatlah segalanya.
Dan, insan yang tak tahu bersyukur, cuma lenyap.
Lenyap ditelan bumi.
Entah-entah gaung.
Eh, aku dimana?
Kau cari, aku sembunyi.
Aku diam. 
Kerna aku bersyukur.
Mana yang tak tahu bersyukur, habis punah.
Mahukan duit, cari sendiri.
Mahu hidup mewah, usaha sana sini.
Berdikari.
Akhirnya, pengalaman datang sendiri.
Sebab itu aku bersyukur.
Banyak pengalaman, banyak pelajaran.
Semoga aku terus tabah.

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!