Assalamualaikum..
Baru-baru ni aku dan beberapa orang bloggers dibawah komuniti BlooggersDotCom telah dijemput ke majlis pelancaran kempen "Rising Together, Miracle Pine" oleh Antabax dengan sokongan Yayasan AEON Malaysia bagi membantu badan-badan amal.
Kempen ini akan berlangsung dari 27 Disember 2013 hingga 30 April 2014 dan akan menyaksikan 10% daripada hasil jualan kesemua produk Antabax menerusi cawangan AEON seluruh negara disalurkan ke Yayasan AEON Malaysia, 'With All Our Hearts' (WAOH).
Mengenai “With All Our Hearts” (WAOH) Malaysian AEON Foundation
Di inspirasikan daripada keinginan untuk mendekati mereka yang kurang bernasib baik di Malaysia, peruncit terkemuka di Malaysia, AEON CO. (M) BHD melancarkan Dana kebajikan “With All Our Hearts” (WAOH) pada tahun 2000. Diransang oleh bertahun mengendalikan kebajikan acara kebajikan dengan jaya, Yayasan AEON Malaysia “With All Our Hearts” ditubuhkan pada 2004 dah Yayasan AEON Malaysia pada 2010.
Misi yayasan adalah untuk terbabit secara berterusan dalam aktiviti pengumpulan dana dan majlis yang berfaedah kepada rakyat Malaysia terutama kanak-kanak dan orang tua, dan menyediakan bantuan kewangan kepada yang memerlukan untuk pelajaran, kehidupan atau bantuan perubatan yang akan membimbing mereka jauh dari masalah sosial masa kini.
Sehingga kini, yayasan ini telah mengumpul dan mendermakan lebih dari RM3 juta kepada pelbagai organisasi dan individu ynag memerlukan di Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, mahupun fahaman. Untuk maklumat lanjut, telefon 03-9207 2130 atau layari www.aeonretail.com.my.
Antara produk Antabax yang berada dipasaran |
Majlis pelancaran kempen "Rising Together, Miracle Pine" dimulakan dengan ucapan oleh Ms. Angeline Sim, Group Product Manager, Household and Personal Care, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd.
Ucapan oleh Ms. Angeline Sim |
Seterusnya, majlis memberikan ruang bagi Puan Nor Laila Mohd Samin, Senior Manager of Coporate Communication & Branding, and The Secretariat of Malaysian AEON Foundation untuk memberikan ucapan.
“Yayasan AEON Malaysia mempunyai rekod cemerlang dalam membantu beribu orang. Kami sentiasa mencari organisasi yang ikhlas dan bersemangat membantu mereka yang kurang bernasib baik. Kerjasama kami dengan Antabax menerusi kempen ‘Rising Together, Miracle Pine’ bakal menghasilkan sumbangan besar dimana 10% daripada jumlah jualan sepanjang tempoh kempen diberikan kepada rumah-rumah kebajikan yang layak,” kata Puan Nor Laila.
Puan Nor Laila Mohd Samin |
Apa yang menariknya, turut dibawakan sebuah pokok pine yang menjadi salah satu simbol bagi produk Antabax Pure Pine yang menjadi inspirasi kepada kempen tersebut dan setiap pengunjung di pusat membeli-belah One Utama dapat menggantungkan mesej-mesej yang ingin disampaikan kepada rumah kebajikan pada pokok pine tersebut.
Kempen ini di inspirasikan daripada pokok Pine Ajaib Rikuzentakata. Pokok pine berumur 250 tahun ini merupakan satu-satunya pokok yang terselamat daripada bencana tsunami di Jepun pada Mac 2011 yang melenyapkan lebih 70,000 batang pokok di kawasan sekitar. Walaupun pokok pine ini akhirnya mati akibat keracunan air laut, para penduduk bandar mengadakan kutipan dana bagi mengekalkan pokok Pine Ajaib ini sebagai simbol keazaman, ketabahan dan harapan yang tidak mudah luntur.
Miracle Pine Tree yang penuh dengan mesej |
Memberi kata-kata semangat kepada yang kurang berkemampuan di 'Miracle Pine Tree': (L to R) Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Pn Nor Laila Mohd Samin, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat & Penjenamaan AEON, merangkap Sekretariat Yayasan AEON Malaysia dan Duta selebriti jenama Antabax, Cik Ziana Zain.
Duta jenama Antabax, penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, turut hadir membuat persembahan khas untuk anak-anak ini serta pengunjung pusat membeli-belah One Utama. Ziana menyanyikan dua buah lagu iaitu Girl On Fire dan Dingin yang didendangkan bersama peminat setianya.
“Perasaan saya tersentuh melihat anak-anak yang tidak mempunyai ibubapa yang menyayangi dan menjaga mereka. Mereka terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan perkara yang anak-anak kita ambil sambil lewa. Saya bangga dapat menyumbang kepada kempen ‘Rising Together, Miracle Pine’ dan berharap kita dapat megumpul lebih banyak dana bagi membantu anak-anak ini,” kata Ziana.
Duta selebriti jenama Antabax, Cik Ziana Zain yang juga penyanyi popular Malaysia di Majlis Pelancaran Kempen 'Rising Together, Miracle Pine' Bantu Badan Amal. |
Ziana Zain bersama Maskot Antabax, Germbuster |
Maskot Antabax, Germbuster bersama dengan para kanak-kanak! |
Majlis pelancaran telah dirasmikan dengan upacara simbolik menyiram pokok pine oleh Ziana Zain, Puan Laila dan juga Ms Angeline Sim.
Anak-anak dari rumah kebajikan menyanyikan lagu Antabax bagi memeriahkan suasana pelancaran.
Maju Bersama, 'Miracle Pine': (L to R) Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan Pn Nor Laila Mohd Samin, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat & Penjenamaan AEON, merangkap Sekretariat Yayasan AEON Malaysia.
Menunjukkan teladan kepada generasi muda untuk mempunyai sikap 'Go Green': (L to R back row) Pn Nor Laila Mohd Samin, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat & Penjenamaan AEON, merangkap Sekretariat Yayasan AEON Malaysia, Duta selebriti jenama Antabax, Cik Ziana Zain dan Cik Angeline Sim, Pengurus Produk Kumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd bersama dengan kanak-kanak daripada Yayasan Chow Kit.
Nah, seketul gambar hakak bersama Ziana Zain yang cantik, jelita dan sewaktu dengannya ni. Hikhikhik. Personally, beliau sangat la best. Suka melayan peminat, suka kamera dan memang sporting habis lah. Yang penting tak kekwat.
Selesai majlis, kami sebagai media telah dijemput untuk ke kedai bakery Lavender untuk Hi-Tea. Terima kasih team Antabax dan Lavender atas menu Hi-Tea yang sangat simple dan sedap.
Hi- Tea yang disediakan oleh Lavender |
Bersama salah seorang blogger, Zatie Ghafur |
Antara rakan blogger yang hadir bagi sesi Media Advisory Antabax :
http://kisahtatie.blogspot.com/ (Zatie)
http://www.terbaek.net/ (Farid Laham)
http://www.kitepunye.com/ (Nanie Isa)
http://www.jaymiee.com/ (Jamian Sarif)
Untuk peminat Ziana Zain, nah ! Ini untuk korang semua. Power betul abang tu punya suara. Sampai Ziana Zain pun kalah dengan dia. Tengok je la mimik muka Ziana Zain tu. Sumpah kelakar !
Dan buat peminat setia lagu Gosok-Gosok dari Antabax macam hakak boleh la ikut nyanyi sekali. Hahaha. Buat dengan gaya sekali okay !
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Rising Together, Miracle Pine’, layari www.facebook/NewAntabax.
nak jumpa ziana zain tu..
ReplyDeletewah bestnye die dapat tgk ziana zain depan mata hehe...sedih kita xdpt huhu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Asyik Izas
ReplyDeleteKak Asyik, dia sangat comel ! Best gila.
@terbaek.net
ReplyDeleteHehehe. eleh, macam tipu je. Hihihi
Seronok .... bestnyer dapat berjumpa dengan Fana.. heheh...dan juga Ziana..
ReplyDelete@Miera Nadhirah
ReplyDeleteNice to meet you too miera ! Hehehe. Betul tu, Ziana Zain cantek sangat kan?