Assalamualaikumm...
Perak.
Siapa sangka, seumur hidup aku memang tak pernah jejakkan
kaki di Perak Darul Ridzuan. Keluarga aku memang bukan jenis yang suka
melancong. Kitorang akan berjalan paling jauh pun setiap kali pulang ke kampung.
Namun, bukan itu yang menjadi story line dekat sini. Apa yang aku nak kongsikan ialah, bilamana
korang tak pernah jejakkan kaki di sesebuah negeri, tiba-tiba korang dihantar
ke sana. Perasaan tu, pelik !
Kampung aku di Kedah. Maka, aku tahu bagaimana bentuk muka
bumi di sana. Dan sejak aku lahir, aku memang sudah menetap di Kuala Lumpur.
Aku juga tahu bagaimana bentuk muka buminya, demografinya dan juga cara
hidupnya.
Jodoh. Ya, itu yang aku rasa. Aku mendapat tawaran
menyambung peajaran di Perak. Negeri yang aku cuma lalu sahaja setiap kali
melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk pulang ke kampung.
Ternyata memang sangat pelik. Bila masuk je Tol Gopeng, aku
dapat rasakan kelainan Perak ni. Satu, aku rasakan yang Perak ni tak berapa
maju negerinya. Bangunan, kedai makan, pusat membeli-belah semuanya nampak
kaku, lesu.
Dua, kenderaan awam di Perak memang sangat tenat. Jika di
Kuala Lumpur, aku sudah terbiasa menggunakan kenderaan awam untuk bergerak ke
mana-mana kerana telah diberikan perkhidmatan sebegitu sejak dulu lagi.
Namun, bila di Perak yang aku lihat cuma bas berjenama
General dan Roadways yang sangat buruk, tua dan tak ada pendingin hawa ! Bukan
nak kecoh pasal pendingin hawa bas, tapi, dah sah-sah bila naik bas tu kena
bukak tingkap. Kalau hujan?
Tiga, jalan raya di Perak tak macam di Kuala Lumpur. Bagi
aku, jalan sesak berjam-jam yang hanya dapat dilihat diatas jalan raya ialah
lampu brek kereta yang semuanya merah belaka. Perak, langsung tak ada kesesakan
lalu lintas okay. Kadang-kadang tu mungkin la dekat Ipoh kalau iye pun. Itu
yang positifnya.
Empat, nak cari kedai makan punyalah susah. Engkau bayangkan
kedai makan yang kadang-kadang bukak kadang-kadang tak. Penat menapak berjalan
kaki setengah jam, sampai-sampai kedai tak bukak. Sedih weyyy ! Malay business is always like dat. Bak
kata orang dulu-dulu, “hidup segan mati tak mahu”.
Lima, Perak bagi aku syurga makanan yang murah-murah ! Ya
Allah, mana nak dapat pisang goreng tujuh
biji seringgit dekat Kuala Lumpur? Tapi, dekat Perak engkau akan dapat.
Bukan tu je, siap ada gerai jual nasi bajet lagi ! Sebungkus dua ringgit siap
kuah, lauk ayam dan sayur. Nak nangis weyyy !
Enam, ini paling best. Kalau korang nak tahu, salah satu
sebab aku tak menyesal datang Perak sebab Perak ni terkenal dengan musim
buah-buahan. MasyaAllah, bila tiba musim durian, sepanjang jalan ke Lumut tu
memang ada je payung dan meja. Atas meja ada durian kottt ! Pergh, ini hantu
durian mari. Tolong lah. Dah la durian elok-elok, lepastu murah pulak tu.
Aaaaaaa, nangis lagi. T.T
Bagi aku kerajaan negeri Perak patut pelihara dan pulihara
segala fasiliti di Perak ni. Bukan apa, banyak sangat yang kurang. Kalau nak
dibandingkan dengan negeri Kedah aku rasa Kedah jauh lebih maju. Dari segi
kenderaan awam, pusat membeli-belah, jalan raya, dan jugak tempat-tempat
menarik. Terlalu banyak yang masih kurang di Perak ni. Sebenarnya Perak ni
sangat luas, banyak tanah, dan aku rasa patut ada sedikit kemajuan. Tambah lagi
tempat-tempat rekreasi untuk tarik pelancong. Tambah bilangan hotel dan jugak
homestay atau resort.
Antara tempat-tempat menarik di Perak yang aku pernah
jejakkan kaki sepanjang belajar disini ialah Kellie’s Castle, Lumut Waterfront,
Teluk Batik, Gerbang Malam, Bukit Merah, Batu Kurau (lubuk durian) dan Zoo
Taiping. Satu je lagi tempat yang aku teringin nak pegi dekat Perak ni, Teluk
Intan. Nak pegi tangkap gambar dengan ‘Eiffel
Tower’ condong.
Pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun aku disini.
Dan, tak lama lagi dah nak habis belajar pun. Cepat sungguh masa berjalan.
Terlalu banyak kenangan disini. Pahit, manis dan juga kenangan yang menjadi
parut dalam hati hingga sekarang.
Perak dah makin naik. Banyak perubahan dah. Lebih jelas
perubahan yang berlaku sekitar Seri Iskandar. Dah ada Mc’Donalds, KFC 24 jam,
dah ada gymnasium Badang yang dimiliki
oleh blogger terkenal Hanis Zalikha,
dah ada Burgerbyte (kedai burger bakar Zizan razak bersama business partner) dan
juga dah ada Nilai 2. Banyak kedai dah pun dibukak dekat sini.
Kawasan perumahan di perak pula makin pesat membangun macam
“cendawan tumbuh selepas hujan”. Terutamanya di Puncak Iskandar, kawasan
residen yang dibangunkan oleh MRCB Land. Rumah banglo yang dijual dengan harga
yang sangat murah. Tak sampai pun setengah juta. Dah la kawasan tenang, hutan,
sejuk dan tak ada kesesakan jalan raya.
Sepuluh tahun akan datang, kalau aku jejakkan kaki di Perak
lagi mungkin akan nampak lebih banyak perubahan. Silap-silap dah ada MRT (Mass
Rapid Transit) kat sini. Siapa tahu? Sumpah, aku akan rindukan Perak. Bukan
apa, dekat sini aku belajar banyak benda. Persahabatan, kejiranan, menguruskan
duit dan belajar memasak ! Ya, dulu aku memang tak pernah memasak. Sejak aku
menyewa rumah di Perak, aku dah mula memasak dan sekarang aku dah boleh memasak
lauk dan nasi secara manual (tak menggunakan rice cooker)
Perak, aku akan
kembali lagi. Aku akan mengingati jasamu. Terima kasih daun keladi, memori
disini akan kukenang sampai mati.
p/s : 30 Disember 2013 bermulalah peperiksaan
akhir bagi semester 5 dan akan tamat pada 18 Januari 2013. Doakan aku jawab
dengan jayanya. Terima kasih si kacak dan si cantik ! ^^
nfcs
No comments:
Post a Comment
Komen yang murnin-murni je tau!