27 March 2014

IACT COLLEGE EDUCATION FAIR 2014 AND ESCAPE ROOM

Assalamualaikumm




Sabtu lepas, fana dapat jemputan untuk hadiri Education Fair anjuran IACT College yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Memang sejak zaman sekolah lagi fana suka sangat pergi apa-apa Education Fair yang diadakan. Kali ni, fana datang Education Fair sebagai blogger pulak. Baca sampai habis tau untuk tahu mengenai IACT College ni. :)


Amacam? Dah tengok video kat atas ni? Nampak tak betapa cantiknya IACT College dengan suasana dia yang dikelilingi restoran-restoran serta kemudahan yang lain. Selalunya kolej-kolej dan universiti ditempatkan dikawasan pedalaman yang jauh dari kesibukan kota tetapi berlainan dengan IACT College ni sebab terletak di Pusat Komersial Jaya One, Jalan Universiti, Petaling Jaya.


Kehadiran fana dan rakan blogger yang lain disambut ramah oleh staff-staff IACT College yang memakai tshirt bertulis IACT College berwarna merah. Fana ingat tak ramai yang datang, rupa-rupanya ramai jugak pelajar-pelajar dan parents yang datang bagi mendapatkan informasi mengenai IACT College ni.


Pelajar-pelajar yang datang memeriahkan Education Fair ni merupakan pelajar daripada SMK Tropicana yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Tiba-tiba sibuk nak ambik tahu kan? Tegur la orang sebelah.

Fana : "Parents ke?"
Cikgu : "Eh, tak la, sy cikgu yang bawak pelajar-pelajar ni."
Fana : "Oh, sorry2, ingatkan parents tadi". Pastu terus buat-buat tanya dari sekolah mana bla bla bla. Hahaha


Sepanjang Education Fair berlangsung, IACT College menyediakan booth-booth bagi membantu pengunjung mengajukan pelbagai soalan mengenai cara melanjutkan pelajaran di IACT College, bagaimana melebarkan sayap dalam bidang pekerjaan dan apakah kursus-kursus yang ditawarkan.




IACT College juga menyampaikan maklumat dengan lebih menarik kepada para pelajar yang hadir dengan menjemput bekas-bekas pelajar IACT College untuk menceritakan pengalaman mereka sepanjang belajar di IACT College dan juga berkongsi mengenai bidang yang mereka ambil.

Sharing session by Casandra Yong, Dip in Mass Comm student

Do's and Don'Ts of Overseas Studies by Abiseshana Mohan, Dip in Advertising

Wong Jia Li, Dip in Advertising

IACT College juga menyediakan sendiri beberapa syarikat yang bekerjasama dengan mereka bertujuan untuk memberikan peluang pelajar-pelajar mereka menjalankan latihan industri di syarikat yang menawarkan peluang tersebut. Beruntung sangat pelajar-pelajar IACT College ni tau.



Pelajar-pelajar didedahkan dengan pengalaman seperti mengadakan persembahan di ruang legar kolej dan sebagainya. Dengan cara ni, dapat la mereka meningkatkan lagi kualiti persembahan dan pengalaman yang diraih juga sangat besar nilainya. Ini la yang cuba diketengahkan oleh pihak IACT College.




Fana sempat bergambar dengan team bloggers yang datang atas jemputan oleh IACT College. Terima kasih yang tak terhingga buat pihak IACT College kerana telah memberikan layanan yang begitu baik sekali kepada kami. Goodies bag pun banyak sangat. Terima kasih. :)



Apa yang menariknya, fana dapat tiket free untuk join Escape Room dekat e-Curve nanti dengan pelajar-pelajar IACT College. Wuhuuu! Tak sabarnya! Tiket diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke Education Fair baru-baru ni. Rugi siapa yang tak datang tau !



Yeayyyy! Thank you Escape Room dan IACT College sebab bagi fana complimentary pass ni. Tak sabar nak join. Teringin nak masuk cuma belum berkesempatan. Apa yang fana tahu Escape Room ada beberapa jenis bilik dan kita boleh pilih nak The Mysterious Room, The Mummy - Thomb of the Ancient Pharoah, The Abandoned Factory, Prison Break, Pirate Ship, dan The Slaughter House. 


Kalau korang nak try Escape Room, boleh la pergi outlet-outlet yang terdapat kat Malaysia ni macam Berjaya Times Square, e@Curve, Bandar Botanic Klang dan Setiawalk Mall Puchong. Harga pulak berbeza mengikut hari. Hari biasa lain, hari minggu lain ye. Korang dicadangkan supaya call dan booking dulu.



Untuk maklumat lanjut :

KOLEJ IACT SDN BHD
2-G, Block K, Jaya One,
 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : +603 - 7956 0211


ESCAPE ROOM MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!