Assalamualaikumm..
Pengunjung KidZania sedag beratur untuk masuk |
Sampai je di KidZania, fana terkejut sangat sebab terlalu panjang barisan orang ramai yang sedang beratur bagi merebut peluang mendapatkan diskaun seperti yang dijanjikan. Menurut pengunjung lain, jam 6 pagi lagi orang ramai dah mula beratur. Wow! Tak sangka begitu hebat penangan KidZania.
Tiket Masuk KidZania |
Goodies Bag daripada KidZania |
Cek KidZania |
Wang Kertas KidZania (Kidzos) |
Ada satu perkara yang membuatkan fana rasa kagum sangat dengan this wonderland. Nak tahu tak apa? Kanak-kanak boleh meraih pendapatan mereka dengan bekerja di dalam KidZania ! Yes, fana tak tipu. Kerja apa? Haaaaa, dalam KidZania, mereka menyediakan pelbagai ruang pekerjaan berdasarkan cita-cita kanak-kanak tersebut.
Mereka boleh jadi Polis, Bomba, Jurutol, Juruterbang, Doktor, Tukang Masak, Juruhebah Radio, Pengacara, dab banyak lagi. Semuanya menggunakan sistem simulasi iaitu sistem yang menyerupai sistem sebenar. Teruja sangat fana rasa sebab masa fana kecik dulu tak ada pun semua ni. Sobs !
Semasa fana baru sahaja mengambil tempat di tempat duduk Media, para pekerja KidZania mengadakan flashmob dengan menari beramai-ramai dan berselerak secara tiba-tiba apabila muzik dipasangkan. Agak terkejut jugak fana bila tetiba diorang datang dan menari di depan fana. Wah, bukan main tau pekerja-pekerja KidZania. Satu kejutan jugak la buat fana yang baru first time datang ke KidZania ni.
Para pengunjung menikmati persembahan daripada pemuzik-pemuzik muda dan berbakat dari Beaming Strings Ensemble sempena Parti Ulang Tahun Kedua KidZania Kuala Lumpur. Sangat berbakat adik-adik ni bermain alat-alat muzik. Beruntungnyaaaa.
Pusat didik hibur keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur, menyambut ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’!
Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana.
Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana.
Fana membawa dua orang kanak-kanak sebagai teman pada hari tersebut dan sedih jugak bila diberitahu yang 200 pertama kanak-kanak yang diberi masuk percuma telah selamat mendaftar sebab diorang beratur awal pagi lagi. Tapi, takpe sebab fana berjaya mendapat 40% diskaun setiap seorang kanak-kanak yang fana bawak tu.
Mesti ramai tertanya-tanya berapa harga masuk ke KidZania kan? Okay, jom fana kongsikan ye.
Harga Masuk KidZania |
KidZania
Kuala Lumpur turut berkongsi kemeriahan sambutan ini bersama anak-anak dari
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sayang dan Rumah Kasih Sayang dengan menaja kunjungan
pertama mereka ke pusat tersebut.
Pada majlis
tersebut, pemenang peraduan video sempena ulang tahun kedua KidZania Kuala
Lumpur juga diumumkan. Pemenang hadiah utama, Emily Gunn Shian Mum,
11 tahun, dari Petaling Jaya dan Lau Hau Shien, juga 11 tahun, dari Klang,
menerima hadiah percutian yang dibayar penuh untuk empat orang setiap satu
ke KidZania Dubai bernilai RM25,000.
Ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin |
Encik Andrés Fabre |
Majlis
sambutan ulang tahun kedua ini dipengerusikan oleh Gabenor KidZania Malaysia,
Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, yang juga Pengarah Urusan dan Ketua
Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Encik Andrés Fabre,
Ketua Pegawai Operasi Global KidZania Central Government, diiringi Encik Mohd
Daud Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Tuan Haji Zainuddin Abas,
Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
merasmikan upacara memotong kek.
Lori bomba |
Saat fana menjejakkan kaki di dalam KidZania, tiba-tiba ada orang tiup wisel. Kecoh! Kenapa? Rupa-rupanya ada lori bomba nak lalu. Boleh bayangkan tak ada lori bomba yang nampak macam real siap ada driver membawa sepasukan ahli bomba untuk memadamkan kebakaran. Di dalam lori bomba pula riuh dengan suara pasukan bomba menjerit dengan kata-kata semangat. Kagumnya dengan kanak-kanak ni.
Aktiviti memadamkan kebakaran |
Setelah mereka sampai di tempat kejadian, sebuah hotel telah hangus terbakar dan pasukan bomba cilik ni terpaksa memadamkan kebakaran. Comel kan? Yang berdiri dihadapan bagi mengawal keadaan ialah pasukan polis. Nampak tak bagaimana mereka dilatih untuk menjadi satu pasukan di dalam KidZania !!
Satu tinjauan
Children Career Survey of Malaysia baru-baru ini yang mendapati kanak-kanak
sekolah di Malaysia berumur 7 hingga 14 tahun bercita-cita menjadi pelakon,
guru, doktor, model dan chef. Karier lain yang menjadi idaman adalah perisik,
pembuat coklat, pemandu pelancong, pereka fesyen dan penyampai TV. Kesemua ini
merupakan profesion yang boleh dirasai di KidZania Kuala Lumpur.
Plaza Tol KidZania |
Studio Hitz FM KidZania |
Okay, ni CIMB Bank yang fana ceritakan tu. Kanak-kanak akan masuk ke sini untuk tunaikan cek limapuloh Kidzos yang dapat tadi tu. Apa yang bestnya, bank ni cuma membenarkan kanak-kanak sahaja masuk dan orang dewasa dilarang masuk ke kawasan ni. Bukan apa, KidZania nak mengajar kanak-kanak supaya melalui prosedur seperti orang dewasa. Hebatnyaaaa!
“KidZania
Kuala Lumpur membolehkan kanak-kanak merasai lebih 100 pilihan karier dan
platform kami yang berasaskan realiti adalah efektif dan popular. KidZania
Kuala Lumpur terus menjadi pilihan kanak-kanak dan ibu bapa dan diiktiraf oleh
industri. Tahun lepas, kami memenangi anugerah Best Experience for Kids di
majlis anugerah
Best of Malaysia Awards (BOMA) 2013 oleh majalah Expatriate
Lifestyle dan Anugerah Gangsa untuk kategori “Best Online Driver” untuk
kempen “Kids for a Greener World” di majlis anugerah Marketing Events Awards
2013,” kata Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.
Aktiviti-aktiviti
baru sentiasa diperkenalkan di KidZania Kuala Lumpur apabila terdapat rakan
industri yang baru menjadi sebahagian daripada bandar KidZania, memberi pendedahan
berterusan kepada pengunjung cilik merasai pengalaman didik hibur baru dan
karier sebenar. Pada 2013, 43 rakan industri baru menyertai KidZania Kuala
Lumpur.
Dengan lebih
950,000 pengunjung sejak 2012, pusat didik hibur ini berhasrat untuk bekerjasama
rapat dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam usaha mempromosi Malaysia
sebagai destinasi pelancongan yang ideal bagi pengunjung tempatan mahu pun luar
negara. Kerjasama juga sedang dirancang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi memperkenalkan kanak-kanak sekolah kepada pelbagai karier secara role-play.
Jadi apakah
yang boleh dijangka daripada KidZania pada tahun 2014?
“Lebih banyak
program pendidikan dan hiburan akan diperkenalkan bermula Mac dan kami akan bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah dalam
program ini. Program tersebut adalah seperti KidZania CongreZZ, satu platform untuk kanak-kanak mengutarakan
pandangan demi kebaikan komuniti KidZania, dan Kids for a Greener World, satu acara tahunan yang memberi inspirasi
dan menguasakan kanak-kanak dan orang dewasa agar lebih prihatin terhadap alam
sekitar. Pendek kata, lebih banyak keseronokan, lebih banyak profesion, lebih
banyak cabaran kehidupan sebenar yang menanti kanak-kanak dengan perspektif dan
pandangan yang unik,” jelas Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin.
Senyum dan Kata Kai!: Perkataan ‘Kai’ bermaksud ‘Hi’ di KidZania |
Tag masuk KidZania |
Yeahhh, and this is outfit as a media. LOL! Fana pakai kimono cardigan, wide shawl dan harem pants. Fana jenis yang simple. Kalau boleh nak pakai jeans je tapi disebabkan kimono cardigan tu terlalu singkat untuk jeans dan fana tak nak terlalu cekci pulak. Hihihi. Jadi, fana padankan dengan harem pants yang sangat lebar dan bercorak paisley ni. Fana tak ingat beli kat mana, kalau tak silap dekat Central Market dan fana sangat selesa dengan harem pants tu.
Temporary VISA KidZania |
Fana suka dengan suasananya selain mereka dapat bermain dengan seronok, kanak-kanak juga diberi peluang merasai alam dewasa dengan bekerja dan mencari sumber pendapatan sendiri. Satu pengalaman yang takkan dapat dimana-mana melainkan di KidZania !
Untuk ibu-ibu dan bapa-bapa kat luar sana yang mempunyai anak-anak berumur 4 hingga 17 tahun dan ingin mendedahkan suasana alam pekerjaan kepada mereka, bawalah mereka ke KidZania yang terletak bersebelahan dengan The Curve. Anak-anak anda pasti suka dan mereka akan menjadi lebih bijak mungkin. Serius, fana rasa kalau fana dibenarkan bermain sama, fana akan main tapi sedar la diri dah tua. T.T
Info lebih lanjut :
xoxo,
nfcs
Hai fanaa..saye bce dr mule smpai hbis artikel fana..rse mcm pnah nmpk je..klu pnah pon mgkin fana x cam dh kn..hehe..sy kje kt kz dlu..sronok kn kz nie? ;)
ReplyDelete@airif haiqalz
ReplyDeleteHai ! Oh, awak pernah kerja di Kidzania ke? Memang best sangat. :)
ReplyDeleteA licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)
LOAN APPLICATION FORM.
(1)Full Name:
(2)Country:
(3)State:
(4)Address:
(5)Sex:
(6)Occupation:
(7)Amount needed:
(8)Loan duration:
(9)Loan purpose:
(10)Telephone
Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)