Assalamualaikumm..
Siapa kenal Cik Epal? Siapa tak kenal, dia tak comel sebab fana mula ikuti blog Cik Epal sejak zaman sekolah lagi. Sampai dah kerja pun masih nak bukak blog Cik Epal. Entah apa la yang Cik Epal dah letak kat blog dia sampai fana tak pernah taip nama blogger lain di ruangan SEARCH kat Google tu. Mesti nak taip Cik Epal. So, dengan normalnya akan jadi hari-hari melawat blog Cik Epal. Kalau dulu banyak la entri Menternak Lemak oleh Cik Epal tu. Banyak sangat kedai makan yang best-best dan makanan yang sedap-sedap dalam blog Cik Epal.
Cik Epal dah kurus?
Sejak wujudnya laman Instagram, fana tak putus-putus la tengok gambar yang Cik Epal update. Rasa serba salah kalau tak tengok. Hahaha. Sebab Cik Epal ni comel sangat. Dulu badan Cik Epal agak berisi sikit. Tapi sekarang, kurus gila ! Kalah fana weyyyy. Sempat sembang dengan adik Cik Epal iaitu Rina, kata Rina Cik Epal sekarang kerap ke gym untuk kuruskan badan. Dua-dua (Cik Epal dan Ami) sama je. Hmm, patut la makin slim. Cantik sangat tau Cik Epal sekarang. Makin lama makin cantik la.
Jadi, Ahad lalu (1 Jun 2014), Cik Epal dah selamat diijabkabulkan dengan suaminya tersayang yang dulu dalam blog Cik Epal, selalu gelarkan dia dengan gelaran SS sebab Cik Epal ni peminat setia Shaheizy Sam. Siap hantar kad kawen dekat Shaheizy Sam lagi dengan harapan Shaheizy Sam datang kenduri dia. Takpe, Cik Epal dah sah menjadi isteri kepada "Shaheizy Sam" dah pun. Hehehe
Pelamin Cik Epal |
Majlis perkahwinan Cik Epal diadakan di Dewan N'dah yang terletak betul2 sebelah Lorenzo Shah Alam. Nasib baik fana dengan Syafiqah Hashim tak sesat. Sampai kat dewan terjumpa dengan abang Annas Easkey pap pap ole tu ! Haih! Kacak. Tapi tak berkesempatan tangkap gambar dengan dia. Masuk je dalam dewan fana terkesima dengan dekorasi dewan. Cantiknyaaaaaa. Rasa macam masuk dalam alam bunian sekejap. Serba putih, penuh bunga, kesimpulannya cantik la !
Printed gambar dari Piccabooth |
Piccabooth |
Gambar ambil dari blog Namee Roslan |
Selesai makan, fana dengan pika terus serbu photobooth oleh PiccaBooth ! Ni kali kedua fana bergambar di photobooth gedabak dan efisyen oleh PiccaBooth. Sebelum ni fana dah bergambar dekat kenduri kawen Qistina yang diadakan di Dewan Orkid Wisma PKPS Shah Alam. Memang best servis yang diorang bagi. Nak bergambar banyak-banyak kali pun boleh. Hehehe
Dekat majlis ni jugak fana berkesempatan berjumpa dengan ramai barbie dolls bergerak. Ya Allah, comel sangat tau diorang ni. Sampai fana rasa sangat la tak cantik dan segan nak bergambar dengan diorang ni tau. Semua cecomel. Antara yang sempat fana berjumpa di majlis tu Fatin Suhana (fana minat gila dengan kecantikan dia), Ieda Mansor dan Iena Mansor (si kembar yang sangat cantik), Ara Lee (si model yang cantik gila), Namee Roslan (blogger paling cantik abad ini), Nisa Kay (salah seorang blogger feveret sejak dulu), Yna Sakinah (model, mua, pengusaha online shop DeqOya yang sangat fana adore), Yana Yassin (blogger berjaya dan femes yg fana kagumi), Pen Merah (blogger brutal dan ada kucing comel) dan last but not least Syafiqah Hashim (blogger yang fana suka berkawan, kongsi macam2 dan bijak berfesyen).
Dari kiri, Ara Lee, Ieda Mansor, Iena Mansor, Fana dan Fatin Suhana |
Bersama Namee Roslan |
Bersama Syafiqah Hashim |
Fana rasa majlis kawen Cik Epal ni macam gathering blogger dah sebab semua ada baik blogger, blogger yang dah jadi model, blogger yang dah mula nak kaya, blogger yang lemah lembut, blogger yang dah jadi pengusaha butik dan banyak lagi la. Fana kagum sangat dengan diorang semua ni. InshaAllah, satu hari nanti fana pun akan berjaya jugak kan? Aminnnnn.
Selfie dengan pengantin |
Untuk Cik Epal , blogger feveret fana sejak dulu lagi sejak fana masih sekolah dan baru berjinak-jinak dalm dunia blog, fana sangat kagum dengan Cik Epal sebab entri Cik Epal semua best-best dan kelakar. Fana rasa macam hari-hari nak tunggu Cik Epal update blog walaupun sekarang fana tahu Cik Epal busy sangat. Please keep on writing eventhough you are already married. Ramai sangat ni peminat dan pembaca yang menanti-nanti je entri terbaru di blog Cik Epal gonjeng. Hahaha
Selamat pengantin Baru dan semoga bahagia hingga akhir hayat.
Baju jubah dress lace yang fana pakai untuk kenduri kawen Cik Epal ni sebenarnya baju dua tahun lepas. Baju ni dah ketat sebelum ni dan tak muat dah nak pakai tapi sejak minum Per'l Xlim dan turun dua kilo boleh la pakai. teringin nak pakai balik. Alhamdulillah muat. hehehe. Okay la, itu saja untuk entri kali ni. Jangan lupa serbu sekarang blog blogger-blogger cecantek kat atas tu ye.
xoxo,
nfcs
Apartments for Rent in Bahrain
ReplyDeleteLooking for Real Estate? This is a good place to start. Find your dream house, Flat, Villas, Apartments, Real Estate Agents, Property for Rent & Sale on excelestate.com
Suka baca blog cik epal.dia siap komen blog rabia
ReplyDeleteBile ingat dulu2..time abis kerja, kite suka belek2 blog cik epal..sehingga dah berkeluarga, masih duk belek2 blog cik epal...qualitas penulisannya yg bersahaja n berilmu..
ReplyDelete