11 July 2014

Diari Braces Fana [Part 1]

Assalamualaikumm...


Fana sebenarnya tak nak kecoh-kecoh pasal rawatan yang fana akan buat tak lama lagi. Tapi, memandangkan sebelum fana membuat rawatan ni, fana banyak google mengenai rawatan ni. Banyak blog yang berkongsi mengenai rawatan ni. Memang setiap entri yang menceritakan mengenai rawatan ni fana akan baca. Fana memang jenis macam tu. Nak ambik tahu sesuatu benda tu memang google la yang menjadi perantaraan. Mudah kan? Untuk memudahkan pembaca blog fana, fana nak jugak la berkongsi mana tahu ada dalam kalangan pembaca blog fana pun teringin nak buat rawatan ni juga kan?

Rawatan apa ni fana? 

Okay, sebenarnya fana berniat nak pasang besi dekat gigi fana ni. Bukan la niat lain pun cuma fana anggap ni rawatan untuk gigi fana. Dalam setahun, beberapa kali jugak la fana akan ke Klinik Pergigian Bangsar untuk buat rawatan. Tetapi fana rasa belum cukup lagi untuk gigi fana. Yelah, kalau kulit muka pun banyak produk rawatan yang dah cuba, gigi pun nak jugak merasa. Ye dak?

Jadi, dua tahun lepas fana dah fikir masak-masak untuk mendaftar dengan salah sebuah klinik gigi dekat Kuala Lumpur ni. Fana dah habis fikir dah ni. Fana rasa fana memang dah habis fikir dah waktu ni. Klinik mana tu nanti fana bagitahu dekat next entri ye.

Masa fana datang daftar tu, fana diberikan consultation mengenai apa yang fana perlu lakukan kalau fana nak daftar untuk rawatan pemasangan besi dekat gigi ni. Banyak la yang doktor tu terangkan termasuk cara penjagaan gigi. Yelah, bila kita pakai braces ni, kita kena jaga lebih teliti sebab ada pagar dekat gigi tu. Proses pembersihan gigi pun menjadi lebih susah. 

Doktor cakap fana kena guna ubat gigi berflorida dan juga menggunakan floss bagi memastikan gigi berada dalam keadaan bersih dan terjaga.Maknanya fana kena beli dua benda ni di pasaraya terdekat. Dekat farmasi pun ada tapi doktor cakap harga akan jadi lebih mahal sikit. Doktor sarankan supaya fana pergi ke pasaraya besar sebab kat sana pun ada jual dan harga pun lebih murah.

Fungsi Floss
Ia adalah benang yang digunakan untuk mencuci gigi dalaman yang sukar dicapai dengan pemberusan gigi. Benang ini biasanya akan diseliputi dengan lilin atau tanpa sebarang salutan lilin dengan ketebalan yang berbeza. Tujuan penggunaan benang adalah untuk mencuci kotoran atau plak di celah gigi serta mengatasi kerengsaan disebabkan oleh makanan yang terlekat di celah gigi.
Penggunaan flos memerlukan teknik penggunaan yang betul. Ia sepatutnya diletakkan di celah gigi dan teknik tarikan dan sorongan sama seperti menggunakan gergaji. Apabila benang sampai ke gusi, ia dilengkungkan menjadi bentuk C supaya dpat memasuki celah gusi untuk mengeluarkan kotoran di tempat tersebut.



Hari tu jugak doktor siap buat scalling kat gigi fana ni. Scalling tu apa? Scalling gigi bermaksud proses pembersihan gigi yang dilakukan menggunakan air. Fana suka setiap kali buat scalling gigi sebab gigi akan terasa bersih sebersih bersihnyalah. Hahaha. Sampai ke celah-celah gigi memang akan bersih. Scalling ni bagus untuk buang plak-plak yang terdapat pada gigi atau bahasa lebih mudah ialah lebihan makanan yang ada pada gigi dan membentuk tahi gigi.

Scalling gigi memang agak sakit dan ngilu tetapi tak la ngilu teruk sangat pun. Sikit je. Berdarah tu biasa sebab proses pembersihan ni dibuat antara gigi dan gusi. Kadang-kadang tu memang akan berdarah. Tapi, bagi orang yang penakut jumpa doktor macam fana ni rasa benda tu simple je, maknanya korang mesti okay punya la. Tak payah takut.

Menurut doktor lagi, scalling ni perlu dilakukan dua kali dalam setahun. Maknanya setiap enam bulan korang kena pegi klinik untuk scalling tau. Sebab kalau dibiar lama plak-plak tu nanti, tu yang gigi rosak tu. Haaa, kang tak sempat tua dah luruh gigi tu. Reput. Hahaha. Saje je buat korang cuak kan? Tapi, seelok-eloknya buat la ye. Tak mahal pun kalau buat di klinik kerajaan. Sekali treatment RM3 sahaja. Pergi la buat kat Klinik Pergigian Bangsar tu. Doktor baik-baik belaka. 

So, untuk perjumpaan fana yang pertama untuk rawatan pemasangan braces ni scalling gigi la. Untuk rawatan kedua perjumpaan kedua apa yang berlaku? Nanti la fana cerita sebab fana akan dedahkan lokasi / klinik yang fana buat ni. Memang best sangat. Harga? Sabar ye. Nanti fana ceritakan sedikit demi sedikit ye.


p/s : Selamat berbuka puasa semuaaaa ! :)


xoxo,
nfcs

3 comments:

  1. Takut lh nk jumpa doktor gigi.seram.sggup gigi berlubang.

    ReplyDelete
  2. alamat klinik tu ad x? berapa kos yer?? =)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!