27 September 2014

#MYCyberSALE Jualan Atas Talian Terbesar 2014

Assalamualaikumm...


Ehem, macam dah gaji je! Hehehe. Seronoknya, boleh la shopping macam-macam. Kat mana nak shopping? Tak sempat nak shopping sebab kerja? Ala, sekarang ni semua di hujung jari je kan? Tak lama lagi Malaysia dah macam Korea sebab diorang beli barang basah pun pakai snap gambar je sambil tunggu LRT, tup tup barang dah sampai kat rumah.

Di era 2014, teknologi semakin berkembang dengan pesat sampai tak terkejar la dek kelajuan alat-alat dan aplikasi yang terbaru ni. Beli setakat mana yang mampu aje la kan? Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Sebenarnya, fana nak hebahkan mengenai jualan hebat yang akan berlangsung dua tiga hari lagi ni.


#MyCyberSale
(29 September - 1 Oktober 2014)

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) dibawah inisiatif Digital Malaysia akan menganjurkan satu jualan dalam talian terbesar dan juga merupakan anjuran pertama kerajaan di dunia. Pembeli dalam talian berpeluang untuk membeli belah diantara 225,000 tawaran membabitkan 4,500 penjual online dengan potongan harga sehingga 90 peratus bermula 29 September sehingga 1Oktober 2014.

Tujuan dia adalah untuk menggalakkan perniagaan dan pembelian atas talian atau kita selalu sebut shopping online tu. Siapa yang dah daftar Maybank2u, CIMB Clicks atau e-PB (Public Bank) dan lain-lain tu boleh la shopping dengan lebih mudah lepas ni. Eh, sebelum tu meh fana kongsikan beberapa website yang menganjurkan #MyCyberSale ni.


1. LAZADAMY


Lazada Malaysia akan menawarkan potongan harga terbaik serta promosi hebat untuk pelbagai jenis barangan antaranya barangan dapur rumah, barangan hiasan rumah, alatan elektronik ,kamera, komputer, telefon bimbit dan tab, jam tangan, bag dan travel accessories, barangan sukan dan banyak lagi. Pampers? Oh, sorry pampers takde jual tau. Hehehe




2. HISHOP MY


HiShop juga akan mengadakan jualan hebat kepada semua barangan kosmetik, pewangi dan skincare yang terdapat di website HiShop itu sendiri. Yang lebih menarik lagi, HiShop juga menawarkan extreme promotions kepada semua pelanggan mereka.
  • RM25 rebat dengan setiap pembelian minimum RM100
  • RM50  rebat dengan setiap pembelian minimum RM200
  • Ganjaran 10 x HiShop Point

Tak sabarnya fana nak tunggu 29 September ! Ingat tau, #MyCyberSale berlangsung selama tiga hari sahaja tau. Jangan terlupa. Nanti rugi pulak. Bukan selalu ada promotion best macam ni. Hihihi. Hmmm, nak beli apa eh. Macam kena buat list je ni. Jadilah pembeli yang bijak ! :)



Laman Web Rasmi #MyCyberSale



xoxo,
fana

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!