03 November 2014

Resepi Biskut Cheese @ Cheesekut

Assalamualaikumm..


Dalam dunia ni, ada banyak sangat nikmat yang Allah turunkan. Antaranya, makanan dan zat-zat yang memberikan tenaga kepada tubuh badan kita. Bak kata maksiah, kalau tak ada orang malas, takkan ada orang yang rajin. Kenapa? Sebab ada jenis manusia yang bukan malas tapi tak tahu nak buat sesuatu tetapi dia mampu untuk mendapatkannya.

Fana suka merepek kan? Hahaha. Bukan apa, maksud fana kat sini ialah ramai orang kaya, mampu beli makanan yang diorang teringin nak makan. Bila dah selalu beli, jadi tak pernah nak belajar untuk buat sendiri. Sedangkan dengan buat sendiri makanan yang ingin dimakan tu lebih terjamin kebersihannya. Fana sebenarnya sedikit sebanyak terkesan dengan cara hidup mak fana yang jarang makan di kedai. Sebab apa? Sebab hari tu kitorang nampak tukang masak tu garu leher dia pastu dia pegang garam secubit, gula secubit. Hahaha. Caya tak? Okay, tipu je.

Itu la mak fana, dia tak percaya dengan masakan orang. Dia lebih suka berpenat, peluh-peluh kat dapur untuk masak sendiri. Kan lebih berkat. :) Korang macam tu tak? Fana pun dah mula terikut jugak. Lagipon kalau kita buat sendiri ni kita boleh tambah apa yang kita nak tambah. Macam buat pavlova, tambah strawberry, whipping cream kasi lebih. Ikut citarasa sendiri la.

Jadi, baru-baru ni fana teringin sangat nak makan biskut cheese atau nama glemernya Cheesekut. Fana memang pantang dengar cheese. Mesti meleleh air liur. Hantu cheese sangat ni. Dah la, jom fana kongsi resepi cheesekut cara fana okay? Oh ya, fana akan kongsikan harga atau senang kita panggil modal la untuk buat cheesekut ni. Bagi memudahkan korang cari bahan-bahan ni, korang boleh pergi Tesco je sebab semua ada kat sana. Kat lain takde tau lagi-lagi cream cheese jenama Philadelphia. So, harga yang fana akan listkan ni based on harga dekat resit Tesco tau. :)

Bahan yang diperlukan & Harga :

 Susu Dutch Lady Full Cream (RM 4.99)
Susu Pekat (RM 2.29)
Cream Cheese Philadelphia (RM 14.90)
Biskut Deluxe Crackers Cap Hup Seng (RM 4.40)
Nestum (RM 3.90)
Milo (RM 4.90)

Jumlah : RM 35.40 sahaja

Susu Segar, Cream Cheese, Susu Pekat

Sukatan bahan :

2 cawan susu segar Dutch Lady Full Cream
1/2 tin susu pekat
250 gram cream cheese
1 peket Biskut Deluxe Crackers
Sedikit Nestum
Sedikit Milo

Deluxe Crackers, Nestum, Milo


Kenapa guna cream cheese jenama ni? Sebab fana agak yakin dengan produk tenusu rangkaian Kraft. Jadi, fana guna la jenama Philadelphia. Memang mahal sikit dan cuma dijual di Tesco je, tapi rasa dia memang sedap sangat. Tak sama dengan kepekatan dan kesedapan cream cheese jenama lain. 


Cara-cara membuat :

Pertama, masukkan 250gm cream cheese dan 1/2 cawan susu pekat ke dalam bekas adunan dan mix atau kacau sehingga sebati. Fana guna mixer sebab cepat dan efisyen. Hehehe. Kalau kacau, tak larat la. So, kalau korang biasa guna mixer just guna mixer okay? Agak-agak nampak dah sebati tu stop la. Ketepikan.


Kedua, tuangkan 2 cawan susu segar Dutch Lady ke dalam mangkuk dan ambil biskut Deluxe Cracker kemudian celupkan ke dalam susu tu. Biskut Deluxe Cracker ni makan saja pun dah sedap apatah lagi bila dicelupkan dalam susu segar. Yummy ! Make sure jangan sampai lembik sangat tau nanti patah pulak.


Ketiga, sediakan loyang segi empat tepat dan susun biskut Deluxe Cracker yang korang dah celup tadi ke dalam loyang tu. Susun kemas-kemas macam fana buat ni k. Ecewah! Hehehe. Kalau korang dapat loyang yang ngam-ngam boleh muat biskut ni, tak payah nak patahkan biskut tu macam fana punya. Kan dah tak lawa. T.T


Keempat, sapukan adunan cream cheese dan susu pekat yang kita dah pukul guna mixer tadi tu atas lapisan biskut. Sapu tebal sikit pun takpe sebab nanti cream cheese tu banyak lebih. Lagipon lagi tebal cream cheese lagi yummaaayhh! 



 Kelima, taburkan milo atas cream cheese yang korang dah sapu tadi. Ini cara fana sebab fana suka benda yang sedap. Kalau korang taknak tabur milo pun takpe. Kalau tabur lagi sedap. Kemudian, korang ulang step atas sampai la biskut habis. Atas sekali tu korang tuang la kesemua cream cheese yang lebih tadi tu. 


Lepas korang dah habiskan semua cream cheese tu, tabur la milo dan nestum sebanyak yang mungkin. Macam fana, fana akan masukkan milo dalam mangkuk, pastu masukkan nestum, gaul sampai diorang ala-ala mesra gitu pastu fana tabur atas cream cheese ni. Baru nampak macam fair kedudukan milo dan nestum tu. 



Siap je sesi tabur menabur, korang masukkan la dalam peti nak bagi beku sekejap sebab nanti bila nak potong senang. Fana selalunya buat siang, malam bila AF dah nak start tu baru potong. Boleh la ngap sambil tengok junior fana masa sekolah si maman (Aman) tu nyanyi. Hahaha. Korang vote dia tak? Jangan lupa afundi aman k. Junior fana tu, memang manja orangnya semanja cheesekut fana buat ni. :)


Jadi, inilah hasil dia lepas dipotong. Tak sabar nak makan. Hehehe. Korang nampak kan milo dekat setiap lapisan biskut fana tu? Memang lemak berkrim disukai ramai sangat!



Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi dengan kawan korang !




xoxo,
fana

7 comments:

  1. Fanaaa ni mengundang betul. Sedapnyaaaaa. terus macam balik ni nak beli biskut semua. Hahaha. Pandai cik kak ni masak. hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai iday,

      Hahaha. Pergi la try buat. Senang dan sedapppp. Ala, fana tak pandai masak, pandai buat kek je. Ni pun masih belajar.

      Delete
    2. Hello admin. I dh try dh your recepi ni. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah, makan semua kata suke and sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. Salam..biskut ni mmg kena simpan dlm peti sentiasa ke?

    ReplyDelete
  3. Saya adalah peminat cheesekut yg tegar. :)

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!