30 May 2013

: Dua Puluh Dua :

Assalamualaikum..


Umur. Sentiasa akan meningkat, tak pernah akan berpatah balik. Belom pernah lagi dengar ada makcik berusia limapulohtahun akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke patpulohsembilan tahun depan. :)


Setiap manusia akan mengalami peningkatan umur setiap tahun. Makanya, persiapan untuk menyambut peningkatan umur tersebut haruslah ada. Persiapan disini maksudnya bila kita bertambah tua, pasti akan ada satu nilai yang akan hilang atau bertambah dalam diri kita.


Mata. Masa umur aku limabelastahun, mata ni masih segar, masih mampu untuk duduk di kerusi paling belakang dalam kelas. Untuk tengok apa yang cikgu tulis dekat depan tak ada masalah. Kawan sebelah, Ecah yang memang dah rabun akan mengintai-intai nota aku sebab tak dapat lihat dengan jelas apa yang ditulis cikgu kat depan.


Sekarang, mata ni pula yang dulunya masih kuat, terang, tapi makin pudar, makin kelabu. Nikmat penglihatan aku dah ditarik. Dan kini aku sudah duapulohdua tahun.


Alhamdulillah, masih bernafas seperti biasa walaupun kadang kala nafas ni bagaikan tersekat-sekat. Terutama bila tengah tertekan, stress. Astaghfirullahalazimm. Mungkin aku mengalami masalah di saluran pernafasan utama atau paru-paru juga.


Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana masih lagi bernyawa. Masih mampu menghirup udara segar di kampung, bau hutan yang segar, bau hujan yang bikin segala kenangan terimbau, dapat melihat pemandangan bumi ciptaan Allah yang makin lama makin terhapus terutama gunung-ganang dek ketamakan manusia.


Oh ya, duapulohdua haribulan lima baru-baru ini umur aku menginjak ke duapulohdua tahun. Aku cuma berharap diri ini sentiasa disayangi, tak disakiti, tak dihina, tak juga didengki. Aku cuma manusia biasa yang sering melakukan kesilapan yang cuma ingin hidup bahagia seperti orang lain. Jika ada salah aku, minta diampunkan.



Seringkali aku lupa yang hidup ini perlu menjaga banyak hati. Sedangkan aku terlupa untuk jaga hati sendiri hingga luka. Terlalu banyak perkara yang perlu difikir, air mata yang akan tenangkan. Bukan itu saja, mungkin terlalu banyak fikir sehinggakan berjalan pun dah rasa tak seimbang. Mana pergi graviti?


Apa pon aku masih bersyukur sebab bila jatuhnya aku, ada insan yang buatkan aku kuat untuk bangkit semula. Mereka merupakan anugerah yang tiada nilainya jika hendak digadaikan di pasar karat sekalipon. Dalam dunia, mereka insan yang penting. Semoga terus berada dalam hati aku sampai bila-bila.







Dan antara orang paling penting bikin hati luluh juga ialah Muhammad Athif Iffat, Oh, my baby. Yang ni aunty tak tahu nak cakap apa. Tengok muka pon dah hilang stress. Nampak tak betapa kuatnya power Athif ada untuk hilangkan stress aunty. Sekarang dah pandai senyum. Sembang dengan aunty sampai nganga mulut-mulut. Athif akan senyum gila bila aunty cakap pasal KLCC. Nanti Athif besar aunty bawak Athif jenjalan kat KLCC k. :)


Tulang belakang, orang kuat, bagi je nama apa, semua tu kepunyaan mereka. Yang pasti hidup tak lengkap tanpa mereka. :)


Beberapa hari sebelum duapulohdua Mei, satu kejutan khas untuk aku. Yang penting, ini memang terkejut. Mereka yang terlibat dah tentu Ain, Zida, Aten, Basha, Hidjah, Tiqah Hassan, Eika, Own, Jiah, Kinah. Sangat sweet.




Terima kasih semua kerana bersusah payah memerah otak memikirkan plan supaya 'projek terkejut' ni berjaya. Serius tak expect yang korang nak celebrate awal cenggini. Mesti susah pikir macam mana nak buat itu ini, beli kek lagi, macam-macam la. Terima kasih beribu lemen dari hati ni untuk korang. Syukur ada kawan yang sebegini. Memori ini akan terus terpahat dalam ingatan. :')


Ada video juga sebagai hadiah yang mereka buat. Cuma, rasanya tak mampu nak tempekkan kat blog sebab takut jugak mereka malu. Apa-apa pon banyak sangat wish dalam video tu tapi aku rasa yang paling banyak wish "kawen cepat-cepat". Haih! -.-'


Terima kasih untuk hadiah dan kad-kad ucapan sekalian. Suka sangat barang-barang yang berbentuk seni seperti tulisan tangan, ucapan yang berseni, hasil lukisan juga. Oh, jiwa seni sungguh.







Selain daripada hasil seni itu, ada juga hasil seni lain yang aku dapat. Lukisan. Potret. Oh, kagumnya bila tengok muka sendiri dalam bentuk lukisan. Walaupun memang tak sama langsung dengan muka sendiri tapi boleh la. Terima kasih SJ untuk hadiah itu. Kononnya cuma itu hadiah daripadanya.


Kalau cuma itu pun, aku tak kisah. Aku sangat hargai hasil seni. Tapi hakikatnya bukan cuma itu. Ada hadiah yang lebih besar nilainya. Yang pasti hadiah tersebut daripada salah satu kedai barangan jenama yang aku suka. Terima kasih daun keladi wahai SJ untuk hadiah yang bernilai ini.



Alhamdulillah. Terima kasih untuk hadiah hari jadi yang bermakna ini. Lama kau senyum sorang-sorang perhatikan gelagat aku dengan beg tangan aku yang semakin lusuh dan uzur tu kan? Yang dalamnya koyak seribu, zip kemana, apa kemana. Setiap kali aku buka beg tangan, kau akan gelakkan aku. Rupanya ada makna tersembunyi.


Duapulohdua Mei dah pun berlalu, cuma aku harap umur aku akan meningkat lagi tahun depan dan lebih bermakna lagi pada masa akan datang. Terima kasih buat mereka yang mengingati tarikh kelahiran aku. Yang bagi ucapan di fesbuk sahaja dah berapa ramai. Maaf jika ada yang tertinggal. Di Twitter juga, Instagram juga. Semoga Allah memberkati anda semua. :)


Terima kasih juga buat saudara-mara di kampung yang turut meraikan hari jadi aku. Alhamdulillah, bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga besar yang ingat tarikh ini. Berkongsi tarikh lahir dengan anak saudara, anak kepada Kak Nisa (anak Mak Long) Hawa. Jadi, kami diminta untuk potong kek sama-sama. Cute sungguh si Hawa. :)





Maka, itu sahaja perkongsian untuk entri kali ni. Bahagianya susah nak digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Alhamdulillah kerana telah panjangkan umur. Terima kasih Ya Allah. Kini, aku sudah berusia 22 tahun !

nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!