Assalamualaikum..
Kronologi majlis.
Sebelum
Members of Office Society (MOFYS) merupakan kelab atau persatuan yang ditubuhkan untuk pelajar-pelajar kursus Office Management (OM221) di sini. Memandangkan sejak kami masuk ke UiTM, Seri Iskandar tak pernah ada majlis makan malam atau lebih glamournya dipanggil dinner, maka kami mencadangkan untuk mengadakan satu majlis makan malam untuk pelajar-pelajar semester 5 yang bakal menamatkan pengajian tak lama lagi.
Ahli jawatankuasa majlis dah pon dilantik dengan sebulat suara. Ketua Projek, Islah telah melantik beberapa jawatankuasa kecil yang lain. Aku sebagai Naib Pengerusi. Untuk jawatan itu, aku rasa banyak sangat tugas yang aku tak buat. Semuanya dilakukan oleh Setiausaha dan Ketua Projek. Perasaan tak senang duduk tu ada selagi majlis tak berjalan dengan jayanya.
Maka, untuk menggantikan tugas yang aku tak buat, aku menawarkan diri untuk buat backdrop untuk dinner nanti. Memang. Buat kerja yang remeh ni tak mudah. Sangat rumit. Aku tidur pukul tiga setengah pagi semata-mata untuk buat font, print, gunting, tekap, gunting lagi. -.-
Tak apa, pengorbanan tu mungkin akan dihargai. Nasib baik ada kengkawan yang sangat baik hati untuk tolong guntingkan sorang sikit. Terima kasih semua.
Majlis makan malam ni tak dapat buat di hotel atas sebab-sebab tertentu juga. Frust jugak mula-mula tapi nak buat macam mana. Mungkin sesuatu berlaku ada hikmahnya.
Tugas lain mungkin selesai tapi tidak untuk tugas-tugas yang melibatkan pengurusan. PA sistem yang kami mintak pada Unit Korporat tak diluluskan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Bayangkan sehari sebelum majlis, PA sistem masih belum lulus. Merata cari PA sistem dekat luar UiTM untuk disewa. Tapi, semuanya mahal. Redha, pasrah.
Semua orang dah stress sampai tahap nak batalkan majlis sedangkan jemputan dah pun diedarkan. Ini gila beb! Takkan nak batal kot? Nanti apa pulak cakap tetamu-tetamu. Mana nak letak muka? Tapi, bila masing-masing dah fed up, give up, semuanya nampak pasrah.
Alhamdulillah, atas bantuan pihak tertentu, kami dapat jugak mikrofon satu, speaker dan lain-lain. Memang lega. Sumpah lega.
Malam tu, pegi Pusat Mahasiswa dan buat persiapan sikit. Pasang scallop, kena panjat tinggi-tinggi sebab lelaki tak ada. Jadi, tenaga perempuan diperlukan walaupun berisiko. Tak kisah, asalkan majlis berjalan lancar esok.
12 Jun 2013 (Majlis)
Kelas sangat pack. Dari pagi sampai empat petang. Boleh imagine tak malam nak handle majlis, siang kelas still pack. Habis je kelas, terus ke Pusat Mahasiswa dan siapkan apa yang patut. Susun meja, siapkan backdrop, pasang belon, buat photobooth corner dan macam-macam lagi. Penatnya Ya Allah.
Balik umah dah nak dekat pukul tujuh malam. Bersiap lagi, mana yang boleh solat, nak solat lagi. Pukul lapan malam AJK dah kena ada dekat majlis untuk pendaftaran.
Jadi, sampai-sampai beberapa orang lecturers dah pon datang. Layan sana, layan sini, jadi penyambut tetamu, tolong iringi VIP, tolong jadi photographer, macam-macam la.
Oh, pakaian yang aku pakai untuk dinner malam tu daripada THE POPLOOK. Sangat selesa dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa. Eh, bukan-bukan. Rasa macam selesa la, tak panas sebab kain dia diperbuat daripada kain chiffon.
Top to Toe : Bawal plain (Black) Kerawang cucuk jarum Dress from The PopLook Handbag from Charles & Keith Flat Shoes |
Ain, housemate merangkap classmate :) |
With Hani, the Rapunzel. |
Singer of the day - Rosharith. Sedap suara. |
Para Classmates dengan lecturers, En. Md. Lehan dan En. Kamal |
Ahli Jawatankuasa Majlis Perpisahan Pelajar Semester 5 |
Arie ! Dia cakap dia suka baca blog kita. Lepastu dia suruh kita pakai macam yang kita selalu pakai bila dalam blog tu. Ngadanya taw. Hehehe. Thank you for reading Arie. Muahx ! ;) |
Artis kita. Dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Suara dia sedap gila. Hihihi |
Niza. Classmate from Kelate. |
Para housemate tercinta. :) |
Tiqah. Sekarang dah pakai braces. Kita belom lagi. Nanti dia mesti cantik dulu dari kita. Hihihi. Tapi, pakai baju lain. Plan pakai baju lain, datang pakai baju lain. Haiyyaaa! |
Syud ! Dia cakap dia nak masuk dalam blog kita ni. Okay, sekarang gambar dia dah masuk blog kita. Suka tak? Hehehe |
Kakak Basha ! Suka nganjing kita kat Twitter. Malam tu nyanyi lagu Biarlah Rahsia tapi nyorok-nyorok. Tak nak naik stage. |
The Buffet ! |
Para VIP yang hadir. Terima kasih kerana sudi hadir. Ketua Fakulti Pengajian Perniagaan. :) |
Jadi, selesai majlis yang serba sederhana tapi cukup bermakna. Letih, penat semua ada tapi rasanya cukup berbaloi bila tengok ramai yang hadir. Terima kasih semua sebab bagi kerjasama.
Pagi-pagi ke kebun bunga,
Indah sungguh si seri pagi,
Semester depan masih ada,
Moga kita bersua lagi.
nfcs
wah, comel dan cantik dia..:)
ReplyDeletecantik green baju tu!
ReplyDeletebtw, tdung tu tdung bwal ke shawl.
napak cntik la cmtu pakai :)