Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Baru-baru ni fana dapat jemputan istimewa daripada HIJABISTA untuk menghadiri satu event yang jugak sangat istimewa. Seronok dan eksaited sebab ni pertama kali fana dapat join event daripada majalah kesayangan fana ni ha! *tepuk tangan sikit*
E-invitation yang fana dapat daripada email yang dihantar oleh Sis Suziana (Managing Editor Hijabista).
Memandangkan event ni bertemakan AL HAMBRA maka, dress code tetamu jemputan untuk majlis High Tea High Fashion ni ialah Turkish Opulence. Kena pakai ala-ala gadis Turki gitewwww!
High Tea Hgh Fashion ni diadakan bagi memperkenalkan kepada umum produk dan hasil seni Turki yang diterajui oleh pemilik Saffron iaitu Elisa Tajuddin. Baca lebih mengenai Saffron di entri sebelum ni.
Fashion show yang diadakan sangat menarik perhatian fana sebab sekarang ni fesyen dari Turki atau negara-negara Timur Tengah sedang maju seiring dengan fesyen-fesyen Eropah. Yang lagi menarik perhatian, ramai tetamu jemputan pada hari tu mengenakan Silky Square Scarf atau kita selalu panggil tudung satin.
Sangat teruja bila berada dalam kalangan tetamu yang cantik-cantik belaka. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Managing Editor Majalah Hijabista yang sangat fana kagumi iaitu Sis Suziana.
Ucapan oleh Sis Suziana |
Ucapan oleh Founder Saffron, Elisa Tajuddin |
Sejurus selepas itu, persembahan indie oleh kumpulan Red Aura yang kemain merdu suara vokalisnya. Dah la nyanyi lagu yang i'olls suka pulak tu. Suara sedap angat ! Haish!
Boleh follow instagram vokalis Red Aura : www.instagram.com/yamawatanabe
Habis je persembahan yang mantop tu, ada hijab tutorial pulak daripada krew Hijabista. Kali ni tutorial untuk ala-ala Turkish Style la. Memang best!
Next, yang paling aku nanti-nantikan ialah the runway ! Yeayy! Yang bestnya sebab semua model cantik-cantik sangat. Eh, kenapa ramai sangat orang cantik kat event ni? Geram tau. Macam nak picit-picit je rasa. Hikhikhik.
Semua yang model peragakan adalah merupakan koleksi Saffron. Hasil yang sangat halus dan terperinci, sesuai dipakai kemana-mana termasuk travelling? Percaya tak? Percayalahhhhhh.
Haa, amacam? Cantik kan? Modelnya cantik, barang yang diperagakan apatah lagi. Semua cantik. Rajin-rajin la kunjungi Saffron yang terletak di tingkat 3, Centrio Pantai Hillpark.
Bagi aku, private event High Tea High Fashion ni sangat curlassss sebabnya tetamu jemputan yang terhad, tempat yang eksklusif lagi mendamaikan jiwa, tenang dan majlis berlangsung dengan sangat teratur. Semuanya perfect ! Good job Hijabista team dan Saffron !
Disebabkan banyak gambar yang aku upload di instagram beserta hash tag (#) #hijabistamagsaffronbytjfineart maka dengan jayanya aku merangkul anugerah "Active Hijabi" pada hari tu. Alhamdulillah. Hadiah ditaja oleh SEQOCI. Dapat peplum cantik dan shopping voucher bernilai RM50 ! Yeayyyy! Thank you sooo much Hijabista dan Seqoci.
Comel gila keychain gambar sekoci tu. Selalu tengok benda alah tu kat dalam mesin jahit mak siah je. Hahaha. So creative ! Thank you so much Seqoci for sponsoring the gift.
Kalau event Hijabista tak sah kalau tak ada wall of fame ni kan? Even, kitorang sampai-sampai je situ, terus 'dipaksa' bergambar oleh official photographer untuk event hari tu. Malu tawwwww!
#ootd. So, hari tu sepatutnya semua tetamu kena pakai ala-ala Turki dan hasil carian fana di Google Image, ada jugak Hijabi Turki pakai cenggini. Hantam saja la. Maka, ini la my Turkish Oppulance on that day.
Tudung : ZORASCARF
Kimono Cardigan : Berjaya Times Square
Maxi Skirt : Nadee Outlets
Brown Stileto : MOD
Handbag : Charles & Keith
Untuk event ni, partner fana merangkap photographer, dan peneman setia jatuh kepada !! *drum roll*
Boleh pegi lawat blog beliau sebab penuh dengan ilmu-ilmu fesyen dan kecantikan !
Kalau dah nama majlis Hi-Tea mesti la ada makanan kan? So, here we go! All the foods memang sangat sangat sangat sedap. Thank you Jay's Catering (if i'm not mistaken) for the delicious foods. Paling best Nachos! Terbaik. Susun atur makanan yang sangat eksklusif !
"Not an ordinary easel stand, it marks another milestone for Hijabista Magazine. Syukur..." - HIJABISTA
Antara port yang digemari. Buai laju-laju ni omey angat ! Rasa macam tengah bersantai ditepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitewwww!
"You are fanacheksaat kan?" tanya Sis Suzi kepadaku. Ouch! Ohemgeeee. Sis cam muka taw. Terharu sangat. Alhamdulillah. Apa-apa pun sangat kagum dengan Managing Editor majalah Hijabista ni sebab beliau merupakan peneraju penting majalah kegemaran ramai ni.
Sebelum ni selalu tengok Instagram beliau je and every single thing she do is only for Hijabista. Jom follow www.instagram.com/nursuzianazulkifli untuk tengok sisi hidup peribadi beliau. Suara lembut sangat, gebu dan cantik! Subhanallah.
Paling best dan eksaited bila nampak pengacara Hijabista TV. Yeayyy! Sis faatinakib. Sangat peramah dan manis orangnya. Hehehe
The Best Turkish Opulance goes tooo Dayah Bakar ! Super gojes kot. Yang terkejutnya bila dia tanya "Eh, fanacheksaat. You yang selalu fav gambar I kat insta kan? Patut la macam familiar je nama tu" Hihihi. Sebab Dayah cakap dia dengar masa emcee sebut nama fana untuk anugerah "Active Hijabi" tu. Tak sangka Dayah Bakar recognised me. Maluuu taww! Good luck for your Projek 3R !
Actually, baju yang Dayah Bakar pakai tu daripada www.fashioncents.my. Dayah Bakar punya online shop. Wehuuuu! Bisneswoman berjaya hokayyyy. Suka sangat dengan Dayah Bakar sebab apa taw. Kalau tweet dia, mesti dia balas. Komen gambar kat instagram dia pon mesti dia akan balas. Lagi satu, dia sangat positif. Adore her much !
Yang cantik molek ni pulak Sis Suriaryani, pemilik online shop hush_bysuriaryani. Sangat comel orangnya. No wonder dia menang anugerah "Icon Hijabi" masa event tu. Picit pipi kang! :)
Antara mereka yang sangat pemes emes dan gojes cantek suwit dan macam-macam lagilah. Hai, melting taw tengok orang cantik-cantik ni. Teringin nak cantik jugak. Hihihi
Yeayyy! Finally, jumpa jugak dengan blogger cantik dan comel dan sopan dan banyak lagi lah! Suka sangat tengok gambar-gambar dia. Jom follow dan baca blog sis rnadiasabrina. Boleh kenal dia dengan lebih dekat lagi kalau baca blog. Banyak sangat kisah suka duka yang dikongsikan dalam tu. Just love her outfits !
Bersama pengasas Saffron iaitu, Elisa Tajuddin. Beliau sangatlah cantek hokayyy. Good luck sis for Saffron by TJ Fine Art and also TJ Fine Art Gallery ! Family seni tau sebab parents beliau juga merupakan orang kuat disebalik Saffron by TJ Fine Art.
Kesimpulannya, Majlis High Tea High Fashion Al-Hambra anjuran Hijabista dan kolaborasi bersama Saffron by TJ Fine Art merupakan event yang paling bermakna buat semua orang yang terlibat. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih Hijabista kerana beri peluang untuk merasakan ke'eksklusif'an event ni. Suka sangat !
Dan terima kasih juga untuk goodies bag yang bernilai lebih RM200 tu. Will be update about what is inside the goodie bag on my next entry! Thank you for reading. ;)
#hijabistamagsaffronbytjfineart
xoxo,
nfcs
best sangat time tu!!
ReplyDeletegoodies dia paling best kan kan kannn..
@Syafiqah Hashim
ReplyDeleteBetol2! Eksaited gila tengok goodies kot!