25 September 2013

Saffron by TJ Fine Art

Assalamualaikum...




Baru-baru ni ternampak dalam surat khabar mengenai SAFFRON. Apa tu? Mula-mula nampak macam tak interested sangat. Tapi, lama-lama bila baca lagi dan lagi pasal kedai ni, rasa macam cecomel pulak. Geram!


Saffron merupakan sebuah kedai yang terletak di Centrio, Pantai Hillpark. Diasaskan oleh Elisa Tajuddin, Saffron menjual pelbagai jenis kraf inspirasi daripada Turki. Menurut Elisa, minat dalam seni Turki ini ingin dikongsikan dengan orang lain, makanya tercetuslah Saffron by TJ Fine Art.


Menurut Elisa, rekaan produk Saffron dihasilkan sendiri oleh bapanya Tajuddin Ismail, seorang pelukis terkenal manakala ibunya mempunyai galeri lukisan TJ Fine Art.


Elemen seni yang terdapat pada produk ini mempunyai campuran laluan sutera di China, Rusia hingga Eropah. Seni yang terdapat pada produk ini sangat cantik, hebat dan bermutu tinggi pada mata mereka yang betul-betul meminati seni.


Bagi korang yang betul-betul meminati gaya Turki, boleh la dapatkan produk Saffron.

Info diambil daripada : Utusan Mobile

Facebook : Saffron by TJ Fine Art
Instagram : saffronbytjfineart

Elisa : 012-2283545
Emel  : saffronbytjfineart@gmail.com.


Akan update lebih mengenai Saffron selepas private High Tea High Fashion yang aku bakal dihadiri pada 28 September 2013 ni. *eksaited*



nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!