23 October 2013

Seharian di Sepang untuk MotoGP 2013

Assalamualaikum..


Minggu lepas aku dengan rasa bahagianya dapat tiket free sekali lagi untuk menonton MotoGP di Sepang International Circuit (SIC). Terima kasih Mak tam untuk tiket tersebut. Memang tiap-tiap tahun dengan muka tak malunya aku mintak tiket free dekat Mak Tam.


Hahaha. Mak Tam memang dah lama terlibat dalam dunia race ni sejak beliau kerja di SIC. Dan Mak Tam merupakan mak sedara aku yang paling sibuk sekali. Kadang-kadang tu raya pun dia sibuk dengan race. Susah sangat nak jumpa.


Oh, Mak Tam bukan racer tawww. Hahaha. Sebelum ni Mak Tam merupakan Operation Manager di SIC dan sekarang aku tak pasti sama ada Mak Tam masih memegang jawatan tersebut atau pun naik pangkat lagi. Hihihi.


Okay, kalau korang belum baca pasal pengalaman aku tengok MotoGP tahun lepas boleh KLIK SINI


Tahun ni macam biasa, pagi-pagi lagi dah keluar rumah sebab kalau lambat jalan akan jem gila ! Perlumbaan Moto3 akan start dulu pada pukul 11 tengah hari. Masa ni aku punya eksaited gila sebab nak tengok Zulfahmi Khairudin. Malangnya, akibat kecederaan yang dialami beliau baru-baru ni, beliau terpaksa tarik diri daripada perlumbaan. Takpe. :)

Zulfahmi Khairudin - Pelumba Moto3

Ini merupakan tiket free daripada Mak Tam. Terima kasih Mak Tam untuk free Main Grandstand tiket ni. Love you lah ! Hahaha. Tapi, nama Chek Saat tu salah eja tu Mak Tam. Ayokkkkkk!


Tak tahu nak pakai apa. Tahun lepas merupakan kesilapan yang besar buat aku sebab pakai skirt. Hujan lebat gila. Dan aku basah. So sweet. Lol ! So, tahun ni tak nak pakai skirt dah. Rimas lagipon.


Maka, pakai la outfit yang sangat simple ni. Kemeja, jeans dan shawl cantik dapat masa #hijabistamagsaffronbytfineart hari tu. Halfmoon shawl bercorak paisley omey angat ni daripada #RoyalPuteri2u. Boleh search instagram diorang. ^^



Tak tahu nak komplen ke apa. Tapi, aku tak patut komplen sebab masuk pun percuma. Cuma, aku kesian dekat pengunjung yang lain. Lagi-lagi yang bawak anak kecik. Makanan kat dalam memang sangat mahal. Untuk pengetahuan korang, makanan luar tidak dibenarkan masuk so, korang kena beli makanan yang dijual didalam.

Murahnyaaaaa. -.-
Makanan kat dalam tersangatlah mahal kot !. Sepeket Twisties yang korang boleh beli dekat luar dengan harga RM1.70 tapi kat dalam harganya RM5. Tersedak jugak aku baca harga dia. Tapi, nak buat macam mana, lapar kan jadi kena beli jugak la.


Tapi, kat dalam memang tersedia pelbagai jenis fast food stall. Antaranya Pizza Hut, KFC, Rasamas, dan banyak lagi. Kalau korang rajin beratur, silakan. Hahahaha. Line memang sangat panjang hokayyyy.



Bila bawak orang minat motor jadi macam ni la. Cakap ape pun tak dengar dah dok ghalit tengok litar aje. Sabar je la.


Sambil menunggu race start, ada aksi stunt yang digayakan oleh *siapa entah nama dia*. Memang terbaik stunt dia buat. Nampak berpengalaman tu. Tabik springggggg !



Lihatlah apa yang terjadi pada kasutku. Hukhukhuk. Sedih gila. Kalau tahu pakai selipar jepun je datang. -.-


So, tahniah buat Hafizh Shahrin walaupun cuma menduduki tempat yang ke-16 bagi perlumbaan Moto2. Kami tetap berbangga dengan anda !


Nampak tak yang menunggang motosikal Petronas tu? Itu la Hafizh Shahrin. Okay, puas hati sangat dapat tengok sebab kali ni tengok sampai habis motogp kot ! Tahun lepas tak dapat tengok habis sebab kena balik SI dah. Huhuhu.

Harap tahun depan dapat tengok lagi. Kalau boleh next time nak tengok F1 pulak la. Hehehe. Boleh ke tidak Mak Tam? ^^

Till next entry...


nfcs

2 comments:

  1. hahahaaa..Syafiq confirm kusyuk je memanjang...fana pun xnampak dah..huhuu..
    tapi harga kepok teistis dgn supering tu serious melampau sampai RM5!! paling mahal pika pernah beli pun RM2.50 je taw tu dekat genting taw..melampau betul dorang berniaga..ada ke orang beli tu??
    ishhhhh

    ReplyDelete
  2. @Syafiqah Hashim
    Tahu takpe pika. Nampak moto je die. Tak nampak dah fana kat sebelah. Hahaha. Memang sangat mahal dan yg terkejutnya ramai yg membeli. -.-

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!