TABUNG

23 October 2012

: MotoGP 2012 di Sepang International Circuit (SIC) :

Assalamualaikum


Hye u'olls !
Dah terok sangat aku ni sampai terketar-ketar jari dok menaip. Mana nak buat benchmark lagi. Mana nak kemas baju lagi. Esok nak balik dah. Ops ! Terbagitaw. Tak ada yang kisah pun aku balik ke tidak. :)

Alhamdulillah, banyak jugak Quiz yang dah selesai. Test pun dah lepas. Lega dia rasa macam nak terjun dalam tong aiskrim magnum sebesar saiz badan aku. Sejuk gigil-gigil sampai mintak dibalut dengan bulu biri-biri. Eh, ade kena mengena ke?

Sorry, tersimpang jauh. Bukan apa, bila kepala hotak dah mula masuk air, ditambah dengan keseronokan nak balik umah esok, lagi la buat tangan ni tak tentu arah.

Sebenarnya nak cerita pasal hari Ahad lepas bersamaan dengan 21 Oktober 2012. Aku saja mintak tiket dari Mak Tam. Nak pegi tengok race. Mak Tam pun dah tanya hari tu nak tiket ke tak, aku mintak je la. Benda free sape tak nak. Oh, lupa nak kenalkan. Ni ha Mak Tam. :)


Gambar ni aku tangkap masa Mak Tam keluar tv baru-baru ni. Selamat Pagi Malaysia. Setiap kali race Mak Tam akan busy. Tak kira la raya tak raya. Mak Tam akan utamakan race. Sebenarnya Mak Tam merupakan idola aku. Adore gila Mak Tam punya semangat, and she is highly motivated person. :)

Okay, jadi terima kasih kat Mak Tam sebab bagi free Main Grandstand tiket hari tu. Taraaaaa !

Eksaited tak eksaited aku ke sana sampai aku siap doa bagi Zulfahmi menang. Hahaha. Dah la comel si Fahmi ni. Hebat pulak tuh. :)


Dulu aku akan support Rossi. Sekarang Fahmi jadi pujaan. Oh, tak tido malam kalau tengok gambar dia lebih patpulohsaat. ^^

Masa nak ke sana jem teruk. Macam biasa la. That's why Mak Tam pesan datang sebelum pukul 12. To avoid traffic jam. :) Tapi terkandas jugak.




Nampak tak muka eksaited kat situ? Jangan tanya kenapa. ^^ Yang penting empat tiket sudah dibooking.


Kalau tak silap aku, masa first lap and second lap fahmi kat depan lagi. Sebab fahmi start dengan petak pertama. Tapi entah macam mana tertinggal. Dipecut oleh Sandro Cortese rider Red Bull KTM. Nasib baik masa Moto3 tak hujan lagi. Tamat je Moto3 baru hujan. Nasib Moto2 la sebab kena race dengan track yang basah. Hafizh Syahrin rider Petronas siap lambai-lambai kat penonton sebelum start race. :)


Baru hari ni aku terfikir sebab kenapa aku diperhatikan masa kat SIC.


Mungkin disebabkan aku pakai skirt? Hahaha. Korang, jangan buat lawak la. Eh, ke aku yang buat lawak ni? Okay, aku tak suka pakai jeans. Salah ke pegi tengok race pakai skirt? Tak kot. Tapi yang menjadi salah aku rasa sebab masa tu hujan lebat. Dan skirt aku kebasahan. T.T


And, finally. Tamat jugak. Dan aku terus bergegas pegi beli tiket bas untuk balik SI tercinta. Sebab esoknya ada kelas. Haih! Sehari je aku kat umah. Terok!

Untuk abang bodyguard, thank you sudi teman. :)


Guess who?

Okay, kesimpulannya aku sangat berpuas hati Ahad lepas. Walaupun Fahmi dapat 2nd place for Moto3 tapi kira bangga jugak sebab Fahmi betol-betol tunjukkan kehebatan dia bermula sesi qualifying. Nombor satu kot dan disebabkan itu Fahmi dapat mula di petak hadapan. Well done ! :)

p/s : Jangan lupa beli Hijabista Mag bulan Oktober taw ! Ada aku. :)

nfcs

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...