TABUNG

02 September 2013

: Resepi Kek Batik :

Assalamualaikumm..


Memandangkan ramai yang tanya macam mana aku buat kek batik cara aku. Okay, jom aku kongsikan cara buat kek batik cara aku ye.


Bahan-Bahan :

1 buku Buttercup bersamaan dengan 250 gram.
1 mug serbuk milo
1/2 tin susu pekat F&N
1 sudu kecik serbuk koko
1 peket Biskut Marie


Cara membuat :

Ada dua kaedah yang aku guna.

1. Patahkan biskut Marie kepada empat bahagian dan terus masukkan dalam adunan coklat. ATAU
2. Susun biskut Marie cantek-cantek dan selang seli dengan adunan coklat.

Mula-mula cairkan Buttercup dalam kuali. Pastikan Buttercup betul-betul cair. Lepastu masukkan susu pekat F&N. Masukkan serbuk Milo dan serbuk koko. Kacau laju-laju supaya tak berketul. Bila semua sekali dah sebati, masukkan biskut Marie yang dipatah empat tu. Kacau sampai semua biskut kena adunan coklat ye anak-anak.

Kalau korang nak guna cara yang kedua, lepas coklat semua dah sebati, susun biskut dalam loyang. Masukkan adunan coklat dalam loyang dan ratakan atas biskut. Ulang kaedah yang sama sampai biskut habis. Maksudnya, biskut, coklat, biskut, coklat.


Kalau tak faham jugak meh kite tengok gambar.

Kaedah yang kedua


Okay, hari tu ada dua orang kawan yang mintak kat aku resepi. Dan, aku pon dah kongsikan kat diorang melalui Whatsapp. Tak sangka diorang berjaya buat. Nampak sangat senang je cara buat kek batik. Korang patut cuba okay! :)



Okay, kalau yang belum cuba tu boleh cuba buat cepat. Sangat senang. Dan untuk tambahan, kek batik cara aku biskut Marie masih rangup. Tak lembik macam sesetengah orang buat. Aku lebih suka cara ni sebab yang lembik tu cepat muak. Tekak masing-masing la ye.


Selamat mencuba ! :)


nfcs

4 comments:

  1. SEDAP2. boleh cuba resepi ni.terima kasih ye.
    jemput singgah blog saya :http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...