TABUNG

28 December 2012

: Tamat Semester Tiga :

Assalamualaikum..


Hohoho. Rasa macam lama gila tak update blog. Otak pon macam dah beku je. Nak taip apa ni? Ayoyo. Dah kenapa dengan fana ni? -.-

U'olls ! I'olls dah habis semester tiga. Phewwitt ! Macam tak percaya. Rasa macam baru je masuk UiTM, Seri Iskandar ni. Rasa macam baru je mendaftar. Gua dah senior beb! Kihkihkih. *berlagak*

So, masa mula-mula sangat selekeh. Sangat la rasa macam bebudak asrama yang skema tahap muka letak kat lutut tu ha. Sekarang, dah besar, dah old-timer (otai). Dushhh! Tak pasal-pasal tumbok diri sendiri sebab poyoss!

Semalam bersamaan dengan Khamis, 20.12.2012 tamatlah kelas, kuliah dan semuanya untuk semester tiga. Okay, sumpah masih tak percaya. Tapi, kena percaya jugak sebab final is around the corner beb! So, the final examination will start on 4 January 2012 dan akan berakhir pada 19 January 2012. Wish me luck! ^^

Jadi, kita kongsi sedikit kisah semalam. :)

Last class dengan Miss Haniza yang paling best dan sporting !!

Last Class dengan Puan Rohana. Kelas yang kedua dengan beliau sepanjang tiga sem.


Gambar Kelas untuk Sem Tiga. :)

Candid Time !

Candid bersama Prop yang disediakan oleh abang photographer.

Abang photographer yang muka macam Hazama. Sampai hati gelakkan aku pakai auto. :(


Dari kiri Tiqah, Basha, aku, Zida dan Aten

Bergambar dengan Basha. Hehehe. Mok's girlfriend. :)


Para Classmates !

Bersama mereka yang sangat happening !

Classmates, housemates !

Aku dan Baju Korporat. 

Cik Ijah sayangss. :)

Cik Ijah dan Tiqah. Me love both of them !
Setelah sama-sama harungi semester tiga yang boleh tahan mencabar, kitorang akan teruskan perjuangan di medan perang. Doakan kami ya! Harap semester ni boleh dapat DL lagi. Hohoho. Terima kasih kawan-kawan kerana sama-sama menyokong perjalanan sebagai pelajar di UiTM, Seri Iskandar ni. Terima kasih para hosmet sebab sama-sama berjaga malam untuk ulangkaji last minute.

Untuk bebudak degree yang lain yang turut bakal menduduki final exam, aku doakan korang dapat jawab dengan jayanya. Bersusah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian. Haaaa, sesuka hati aku je nak tukar pepatah kan? Apa-apa pun good luck guys ! :)


nfcs

25 November 2012

Resepi Kuey Teow Kungfu

Assalamualaikum.


Bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak Ketuk-Ketuk Kuali ! Hoyeahhh ! Hari ni saya nak tunjukkan cara memasak Kuey Teow Kungfu Wachaaaaa !! Bawak mengucap, jangan over sangat la fana oi. Hahaha. Kita kan dalam rancangan telebisyen ni.

Okay, tanpa melengahkan masa saya akan perkenalkan bahan-bahan untk masak Kuey Teow Kungfu Wachaaa ni.

Bahan-Bahan :

Ayam yang dipotong dadu. 
Jangan tanya kenapa ayam ni macam ni sebab saya basuh ayam dengan tepung untuk elakkan hanyir. Saya tak suka benda yang hanyir. :)


Sedikit lobak merah
Kuey Teow sebungkus untuk empat orang makan

Sedikit bunga kobis.

Sos Tiram. Abaikan harga tu. :p
Dan pastinya telur sebagai salah satu bahan penting ya puan-puan.

Mula-mula, kita bahagikan kuey teow tadi kepada empat bahagian. Kemudian, pecahkan sebiji telur ke dalam bekas, masukkan satu bahagian kuey teow sama dengan seorang makan ke dalam telur tadi. Seterusnya kacau kuey teow dan telur tu sehingga seluruh kuey teow bersalut telur.

Ni la rupa kuey teow yang dah bersalut telur tu. Saya tambah sedikit lada hitam.

Dan, goreng !
Hasilnya selepas siap digoreng.

Dah siap buat kuey teow tersebut, kita buat kuahnya pulak.

Tumis bawang putih, ayam dan stok ayam.
Untuk stok ayam tu, saya guna Kiub Pati Ayam Knorr. Kalau puan-puan rajin nak buat stok ayam sendiri pun boleh. Ada jugak orang gunakan stok udang. Lebih manis.

Selepas itu, masukkan sayur-sayuran yang pelbagai dan juga air secukupnya. Terpulang kepada puan-puan sama ada suka kuah yang banyak atau sedikit.

Selepas kuah agak mendidih dan sebati, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air. Perlu diingatkan ya. Tepung jagung tu perlu dibancuh dengan air bagi mengelakkan ia berketul-ketul. Ada faham?


Kuahnya pun dah siap. Oh, saya lupa nak pesan supaya tambahkan garam secukup rasa ya. Hihihihi. Kalau nampak kurang menarik tu sebab saya kekurangan sayur hijau. Sepatutnya lebih banyak sayur hijau lebih sedap kot. Puan-puan boleh variasikan bahan-bahan ya. :)

Hasil untuk Kuey Teow Kungfu Wachaaa saya ni tak dapat ditunjuk kerana saya agak gelojoh lalu terus ngappp !

Saya harap puan-puan faham dengan cara masakan yang ditunjukkan ini. Selamat mencuba. Buat sampai sedap okay !

Sehingga bertemu lagi pada waktu yang sama, stesen telebisyen yang sama dalam rancangan Ketuk-Ketuk Kuali dengan resepi yang lain ! Assalamualaikummm. =)


xoxo,
nfcs

20 November 2012

: Aku :


BISIK HATI

Tempoh masa untuk hati berpaut sangat lama.
Malah telah makan bertahun-tahun
Kalau aku lupa ingatan, aku mungkin tak kenal mereka disebelah,
Tapi, aku sedang sangat waras. Otak aku berfungsi dengan baik.

Mana pergi kenangan?
Mana pergi cerita dulu?
Lupa, novel tu dah hilang kerana terjatuh dalam tasik.
Ah, aku tak suka air. Buat aku rasa lemas teramat sangat.

Kalau semut boleh bekerjasama dengan baik, kenapa manusia tidak?
Itu yang aku nak tahu. Cikgu Sains masih diam terpaku.
Biarlah semua jadi penyesalan, buat apa nak diajar manusia yang pernah bersekolah.

Aku mungkin bukan wanita solehah yang menjadi dambaan lelaki metroseksual.
Homoseksual? Gila.
Aku pernah bilang hati ni cuma satu. Tak ada duanya.
Tak pernah termimpi untuk berikan ruang kepada yang baru.
Pernah jugak aku kata Kau Kekasih Awal dan Akhir.
Pedulik. Aku letih.

Mana ada pipit yang sanggup sendiri.
Aku lebih tahu apa itu perasaan lebih dari kau tahu.
Itulah, aku pernah bagi amaran.
Aku bukan macam yang lain.
Aku tak mudah pergi sebab aku punya hati terlalu berselirat dan kukuh.

Dalam dunia ni jugak banyak benda aku takkan lupa.
Ada yang kita boleh lupa ada yang tidak.
Paksa la aku dengan coklat satu lori, aiskrim satu kilang, mahupun duit beribu-riban,
Aku tetap takkan lupa.

Kalau pengorbanan aku dimata kau cuma sampah,
Aku rela jadi sampah.

Kalau pengorbanan aku dihargai, mana bukti?
Mungkin pengorbanan aku tak sebanyak yang kau korbankan,
Tapi, tetap dipanggil pengorbanan.

Biarlah aku biasa-biasa.
Aku cuba hidup tanpa bergantung pada siapa-siapa,
Kau kena tahu aku mampu untuk itu !
Perbuatan, gerak-geri, percakapan, pembohongan semua tu aku pernah rasa.
Aku tahu mana satu betol mana satu palsu.

Senang, kau pilih jalan gelap, aku ambil yang terang.
Sebab aku sayangkan diri aku.
Hati ni masih lama aku nak pakai. Kau pergi jauh-jauh. Aku lari arah sini tanpa henti.

Kalaupun aku mampu berikan hati pada orang lain,
Kau takkan pernah peduli.
Aku bahagia. Aku pilih jalan ni. Aku senang. Aku lapang dan aku senyum memanjang.

Macam budak kecik yang baru dapat Magnum Almond.
Aku sedang bahagia menikmati manisan bersalut kacang tersebut.
Sehinggakan vanilanya menjengah keluar.
Tanpa ada setitik pun yang tumpah.
Betapa aku hargai Magnum.
Terima kasih. =)

nfcs

13 November 2012

: Twilight : Breaking Dawn Part 2 :

Assalamualaikum..

Ada satu benda yang buat aku tak senang duduk sekarang ni. Nak kata sebab assignment, tak pulak sampai macam ni sekali. Tapi benda ni betol-betol buat aku rasa macam punggung tak lekat atas lantai, kaki berjalan tak jejak tanah, mata yang hitam macam nak bertukar kepada merah.

Persoalannya, kenapa aku bukan pontianak? Kalau tak dah tentu aku boleh ganti tempat Bella Swan dalam Filem Senja. Err, bukan la Senjakala atau Pelangi Senja. Tapi yang aku nak cerita ni sebenarnya pasal Filem Twilight ! Homaigoddddddd. Aku tak nak sebut. Korang buat aku sebut jugak benda alah ni. Aku dah mula nak kena histeria dah ni. Helppppppp !

Tahap keterujaan aku makin menjadi-menjadi bila tengok poster Twilight : Breaking Dawn Part 2 dah mula dipasang dimerata-rata flyover yang ada kat mana-mana. Argh ! Sabar jap fana. Update blog dulu sat gi baru la meroyan okay?

Disebabkan aku dah mula sesak nafas kalau tak tengok gambar Jacob Black si serigala jadian yang ketak-ketak badan tu, muka comel tahap hamster. Baik aku mula menempekkan poster tu jugak.


Dan ini jugak !

Edward Cullen, Bella, Jacob Black
Memperkenalkan bakal suami aku ! Hahaha

Robert Pattinson ni bukan lelaki yang aku minat sebab muka dia macam gay. 

Reenesme. Anak Edward dan Bella
Aku dah tengok siri Twilight ni sejak zaman sekolah lagi. Dari bermulanya Twilight ke New Moon ke Eclipse ke Breaking Dawn Part 1 dan sekarang Breaking Dawn Part 2 ! Homaigoddddd ! *tutup muka*

Dari mula Edward nak mengorat Bella, sampai Jacob muncul dan Edward cemburu dan mereka kahwin, sehingga Bella jadi vampire, bersalin dan sekarang anak dia dah besar ! Wow ! Aku betol-betol tak mampu bendung tahap kesabaran dah ni.

Jadi, untuk korang yang aku tahu memang ramai nak mampos peminat tegar Twilight macam aku. Sama-sama kita tunggu 22 November okay ! Agak-agak kalau takut tak dapat tengok sebab tiket asik Sold Out je booking la tiket awal-awal. :)


p/s : Tunggu someone ajak tengok Twilight : Breaking Dawn Part 2. 



nfcs

12 November 2012

: Trip ke Bukit Merah LakeTown Resort :

Assalamualaikum..


Belum habis dengan sesi Terokai Perak. Kali ni aku pergi Bukit Merah Laketown Resort ! Yeeeehuuuuuu ! Nampak tak eksaited terlampau kat situ ? Al-maklum la budak-budak bila dibawak berjalan, mesti la seronok kan ? Duapulohsatutahun kategori budak-budak ke? Errr !

Perjalanan dari Seri Iskandar bermula lebih kurang sepuloh pagi. Aku pun tak pasti berapa puloh kilometer kitorang redah sebab ape yang aku taw aku mengantuk sesangat ! Dalam kereta tak dapat tido pulak tuh. Sabar je la Cik Bedah oi.

Untuk sarapan kitorang berhenti di R&R Sungai Perak. Serius, rasa macam nak balik Sungai Petani je feeling die. Haha. Rindu kampung hoi ! Selesai je sarapan kitorang teruskan lagi perjalanan melalui lebuhraya PLUS. Aku tak faham kenapa jalan agak jem sepanjang menuju ke Terowong tu. Kecik-kecik dulu mase hidung berhingus lagi, aku panggil menatang tu lubang hidung dinasor ! Kihkihkih

Keluar je Terowong jalan dah agak okay. Lebih kurang jam 12 tengah hari kitorang sampai Bukit Merah ! *loncat*

Kitorang tak plan pun nak pegi join package ape kat Bukit Merah tu. Pulau Orang Utan bunyi macam menarik. Ape yang aku bayangkan dekat Pulau Orang Utan tu banyakkkkkkk sangat Orang Utan yang berkeliaran dan kite boleh bagi Orang Utan makan, boleh peluk cium Orang Utan, boleh bergambar dengan Orang Utan dan banyak lagi la. Aku bayangkan jugak Pulau Orang Utan tu besar die macam pulau yang Jack Sparrow terdampar tu. -.-'

Rupa-rupanya, hampeh ! Ish, tak baik aku mengutuk. Sepatutnya aku promote kan? Macam mana nak jadi Duta Jom Melawat Perak nih?

Harga tiket aku sediakan kat bawah ni.

Yang ni untuk package masuk semua sekali. Water Park, Eco Park, Pulau Orang Utan, Chairlift or Skycycle

  • Dewasa RM68
  • Kanak-kanak RM57.


Ni harga tiket untuk masuk Water Park sahaja. 

  • Dewasa, RM29
  • Kanak-kanak RM25.

Pulau Orang Utan sahaja.

  • Dewasa, RM30
  • Kanak-kanak, RM25

Eco Park sahaja
  • Dewasa, RM15
  • Kanak-kanak, RM11
Kalau korang tak ambik package, korang kena bayar asing untuk kemudahan lain. Antara keseronokan lain yang korang boleh cuba berasingan.

Skycycle, RM6 dan Chairlift, RM7.

Aku cerita perjalanan aku bermula dari Jeti okay? Lepas je beli tiket masuk, korang akan diberikan handband macam ni.



Dengan Ally Iskandar ! Phewwwit !

Taraaaa ! Selamat datang ke Pulau Orang Utan. Kami mempunyai beratus ekor Orang Utan yang terdiri dari  pelbagai jantina dan usia ! Anda juga diberi peluang untuk bergambar bersama dengan Orang Utan ! Yeaaaay! Okay, sebenarnya aku tipu. Semua yang aku tulis tu dusta. T.T Kitorang langsung tak diberi peluang pegang Orang Utan. Serius aku rasa macam tak berbaloi bayar RM30 kalau dapat tengok lima enam ekor Orang Utan je. -.-'



Kat sini kita diberi penerangan sedikit tentang Orang Utan yang ada kat Pulau tu.


Ni Tuah. Sekor lagi nama apa tah. Lupa sudah ! Mereka Buddyz, takkan terpisah !


Ni la rupa sebenar tempat Orang Utan diletakkan. Kita akan berjalan dalam terowong ni sepanjang 200 meter.


Azida sedang beramah mesra dengan anak Orang Utan yang belum dilepaskan ke hutan.


Habis je melawat Pulau Orang Utan, kitorang naik bot balik. Bot tu hentikan kitorang dekat EcoPark. 

And, dekat pintu masuk EcoPark tu ada SkyCycle dan Chairlift. Kitorang decide untuk naik SkyCycle sebab masa tu tengah hari dan cuaca panas gila untuk naik Chairlift tu. Skycycle okay sikit sebab ada bumbung dan tak kena panas. :)


Macam ni la rupa SkyCycle yang kitorang naik.
Orang yang eksaited ajak naik dan orang yang paling kuat jerit.


Natang ni korang akan guna untuk kayuh. Kalau tak kayuh, tak gerak la SkyCycle korang. 

Sebenarnya perasaan masa naik SkyCycle ni tak macam naik Roller Coaster pon. Cuma korang akan rasa cuak bila benda alah ni senget masa dekat selekoh. Bayangkan la kiri kanan hutan, bawah pulak air. Kalau jatuh tak ke naya? Tapi diorang mesti dah periksa ciri-ciri keselamatan benda alah ni kan? Kalau tak takde diorang buat benda ni. Dan Zida pulak akan jerit "jangannnn, jangannnnn, jangannnnn" all the times. Cuak punye pasal. Hahahaha


Actually, banyak binatang yang korang akan nampak sepanjang korang atas SkyCycle. Sebab kita akan masuk kawasan Eco Park. Boleh tahan la untuk SkyCycle ni. Aku bagi empat daripada lima bintang. :)





Habis je SkyCycle, kitorang makan dan balik ! Sebelum tu bergambar puas-puas dulu. Taktaw bila pulak nak datang sini kan?


Photocorner time !

Dan, selamat tinggal Bukit Merah ! Nanti kitorang datang lagi ye. 

Bajet keseluruhan :

Makan - RM 10
Pulau Orang Utan - RM30
SkyCycle - RM6

Jumlah, RM46 sahaja. Kalau korang nak masuk Rumah Hantu ke nak main mainan ala funfair ke korang kena sediakan duit lebih la. Tu sahaja. :)

Lagi satu, bagi pemegang Kad Diskaun Siswa, kad tersebut hanya diterima untuk Water Park sahaja. Diskaun sebanyak sepulohperatus. Kitorang tak dapat diskaun sebab kitorang masuk Pulau Orang Utan, bukan Water Park. Sedih pedeyyy. !

Balik je dari Bukit Merah kitorang ke Ipoh Parade untuk ISTANBUL AKU DATANG dan untuk filem tu aku bagi lima bintang. ^^

Sekian dahulu perkongsian untuk trip Terokai Perak kali ni. 

xoxo, *bajet macam Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang*
nfcs

02 November 2012

: Spice and Ice :

Assalamualaikum..

Salam Jumaat readers !

Sape yang dah cuba set baru dekat McDonalds ? Set SPICE and ICE ! Nama pon dah mengancam bukan ? Untuk yang belom cuba cepat-cepat terjah McDonalds yang berdekatan okay ?



Set Spice and Ice ni sebenarnya gabungan Spicy Chicken McDeluxe dengan McFloat ! Sangat ohsem rasanya. =)


Aku dah cuba. Korang bila lagi nak cuba set yang ohsem ni ?

Aku dan Eqin :)
Aku dan siblings !

Dan kami dapat ni untuk setiap pembelian Set Spice and Ice ! ^^


Memang da jadi kebiasaan kitorang bila McDonalds keluarkan Coke Glass ni, kitorang akan dapatkan !

So, kepada korang yang belum pegi cuba lagi, pegi cepat kalau tak korang akan rasa menyesal selama patpulohdua hari. Itu saja ! Oh, lupa. Hello November ! :)

nfcs

30 October 2012

: Cara buat Pavlova :

Assalamualaikum...


Baiklah tuan-tuan dan puan-puan. Bertemu lagi kita dalam rancangan Ketuk-Ketuk Oven ! Hari ni saya nak ajar tuan-tuan dan puan-puan kat umah tu macam mana nak buat PAVLOVA.

Ada lagi ke manusia zaman teknologi ni yang tak kenal ape itu Pavlova? Sebenarnya Pavlova ni sejenis kek yang lembut didalam, rangup diluar dan ditambah pula buah-buahan diatasnya beserta krim yang lembut.


Cerita asalnya macam ni. Pavlova diberi nama bersempena dengan nama seorang penari ballet Russia yang berkunjung ke Australia dan New Zealand iaitu Anna Pavlova pada tahun 1920 semasa jelajahnya mengelilingi dunia.

Walau bagaimanapun telah berlaku perebutan dari mana asalnya dan siapa pencipta sebenar Pavlova antara Australia dan New Zealand selama bertahun lamanya.

Dan akhirnya kajian menunjukkan Resepi asal Pavlova ialah milik New Zealand kerana ianya kali pertama dihidangkan di sebuah hotel di Wellington,New Zealand bersempena dengan kunjungan Anna Pavlova di hotel tersebut pada tahun 1926.

Mungkin Anna Pavlova tu cantik orangnya sebab tu la kek Pavlova ni pun comel je. Manis dan ayu gituu. :)

Selesai pasal sejarah asal usul Pavlova. Seterusnya mari kite mula perkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Pavlova ye tuan-tuan dan puan-puan.

Bahan-bahannya ialah :


4 Biji putih telur. Putih telur sahaja taw. 
1 cawan gula kastor. Saya guna gula pasir pastu blender sampai halus cuma kurangkan kuantiti. Sebab takut terlebih manis.
1 penutup botol esen vanila. Saya guna tutup dia. Ngam-ngam :)
Setengah sudu besar Tepung Jagung. 
Bahan yang terakhir yang tidak mempunyai gambar ialah CUKA masakan sebanyak satu sudu besar ye.

Untuk topping pulak. Cuma perlukan dua bahan. 


Buah Strawberry
Whipping Cream
Untuk buah-buahan yang nak diletakkan di atas Pavlova. Terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan nak pakai buah apa. Ikot selera masing. Jangan letak buah durian berulas-ulas sudahlah. Hahaha.

Seterusnya kita belajar cara membuatnya pulak ye.

Mula-mula pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kemudian, dengan kelajuan tinggi masukkan gula sudu demi sudu. Teruskan memutar sehingga adunan menjadi putih berkilat. Gebu yang teramat ! Seterusnya masukkan esen vanila. Kemudian, masukkan tepung jagung dan cuka.

Gebu tak? Ni lah hasilnya selepas dipukul dan disental.

Buatkan garisan di atas kertas minyak. Bentukkan bahan tersebut ikot bentuk yang korang buat atas kertas minyak tu. Saya guna bekas buat kek je. Saya terus sumbat semua bahan dalam tu je. :)

Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Macam ni la rupa dia selepas dibakar. 

Ini pulak selepas saya letakkan whipping cream dan buah. Saya hantu whipping cream. Harap maklum !

Jadi, macam mana? Tuan-tuan dan puan-puan faham tak dengan cara buat Pavlova saya tunjuk ni? Sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada bila-bila masa sahaja. Semoga berjaya ! Jumpa lagi pada waktu yang sama,  hari yang sama dalam rancangan yang sama Ketuk-Ketuk Oven ! ^^

nfcs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...