TABUNG

31 March 2014

HARUM MALAM RAHSIA KECANTIKAN WANITA

Assalamualaikummm...



Alhamdulillah, ini merupakan kali kedua fana review produk Harum Malam ni. Yang pertama hari tu dah baca ke belum? Kalau belum baca jom baca dulu.(SINI) Bukan apa, produk ni memang tengah menjadi bualan ramai sekarang ni. Sebab keberkesanan Harum Malam tak dapat dinafikan lagi. Wahhh! Gitewww. Mana ada wanita yang tak nak cantik dan sihat dalaman kan?


Masa sampai je parcel Harum Malam dekat rumah hari tu, fana terkejut jugak tengok botol Harum Malam warna maroon. Sebelum ni fana dapat botol hitam. Botol kali ni sangat cantik. Tak caya? Jom tengok gambar fana ber'camwhore' dengan botol Harum Malam yang baru sampai ni. Hihihi.


Yang fana dapat ni merupakan pek baru Harum Malam. Sangat cantik dan elegant pek terbaru ni. Yang lama dulu warna hitam botol dia. Fana lebih suka yang ni, nampak mesra wanita gitewww !



Apa yang fana tahu, ramai sangat anak dara yang dah cuba Harum Malam yang lebih femes dipanggil HM ni. Sebab apa? Sebab diorang alami masalah bau badan. Nasib baik fana tak ada masalah bau badan. Alhamdulillah. So, korang yang ada masalah bau badan tu silalah consume Harum Malam. Malu kan kalau badan berbau?

Packaging yang fana dapat


Masa mula-mula review Harum Malam ni, fana terkejut jugak bila UV blog mencanak ! Banyak betul carian untuk Harum Malam. Nampak betapa hebatnya produk ni sampai ramai yang singgah blog fana untuk baca review pasal Harum Malam. Ramai jugak blogger lain yang buat review jugak.


Selain boleh menghilangkan bau badan, Harum Malam juga boleh membuang masalah keputihan. Keputihan dan wanita memang sukar untuk dipisahkan. Memang betul pun. Fana ada kawan yang terlalu teruk masalah keputihan dan bila fana cadangkan guna Harum Malam, dia cakap masalah keputihan dia dah berkurangan. Baru sebulan dia consume Harum Malam. Fana dapat whatsapp dari kawan yang gunakan Harum Malam jugak dan ini apa yang dia kongsikan.

testimoni




Kat bawah ni antara testimoni oleh pelakon Lia Natalia. Dia pun consume Harum Malam jugak. Korang yang ada masalah yang sama tu bila nak cuba? Murah je. RM33.00 sahaja !



Jangan terkejut pulak tengok packaging dah bertukar ye sebab Legacy Secret dah pun inform pengguna Harum Malam bahawa packaging baru tiada hologram dah. Hati-hati jugak dengan produk tiruan. Takut ada kesan sampingan pulak bila korang consume. Make sure cek betul-betul dan kalau taknak terbeli produk tiruan, boleh beli dekat Legacy Secret Trading okay?

Mula-mula dapat Harum Malam macam tertanya-tanya jugak apa warna cecair dalam dia sebab botol dia berwarna gelap. Bila dah bukak tu, nak minum tengok-tengok warna dia macam ni ha. Nak kata macam air peach pun ada jugak. Warna cair dan macam jeli sikit sebab kepekatan dia.


Okay, apa lagi? Jom la yang lain cuba produk ni. Fana sarankan mereka yang dah berumahtangga tu sangat sesuai consume Harum Malam sebab apa yang fana baca (memandangkan fana belum kawen), ramai yang respon produk ni dapat mengembalikan keintiman hubungan pasangan suami isteri.


Tip : Amalkan 2 kali sehari 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur, badan pasti berbau enak dan yang paling bagus side effect bagi produk ini adalah ia dapat merapatkan organ intim wanita (bagi yang sudah berkahwin).

Kat mana nak beli Harum Malam? Berapa harga Harum Malam? Fana sarankan korang beli di facebook Legacy Secret Trading, link fana sediakan dibawah. Tak pun korang klik je dekat gambar Harum Malam yang fana dah letakkan di side bar blog okay?

-

-

Facebook Legacy Secret Trading

RM40 (Semenanjung) 
RM45 (Sabah dan Sarwak)
*termasuk postage


xoxo,
nfcs

27 March 2014

IACT COLLEGE EDUCATION FAIR 2014 AND ESCAPE ROOM

Assalamualaikumm




Sabtu lepas, fana dapat jemputan untuk hadiri Education Fair anjuran IACT College yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Memang sejak zaman sekolah lagi fana suka sangat pergi apa-apa Education Fair yang diadakan. Kali ni, fana datang Education Fair sebagai blogger pulak. Baca sampai habis tau untuk tahu mengenai IACT College ni. :)


Amacam? Dah tengok video kat atas ni? Nampak tak betapa cantiknya IACT College dengan suasana dia yang dikelilingi restoran-restoran serta kemudahan yang lain. Selalunya kolej-kolej dan universiti ditempatkan dikawasan pedalaman yang jauh dari kesibukan kota tetapi berlainan dengan IACT College ni sebab terletak di Pusat Komersial Jaya One, Jalan Universiti, Petaling Jaya.


Kehadiran fana dan rakan blogger yang lain disambut ramah oleh staff-staff IACT College yang memakai tshirt bertulis IACT College berwarna merah. Fana ingat tak ramai yang datang, rupa-rupanya ramai jugak pelajar-pelajar dan parents yang datang bagi mendapatkan informasi mengenai IACT College ni.


Pelajar-pelajar yang datang memeriahkan Education Fair ni merupakan pelajar daripada SMK Tropicana yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Tiba-tiba sibuk nak ambik tahu kan? Tegur la orang sebelah.

Fana : "Parents ke?"
Cikgu : "Eh, tak la, sy cikgu yang bawak pelajar-pelajar ni."
Fana : "Oh, sorry2, ingatkan parents tadi". Pastu terus buat-buat tanya dari sekolah mana bla bla bla. Hahaha


Sepanjang Education Fair berlangsung, IACT College menyediakan booth-booth bagi membantu pengunjung mengajukan pelbagai soalan mengenai cara melanjutkan pelajaran di IACT College, bagaimana melebarkan sayap dalam bidang pekerjaan dan apakah kursus-kursus yang ditawarkan.




IACT College juga menyampaikan maklumat dengan lebih menarik kepada para pelajar yang hadir dengan menjemput bekas-bekas pelajar IACT College untuk menceritakan pengalaman mereka sepanjang belajar di IACT College dan juga berkongsi mengenai bidang yang mereka ambil.

Sharing session by Casandra Yong, Dip in Mass Comm student

Do's and Don'Ts of Overseas Studies by Abiseshana Mohan, Dip in Advertising

Wong Jia Li, Dip in Advertising

IACT College juga menyediakan sendiri beberapa syarikat yang bekerjasama dengan mereka bertujuan untuk memberikan peluang pelajar-pelajar mereka menjalankan latihan industri di syarikat yang menawarkan peluang tersebut. Beruntung sangat pelajar-pelajar IACT College ni tau.



Pelajar-pelajar didedahkan dengan pengalaman seperti mengadakan persembahan di ruang legar kolej dan sebagainya. Dengan cara ni, dapat la mereka meningkatkan lagi kualiti persembahan dan pengalaman yang diraih juga sangat besar nilainya. Ini la yang cuba diketengahkan oleh pihak IACT College.




Fana sempat bergambar dengan team bloggers yang datang atas jemputan oleh IACT College. Terima kasih yang tak terhingga buat pihak IACT College kerana telah memberikan layanan yang begitu baik sekali kepada kami. Goodies bag pun banyak sangat. Terima kasih. :)



Apa yang menariknya, fana dapat tiket free untuk join Escape Room dekat e-Curve nanti dengan pelajar-pelajar IACT College. Wuhuuu! Tak sabarnya! Tiket diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke Education Fair baru-baru ni. Rugi siapa yang tak datang tau !



Yeayyyy! Thank you Escape Room dan IACT College sebab bagi fana complimentary pass ni. Tak sabar nak join. Teringin nak masuk cuma belum berkesempatan. Apa yang fana tahu Escape Room ada beberapa jenis bilik dan kita boleh pilih nak The Mysterious Room, The Mummy - Thomb of the Ancient Pharoah, The Abandoned Factory, Prison Break, Pirate Ship, dan The Slaughter House. 


Kalau korang nak try Escape Room, boleh la pergi outlet-outlet yang terdapat kat Malaysia ni macam Berjaya Times Square, e@Curve, Bandar Botanic Klang dan Setiawalk Mall Puchong. Harga pulak berbeza mengikut hari. Hari biasa lain, hari minggu lain ye. Korang dicadangkan supaya call dan booking dulu.



Untuk maklumat lanjut :

KOLEJ IACT SDN BHD
2-G, Block K, Jaya One,
 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : +603 - 7956 0211


ESCAPE ROOM MALAYSIA

17 March 2014

KAT MANA NAK BELI BUKU TEKS MURAH ??

Assalamualaikumm..


Entri ni fana buat untuk bantu-bantu kawan-kawan, adik-adik dan sesiapa sahaja yang berniat untuk membeli buku teks tetapi dengan harga yang MURAH ! Fana pernah merasa bagaimana susahnya bila terpaksa beli buku teks dan terpaksa habiskan beratus-ratus ringgit untuk beli buku teks.


Kalau dulu, pinjaman SPBT hanya dihadkan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Memang la pendapatan ibubapa diorang agak tinggi tapi tak la cukup pun untuk tanggung segala perbelanjaan. Contohnya, kalau gaji ayah awak lebih limaratus je, beli itu ini, habis jugak. Tak ke sama dengan perbelanjaan orang lain.


Disebabkan gaji ayah dia lebih limaratus je, jadi ayah dia terpaksa beli buku teks untuk tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Fana kesian taw. Sekarang ni barang pun makin mahal. Jadi, fana nak bantu korang yang ada masalah untuk beli buku teks ni. InshaAllah, harga yang ditawarkan pun lebih murah daripada beli melalui bookstores yang ada.



Website ni sangat sesuai untuk students IPTA/IPTS sebab banyak sangat buku terbitan McGraw Hill yang dijual kat sini. Harga pulak ya rabbi, jauh sangat beza dia. Kalau kat kedai korang boleh beli dengan harga RM80.00, kat sini cuma RM40++ ! Percaya tak?? Percayalahhhh.


Tiba-tiba rasa rugi pulak bila dapat tahu pasal kewujudan website ni lepas dah habis belajar. Ruginyaaaaa. Korang yang masih belajar tu, bebudak degree yang baru masuk sem tu cepat-cepat la beli kat sini daripada korang habiskan duit dekat book garden yang mahal nak arwah tu. -.-



Selain boleh beli, korang boleh jual jugak buku teks korang yang sem-sem lepas kat sini. Macam mana caranya? Nampak tak gambar kat atas tu? Ada dua button "I WANT TO BUY" dengan "I WANT TO SELL" kan? Haaa, kalau nak jual, boleh pegi kat button "I WANT TO SELL" dan korang boleh baca cara-cara untuk jual buku teks korang kat sana.


Macam mana? Fana membantu tak? Tolong sebarkan dekat kawan-kawan lain yang nak berjimat tu ye? Jangan beli dekat mana-mana dulu, boleh beli kat http://bookup.my sebab harga dia sangat murahh. Tak tahu macam mana nak bagi korang percaya lagi. Nak nangis je rasa tengok harga buku dia yang murah tu. T.T




Ni salah satu contoh buku teks yang dijual. Cuma RM 30.00 je kot ! Kalau beli kat bookstores mana dapat harga ni. Serius rasa macam nak sangat korang beli kat http://bookup.my/


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara jual dan beli buku teks ni, korang boleh terus pergi dekat laman web ni atau facebook yang fana sediakan link kat bawah. Klik je link tu. :)


Website : http://bookup.my/



p/s : fana dah tampal banner kat atas tu (warna kuning), korang boleh klik je link tu untuk direct ke website BookUp. Semudah ABC. :)

xoxo,
nfcs

14 March 2014

CHAKRI PALACE ROYAL THAI CUISINE @ PAVILION, BUKIT BINTANG

Assalamualaikumm




Semalam fana dijemput oleh www.dineout.com.my bagi menghadiri sesi perasmian bersama media di sebuah restoran yang mendapat anugerah The Best of Thai Cuisine iaitu Chakri Palace Royal Thai Cuisine yang terletak di pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Bintang. Well, mula-mula sampai situ fana rasa suka sangat dengan suasana restoran tu sendiri. Memang kena sangat dengan nama dia Chakri Palace kan? Jom kita tengok makanan yang dihidangkan semalam sempena Media Launch.


Semasa menunggu majlis mula, para media dihidangkan dengan beberapa jenis pembuka selera oleh beberapa gadis berpakaian tradisional Thailand. Mereka merupakan waitress di Chakri Palace. Kalau korang datang makan di Chakri Palace, korang pasti akan dilayan oleh waitress yang cantik-cantik dan lemah lembut persis gadis-gadis kampung di Thailand.


Apa sahaja permintaan korang pasti akan dilayan dengan segera. So, jangan risau bila korang nampak gadis-gadis berpakaian tradisional Thailand ni. Sawadikapppp!


Untuk main course, para media dan tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi dan lauk-pauk. Apa yang boleh fana katakan ialah makanan yang dihidangkan sangat menepati selera masyarakat Melayu. 


Di satu sudut restoran, pelbagai jenis tomyam dihidangkan kepada tetamu. Fana sangat suka rasa tomyam seafood yang dihidangkan. Kena dengan selera dan citarasa fana yang gemarkan tomyam cair dan tidak terlalu masam. Letak pulak sotong, udang dan isi ikan, memang perghhh! 


Sampai sekarang pun terngiang-ngiang lagi rasa tomyam Chakri Palace. Kalau datang makan di restoran Thai, menu wajib ialah tomyam la kan? Rugi la kalau tak rasa tomyam dekat Chakri Palace. Highly recommended !


Bagi korang yang gemarkan pelbagai jenis kerabu macam kerabu mangga, kerabu betik dan macam-macam lagi la pun boleh cuba makan di Chakri Palace. Semua makanan yang dihidangkan di Chakri Palace boleh dikatakan sangat ngam la dengan citarasa dan anak tekak kita sebagai orang melayu ni kan? Pedas, masam semua ada.




Sebenarnya banyak lagi lauk-pauk yang ada di Chakri Palace. Korang boleh pilih berdasarkan menu. Yang penting semua makanan yang disediakan memang menepati citarasa anak tekak orang kampung macam fana ni la. Yang fana dengar, dekat Chakri Palace, Ayam Pandan dia sangat femes. Ayam tu dibalut dengan daun pandan. Korang patut cuba!

Untuk pencuci mulut pulak, para media dihidangkan dengan pelbagai jenis pencuci mulut yang lebih kurang macam makanan masyarakat Melayu. Kalau tak percaya jom tengok.

Cendol

Red Ruby Water Chestnut

Thai Jelly
Thai Jelly ni nampak macam kuih Tepung Pelita kan? Tapi rasa dia sangat lain. Bukan macam Tepung Pelita. Cuma persamaan dia atas tu santan dan bawah pandan. Santan dia agak masam dan yang bahagian bawah warna hijau tu manis.

Tako
Tako merupakan agar-agar yang diperbuat daripada kelapa. Apa yang fana rasa, dia lebih kurang macam Jelly Kelapa yang kita makan tu tapi yang ni dia buat dalam talam dan dipotong menjadi agar-agar.

Ubi dan Pisang
Yang ni fana paling suka sebab fana memang hantu pisang. Pisang ni makan dengan santan yang disediakan. Rasa dia lebih kurang macam makan Pengat Pisang. Rasa pisang tu manis lepastu makan dengan santan yang lemak-lemak sikit. Memang sedap. Fana makan banyak semalam. Hihihi

Chef Lamprai Phanphakdee

Selepas para tetamu dihidangkan makanan, Chakri Palace mengadakan demo untuk fruit carving oleh Chef Lamprai Phanphakdee - a master at fruit carving. Jom tengok video yang fana rakam semasa Chef Lamprai mengukir buah tembikai susu.


Jom tengok hasil ukiran buah oleh Chef yang manis jelita tu. Sangat kagum dengan kreativiti beliau.




Sangat la halus hasil tangan Chef Lamprai Phanphakdee ni. Sampai tak ada siapa boleh lawan hasil tangan beliau. memang kagum la dengan bakat beliau ni. Chakri Palace menganjurkan pertandingan fruit carving untuk lima orang media yang nak bertanding. Antara yang turut sama bertanding ialah rakan blogger fana Lwin Wen Li (klik untuk ke blog).

Demo fruit carving oleh Chef Lamprai Phanphakdee
Wen Li khusyuk buat fruit carving


So, taraaaaa! Ni la hasil tangan peserta yang join pertandingan fruit carving anjuran Chakri Palace. Ingatkan senang je nak ukir buah ni rupanya susah gila. Salute Chef Lamprai Phanphakdee ! Siapa yang menang ya?


Para peserta diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan menyertai pertandingan fruit carving. Walaupun tak menang, para peserta mendapat ilmu dan pengalaman baru. Thank you Chakri Palace.

Wen Li, pemilik blog Carpe Diem
Wen Li merupakan food blogger yang join untuk food review kali ni. Fana dapat tahu bahawa Wen Li pun datang atas jemputan oleh www.dineout.com.my jugak. Thank you CK ! We really enjoy the event last night. Thank you for invite. :)


Tak sangka dalam ramai-ramai media yang hadir, terselit seorang selebriti. It's Daniel Lee from Malaysia Idol Season 2! Wahhh, Daniel Lee pun dah rasa makanan di Chakri Palace, korang tunggu apa lagi? Cepat serbu Chakri Palace untuk the best Thai Cuisine in Malaysia! 



More details :
Chakri Palace Pavilion, 
Level 4 Connection, 
Pavilion KL 
(03-21431141)


xoxo,
nfcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...