TABUNG

14 January 2015

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan @ Seksyen 13, Shah Alam

Assalamualaikum...


[Food Review]
Venue : 
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet
Sri Acapella Servive Apartment, 
Jalan Lompat Tinggi 13/33M, 
Seksyen 13 40100 Shah Alam, Selangor.

Operation Hours : 
5 pm - 2 am

Price :
RM 33 (Adult), RM17 (Children above 5 y/o)

"Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan TV3"

.

.

.




Antara perkara paling seronok untuk dibuat dalam dunia ni ialah meluangkan masa dengan keluarga. Alhamdulillah, hari Sabtu yang lalu fana berkesempatan mengumpulkan family kecik fana yang terdiri daripada Abah, Mak, Kakak2, Abang ipar dan adik-adik untuk menjamu selera di salah satu restoran steamboat yang dikelolakan oleh orang melayu dan yang pastinya Halal.

Entah kenapa fana rasa teruja sangat sebab ini merupakan pertama kali fana ber'steamboat' dengan family fana. Sebelum ni selalunya kalau pergi makan steamboat mesti pergi dengan kawan-kawan. Sebab tu malam tu fana rasa sangat happy dan puas hati. Tambahan pula steamboat dekat D'Kayangan sedap sangat!




Untuk buffet, D'Kayangan menyediakan beberapa makanan yang memang sangat menyelerakan dan confirm kenyang la. So, kita ada mee goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, nasi lemak, gulai ayam, sup cendawan dan kentang goreng. Apa yang fana capai masa sampai tu ialah nasi lemak. Hehehe. And you guys know what Nasi Lemak D'Kayangan sedap gila! Memang kena dengan selera fana yang sukakan sambal yang pekat dan yang penting kacang tanah tu rangup. Hahaha.

So, ramai yang masih tak tahu apa specialnya D'Kayangan Steamboat, BBQ and Buffet berbanding dengan restoran-restoran steamboat yang lain. Jom fana ceritakan. Kat sana, masuk je pintu restoran korang akan lalu sebelah kambing panggang weyy. Abang ipar fana makan banyak sangat. Sedap katanya. Tapi, memang sedap pun. Tak hanyir langsung. Memang korang wajib cuba kalau g makan kat sana.




Jutaan terima kasih buat Encik Ariff, Manager D'Kayangan Steamboat kerana sudi melayan fana sekeluarga dari jam 6 petang hingga la 9 malam. Terima kasih kerana menyediakan ruang makan yang sangat selesa, makanan yang sedap dan layanan yang superb dari staf D'Kayangan. Mana taknya, mintak tisu zappp, lima saat terus dapat. Mintak sudu satu zapppp lima saat sampai tiga sudu bersama satu garfu. Mintak tambah sup tomyam, zapppp lima saat terus datang refill. Pergh, memang terbaik la.




9 jenis sos homemade D'Kayangan

Aneka hidangan mee steamboat
Terdapat lebih 20 jenis hidangan makanan laut yang cukup segar dihidangkan di D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet ni. Makanan laut yang terdiri daripada sotong, udang, lala, kekapis, mentarang, kerang dan sebagainya ni dihantar setiap hari ke restoran melalui pembekal dan kesemuanya segar-segar belaka. Dua jenis sup yang disediakan iaitu tomyam dan ayam. Macam biasa, feveret fana ialah TOMYAM!




Menurut Encik Ariff, pelanggan yang datang ke D'Kayangan terdiri daripada pelbagai bangsa dan juga pelbagai peringkat umur. Ramai antara mereka yang datang bersama family dan kawan-kawan. Disebabkan itu, ruang restoran disediakan dengan ruang yang boleh memuatkan jumlah yang ramai dan juga ruang untuk pelanggan yang cuma datang berdua bersama pasangan. Fana datang 10 orang okay. Hahaha




Memandangkan hari tu fana datang dengan family seramai 10 orang, so memang agak huru-hara la meja makan kitorang kan? Hahaha. Macam-macam makanan ada. Nak makan apa ambik je. Tema makan steamboat ni All You Can It. Gittewww! So, makan la sampai kenyang. Terima kasih la D'Kayangan sebab sudi post gambar family fana kat Instagram diorang kan. Hehehe. So, korang apa lagi? Cecepat la follow Instagram D'Kayangan okay?

Untuk pencuci mulut pulak boleh dikatakan macam makan kat kedai kampung tu. Memang tak kena la kalau tak ada Ais Kacang (ABC), aiskrim, kek, rojak buah dan sebagainya. Alhamdulillah. Puas hati sangat sebab dekat D'Kayangan ni disediakan semuanya sekali. Ya Rabbi, kenyang perut suka hati la nak oi.



Mesin ABC self-service

Ini pertama kali sebenarnya fana tengok mesin ABC yang comel ni. Senang sangat guna mesin ni sebab tak perlu banyak tenaga. Tekan je suis terus ais tu dihancurkan. So, masa mula-mula datang fana memang tak tahu macam mana nak guna. Nasib baik la Encik Ariff ada untuk buat demo kat situ. Hihihi. Ooo, macam tu rupanya nak buat dia.



Mak Siah punya feveret. Pantang jumpa.


Antara pencuci mulut yang dihidangkan di D'Kayangan
Amboi, menyelerakan sungguh kan? Haaaa, korang jangan la telan air liur je tengok ni. Korang kena pergi sana. Cuba sendiri dan nikmati sendiri semua hidangan makanan laut yang segar-segar tu. Rugi kalau lepaskan peluang ni. Ditambah pula makan bersama family. Bertambah erat hubungan kekeluargaan tu kan.

Acah-acah jadi model steamboat kejap ah

Dengan adik bongsu fana

Paling tak boleh blah part ni la. Dah keluar restoran dah. Dah pergi menyelfie (*apa punya ayat la, malu cikgu BM dengar) kat luar bagai pastu baru teringat tak tangkap gambar dengan Encik Ariff. Aduh makkkk aiiii (*tiru gaya Hud cakap dalam cerita Cinta Ilahi) apa la fana ni. So, dari tadi fana dok sebut nama Encik Ariff tu ha, ni la dia orangnya. Muda lagi tapi dah jadi pengurus restoran tau. Terima kasih ye Encik Ariff atas layanan yang cukup baik dan ramah. Terima kasih jugak sebab recommend untuk datang makan kat sini. Hihihi :')

Bersama Encik Ariff
Dah la tu, sepanjang makan, fana dok usha je meja sebelah. Bila la nak datang orangnya. Hahaha. Itu la dia Mek Onie, rakan blogger fana iaitu owner kepada blog http://letopkeypad.blogspot.com. Akhirnya, datang jugak masa fana dah pun angkat punggung dari tempat duduk dalam restoran. Hahaha. Lambat bebenau datangnye. Mementang la umah dekat je dengan D'Kayangan tu kan? Hewhewhew


Oh ya, amacam skill photography fana? Hihihi. Gambar kat atas tu semua fana yang tangkap sendiri tau. Sambil dengar Encik Ariff cerita pasal menu-menu yang ada, sambil tangan fana cargas menangkap gambar makanan-makanan yang sedap-sedap tu. Pergh! Hebatnya fana. (*puji diri sendiri pun boleh). Terima kasih la kamera merah sebab sudi temankan pergi semua food review sebelum ni. Memang hasilnya sangat fantastik! Teruskan berkhidmat ye.

Kalau korang nak datang makan kat sana, korang boleh call no ni 03-55234979 untuk tempahan. Kalau nak walk-in pun boleh tapi kalau nak pergi hari Jumaat-Ahad tu better korang call dan tempah siap-siap la sebab ramai sangat orang datang makan kat D'Kayangan BBQ Steamboat and Buffet ni.



Overall Review
  • Ruang yang mampu memuatkan hingga 200 pelanggan ini sangat santai dan selesa, tak terlalu padat.
  • Kaedah 'booking' dulu sebelum datang tu sangat bijak sebab dapat mengelakkan daripada pelanggan rasa kecewa bila kena balik tanpa berpeluang makan di situ.
  • Makanan laut sangat fresh dan sedap.
  • Terdapat air sejuk (anggur, oren dan mineral) serta air suam (teh tarik).
  • Surau lelaki dan perempuan disediakan di dalam restoran cuma terpaksa ambil wudhuk di tandas.
  • Toilet juga sangat dekat dengan restoran.
  • Mudah mendapat parking berdekatan dengan restoran.
  • Layanan yang sangat baik oleh pelayan-pelayan restoran.
  • Sesuai untuk dijadikan lokasi sambutan hari jadi atau gathering
  • Harga D'Kayangan RM33.00 dewasa, RM17 untuk kanak-kanak atas 5 tahun.
  • Overall, fana bagi 6/10. =)




xoxo,
fana

5 comments:

  1. dah la dekat...rasa nak p lagi je ni..huwarrrrr!!!! fana oo fana... kenapa awak pegang tangan kita ?haha..kbai.... dapat gak jumpa fana.... tak sangka fana pun makan kat situ gak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak p lg mohon bawak fana k. Hehehe. A'ah. Fana pun tak sangka onie ada kat situ jugak. Btw, gambar pegang tangan tu sweet sngt hokayyy.

      Delete
  2. Suka juga makan kat sini memang best and banyak pilihan hari tu dpt pergi seronok sgt rasa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Kannn? Dah la tu makanan laut semuanya fresh ! :)

      Delete
  3. Terbaek....

    http://variousfastsolution.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...