Assalamualaikumm...
Ehem-ehem, betulkan suara jap. Nak bergurindam. Siapa yang reti bergurindam boleh la join depan laptop/phone korang tu. Hahahaha. Ikut rentak lagu Gurindam Jiwa nyanyian Nordin Ahmad dan Latifah Omar.
Terima kasih tahun yang lalu,
Kerana kasih, sayang dan rindu,
Tiba masa, tahun yang baru,
Harap-harap mendapat restu.
Jangan sedih jangan berduka,
Terus mendongak ke atas sana,
Semoga berkat menanti kita,
Doa semua amat bermakna.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih diberikan kesempatan untuk terus menikmati keindahan dunia ciptaanNya. Rasa macam baru je lagi kaki ni mula melangkah ke alam tadika, belajar mengenal ABC serta 1,2,3. Sungguh pantas masa berlalu.
2014,
Terima kasih untuk semua kenangan yang kau pahatkan dalam memori. Semoga yang buruk itu dijadikan iktibar dan yang baik pula kita jadikan sebagai batu loncatan untuk terus memberikan semangat buat masa akan datang.
Bermula pada Januari, waktu tu fana tengah struggle menghadapi peperiksaan akhir di UiTM Seri Iskandar, Perak untuk semester 5 iaitu semester akhir di sana. Waktu itu juga fana masih sibuk mencari lokasi untuk fana jadikan tempat menimba pengalaman serta melakukan latihan industri.
Lebih kurang 5 syarikat yang fana hantar resume namun, tidak mendapat sebarang feedback daripada pihak sumber manusia di syarikat tersebut. Fana dah mula rasa gelisah. Rasa macam susah sangat nak cari sebab tak ada 'orang dalam'. Lagi seminggu nak tamat exam, fana akhirnya mendapat bantuan daripada housemate (rakan sekelas dan satu rumah masa di Seri Iskandar dulu) untuk cuba hantar resume pada sepupu dia yang bekerja di satu badan kerajaan.
Alhamdulillah, sehari selapas resume dihantar fana terus mendapat panggilan dari mak mengatakan ada surat sampai dan menawarkan fana untuk menjalani latihan industri. Syukur! Masa tu dah mula rasa selesa sikit untuk teruskan study for final exam.
Tiba hari terakhir, masa untuk ucapkan selamat tinggal buat kawan-kawan serumah yang memang kitorang kenal sejak Minggu Destini Siswa lagi. Sedih. Tapi, tak payah nak sedih sangat la sebab kitorang berempat masing-masing berasal dari KL dan Selangor. Dekat je kalau nak jumpa. Sedih tu ada sebab nak tinggalkan rumah sewa, peti ais, mesin basuh dan katil yang fana dah guna selama 3 tahun kat sana.
Februari, fana masih berehat dirumah dan menyumbang kepada faktor pembesaran tubuh badan. Mana taknya maksiah masak sedap sangat, jadi makan la tanpa pedulikan apa-apa. Jangan menyesal, sebab selagi ibu kita ada dan masih larat memasakkan kita makanan yang sedap, kita makan je. Oh, bukan tu je, sejak habis belajar fana pun dah jadi part time chef dekat rumah sebab kadang-kadang maksiah agak busy so, fana akan ambil alih tugas memasak. Hihihi.
Mula je bulan Mac, fana dah get ready untuk datang lapor diri di lokasi yang dimaksudkan la. Memang sejak dulu fana jenis yang agak gemuruh untuk bertemu dengan orang baru, persekitaran baru. Rasa dia lain macam. Kalau nak tahu pasal tu, korang boleh baca kat previous entri fana yang ni (82 Hari Yang Cukup Bermakna).
Hujung Jun, fana tamat latihan industri dan mula sibuk siapkan research degree fana. Perkara paling susah sekali tang nak buat research tu la. Dan fana spend hampir RM600 untuk kos ulang alik KL-Perak sepanjang bulan tu. Sebab nak kena jumpa supervisor, nak kena follow up research, nak kena check error and semuanya memang sangat menguji keimanan. Tapi, semuanya berjalan lancar.
Bulan Julai pulak bulan yang paling mendebarkan sebab fana akan melakukan presentation (viva) untuk research akademik fana tu. Tak sangka, rasa cuak, takut, dan sebagainya tu hilang sewaktu masuk je dalam makmal tu. Sangat mudah proses viva masa tu. Syukur!
Selesai semuanya fana ambil keputusan untuk spend time dengan family kat rumah, langsung tak ada keinginan nak cari kerja. Rasa nak duduk rumah je. Lagipun masa tu bulan puasa dan fana tak sanggup nak hadapi risiko bekerja di bulan puasa. Hehehe. Jadi, fana just duduk rumah, menjalani ibadah puasa dengan family, pergi bazar ramadhan dan berbuka ramai-ramai.
Lepas raya dalam bulan Ogos tu, fana pun mula fikir kerja apa yang fana nak buat dana bidang apa yang fana boleh buat. Entah macam mana, fana cuba search je kat google dengan keyword 'kerja kosong' dan terus ada satu website yang macam jobstreet iaitu www.maukerja.com. Lima minit lepas fana submit resume, terus ada satu agensi pekerjaan call suruh datang interview esoknya. Fana pergi interview dan petang tu, dia call fana balik suruh pergi sesi interview pertama dengan company yang fana apply tu sendiri. Selesai interview pertama, fana dipanggil untuk second interview di company yang sama tetapi dengan manager yang lain pulak. Tak sangka, hari ni interview, isnin depan dah boleh start kerja. Alhamdulillah, rezeki.
So, starting Ogos sampai sekarang fana masih lagi bekerja di company tersebut. Ramai yang cakap fana beruntung sebab dapat kerja sebelum grad sebab ramai lagi kawan-kawan fana yang belum dapat kerja. Mungkin rezeki masing-masing dah ditentukan Allah. Fana pun bersyukur jugak sebab diberikan kepercayaan oleh company yang fana kerja sekarang dan diberikan gaji mengikut kelayakan yang fana ada walaupun fana tak grad as a degree holder lagi. Thank you. :)
Bulan Disember lepas, fana berjaya memegang sekeping (sebab tak digulung) Ijazah. Fana pun tak tahu kenapa orang panggil segulung Ijazah. Maybe sebab dulu Ijazah tu digulung kot. Hehehe. Sekarang ni dah petak dah. Happy la sebab dapat buat mak dan abah happy. Fana rasa penat lelah masa study degree dulu tu hilang bila dah naik pentas masa konvo baru-baru ni.
Sebab tu orang kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Kalau diberikan rezeki, fana nak jugak sambung master tapi itu semua kita rancang je, Allah yang tentukan. Kalau ada rezeki tak salah menuntut ilmu. Pahala menuntut ilmu tu sangat besar. Kita cuma kena berkorban sikit la.
Sekian.
Happy New Year !
xoxo,
fana
Best baca cerita Fana ni... Tahniah ! Fana semua pencapaian Fana dah dapat?
ReplyDeletetak nak selitkan ke pasal blog plak cmna? huhuhu
Betul jugak kan. Rasa macam nak buat satu entri pasal blog pulal la. Hehe
DeleteHehehe, macam2 berlaku tahun lepas, iday pon sama. tahniah sebab dah grad! :)
ReplyDeleteTerima kasih ida. Semoga tahun ni dpt good news dari ida. ;)
DeleteProud of u dear..da siap dot kje lg...kje leklok ok? Kawen cepat..haha
ReplyDeleteThank you kak ayu. Alhamdulillah. Pasal kawen tu inshaAllah. Doakan ye. ;)
Deletesama2.. bil perkhidmatan sila jelaskan di kaunter hadapan
ReplyDeletewww.broframestone.com
Hai bro. Lama tak jumpa. Hihi
Delete