TABUNG

13 February 2012

Jom Borong di Kenanga Wholesale City (KWC)

Assalamualaikum..


Korang yang baca entry ni merupakan manusia paling comel dalam dunia ni. Eceh! Mesti tengah senyum sorang-sorang tu. Hihihi. Senyum tu bagus jugak, happy lagi bagus sebab dapat mengalirkan hormon gembira dalam tubuh kita. :)


Hari ni nak kongsi pasal satu tempat yang awesome untuk korang beli barang murah dan khas untuk peniaga-peniaga online mahupun pasar malam. Korang kena pegi tempat yang awesome ni taw. Korang takkan menyesal pegi sini sebab korang akan terloncat-loncat sambil jerit hooooorayyyyy! Sebab ape? Sebab kedai-kedai kat sini jual barang-barang yang awesome dengan harga borong!


Korang kena pegi sini bila office korang nak buat dinner, tak tahu kat mana nak cari baju dinner, bila sedara atau kawan-kawan korang dapat baby baru, banyakkkk baju baby jual kat sini, bila kawan korang punya birthday dah nak dekat, bila boyfriend korang punya birthday akan datang, and yang paling best korang kena pegi bila korang baru lepas dapat gaji. Sakan kauuuu.


Hari tu fana pegi Kenanga Wholesale City (KWC). Pastu bila sampai sana mata terus jadi rambang semacam. Dok bling-bling sakan la kan. Tengok dompet macam tak cukup je duit nak shopping semua tu. Hahaha. Jalan punya jalan dari tingkat satu sampai tingat paling atas, pergh! Memang tak boleh tahan beb. Serius. Tempat yang awesome tu buat kepala aku macam nak dihantuk-hantuk dekat eskalator tu. $_$


Nampak tak Floor Directory kat atas ni? Ni boleh jadi guide untuk korang kalau nak shopping kat sini sebab ia akan memudahkan korang mencari barang berdasarkan kategori yang telah dikelaskan. So, tak payah la nak pening kepala naik turun sampai sepuluh kali kan? Mula-mula cari baju mak, pastu baju akak, pastu baju kakak ipar, pastu baju abah, baju atok, dan sewaktu dengannya.


Geram bila tengok kedai handbag. Macam-macam jenis handbag ada jual kat KWC ni. Yang paling best korang boleh tawar-menawar lagi. Beli tiga ke atas dapat harga borong. Daripada RM80 boleh dapat RM40 je. 50% lagi tawww! Fana memang ke KWC setiap kali nak beli handbag sebab fana tahu fana takkan pulang dengan tangan kosong. :)




Salah satu kedai pakaian yang menarik hati. Pergh ! Baju-baju dia kalau boleh nak ada semuanya. Baju-baju muslimah pun banyak dijual di KWC. Memang banyak la. Baju yang dijual pun sangat menepati citarasa fesyen yang tak sempat nak kejar ni. Kejap-kejap dah ada fesyen terbaru. Sabor je la. -.-






Ha, tu lah Kenanga Wholesale City (KWC). Kalau korang pegi Time Square tu, korang akan nampak bangunan putih yang bertulis KENANGA. Mula-mula korang akan ingat kilang amende kat tengah-tengah bandar ni?? Tapi, dalam dia berisi banyak sangat barang-barang yang perempuan nak ok! :)


So, ape tunggu lagi? Pegi la serbu Kenanga Wholesale City sekarang ! Jangan lupa bawak duit banyak-banyak taw! Hikhikhik. Untuk peniaga, disarankan sangat-sangat ambil stok kat sini sebab memang sangat murah. Beli tiga helai ke atas pun dah cukup untuk dapatkan harga borong.


Update : Dari Times Square boleh je jalan kaki ke KWC ni. Dekat je. Jalan kat tepi Penjara Pudu, Stesen LRT Hang Tuah, rumah pangsa Hang Tuah. Dia kat belakang tu je. :)



Boleh layari :

Alamat :
Kenanga Wholesale City Sdn. Bhd.
8-01, Kompleks Kenanga Wholesale City,
No.2, Jalan Gelugor,
55200 Kuala Lumpur.


Harga Parking : 
Kereta (Isnin - Jumaat)
3 Jam Pertama - RM 2.00

Kereta (Sabtu, Ahad, Cuti Am)
3 Jam Pertama - RM3.00

Motorsikal - RM1.00


xoxo,
nfcs

18 comments:

~suHaNa~ said...

hi..ni lah entry paling beguna lau nk pegi tempat ni..hehe..tapi nk tanya sket..ade tenampak kedai jual langsir tak??

Nurfarhana Muralysm said...

@~suHaNa~
Kedai jual langsir? hehe. Tak perasan la pulak. :)

Anonymous said...

chop2...semua kedai jual borong ke?
kalau beli 1-1 takleh?

Anonymous said...

Nk tumpang tnya . Kenanga ad off day ta ?

siti mahiza said...

Kalau dr times square, blh jln kaki or kne ambik teksi??

siti mahiza said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nurfarhana Muralysm said...

@siti mahiza
Hye dear ! Kalau dari Times Square boleh jalan kaki jugak. Jalan kat Penjara Pudu tu.

Nurfarhana Muralysm said...

@Tanpa Nama
Tak ada off day sebab dia macam shopping complex biasa :)

Nurfarhana Muralysm said...

@Tanpa Nama
Beli satu pon boleh tapi kalau beli banyak lagi murah. :)

ASMAH MD TAP said...

Saya ada meeting kat hotel olympics sports jln hanh jebat....blkg stadium merdeka. Rasa2..mcm nk pegi situ la...shopping!!!..dkt kot ekk?

Nurfarhana Muralysm said...

@ASMAH MD TAP
Ooo, hotel tu. Dekat belakang Stadium Negara tu kan? Dekat je nak jalan ke KWC. :)

meera♥♥ said...

saya dah bnyk kali pergi times square,tapi kenapa tak perasan pun bgunan putih ni.mksudnya dri times square tu,ikut mana?arah sg wang ke?

Collection Tudung Durrain said...

salam...btl k bangunan kenanga kat time square??huhuhu nape akak tak perasan...lama gak duk kl...bukan kat shah alam yerh

Nurfarhana Chek Saat said...

@Collection Tudung Durrain

Sis, KWC memang dekat dengan Time Square. Tapi dia kat belakang. Kena ikot jalan belakang LRT Hang Tuah

aeronnafia said...

bole x tunjukkan jalan nak gi sane melalui ktm shah alam bila da turun kat kl sentral lepas tu nak gi mane smpi ke KWC tu..? tlog pelase...

Nurfarhana Chek Saat said...

@aeronnafia
Kalau dari KL Sentral naik monorel ke Imbi then, jalan kaki sikit je ikut Penjara Pudu dan belakang Stesen Putra Hang Tuah. :)

farah dila said...

leh tnya.. apa hotel yg dekat ngan kenanga mall ni ah.. lau boleh nak family room

Nurfarhana Chek Saat said...

@farah dila
Maybe Ancasa Hotel dekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...