TABUNG

02 February 2012

:: Testshoot Dara.com ::

Assalamualaikum..


Sekadar berkongsi. ^_^


Semalam bersamaan dengan 1 Februari 2012 (Hari Wilayah) , aku kumpulkan semangat dan buang semua perasaan nervous, macam nak tercabut jugak la jantung ni kan, tapi aku betul-betul dapat gagahkan diri untuk hadiri sesi Testshoot untuk majalah DARA.com.


Sebenarnya yang aku post kat facebook pasal sesi testshoot ni sebab nak bagitahu dengan kawan-kawan facebook. Mana tahu ada yang nak cuba kan? Tapi, bertubi-tubi kawan-kawan aku bagi semangat suruh aku pegi. Diorang semua tahu yang ni merupakan salah satu dari IMPIAN aku.


Terima kasih kawan-kawan sebab banyak bagi semangat. dari perasaan yang berbelah bagi, makin berkobar-kobar. Jadi, aku berjaya lalui sesi testshoot tersebut. Yeaaaayy!


Tapi, kalau korang nak tahu, banyak sangat dugaan masa nak pegi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf tu. Aku tak pegi sorang-sorang tapi aku pegi dengan Aqila , kawan yang aku kenal masa kerja di Nielsen tahun lepas. Ni ha orangnye. Comel lagi manis..

Aqila fatin
Kitorang pegi naik bas Rapid U80 dari LRT Bangsar. Lantak la asalkan bas tu pegi Shah Alam. Huhuhu. Sampai kat sana kitorang kena tukar bas pulak. T529 menuju ke Bulatan Perusahaan kalau tak silap. Pakcik-pakcik bas rapid memang sangat baik hati tolong kitorang yang tak pernah pegi tempat tu naik kenderaan awam. Maluuuuu! Terima kasih pakcik bas Rapid ! :)


Turun je dari bas stop kitorang kena jalan lebih kurang setengah kilometer jugak la ke Bangunan Karangkraf. Perghh ! Dah cantek-cantek terpaksa mandi peluh pulak. Nasib la kan. Ni cabaran nama dia. Akhirnya kitorang sampai jugak dalam kawasan KARANGKRAF ! Alhamdulillah.


Masuk-masuk je kat lobi ada la dua, tiga orang yang nampak macam model berpakaian cantik-cantik. Macam terpegun tengok diorang yang cantik-cantik tu. Terasa kecil diri ini. Tapi kuatkan hati untuk pegi masuk dalam. "Ya Allah , Kau kuatkanlah hati aku , kurangkanlah perasaan rendah diri ini Ya Allah."


Masuk dalam bilik tu yang konon-konon studio tu , ada beberapa orang staff DARA.com layan dengan penuh mesra. Sangat mesra diorang tu. Macam-macam yang diorang tanya. Belajar kat mana, tinggal kat mana. Mungkin tu cara diorang nak kenal kite kan? Tunggu giliran macam nak tercabut jantung. Tuhan je taw. Nak pose macam mana ni? Macam-macam pikir. Nak senyum macam mana? Hahaha..kelakar kan?


Nasib baik photographer yang terlibat sangat membantu. Terima kasih bebanyak abang photographer. Siap ajar cara nak posing lagi taw. Kelasss kau. So, dengan semangat yang ada, aku pose lah sehabis baik. Banyak jugak la dia snap. Lebih kurang 10 shot jugak. Pening pikir nak pose macam mana. Thank you banyak-banyak untuk staf-staf DARA.com.


Aku betul-betul-betul pening pikir nak pakai baju ape pegi. Last-last aku sarung je baju yang dah basi ni. Asik pakai baju yang sama je kan? This is me !



Full version of me :)

Alhamdulillah , selesai sudah. Harap-harap aku terpilih untuk jadi salah seorang model DARA.com.


Untuk korang yang nak pegi testshoot DARA.com ni aku sediakan sedikit info ye !


  • DARA.com mengadakan sesi testshoot ni pada setiap bulan.
  • Untuk dapatkan info bila tarikh testshoot akan diadakan , korang boleh beli majalah DARA.com tiap-tiap bulan. Jadilah peminat DARA.com macam aku. :)
  • ATAU korang boleh LIKE page DARA.com sebab diorang akan update status diorang tentang testshoot ni.
  • Testshoot ni diadakan di Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di alamat  Kumpulan Media Karangkraf, Lot No. 25, Premis No.1, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam, Selangor.
  •  Terus pergi ke lobi dan ambil borang di kaunter betul-betul depan pintu masuk.
  • Pakaian haruslah mengikut fesyen semasa dan menutup aurat. Korang jugak diwajibkan memakai kasut tinggi.
  • Korang perlu tahu tinggi dan berat badan korang sebab semua tu peru diisi dalam borang.
  • Kalau korang nak tahu , testshoot ni tak la seramai ujibakat Mentor atau Akademi Fantasia sebab tak sampai 100 orang pun. Korang akan nampak dalam lima , enam orang je masa korang sampai lobi sebab yang lain mungkin dah balik atau belum datang.
  • Testshoot bermula jam 9 pagi dan tamat jam 4.30 petang.
  • Testshoot untuk setiap orang berlangsung lebih kurang 10 ke 15 minit bergantung pada korang punya kerjasama.
  • Lepas habis je korang disuruh pose , korang boleh terus balik umah. :)

Macam mana ? Lepas ni korang pun boleh cuba. Aku nak cuba untuk Dewi Remaja pulak. InsyaAllah kalau berkesempatan.


Good Luck girls ! 




p/s : TAHNIAH buat M.I.P sebab menang tempat kedua pertandingan karaoke malam tadi dengan lagu Bengang dari Akem. Memang betol-betol macam Akem la. Hikhikhik..Love Ue!! :)

6 comments:

  1. @afraliza yusof : Terima kasih. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  2. wah! sy mmg nk sgt jd cover majalah dara. tp masalah ye sy xbrani..bile nerves tgn menggeletar.. ad pape nasihat x?

    ReplyDelete
  3. @sunny
    Hai awak ! Nasihat? Sebenarnye mula-mula je nervous tu. Dah pose nanti okay la. Cuba mesrakan diri sehabis baik. :)

    ReplyDelete
  4. Akak naj jadi model dara tu umur nye dari berape eak

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Sy tringin nk jd model utk part-time smntara cuti semester. Nk tanya. Agak2 ada tak gaji kalau dpt dterima kerja sbg model?

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...