TABUNG

30 October 2012

: Cara buat Pavlova :

Assalamualaikum...


Baiklah tuan-tuan dan puan-puan. Bertemu lagi kita dalam rancangan Ketuk-Ketuk Oven ! Hari ni saya nak ajar tuan-tuan dan puan-puan kat umah tu macam mana nak buat PAVLOVA.

Ada lagi ke manusia zaman teknologi ni yang tak kenal ape itu Pavlova? Sebenarnya Pavlova ni sejenis kek yang lembut didalam, rangup diluar dan ditambah pula buah-buahan diatasnya beserta krim yang lembut.


Cerita asalnya macam ni. Pavlova diberi nama bersempena dengan nama seorang penari ballet Russia yang berkunjung ke Australia dan New Zealand iaitu Anna Pavlova pada tahun 1920 semasa jelajahnya mengelilingi dunia.

Walau bagaimanapun telah berlaku perebutan dari mana asalnya dan siapa pencipta sebenar Pavlova antara Australia dan New Zealand selama bertahun lamanya.

Dan akhirnya kajian menunjukkan Resepi asal Pavlova ialah milik New Zealand kerana ianya kali pertama dihidangkan di sebuah hotel di Wellington,New Zealand bersempena dengan kunjungan Anna Pavlova di hotel tersebut pada tahun 1926.

Mungkin Anna Pavlova tu cantik orangnya sebab tu la kek Pavlova ni pun comel je. Manis dan ayu gituu. :)

Selesai pasal sejarah asal usul Pavlova. Seterusnya mari kite mula perkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Pavlova ye tuan-tuan dan puan-puan.

Bahan-bahannya ialah :


4 Biji putih telur. Putih telur sahaja taw. 
1 cawan gula kastor. Saya guna gula pasir pastu blender sampai halus cuma kurangkan kuantiti. Sebab takut terlebih manis.
1 penutup botol esen vanila. Saya guna tutup dia. Ngam-ngam :)
Setengah sudu besar Tepung Jagung. 
Bahan yang terakhir yang tidak mempunyai gambar ialah CUKA masakan sebanyak satu sudu besar ye.

Untuk topping pulak. Cuma perlukan dua bahan. 


Buah Strawberry
Whipping Cream
Untuk buah-buahan yang nak diletakkan di atas Pavlova. Terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan nak pakai buah apa. Ikot selera masing. Jangan letak buah durian berulas-ulas sudahlah. Hahaha.

Seterusnya kita belajar cara membuatnya pulak ye.

Mula-mula pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kemudian, dengan kelajuan tinggi masukkan gula sudu demi sudu. Teruskan memutar sehingga adunan menjadi putih berkilat. Gebu yang teramat ! Seterusnya masukkan esen vanila. Kemudian, masukkan tepung jagung dan cuka.

Gebu tak? Ni lah hasilnya selepas dipukul dan disental.

Buatkan garisan di atas kertas minyak. Bentukkan bahan tersebut ikot bentuk yang korang buat atas kertas minyak tu. Saya guna bekas buat kek je. Saya terus sumbat semua bahan dalam tu je. :)

Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? 

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Macam ni la rupa dia selepas dibakar. 

Ini pulak selepas saya letakkan whipping cream dan buah. Saya hantu whipping cream. Harap maklum !

Jadi, macam mana? Tuan-tuan dan puan-puan faham tak dengan cara buat Pavlova saya tunjuk ni? Sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada bila-bila masa sahaja. Semoga berjaya ! Jumpa lagi pada waktu yang sama,  hari yang sama dalam rancangan yang sama Ketuk-Ketuk Oven ! ^^

nfcs

1 comment:

  1. Whippg cream tu nk mixer dak...ka tekan cmtu ja x ats kek?

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...