TABUNG

30 November 2017

Lambat Datang Haid, Check UPT Negative !

Assalamualaikum..






Siapa pernah alami situasi lewat datang haid ataupun haid tak kunjung tiba lepastu menggelabah sebab orang kata kalau haid lewat ni selalunya mengandung ! Fana jenis yang tak pernah datang haid lewat tau. Selalunya on time je. Lepastu jenis yang senggugut teruk, lepastu darah pun banyak.

Selepas kawen, ni merupakan kali kedua fana lewat haid. Yang first dulu masa selepas kawen. Tapi, masa tu fana dengan husband belum pernah ehem-ehem lagi so, memang tak de la nak expect mengandung kan. Cuma lewat haid kali kedua ni la rasa macam something wrong somewhere. 

Okay, cerita dia macam ni. Fana last datang period 1 Oktober lepas. Fana memang jenis selalu tanda dekat mana-mana la tiap kali period. Cuma lepas kawen ni fana jadi lebih particular bab-bab ketepatan haid ni sampai fana install satu apps ni nama dia "Flo". Korang boleh download apps ni dekat Google Playstore. Dari situ korang boleh track period korang dah lambat berapa hari.

So, nak dijadikan cerita bulan November fana tak period. Lepastu cerita dekat husband pasal benda ni, terus dia ajak pergi beli pregnancy test dekat Guardian. Fana akan cerita kan ikut kronologi tau dekat bawah ni supaya korang lebih syok nak baca. Gituuuuu!

Hari ke-7

Dah seminggu tunggu haid yang tak kunjung tiba. Jadi, fana pun check la guna pregnancy test yang beli dekat Guardian tu. Konon-konon rasa macam membazir nak beli yang mahal so kita beli yang RM6 dulu. Result dia negative. Apa la pregnancy test ni rosak kot! Hahahaha 😅😅

Ni first pregnancy test yang fana guna - RM6


Hari ke-12

Si husband jenis yang tak menyabar. Dia siap kata 'instinct' dia kuat mengatakan yang fana ni mengandung. Eh, badan kita, dia pulak yang tahu kan? Tapi, tak tahu la kadang-kadang Allah bagi perasaan tu dekat husband kita. Baru la sehati sejiwa gitu. Entah kenapa fana tak rasa yakin pun yang fana ni mengandung sebab dah puas google dah pasal simptom-simptom orang mengandung tu macam mana. Langsung tak ada! Untuk puaskan hati dua-dua pihak, kitorang pun beli la yang mahal sikit, jenama Clearblue. Yang ni harga dia RM27. Result dia? NEGATIVE!



Hari Ke-15

Tiba-tiba rasa stress pulak sebab tak tahu nak rujuk dekat siapa dengan masalah ni. So, fana pun update la dekat Instastory (nak update dekat IG/FB malu). Beberapa minit update terus kawan-kawan terdekat mesej antaranya Hakim, Fasha, Sharina. THank you weyh sebab korang concern! Thank you sesangat. Fasha ni isteri si Hakim. Dia la yang banyak share maklumat macam-macam. Fasha kata dia guna pregnancy test yang RM8 tu terus dapat result positive. Nak taknak fana pun beli jugak la yang tu. Dia jenis strip. Namun, tetap jua gagal. Sobs!




Hari ke-30

Bila tiba hari yang ke-30 atau lebih tepat lagi sebulan tak datang jugak, so husband ajak pergi klinik untuk check terus. Keputusan ni disokong oleh ahli-ahli group whatsapp PakSaat & Maksiah iaitu adik-beradik fana sendiri. Okay, pergi la kitorang ke klinik walaupun malu sebenarnya. Tak tahu nak cakap apa dekat doktor ni. Hahaha. Tapi hantam je la. Nak tahu apa penyakit la fana ni sampai sebulan tak datang haid kan.

Di klinik..

Doktor : "Sakit apa ye?"

Fana : "Saya dah sebulan tak datang haid ni doktor".

Doktor : "Anak sulung ke yang kedua?"

Aik??? Fana dengan husband dah pelik masa terima soalan ni. Dua-dua pandang satu sama lain. Tak faham, doktor ni tanya apa? Tanya aku anak sulung ke atau pasal kandungan? Macam mana nak jawab sedangkan tak mengandung pun. Blur tetiba. Hahahaha

Fana : "Belum ada anak lagi doktor". Jawapan selamat. Kehkehkeh 🙊

Doktor : "Kalau awak mengandung so ini yang pertama la ye?" Sambil taip dekat komputer dia. "So, awak nak buat urine test ke atau nak scan?"

Fana : "Mana satu yang doktor sugget ye?" Hahahaha, blur wey sebab tak biasa terima soalan gini jadi tak tahu nak decide macam mana.

Doktor : "Sama je mana-mana kalau urine test pun still dapat result yang sama"

Fana : "Saya nak scan la doktor sebab saya dah buat urine test tiga kali still negative." 

So, buat la scan baring macam dalam drama yang orang check perut tu, Doktor sapu la gel apa tah sejuk perut wey. Pastu dia golek-golek benda tu kat perut. Hahahaha. Sejuk je rasa. Sambil tu sambil tengok la dekat monitor screen hitam putih tu. Harga scan perut tu RM68.

Doktor : "Takde apa pun dik!"

Fana : "Yeke doktor? Okay". Hampa ke apa tak tahu la tapi yang penting dah lega la sebab dah tahu result kan?

Doktor : "Period awak dah nak turun dah ni cuma dia lambat sikit. Awak ank ubat untuk turunkan darah tak?"

Fana : "Hmm, takpe la doktor, saya nak biar dia keluar naturally je." Sebenarnya takut makan ubat.

Doktor : "Okay, kalau macam tu awak tunggu la untuk bulan depan sama ada period awak akan datang atau tak".

Doktor cakap antara punca period lewat ni sebab kita stress, terlalu banyak berfikir, lifestyle yang tak berapa nak sihat, ataupun badan terlalu letih. Tapi sejujurnya fana bukanlah seorang yang cepat stress ni sebab fana orangnya happy je. Hahaha. Nak kata stress tu manusia normal memang la stress tapi serius tak rasa sangat sebab fana jenis yang suka makan. Bila rasa macam bosan atau nak reward diri sendiri mesti nak makan sedap-sedap. Jadi, memang tak sempat la nak stress ke murung ke apa. Hahaha. Korang pulak macam mana?

Mula-mula bila check pregnancy test fana banyak sangat search google pasal benda ni. Ramai yang ada masalah macam fana, lewat datang period tapi bila check Urine Pregnancy Test (UPT) negatif. Tapi, bila diorang pergi scan, rupa-rupanya mengandung. Alhamdulillah rezeki Allah dah aturkan buat masing-masing.

Fana pun ingat fana macam diorang la. Mungkin HCG (human chorionic gonadotropin) rendah sebab tu la UPT negatif. Tapi sebenarnya fana tak mengandung pun. Boleh pulak nak salahkan pregnancy test tu kan? Hahaha. Fana pun tak la menaruh harapan sangat sebab fana belum bersedia mental dan fizikal. Fana sekarang di tahun akhir untuk pengajian master dan memang sangat sibuk mempersiapkan diri dengan Dissertation tak lama lagi. Mungkin Allah tahu yang fana belum pun bersedia untuk memikul segala alahan dan sebagainya di awal kehamilan tu kan. InshaAllah, kalau ada rezeki ada la. Yang penting jangan putus asa. 💪

Untuk korang yang dah ada pengalaman hamil tu boleh la share dengan fana tips-tips yang berguna untuk golongan TTC (trying to conceive) macam fana ni. Mudah-mudahan fana pun akan dikurniakan zuriat satu hari nanti. Aminnn.

Fana doakan korang yang sedang berusaha untuk hamil tu untuk cepat-cepat dikurniakan rezeki okay? Korang pun doakan fana tau. 😊




xoxo,
fana

16 November 2017

[Product Review] Snow Capsule Untuk Kulit Cerah Berseri

Assalamualaikum..


Dah lama fana nak share satu supplement yang fana consume untuk tahun ni. Actually, this supplement dikenalkan oleh rakan blogger fana iaitu Namee Roslan. Patut la kulit Namee cantik sangat. Mana ada orang taknak kulit yang cantik kan? So, sejak dapat je produk tu fana pun try sendiri dengan harapan liang pori yang besar macam kawah dekat muka fana ni akan mengecil.

Selepas 14 hari, memang produk ni memberi kesan yang sangat cepat dekat kulit fana. Patut la ramai yang puji kulit fana lebih elok dari yang dulu. Sebelum ni kulit fana memang agak kusam. Kalau nak keluar rumah tanpa secalit mekap tu memang tak sanggup la. Paling tidak pun fana akan sapu jugak BB Cream ataupun foundation. 

Okay, ni la produk yang fana cakap tu. Snow Capsule ni ramai yang consume lebih-lebih lagi diorang yang nak effect yang lebih cepat. Supplement yang mengandungi L-Glutathione mampu mencerahkan kulit dalam jangka masa tak sampai sebulan. Produk ni jugak mampu buat pigmentasi gelap pada muka menjadi lebih cerah dan sekata. Tambahan, Snow Capsule ni disediakan ngam-ngam ikut dos yang diperlukan oleh kulit kita iaitu sebanyak 500 gm untuk setiap kapsul. 

Packaging baru untuk Snow Capsule

Selain mencerahkan kulit, ianya juga mampu menghalang kulit dari sinaran UV, mengurangkan kedutan, melembapkan kulit dan membantu memberikan sel kulit yang baharu. Untuk fana, boleh dikatakan produk ni berkesan dekat fana sebab nampak perubahan dia. Fana jadi lebih kerap membuang mungkin effect daripada penyingkirian toxin dalam badan.








Bilangan - Untuk setiap botol ni ada 30 biji dan boleh tahan selama sebulan.



Cara-cara pengambilan - Digalakkan untuk makan sebiji sebelum sarapan. Fana akan ambil secara konsisten iaitu sebelum sarapan masa perut tengah kosong. Alhamdulillah, memang effect dia cepat sangat, tak sampai 14 hari pun dah boleh nampak kesan.

Ingredients - L-Glutathione, Hyaluronic acid, collagen dan Vitamin C & E

Apa yang fana suka tentang Snow Capsule ni :

- Ofcourse sebab dalam bentuk pil dan senang telan.
- Kesan dia boleh nampak agak cepat jugak.
- Kulit jadi lebih berseri lepas consume.

So, stay tuned! Nanti fana share gambar fana di Instagram selepas habis satu botol Snow Capsule ni okay?


xoxo,
fana

08 August 2017

Pembaca Setia Blog Rupanya Jodoh

Assalamualaikumm,



Teringat beberapa tahun yang lalu, mood update blog memang tahap yang paling rajin la. Waktu itu, setiap aktiviti menarik yang aku ikut, mesti akan aku coret di dalam blog ini. Untuk dibaca suatu hari nanti. Setiap kenangan kita takkan lupa tetapi bila ada diari ataupun gambar, kenangan itu pasti akan jadi lebih jelas.


2012, bulan Ogos aku seperti biasa akan pergi ke Dataran Merdeka untuk tengok sendiri perbarisan sempena hari kemerdekaan. Masa tu sebenarnya aku masih dengan M.I.P. Siapa yang pernah baca blog aku dia tahu la siapa. 😝

Entah kenapa, ada mamat yang selalu tegur aku di facebook. Dia pernah hantar mesej di inbox tapi aku sikit pun tak pernah layan sebab langsung tak kenal mat rempit ni. Macam mana boleh ada dalam 'friend list' pun aku tak tahu. Tapi, 'mutual friends' antara kami sangat ramai dan boleh dikatakan semuanya kawan-kawan terdekat aku. Pelik.

Tanpa mengalah, mat rempit ni tegur aku lagi dan kerap komen setiap status facebook yang aku update, dan setiap kali aku publish entri blog di facebook, dia pasti akan menjadi orang pertama yang komen di post tersebut. Aku jadi makin serba tak kena sebab masa tu aku dah ada seseorang. Aku pulak memang jenis paling pemalas nak layan inbox yang lelaki-lelaki jahanam semua sent tu. Never reply them! Hahaha. Sampai la satu tahap tu aku reply inbox si mat rempit ni sebab aku dah stalk habis dah facebook, twitter dia apa semua. Dia pun kemain mintak nombor telefon aku la konon. Ingat boleh dapat? Sorrryyyyyyy! Nak tahu macam mana si mat rempit ni buat?


"Awak, saya nak beli tudung, ni nombor saya tau 017-224****."


Perghhhh! Dia main taktik kotor. Tak dapat nombor telefon aku, dia pergi tinggalkan nombor telefon dia. Waktu tu memang aku sibuk dengan bisnes tudung aku. Alhamdulillah, sambutan yang dterima pun sangat memberangsangkan. Tapi, sekarang aku dah tak jual tudung lagi dah, aku dah beralih kepada bisnes kek. Biasa la waktu tu tengah buat degree dan kau memang sangat memerlukan duit tepi, jadi setiap kali balik KL aku akan ambik stok tudung banyak-banyak lepastu balik jual dekat kampus. Sesambil tu aku buat online jugak.

Lepas je kes dia tinggalkan nombor telefon dia tu, kitorang keep contact each other tapi through inbox dekat Facebook je la. Belum sampai ke tahap nak bagi lagi nombor telefon dekat mat rempit ni. Lama jugak la kitorang selalu chat, masa tu memang seronok la sebab bila lelaki tergila-gilakan kau, sampai tengah malam pun dia sanggup tunggu kau online. Masa tu aku belum pakai smartphone lagi, jadi aku cuma akan online bila balik rumah sewa, on laptop dan bukak facebook untuk chat. Penyabar. Dia cukup penyabar. Bayangkan dia boleh tunggu sampai aku online untuk reply chat dia masa tu. Salute ! 💪

Bila rasa macam susah betul nak contact through facebook tu, aku pun mesej la nombor yang mat rempit tu bagi. Ingat lagi waktu tu aku gelar dia Mr.Smurf sebab muka dia macam Smurf. Hahahaha. Bila aku mesej tu, laju je dia reply. Bukan whatsapp tau. Mesej okay. Tapi, kitorang masih dengan rutin chat dekat facebook bila aku balik rumah dan on laptop. Sebab aku rasa guna chat lagi senang waktu tu. Kalau guna mesej habis kredit je.

Sampai la satu hari, mat rempit ni nekad nak datang Perak untuk jumpa dengan aku. Apa yang aku ingat waktu tu hujan renyai-renyai. Orang tengah hangat bercinta dia akan on the phone sampai ke pagi. Dan masa aku tengah on the phone tu memang dia kata dia tengah drive tapi aku tak tahu dia datang Perak all the way from KL. Bila dia kata dia dah sampai dekat area rumah sewa aku, terkejut ! Memang tak percaya tapi aku memang dengar bunyi kereta depan rumah. Kalau tak silap waktu tu pukul 4 pagi macam tu.

Terus aku kejut kawan-kawan serumah bangun bagitahu yang si mat rempit ni datang. Kawan-kawan aku memang tempat aku kongsi semua benda. Dari A-Z aku cerita pasal mat rempit ni. Bila semua dah bangun, terus masing-masing terjenguk-jenguk dekat tingkap. Dia serius datang! Kenapa tak tunggu je aku balik KL kalau nak jumpa pun? Ya Rabbi! Bertuah punya budak. Nervous tak terkata sebab ni merupakan kali pertama aku nak berdepan dengan orang yang aku selalu borak sampai ke pagi, rindu bagai nak mati sedangkan kita cuma sembang melalui facebook je.

"Siap la, jom keluar."

Masa tu aku macam nak maki je depan muka dia ingat apa? Pukul 4 pagi nak ajak anak dara orang keluar. Gila! Aku pun apa lagi, terus la ajak askar-askar aku ikut sekali. Masa tu ada zida, aten, ain dengan tiqah. So, aku cakap dekat dia?

"Boleh keluar tapi saya bawak kawan-kawan saya sekali". 

Hambik, sekali empat orang aku angkut. Dia pun datang dengan kawan dia, Saddam.

Dia pergi hantar si Saddam dulu dekat McD SI tu, lepastu baru angkut kitorang. Nasib baik badan masing-masing kecik je jadi muat la nak sumbat masuk kereta. Ingat lagi waktu tu aku pakai jersi Chelsea dengan cardigan, tudung sarung dengan inner kaler biru. Hahahaha. Itulah pertama kali kitorang bertentang mata disaksikan oleh kawan-kawan aku, dan kawan dia si Saddam.

Lepak McD pukul 4 pagi lepastu semua orang order makan. Sarapan la konon. Tak tahu nak sembang apa. Awkward gila. Dalam telefon bukan main dua-dua potpet macam-macam. Bila dah bertentang mata alahhhh nak malu-malu pulak. Aku lempang kang! Hahaha. Sebagai perempuan yang sopan santun, aku pun acah-acah santun la. Cover ayu habis. Ish! Hipokrit sungguh la. Tapi, aku memang hargai la kesungguhan dia tu sampai sanggup datang Perak pagi-pagi buta. Nonsense!

Seperti biasa la life kitorang selepas tu, setiap malam bergayut dekat telefon, lebih-lebih lagi bila si mat rempit ni belikan nombor Digi dekat aku. Masa tu kan ada pakej Buddies tu yang kalau kita set nombor orang tu as Buddies, kau boleh call free selama 60 minit. Kitorang tak pernah 60 minit. Bila habis je 60 minit, salah sorang akan call balik, sambung lagi dan macam tu la seterusnya sampai la tertidur dengan telefon dekat telinga. Teruk!


Dari 2012, sampai la kitorang decide untuk bertunang pada November 2015 dan seterusnya bernikah pada April 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Rasa macam tak percaya jugak bila kawen dengan mat rempit ni. Sebenarnya dia bukan mat rempit pun, aku panggil mat rempit sebab dia ni muka macam mat rempit, lepastu facebook penuh dengan gambar motor. Nasib baik la mat rempit yang aku kenal dulu rupanya seorang manusia yang baik, yang ada wawasan dan selalu fikir dan rancang mengenai masa depan.


Kadang-kadang rasa macam tak percaya boleh kawen dengan orang yang aku tak kenal. Tapi, aku memang percaya dekat mat rempit ni 100% sejak aku kenal dia. Tak tahu kenapa tapi hati tu jadi mudah dekat, rasa senang, nak share semua masalah pun boleh. Dia jenis manusia yang sangat terbuka untuk kita cerita apa-apa dan bila kita berkongsi, dia pun akan sama-sama kongsi pendapat, bukannya passive listener. Itu yang paling aku suka.


Sekarang pun, life selepas kawen tak banyak beza. Cuma aku rindu zaman OTP dulu, zaman skype, zaman rindu nak mati, masa tu best gila. Kentut pun wangi. Dan benda paling best ialah bila aku dapat tahu yang dia sebenarnya budak satu sekolah rendah dengan aku cuma aku tak pernah satu kelas dengan dia dan aku tak pernah kenal pun siapa dia. Yelah, masa tu sibuk dok berbalas surat dengan budak satu kelas. 🙈

Kecik je dunia ni sebenarnya. Aku pun sampai sekarang tak percaya yang hubungan bodoh-bodoh dulu boleh sampai ke tahap ini. Bila aku sedar, aku sebenarnya dah jadi isteri mat rempit yang suka sangat baca blog aku dan setiap kali aku publish entri blog, dia merupakan orang pertama yang akan baca entri aku tu walaupun cuma sebagai silent reader. Buktinya, setiap entri aku dia boleh ceritakan semula dekat aku apa yang dia baca dan apa yang dia nampak. Terima kasih pembaca setia aka suamiku.

Semoga sentiasa sweet macam masa kita kenal dulu, ayat manis tu yang pikat hati aku dan paling penting semoga terus menjadi suami yang baik, kawan yang paling best dan pemimpin yang dihormati buat aku dan bakal anak kita nanti. I Love You, My Husband ! 😘




xoxo,
Fana



30 July 2017

Kalau diberi peluang kawen sekali lagi...

Assalamualaikummm..



Bila difikirkan balik, rasa macam bestnya kalau dapat buat majlis kawen lagi sekali kan. Fana banyak kali terfikir pasal benda ni sebab banyak sangat benda yang rasa kurang puas hati. Kalau korang diberikan peluang untuk adakan majlis kawen SEKALI LAGI, apa yang korang nak improve? Nanti korang share la dekat ruangan komen tau.

Maaf la tajuk dia macam suspen je bunyinya kan tapi sebenarnya fana cuma nak kongsikan apa yang patut bakal-bakal pengantin ambil berat dalam proses menyiapkan persiapan perkahwinan. Ini berdasarkan pengalaman fana dan fana share apa yang fana rasa sahaja tau. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Mana yang baik tu korang boleh la ambil sebagai rujukan. :)

Kalau diberi peluang untuk kawen sekali lagi...

First, fana nak majlis akad nikah fana diadakan pada hari cuti. Fana akad nikah tahun lepas hari Jumaat sebab fana punya majlis sanding hari Sabtu. Tak akad nikah hari Sabtu sebab kitorang takut rushing. Yelah, pagi nak akad nikah dan kita mesti nak seluruh ahli keluarga kita ada kan? Kalau semua pergi masjid, nanti dewan pulak tak ada yang nak uruskan. Jadi, untuk memudahkan kerja, kitorang pakat untuk adakan pada hari Jumaat. Apa yang tak best? Majlis akad nikah ni majlis yang paling bermakna sebenarnya. Kalau boleh kita nak semua yang rapat dengan kita ada untuk sama-sama merakamkan moment tu. Tapi, fana tak berkesempatan kumpulkan semua sebab Jumaat adalah hari bekerja. Apa pun fana terharu sebab kawan-kawan terdekat ada jugak yang sudi datang. Terima kasih. You know who you are. Wey, sorry la karangan panjang sikit harap korang tak bosan baca. Hahaha.

Mekap akad nikah fana tak sempat nak cari sebab tak terlalu fokus pasal majlis akad nikah. Sibuk fikir pasal majlis resepsi punya pasal. Kalau dapat photoshoot balik moment majlis akad nikah, fana nak hire MUA hebat-hebat yang ada dekat KL ni macam Nuex Rosli ke, Najeeb Azmi ke, Syed ke, Yna Sakinah, ramai lagi la. Pakai balik baju akad nikah. Ambil gambar cantik-cantik sebab nak frame besar-besar dan tunjuk dekat anak-anak cucu nanti. Yes, mekap sangat penting. Kalau boleh korang cari la MUA yang boleh mekapkan muka korang bagi naik seri sikit.

Photoshoot selepas akad nikah ! Haaaaaa, kau bayangkan la lepas je akad nikah kau tahu yang kau ni dah HALAL nak pegang-pegang husband tu yang masa kau belum kawen kau rasa geram je nak peluk dia kan tapi tak boleh! Opssss. sensor sikit. Hihihi. Moment ni paling tak best gila sebab apa tau, rasa kekok sangat! Kitorang pulak jenis tak reti ambik gambar posing-posing maut mesra nak mati apa semua, so gambar memang SANGAT KEKOK! Malu gila bila tengok balik gambar. Please la nak shoot balik pakai baju akad nikah!! Hahaha. Kalau diberi peluang sekali lagi, memang kalau boleh nak gambar yang cantik-cantik.

Okay, settle pasal majlis akad nikah. Sekarang nak cerita kalau diberi peluang BERSANDING SEKALI LAGI ! Ya Allah, banyaknya rasa benda yang nak. Rasa semua benda tak perfect. Kalau la diberi peluang untuk buat majlis kawen sekali lagi, fana tak nak pakai songket please. Fana nak pakai gaun kembang macam baju kawen Ameera Zaini tuuuuu. Lepastu kenapa la aku pilih baju warna hitam. Hahaha. Nak nangis rasa. Wey, ni majlis kawen kena la baju sweet-sweet sikit. Korang please la pilih warna baju yang paling sweet gila sebab masa ni la korang dapat tengok muka korang sweet je. Antara warna baju yang fana nak pakai masa sanding : Baby Blue, Pink, Light Purple. Serius warna ni yang mampu naikkan seri pengantin.

Mekap ! Yessss, mekap kawen please la nak mekap yang sweet-sweet. Mata letak glitter-glitter, mekap ala-ala barbie doll, tapi kenapa la MUA fana hari tu pergi mekap smokey eyes ! Ya Rabbi. Hangin je aku rasa. Hahaha. Wey, nak kawen lagi sekali. Nak muka macam barbie. Okay bye!

Next is, photographer. Sebagai pengantin yang terlalu busy dekat atas pelamin, ketaq satu badan sebab nervous lepastu tengok beribu pulak orang dalam dewan bilamana kawan kau depan mata senyum kat kau pun kau tak perasan sebab nampak muka semua orang macam sama je masa tu. Ya ampunnnnn. Please la, sebelum majlis, korang inform siap-siap dekat photographer gambar apa yang korang rasa WAJIB ada dalam korang punya album. Maksud fana bukan album yang printed, raw photos ke apa ke at least bila kau bukak pendrive dan tengok gambar-gambar tu selepas majlis, kau akan nampak situasi sebenar majlis kau. Sendu ke ribut ke. Apa yang fana rasa kesal bila check-check gambar tapi yang ada asik-asik muka pengantin, muka pengantin, muka pengantin hajerrrrr ! Apa yang kita nak tengok? Okay, sebagai manusia yang sangat cerewet macam fana , meh sini fana bagitahu apa yang fana rasa perlu ada.

- Gambar suasana dewan, i mean the whole dewan. Tak kisah la photographer tu kena panjat atas chandeliar ke apa ke, at least show some effort la naik atas stage ke ambil gambar whole dewan. Kalau photographer ada lebih dari seorang rasanya tak ada masalah kalau sorang lari sekejap masa orang tengah ramai yu untuk naik tingkat atas ke ambil gambar. Well, benda ni nampak macam tak perlu kot! Tapi, sebenarnya perlu la sebab kau mesti la nak tengok suasana majlis kau tu. Ataupun kau boleh la spot sorang dua makcik yang kau tak bagi kad pun tapi dengan muka tebal datang majlis orang lepastu hangkut satu family. Okay, bab ni nanti kita cerita kejap lagi.

- Gambar family tengah busy melayan tetamu / bagi goodies bag. Kalau la fana dapat buat majlis lagi sekali fana nak pesan dekat photographer ambik la gambar family kita tengah busy tu. Fana tak ada langsung gambar dekat area goodies. Satu goodies bag pun tak ada dalam album. T.T Sila pesan dekat photographer korang untuk ambil gambar family korang, sebab diorang bila nak tengok gambar-gambar dari photographer mesti la diorang excited kalau ada terselit muka diorang time tengah busy tu kan. Family happy, kita pun happy. Lebih-lebih lagi gambar parents kita.

- Gambar makanan daripada pihak katering. Bukan nak buat food review tapi at least ada la terselit satu dua gambar menu ataupun tisu yang bercetak jenama katering untuk fana kongsikan dekat kawan-kawan, katering apa yang fana gunakan masa majlis tu. Nak cerita sedap ke tidak menu tu lagi best kalau ada gambar kan? Oh, by the way fana guna katering Seri Angsana sebab makanan dia memang sedap gila. Serius tak tipu. Fana rasa tak ada katering lain yang lebih sedap kalau nak compare dengan Seri Angsana punya menu. Bakal pengantin, sila ambil servis Seri Angsana okay?

Settle bab gambar, fana nak cerita pasal jemputan pulak. Haaaa, yang ni sangat la penting ye kawan-kawan. Tahu tak pengantin bila dia buat kad jemputan, dia dah ada kiraan bajet untuk makanan/ katering? Contohnya, kalau kad jemputan dia tempah 1000 keping, makanan dia kena tempah untuk 2000 orang makan. Hari tu fana edar kad jemputan 500 keping dan selebihnya fana invite menerusi facebook event seramai 500 orang. Jadi, jumlah jemputan fana ialah seramai 1000 orang. Katering ngam-ngam untuk 2000 orang makan. Nak tahu apa jadi? Nasi tak cukup. Sebab apa benda ni boleh jadi? Kitorang tak tahu salah siapa sama ada katering tertinggal bekas nasi dia ke atau memang nasi dia masak tak cukup ke. Lauk masih ada, tapi nasi habis sampai kawan-kawan yang datang selepas jam 2 petang terpaksa tunggu nasi. Kitorang beli nasi di kedai mamak untuk 1 tong. Salah satu sebabnya lagi ialah, ada jemputan yang datang tanpa dijemput melalui kad mahupun facebook event. Jemputan disampaikan melalui mulut ke mulut dan bukan dari pihak keluarga kami.

Contohnya : "Wey, jom la ikut aku pergi kenduri esok. Bawak la satu family kau sekali" Haaaaaa, gituuuu, awak pun dijemput oleh tuan rumah lepastu awak boleh ajak kawan awak bersama family dia pulak ye. Amboi amboi sangat ! Tahu tak jemputan kenduri kawen cuma boleh dihadiri apabila dijemput oleh tuan rumah sendiri. Dan kalau anak makcik tu dah kawen, itu dikira keluarga lain dan perlu mendapat jemputan oleh pihak keluarga pengantin dahulu ye. Lain cerita kalau pihak tuan rumah ajak "Eh, Senah, minggu depan datang tau kenduri anak aku. Ajak sekali anak kau si Salman dengan menantu kau tu ye." Haaaa, ini baru la betul.

Ada satu lagi benda penting yang setiap kenduri kawen perlu ada, FLOOR MANAGER. Kadang-kadang orang fikir macam ahli keluarga kita yang ramai tu mampu kawal satu dewan tu kan? Sebenanrnya salah! Keluarga kita tak tahu pun diorang nak buat apa, apa yang perlu bantuan dan sebagainya. Korang kena lantik salah seorang ahli keluarga atau kawan paling rapat yang kenal seluruh ahli keluarga kau untuk tolong kawal keadaan. Contohnya, kau spesifikkan la si Bedah ni tolong check area buffet. Orang katering pun bukan perasan sangat lauk mana yang perlu topup sebab sibuk dok angkat pinggan apa semua. Jadi, kau lantik si Bedah ni untuk jadi mata-mata bagi pihak katering. Kalau ada adik lelaki, kau mintak dia get ready angkut hadiah-hadiah yang kawan-kawan kau bagi tu letak satu tempat. Sebab kes ni jadi dekat fana ye, ada hadiah yang lesap. Tak tahu la siapa yang panjang tangan tu. Pengapit pulak kau kena la lantik orang yang kenal ahli keluarga kau sebab dia je orang paling dekat melekat dengan kau atas pelamin yang kau boleh bisik-bisik. Contohnya macam nak mintak bagitahu dekat ahli keluarga kau kalau boss kau datang suruh dia duduk meja VIP ke apa ke. Benda-benda yang simple tapi sebenarnya boleh bagi impak yang sangat besar. Bunga telur dekat pelamin, jangan lupa mintak tolong si pengapit agihkan dekat tetamu-tetamu yang naik bergambar atas pelamin dengan pengantin. Kalau tak suruh sampai basi la telur tu tak ada yang usik.

Kalau diberi peluang buat majlis lagi sekali, fana nak semua yang fana mentioned dekat atas ni perfect. Sebab fana dapat rasa banyak sangat kekurangan majlis fana tempoh hari. Fana mintak maaf jugak sebab ada yang terasa sebab terlepas pandang, tak dijemput. Maaf sangat-sangat. Untuk yang bakal berkahwin, good luck fana ucapkan. Ambil la mana yang korang rasa bermanfaat untuk korang. Kalau rasa macam tak penting, ignore je tau sebab tu semua based on citarasa fana. Setiap orang lain citarasa dia kan? Hehehe. InshaAllah, Allah akan permudahkan urusan persiapan perkahwinan korang.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kawan fana sejak sekolah rendah iaitu Mastura Zakariah yang baru je diijabkabulkan dengan cinta hatinya Afiq hari ni. Semoga kalian sentiasa berkasih sayang sehingga ke syurga. :)



xoxo,
fana

02 June 2017

SGshop "Jom Shopping!" Contest

Assalamualaikum...



Hai semua. Salam 7 Ramadhan. :)

Baru-baru ni fana terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk contest SGshop yang diadakan oleh rakan blogger yang fana kagumi iaitu Ayue Idris. Fana nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat Kak Ayue dan SGshop sebab bagi fana RM200 shopping kredit. Macam-macam fana beli tau dekat SGshop. Baru je tadi successfully submit orders. Tak sabar nak tunggu barang sampai dekat rumah. 

Jadi, kali ni Kak Ayue ada anjurkan contest yang lebih meriah lagi dengan hadiah yang meriah jugak. Wajiblah fana join. Mana tahu rezeki fana, dapat la shopping lebih banyak lagi dekat SGshop kan? Hehehe. Best sangat tau shopping dekat SGshop sebab barang-barang semua harga murah gila lepastu apa je barang yang tak ada. Sampai jadi rambang mata dibuatnya. 


Banner Contest : "Jom Shopping!" Contest


Untuk fana dinobatkan sebagai calon-calon pemenang, fana wajib menjawab dua soalan yang diberikan oleh penganjur contest. Okay, sis cuba ye. Please pilih fana sebagai pemenang. Hahaha. Takpe, kalau bukan rezeki fana pun takpe, fana redha. Bulan puasa ni kita kena sentiasa redha dengan apa jua rezeki kita. Barulah ibadah kita menjadi lebih berkat. Gituuuuu. Sebelum tu fana nak berpantun dulu la sebagai pembuka kata sebelum jawab soalan.


Hari Raya bakal menjelma,
Pening memikir perihal baju raya,
Bilang pada hati mengapa berduka,
Di SGshop semuanya ada ! Ewahhhhhh!!


Hehehe. Okay-okay, kembali semula kepada part yang lebih penting. Ni merupakan cara penyertaan bagi contest ni. Untuk korang yang mempunyai blog, boleh la join sekali. :)



Cara penyertaan :

1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawab 2 soalan berikut:



Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?

A1 : SGshop merupakan laman web e-commerce yang menjadi agent ataupun orang tengah untuk Taobao.com bagi memudahkan pembelian terutamanya untuk pelanggan daripada Malaysia. Terdapat pelbagai rangkaian barangan yang dijual di SGshop dan boleh dicari melalui kategori yang disediakan. SGshop menawarkan servis terbaik buat para pengguna website untuk membeli barangan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Bagi memudahkan pengguna untuk membuat proses pembayaran, SGshop telah bekerjasama dengan beberapa company untuk memberikan kepelbagaian dari segi payment method antaranya Molpay, Online Banking, Paypal, Visa/Master Card, FPX dan banyak lagi. Selain itu, servis logistik sebanyak empat pilihan turut disediakan untuk pengguna yang ingin mendapatkan servis yang cepat ataupun lebih murah kerana produk-produk adalah direct ship daripada China. Antara pilihan yang ditawarkan ialah Sea Shipment, Express Air, Economy Air, dan Special Air. Rates untuk setiap pilihan shipping services turut disertakan semasa proses checkout. Servis yang diberikan melalui website SGshop juga merupakan antara yang terbaik kerana kemudahan sistem navigasi yang ditawarkan sangat memudahkan pengguna untuk mencari produk yang mereka inginkan.


Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

A2 : Tiga item yang saya ingin beli di SGshop ialah :

Pertama : Cake Decorating Tools (Link : http://bit.ly/2skCIZ1) Fana merupakan seorang penjual kek dan desserts dan pastinya fana memang obses dengan apa saja baking tools macam baker yang lain juga. Baru-baru ni fana ternampak SGshop punya decorating tools set lepastu harga dia pun murahnyaaaa. Fana dah add sebagai 'WishList' dalam website SGshop. Hopefully, fana dapat jugak beli set ni walaupun agak lambat but this is a must have !





Kedua : Baking DIY Tool Sets - Nozel (Link : http://bit.ly/2rr8V0M) Set nozel ni pun merupakan salah satu wishlist dalam SGshop akaun fana sebab fana memang pengumpul nozel-nozel untuk memudahkan fana decorate wedding cake, cupcakes yang customer tempah di fanabakes. Set ni merupakan sesuatu yang paling fana nak sangat !! I need this. OMG !! Kalau fana dapat shopping kredit daripada SGshop untuk contest ni, ini adalah benda WAJIB fana add to cart ! :D




Ketiga : Jingdhezhen Guci Tableware Set (Link : http://bit.ly/2svQiIa) Set pinggan mangkuk ni cantik sangat! Fana nak sangat set ni sebab apa tau, susah sangat nak dapat dekat kedai-kedai tableware dekat Malaysia ni. Sesuai la untuk hidangkan dekat tetamu kan. Simptom orang dah kawen ni memang macam ni. Pantang nampak set pinggan mangkuk semua nak. Hehehe






Yeayyyy, so dah habis dah misi menjawab soalan dan senarai wishlist. Memang hari-hari fana sign in SGshop tau tengok barang-barang lepastu mula la penuh Wishlist punya tab tu dengan barang-barang yang fana craving nak beli. Hehehe. Korang yang mana tak pernah beli dekat SGshop tu pergi la bukak website diorang. Korang mesti rasa macam nak beli semuaaaaaaa !

Fana harap sangat shopping kredit ni nanti jadi milik fana, nak shopping lagi. Hehehe. Korang doakan la fana tau. InshaAllah, kalau ada rezeki ada la kan. Anyway, terima kasih Kak Ayue dan SGshop sebab buat contest ni. Fana memang eksaited sangat nak join tau. Support Kak Ayue ! Hehehehe. Okaylah, jam pun dah pukul 3 petang. Dah boleh kot masuk dapur buat apa yang patut. Kejap lagi dah nak berbuka puasa dah. Selamat berbuka korangggg !


#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia
#AyueIdrisXSGshopMalaysia



xoxo,
fana

24 March 2017

My Makeup Haul from Lancome - Sephora

Assalamualaikumm..



Hello Pretty !

Fana pasti ramai antara korang yang suka shopping make up kan? Kali ni fana nak share satu website yang memang best gila ah. Korang takkan menyesal punya kalau masuk website ni. Serius, tak tipu okay. Apa yang pasti korang akan rasa macam nak beli semua benda yang dijual dekat website ni.

Sephora Malaysia mempunyai website e-commerce diorang yang mana korang boleh buat transaksi dekat sana terus. Senang sangat. Ini yang kita panggil shopping dari rumah. Haaa, duduk je dekat rumah, tunggu beberapa hari produk pun sampai.

Fana nak share dengan korang produk best yang fana baru je beli daripada Sephora. Tak lain tak bukan tentu la Lancome ! Haaaa, sebelum tu fana nak tunjuk dekat korang la apa yang fana beli dan kenapa fana beli produk-produk ni.






Lancome Juicy Shaker – RM95
Kalau Korang nak tahu, Lancome Juicy Shaker ni adalah produk terbaru daripada Lancome. Ada banyak warna tapi yang paling menarik hati fana ialah kod warna Piece of Cake ni. Salah satu sebabnya ialah warna dia tak terlalu menyerlah sangat, Nampak effect natural bila korang pakai. Juicy Shaker ni cara guna dia korang just shake-shake je sebelum nak sapu dekat bibir ye. Ianya juga lain dari yang lain sebab berus sapuan dia tu. Memang best pakai Juicy Shaker ni sebab ianya juga merupakan Bi-Phase Lip Oil. Bibir korang akan terasa segar dan lembab sepanjang hari.




Lancome La Base Pro Hydra Glow – RM136
Satu lagi produk daripada Lancome yang fana beli di website Sephora ialah La Base Pro Hydra Glow. Sebenarnya fana dah lama mencari primer yang sesuai untuk fana apply dekat muka sebelum fana pakai makeup. Finally, fana try primer ni memang la sangat best u’olls. Muka korang akan terasa segar je walaupun seharian bermekap. Lagi satu, kulit muka korang takkan kering. Sangat sesuai untuk korang yang ada masalah kulit kering. Bau dia pun hmmmmm fresh gila !



Compact High Coverage Case – RM62
Produk ketiga yang fana beli daripada Lancome ialah Cushion Compact Case. Fana memang penggemar BB cushion. Sebab fana merupakan seorang full time baker dan juga full time student. Jadi, fana sangat la taka da masa nak pakai banyak-banyak produk dekat muka. So, dengan adanya BB Cushion atau Cushion Compact, memang dapat jimat masa banyak sangat la. Cushion Compact Case ni bekas spare yang fana rasa fana perlu ada untuk isi fana punya cushion compact. Korang boleh beli set cushion compact dekat Lancome, selalunya dia akan bagi refill pack sekali,  yang refill pack tu la korang masukkan dalam case ni tadi. Haaaa, so fana dah ada dua cushion compact. Tak risau dah kalau habis ! Hehehe

Ini makeup look yang fana dapat create dengan menggunakan produk-produk daripada Lancome ni. Seharian dengan mekap pun tak ada masalah sebab dah pakai primer La Base Pro Hydro Glow daripada Lancome. Best gila ! 


Untuk korang yang nak shopping produk-produk daripada Lancome, cepat la pergi bukak website Sephora. Kat sana korang boleh beli macam-macam jenis produk Lancome yang lain jugak. Banyak jugak choice. Jimat masa korang tak payah nak pergi make up store untuk beli kan. Harga pun berpatutan. Fana punya total purchase untuk tiga-tiga produk ini ialah RM293.

Jom shopping sekarang! Klik disini. Happy shopping ! =)



xoxo,
fana



13 March 2017

Be Classy with LANAFIRA (www.lanafira.com)

Assalamualaikum...






Teringat masa sibuk nak kawen tahun lepas, fana pening kepala fikir mana la nak beli dress untuk bridesmaids, baju untuk family dan family mertua. Banyak jugak survey sana sini. Kadang-kadang tu ada yang warna tak cantik la, lepastu tak ada saiz la. Macam-macam hal masa tu.

Baru-baru ni fana dikenalkan dengan jenama LANAFIRA yang sekarang ni dah famous. Sebab apa? Sebab design baju lawa-lawa, warna pun lawa, lepastu harga pun murah korang. Fana geram sebab kenapa la LANAFIRA tak muncul masa fana sibuk searching untuk baju last year. Haih!

Sesuai untuk korang yang nak berkahwin tahun ni, tak payah dah pening kepala fikir nak beli baju kat mana, boleh tengok Instagram dan Facebook LANAFIRA ni u'olls ! Fana berkenan betul dengan design Mellisa ni. Terserlah keayuan gituuu. Siap ada ropol di bahagian bawah dress. Fana rasa design Mellisa ni sesuai untuk semua golongan umur. Yang mana dah berusia tu confirm nampak lebih muda remaja gituuuuu.

Meh fana cerita serba sedikit pasal Mellisa ni. Terdapat enam warna yang sangat lembut iaitu Soft Pink, Cream, Black, Mint Green, Dusty Pink, dan Brown. Disebabkan Mellisa ni tona dia soft dan kosong, korang boleh gayakan dengan apa je jenis tudung. Apa yang lebih menarik, material kain dia tak panas dan tak terlalu nipis. Diperbuat daripada material Moss Crepe, korang mesti rasa selesa bila pakai masa kenduri ataupun sewaktu bertugas sebagai bridesmaids.

Mellisa juga direka khas untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak (BF friendly) dan juga ianya direka mesra wudhuk. Jadi, senang la untuk kita yang perempuan ni nak ambil wudhuk. Best kan? Oh ya, saiz untuk setiap warna ada saiz S, M, L dan XL. Harga sehelai long dress Mellisa ni RM140 sahaja.


Soft Pink
-----------------



Cream
---------------



Black
--------------




Mint Green
---------------------



Dusty Pink
----------------------




Brown
--------------



Harga : RM140 sahaja
**FREE POSTAGE**




Hah, amacam? Korang suka warna apa? Fana rasa macam nak grab warna hitam tu sekarang jugak! Hihihihi. Eh korang, free postage tau. No hidden charge. RM140 sahaja untuk sehelai long dress Mellisa ni. Lepastu, kalau dah beli boleh la ber #ootd dengan dress Mellisa ni. Jangan lupa tag LANAFIRA. Mana la tahu diorang ada hadiah best nak bagi korang kan? Hehehe



Untuk korang yang ada masalah untuk tahu berapa saiz yang tepat, boleh la tengok ukuran kat abwah ni. Fana pun selalunya bergantung dengan measurement chart ni setiap kali nak beli baju secara online. Lagi senang ! :)



Jangan lupa follow instagram dan facebook LANAFIRA sebab diorang selalu buat offer best-best. Siap nak bagi free baju tau. Siapa nak baju free? Ha, cepat la follow LANAFIRA. Selain Mellisa, diorang ada Sara, Myra dan banyak lagi. Kalau nak tahu kena la follow sendiri. :p


Jom follow untuk grab special offer daripada LANAFIRA =)

Website www.lanafira.com
Facebook Lanafira Official
Instagram Lanafira Official

Whatsapp : 019-400 3755



xoxo,
fana

22 February 2017

Family Fun Day @ Sunway Lagoon [Video]

Assalamualaikumm,


Baru-baru ini, fana dan family pergi ke Sunway Lagoon which is dah berpuluh tahun kitorang tak jejak dalam tu. Last pergi pun masa kecik lagi. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki bila kitorang dah besar ni dapat berkumpul satu family dan pergi sama-sama. Kebetulan fana dengan lagi dua orang adik fana tengah cuti semester, jadi kitorang pun kumpul duit hasil berniaga dan pergi sana spend quality time together. Yang lagi best sebab bawak anak buah fana yang tahun ni baru nak masuk 4 tahun, dia tak excited sangat, makcik2 dengan pakcik2 dia yang over. Hahaha

Sebenarnya dah lama plan. Since Disember hari tu kitorang dah plan nak pergi Sunway Lagoon tapi bila fikirkan harga tiket masuk Sunway Lagoon seorang RM120 untuk dewasa dan untuk Athif pulak RM96 (3 years and above). Macam hampir punah jugak harapan nak masuk Sunway Lagoon. Tapi, Alhamdulillah sepanjang Disember dan Januari rezeki Fanabakes memang sangat banyak. Tempahan tak henti-henti sampai kitorang terpaksa tidur lewat setiap hari. Hasil daripada Fanabakes tu la kitorang dapat jugak jadikan impian nak pergi bersuka-ria dekat Sunway Lagoon ni berjaya.

Survey punya survey, kitorang decide untuk beli tiket masuk Sunway Lagoon secara online. Fana beli dekat 11 Street under Blue Pepper. Servis diorang sangat memuaskan. Walaupun fana call diorang masa tu tengah Chinese New Year dia masih angkat call. Fana tempah tiket dua hari sebelum pergi Sunway Lagoon. Alhamdulillah jugak, harga yang fana dapat dekat 11 Street jauh lebih murah daripada beli sendiri dekat Sunway Lagoon which is seorang dewasa cuma RM90 sahaja. Untuk Athif pulak RM70. So, total semua sekali RM700 untuk 7 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Berbaloi sangat sebab dapat main semua tempat dalam Sunway Lagoon tanpa pengecualian.




Kitorang sampai dekat area Sunway pukul 9 pagi, sarapan dekat area luar Sunway Piramid tu ada deretan kedai berhadapan dengan Sunway Hotel. Kitorang park kereta pun dekat area situ, just lintas jalan dan masuk dalam Sunway Lagoon. Tak jauh pun berbanding kalau park dalam Sunway Piramid, kena bayar dah berapa kan? Sebab nak duduk dalam Sunway Lagoon tu dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Hah! Kau kira la sendiri berapa puluh ringgit. Ambik la jalan selamat save sikit duit park je dekat area depan tu. Kebetulan kitorang pergi still tengah Chinese New Year jadi parking adalah percuma. Kalau hari biasa kena bayar ikut rate yang ditetapkan oleh MPSJ.

Masuk je dalam Sunway Lagoon tu terus kitorang pergi ambik locker untuk simpan baju-baju sekalian dan barang-barang berharga. Kitorang just bawak diri, duit sikit simpan dalam poket lepastu kamera Sony Action Cam sebab boleh masuk dalam air kamera tu. Kalau nak bawak handphone boleh je tapi korang kena beli casing waterproof dekat sana ada jual. Kalau tak silap dalam RM50 jugak la satu. Harga Locker dalam Sunway Lagoon tu yang kecik RM24, yang besar RM43. Kitorang ambik yang besar sebab nak simpan satu tempat je semua orang punya beg.

Dah settle simpan barang-barang, pakai pakaian yang bersesuaian boleh la terus terjah Extreme Park. Kitorang start dengan game yang kering dulu. Waterpark last sekali. Selesa la sikit nak main kan? Almost semua permainan dalam tu kitorang main. Settle bahagian kering tu dalam pukul 12. Perut pun dah start lapar balik dah sebab asik jerit je kan? Hahaha. So, kitorang isi perut dulu dekat Marrybrown. Dalam Sunway Lagoon ada banyak kedai makan. Korang tak perlu risau kalau lapar cuma makanan dalam tu agak mahal sikit la. Fana just makan Hot & Roll je sebab tak rasa nak makan berat-berat pun. Paratha Chicken and Cheese cuma RM5.50 satu. Adik beradik yang lain makan Marrybrown. Tak tahu la berapa ratus depa habis kan? Hahaha. Mineral water dalam Sunway Lagoon semuanya RM4.50 sebotol ye.

Perut dah kenyang apa lagi, serbu waterpark la guys! Kitorang start dengan kolam yang comel-comel dulu sebab nak bagi Athif biasakan diri dengan kolam. Bagi dia seronok, warm up dulu apa yang patut pastu baru kitorang move pergi main dekat area pantai buatan dia. Haaa, yang dekat pantai tu la ada tragedi. Athif tiba-tiba terberak pulak dalam seluar. Dah la kitorang tak pakaikan dia pampers. Hahahaha. Nasib baik tak terapung bijih timah tau.

Untuk Flying Fox ke Bungee Jumping ke takyah berangan la, sebab kitorang tak spare duit pun untuk benda tu. Yang tu kena bayar asing. Tak termasuk tiket.





Pelampung sebenarnya tak payah sewa pun tak apa sebab semua game yang macam Vuvuzela ke luncur apa ke semua pelampung disediakan. Jangan la tertipu macam kitorang ni ha, konon-konon nak main benda alah tu kena ada pelampung sendiri. Salah! Hahaha. Dah la mahal okay. Pelampung double tube satu RM26. Deposit RM10 nanti diorang pulangkan balik masa korang pulangkan pelampung tu.

Pengalaman fana pergi Sunway Lagoon overall sangat puas hati. Sebab banyak jugak game yang kitorang join. Takut ke gayat ke semua letak tepi. Kitorang just enjoy the moment. Buat-buat berani je. Sebenarnya tak de la takut mana pun. Biasa je. Hahaha. Korang kena tanya diri korang la berani ke tak untuk sahut cabaran kan? Tapi cabaran paling besar ialah korang kena beratur panjang la untuk main setiap game lagi-lagi Vuvuzela tu. Dah la beratur panjang lepastu setiap game semuanya kena panjat tangga yang sangat tinggi. Adoi, mana tak sakit kaki esoknya. Hahaha

All in all, worth the money la. Apa yang korang bayar tu sangat-sangat berbaloi. Experience yang korang dapat tu bukan boleh dapat kat mana-mana. Of course semuanya perlu dibayar tapi kadang-kadang kita bayar mahal pun takpe asalkan dapat releasekan diri sekejap daripada kepenatan otak dan sebagainya. :)

Here goes sedikit rakaman yang sempat husband fana record masa naik Vuvuzela yang menakutkan di Sunway Lagoon. Hope korang enjoy. Jangan lupa tau pergi Sunway Lagoon. Kalau nak tiket masuk Sunway Lagoon yang murah, pergi la beli dekat 11 Street ! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...