TABUNG

20 November 2014

Pak John Steamboat & BBQ @ eCurve Mutiara Damansara

Assalamualaikumm..


---------------------------------------------
Food Review
Restoran Pak John Steamboat dan BBQ
Lot LG 13A dan LG 15, Lower Ground Floor, eCurve, No. 2A, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
-----------------------------------------------------------------------


Sejujurnya fana tak suka makan steamboat. Tapi, sejak munculnya restoran-restoran steamboat dan BBQ ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, fana dah mula cuba untuk serasi dengan makanan yang berasal dari China ni. Eh, betul ke steamboat berasal dari China? Ada sesetengah pihak cakap steamboat berasal dari Mongolia. Siapa pakar? Sila jawab. 

Untuk entri food review kali ni, fana dijemput ke Pak John Steamboat dan BBQ yang terletak di eCurve, Mutiara Damansara. Siapa lagi yang menjemput kalau bukan saudara Halim Brothers, memang muka dia aje dekat Pak John Steamboat tu kan? Hehehe. Terima kasih bro sebab sudi jemput fana merasa keenakan steamboat yang disediakan disini.

Bro Halim, fana, Kak Asyik dan Vokalis VoxScape
Bermula jam 6 petang kitorang lepak, makan, lepak, makan, dengar live band, makan, lepak sampailah lebih kurang pukul 9 malam baru la habis aktiviti makan dan makan tu. Okay, korang mesti nak tahu menu apa yang disediakan di Pak John Steamboat and BBQ kan? Jom fana ceritakan okay?

Premium Item yang korang harus cuba ! Untuk 4 jenis premium item ni tak ada dekat bahagian steamboat tu, so korang kena request baru diorang akan bagi. Limited edition okayyy. 
- Abalone Slice
- New Zealand Lamb Slices **highly recommended
- Australia Beef Slice
- Smoke Duck Breast


Haaaa, sebab apa fana letak dua bintang pastu ada notes highly recommended tu? Sebab fana dah rasa! Hahaha. Fana tak makan lamb, tetiba hari tu Kak Asyik dan encik abangnya suruh fana rasa dan cakap itu beef. Fana pun makan la sambil cicah sos Thai yang aummm sedap dia tu. Memang sedap. Lepastu baru diorang cakap, tu NZ Lamb. Okay, kena tipu. Hahaha. Nasib baik sedap.

Kusyuk memenuhi tuntutan nafsu makan




Untuk korang yang tak cukup kenyang lagi, boleh la makan mee yang disediakan ni. Macam-macam jenis ada. Fana kalau makan steamboat wajib makan mee ni sebab fana tak makan steamboat sangat, fana makan grill je lebih. Mee ni akan membantu untuk mengenyangkan perut. Jangan risau, All You Can Eat, gittewww kata Pak John !


Selain mee, pelbagai jenis menu goreng-goreng pun ada kat sini. Mana taknya, makan steamboat bukan kenyang sangat pun kan? Apa lagi, makan aje semua yang ada. Ni la masa untuk makan. Ketepikan diet apa semua tu. Yang penting happy tummy ! :)


Air pulak? Tak payah cerita. Macam-macam air ada. Refill limaenampulohkali pun boleh. Minum la bebanyak k. Air yang disediakan semuanya memang air feveret fana la. Coffee pun segala macam ada. Nampak mesin coffee tu? Haaa, minum jelah. Takyah cerita banyak. Hehehe


So, inilah abang-abang gagah perkasa yang akan sedia berkhidmat bila korang perlukan dumpling-dumpling yang sedap ni semua. Nak pilih dumpling pulak boleh tunjuk-tunjuk je kat kad cecomel yang diorang kepit atas border tu.



Ini antara dumpling yang sedap dan korang boleh campur, mintak je nak yang mana, nanti abang-abang gagah perkasa tu akan ambilkan. Hehehe. Kalau tak tahu mana yang sedap, boleh tanya diorang mana sedap nanti diorang akan bagi suggestion. Mudah kan?





Terdapat 5 jenis sup yang disedikan di Pak John Steamboat dan BBQ. Antaranya Tomyam Soup, Miso Soup, Beef Bone Soup, Prawn Soup, Chicken Soup, dan Curry Soup. Kalau korang tanya fana mana yang best, dah tentu fana akan jawab Tomyam Soup. Memang terbaik rasa dia. Kalau agak-agak sup korang dah kering, jangan lupa mintak refill ye. 






Tak lengkap kalau makan steamboat tak ada sos yang sedap kan? So, mana satu pilihan kalbu? Hahaha. Sos yang disediakan di Pak John Steamboat dan BBQ merupakan homemade sos ye, jadi rasa dia pun sangat la klasik. Antara sos yang disediakan ialah Thai Sauce (feveret), Belacan Sauce (feveret jugak), Sweet Sauce, Thai Green Chili, Soya Sauce, Garlic Chili Sauce, dan yang terbaru Pineapple Sauce.

Dua-dua ni feveret sebab memang mengancam rasa dia

Untuk korang yang tak tahu mana nak pergi masa hujung minggu boleh la datang lepak dan makan dekat Pak John Steamboat dan BBQ dekat eCurve ni sebab kat sini je la tempat yang korang boleh layan makan steamboat sambil dengar dendangan lagu-lagu hits dan terkini oleh abang-abang liveband ni. Mereka merupakan Kumpulan Voxscape dan mereka yang akan menghiburkan pengunjung Pak John Steamboat setiap Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 10 malam.



Selain tu, korang boleh jugak nak request lagu atau nak request berduet. Kalau korang teringin nak berduet la kan? Tapi, jangan risau abang-abang Voxscape ni memang sporting habis. Suara pun sedap gila. Cair i'olls. Hihihi.

Okay, selesai makan steamboat mesti la tekak nak dijamu pulak dengan pencuci mulut yang manis-manis kan? Apa lagi? Pak John Steamboat dan BBQ ada semuanya. Kan dah cakap All You Can Eat! Makan la bebanyak. Antara pencuci mulu yang ada, Kaya Balls, Waffle, Aiskrim, Jagung, Sweetcorn in cup, buah-buahan dan banyak lagi.






Semuanya memang puas hati la. Semua ada di Pak John Steamboat dan BBQ. Apa lagi yang tak cukup? Kalau korang memang jenis yang makan banyak, fana memang sangat sarankan korang untuk try pegi makan kat sini. Harga? Haaa, ni baru nak masuk bab harga.

Isnin - Jumaat RM 36++ seorang
Sabtu dan Ahad RM39++ seorang
30% diskaun untuk pelajar, make sure bawak student card okay?
20% Ladies Day (Selasa dan Khamis)



Ha, siapa lagi yang belum cuba makan di Pak John Steamboat dan BBQ boleh pergi sana makan Sabtu dan Ahad ni ye. Datang la dengan perut yang kosong. Hehehe. Makan banyak-banyak. Kalau tak, balik nanti menyesal, kata seorang kawan blogger. Hihihi. Fana bagi 5 bintanggggggg! 




Info lanjut :

Atau

Korang search je kat google "Pak John Steamboat dan BBQ" nanti keluar la entri kawan-kawan blogger fana yang lain. Okay? 


HAHAHA"


xoxo,
fana

8 comments:

  1. nak pergi makan lagi..rindu kt lamb..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Kak asyik dang abag giorgio tak habis-habis dengan lamb. Mencikkk!

      Delete
  2. ahhhhh,nak steamboatttttt nak steamboatttttt,onie pun bukan minat sgt dgn steamboat,sekali makan pak john punya,perghhhh...nak lagi oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn? Sama la dengan fana ni ha. Pak John memang terbaekkk! Nanti kite g sesama jom!

      Delete
  3. Hehehehe, dah 2 kali makan kat sini. next time nak pergi lagi , nak rasa soup lain pulak. hahahah

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...