TABUNG

09 November 2014

Let's Beat The Gush with Kotex !

Assalamualaikummm..



"Beat The Gush" Kotex Launch Event
4 November 2014
The Terrace @ The Curve, Mutiara Damansara


**AWAS! Ini merupakan entri mengenai wanita. 



Baru-baru ni, fana pergi ke majlis pelancaran Kotex Soft and Smooth baharu serta kempen "Beat The Gush" yang diadakan di restoran The Terrace terletak bersebelahan Hotel Royal Bintang, Damansara. Majlis yang cukup meriah itu dihadiri oleh personaliti "Beat The Gush" iaitu pelakon dan penyanyi cantik menawan, Diana Danielle serta Programme Director of WOMEN, Abby Latif.

Terima kasih Kak Asyik sebab sudi ajak fana :)

Majlis pelancaran bermula pada pukul 8 malam dan dimulakan dengan persembahan lakonan yang menceritakan mengenai seorang gadis yang mengalami masalah 'datang bulan' yang agak teruk secara tiba-tiba sewaktu sedang makan malam bersama kekasihnya.




'Sudden gushes' bermaksud aliran yang tidak dapat kita duga bila ianya akan datang. Sebagai seorang perempuan ataupun wanita, kita tidak dapat lari dari masalah ni. Fana akui, fana sendiri pun mengalami period yang agak banyak setiap bulan. So, sudden gushes ni dah macam sebati dalam diri. Memang tak selesa tapi rasanya setelah beberapa tahun, fana dah boleh terima hakikat ni. T.T

Oh ya, sejak pertama kali period (masa tu umur 13 tahun) memang fana guna Kotex sebab fana cuma tahu jenama Kotex je. Hahaha. Lagipun fana selesa dengan Kotex. Pernah cuba pakai jenama lain kekadang sebab lupa nak bawak dalam handbag and pinjam kat kawan, tapi tak sama tahap keselesaan dia. Kotex is the best !

Pengalaman pertama kali datang bulan

Ramai kawan-kawan yang datang bulan sejak sekolah rendah. Masa tu fana selalu dengar, kalau siapa datang bulan awal maknanya orang tu dah matang. Wahh, masing-masing pun semangat tunggu tau. Fana salah seorang daripadanya. Masa sekolah rendah, pemikiran pun tak dewasa lagi, ada la beberapa kes yang fana pernah nampak contohnya period bocor sampai kena baju sekolah la. Memang sangat menakutkan waktu tu.

Masa tingkatan satu, fana dimasukkan ke sekolah asrama. Seingat fana, period pertama fana datang selepas umur fana cukup 13 tahun maknanya dia datang hampir-hampir dengan tarikh hari jadi fana. Memandangkan fana tinggal di asrama, setiap hujung minggu akan ada minggu outing. Semua orang keluar pegi shopping mall. Dalam dorm cuma tinggal fana dan kawan fana, Izyan. Hari tu fana memang tak boleh nak join diorang outing sebab fana sakit perut sesangat. Fana memang senang sakit perut (masuk angin) kalau fana lambat makan. Jadi, fana ingat tu sakit perut sebab perut masuk angin. Memang sakit sesangat sampai kena tekan perut kuat-kuat.

Tiba-tiba, fana terasa nak pergi toilet. Fana terkejut bila ternampak ada pepejal warna coklat pekat dekat seluar dalam yang fana pakai masa tu. Sampai fana ingat fana tercirit ke apa. Hahaha. Memang lawak. Pastu, fana masuk dorm, fana panggil kawan fana si Izyan. Fana ajak dia pergi toilet, fana paksa jugak dia tengok sebab fana macam agak confident tu darah period cuma fana nak pastikan je memandangkan Izyan dah ada pengalaman datang bulan.

Izyan pada mulanya macam menolak jugak nak tengok. Yelah, tak pasal-pasal pulak dia kena tengok seluar dalam fana kan? Hahaha. Memang sah itu darah period! Fana pun apa lagi terus la call mak kat KL tu bagitahu fana dah datang bulan. Tak tahu nak nangis ke nak gelak. Tapi, perut memang sakit sesangat. Rupanya tu simptom Period Menstruation Syndrome (PMS) atau senang kita panggil senggugut. Sampai la sekarang ni, fana memang tiap-tiap bulan alami senggugut yang teruk tahap guling-guling. Tak pernah lagi la period datang terkejut tanpa bagi alarm senggugut tu. Lagi satu PMS yang fana alami ialah sakit pada bahagian payudara. Selalunya sakit tu akan rasa seminggu sebelum datang bulan. Kira macam tanda amaran suruh pergi beli Kotex dekat Watson bebanyak. Hehehe.

Haaaaa, tu la pengalaman pertama fana datang bulan. Nasib baik ada Kotex. Pengalaman bocor tu toksah kira. Banyak kali sangat. Kat mana? Midvalley? Time Square? Merata dah pernah. Sebab tu sekarang ni fana lebih suka keluar pakai baju kemeja, fishtail yang agak labuh setiap kali datang bulan, so kalau bocor pun kena kat seluar, baju still boleh cover. Takde la malu kan? :)

Dari kiri, Julie Woon, Abby Latif, Diana Daniell dan Pengurus Pemasaran Kimberly Clerk, Aileen See


Sedangkan si cantik Diana Danielle pun ada pengalaman dengan kebocoran ni tau. Banyak juga la yang dikongsi oleh Diana Danille malam tu. Well, fana rasa semua perempuan pernah alami situasi ni. Betul kan? Waktu tidur pun bocor jugak. Hahaha. Itu perkara biasa. Kita-kita je tahu. Hihihi

Emcee, Julie Woon
Majlis malam tu diacarakan oleh pengacara yang cukup petah dan cantik ni, iaitu Julie Woon. Beliau pernah menjadi pengacara bagi program sukan di ESPN untuk Motorsport Petronas dan juga The 8TV Quickie. Pertama kali fana jumpa beliau secara live, memang cantik orangnya. 


Banyak aktiviti yang diadakan sepanjang majlis berlangsung antaranya berangan menjadi selebriti di Kotex Glam 360, bergambar bersama giant Kotex, pertandingan upload gambar di Instagram, hashtag dan menang hadiah. Memang semua orang eksaited. Hahaha. Lagi-lagi dekat Kotex Glam 360 yang boleh pusing-pusing sambil dirakam oleh kamera Gopro Hero. Comel sangat masing-masing tauuu.

Kotex Glam 360




Memang happening sangat malam tu dengan macam-macam acara. Blogger yang hadir semuanya happy dapat bawak balik handbag Coach sorang sebijik hadiah daripada Kotex Malaysia. Siapa je yang tak happy kan? Riuh dan meriah malam tu dengan gelagat geng-geng blogger.

Blogger bersama Coach masing-masing


Ini lah antara rakan-rakan blogger yang hadir. Alhamdulillah, walaupun kami blogger aktif di dunia maya tapi di alam realiti pun kitorang berjumpa. Memang muka yang sama je kalau event kan? Tapi, best sangat sebab semua kongsi minat yang sama. Bila perempuan berkumpul, it's gossips time ! Hehehe. Happy dapat jumpa semuanya.


So, untuk korang yang ada masalah heavy period and sudden gushes, why not try Kotex Soft and Smooth yang baru ni. Mesti korang akan rasa selesa sangat sebab tak payah risau pasal kebocoran atau apa-apa sebab Kotex Soft and Smooth mempunyai 3 fungsi :


Rapid Absorb Core - membantu menyerap aliran banyak terus dari sumber untuk perlindungan secara maksimum dalam apa jua situasi.

Micro-Dri Cover - lebih 3,000 lubang mikro untuk penyerapan yang lebih pantas dan berkesan.

Infinity Lock System - mempunyai bentuk yang agak dalam serta penghadang bagi memberikan perlindungan kebocoran sekeliling.


So, let's beat the gush girls ! #BeatTheGush


Like Facebook Kotex Malaysia :

Layari :



xoxo,
fana

9 comments:

  1. yehahh muke sy dstu :D hahha aah best slalu jmp boleh lah slalu jugak sbb klu nk plan sume org susah so time event je jmp senang! hahah btw har buat la klu rajin hahaha akk tag awk dh LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. Kannn? Time event je la boleh kumpul. Thank you akak for tagging. :)

      Delete
  2. Yeah! Nice to meet u sweetie.... Dengan Kotex, tidak lagi risau aliran tidak diduga :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice to meet you too. Hehehe. Yup! Betul tu. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Thank you so much kak asyik sebab ajak fana. :)

      Delete
  4. Bestnya dapat bag coach. dah lama tak join2 event2 ni. hehehehe

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Maaf cik adik Nurfarhana, mungkin ada info yang saya perlu sampaikan dari blog post anda di atas.

    Saya harap, adik dapat satu info yang jelas berkenaan dengan ini. Semoga perkongsian oleh saya ini bermanfaat untuk adik-adik dan rakan-rakan.

    Berkenaan dengan :

    "Tapi, perut memang sakit sesangat. Rupanya tu simptom Period Menstruation Syndrome (PMS) atau senang kita panggil senggugut. Sampai la sekarang ni, fana memang tiap-tiap bulan alami senggugut yang teruk tahap guling-guling. Tak pernah lagi la period datang terkejut tanpa bagi alarm senggugut tu. Lagi satu PMS yang fana alami ialah sakit pada bahagian payudara. Selalunya sakit tu akan rasa seminggu sebelum datang bulan."


    FAKTA :
    ======

    Senggugut jika dilihat biasa pada kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini. Tetapi hakikatnya senggugut adalah salah satu tanda yang anda berisiko mengalami masalah seperti ENDOMETRIOSIS atau limpahan darah haid kebelakang rahim.

    "(SENGGUGUT melampau dan berulang kali adalah petanda kepada penyakit endometriosis.
    Endometriosis bukan senggugut, tetapi senggugut yang teruk merupakan simptom endometriosis. Ia masalah yang kerap berlaku.)"

    ~Sumber :
    Dr. Norlida Kairon
    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan,
    Hospital Pakar Al-Islam



    "1:5 Wanita menghadapi masalah Endometriosis" ~ Dr Dharmini Veerakumaran, Perunding Obstetrician dan Pakar Sakit Puan , Pusat Perubatan Kelana Jaya,



    KESAN ENDOMETRIOSIS

    -KETIDAKSUBURAN
    -SENGGUGUT yang teruk
    -Haid yang terlalu panjang

    -Ovari biasanya di buang
    -Peratus keguguran tinggi 45%
    -Kerosakkan pada tiub fallopio
    -Kesakitan ketika bersama

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...