TABUNG

25 November 2012

Resepi Kuey Teow Kungfu

Assalamualaikum.


Bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak Ketuk-Ketuk Kuali ! Hoyeahhh ! Hari ni saya nak tunjukkan cara memasak Kuey Teow Kungfu Wachaaaaa !! Bawak mengucap, jangan over sangat la fana oi. Hahaha. Kita kan dalam rancangan telebisyen ni.

Okay, tanpa melengahkan masa saya akan perkenalkan bahan-bahan untk masak Kuey Teow Kungfu Wachaaa ni.

Bahan-Bahan :

Ayam yang dipotong dadu. 
Jangan tanya kenapa ayam ni macam ni sebab saya basuh ayam dengan tepung untuk elakkan hanyir. Saya tak suka benda yang hanyir. :)


Sedikit lobak merah
Kuey Teow sebungkus untuk empat orang makan

Sedikit bunga kobis.

Sos Tiram. Abaikan harga tu. :p
Dan pastinya telur sebagai salah satu bahan penting ya puan-puan.

Mula-mula, kita bahagikan kuey teow tadi kepada empat bahagian. Kemudian, pecahkan sebiji telur ke dalam bekas, masukkan satu bahagian kuey teow sama dengan seorang makan ke dalam telur tadi. Seterusnya kacau kuey teow dan telur tu sehingga seluruh kuey teow bersalut telur.

Ni la rupa kuey teow yang dah bersalut telur tu. Saya tambah sedikit lada hitam.

Dan, goreng !
Hasilnya selepas siap digoreng.

Dah siap buat kuey teow tersebut, kita buat kuahnya pulak.

Tumis bawang putih, ayam dan stok ayam.
Untuk stok ayam tu, saya guna Kiub Pati Ayam Knorr. Kalau puan-puan rajin nak buat stok ayam sendiri pun boleh. Ada jugak orang gunakan stok udang. Lebih manis.

Selepas itu, masukkan sayur-sayuran yang pelbagai dan juga air secukupnya. Terpulang kepada puan-puan sama ada suka kuah yang banyak atau sedikit.

Selepas kuah agak mendidih dan sebati, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air. Perlu diingatkan ya. Tepung jagung tu perlu dibancuh dengan air bagi mengelakkan ia berketul-ketul. Ada faham?


Kuahnya pun dah siap. Oh, saya lupa nak pesan supaya tambahkan garam secukup rasa ya. Hihihihi. Kalau nampak kurang menarik tu sebab saya kekurangan sayur hijau. Sepatutnya lebih banyak sayur hijau lebih sedap kot. Puan-puan boleh variasikan bahan-bahan ya. :)

Hasil untuk Kuey Teow Kungfu Wachaaa saya ni tak dapat ditunjuk kerana saya agak gelojoh lalu terus ngappp !

Saya harap puan-puan faham dengan cara masakan yang ditunjukkan ini. Selamat mencuba. Buat sampai sedap okay !

Sehingga bertemu lagi pada waktu yang sama, stesen telebisyen yang sama dalam rancangan Ketuk-Ketuk Kuali dengan resepi yang lain ! Assalamualaikummm. =)


xoxo,
nfcs

4 comments:

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...