TABUNG

20 November 2012

: Aku :


BISIK HATI

Tempoh masa untuk hati berpaut sangat lama.
Malah telah makan bertahun-tahun
Kalau aku lupa ingatan, aku mungkin tak kenal mereka disebelah,
Tapi, aku sedang sangat waras. Otak aku berfungsi dengan baik.

Mana pergi kenangan?
Mana pergi cerita dulu?
Lupa, novel tu dah hilang kerana terjatuh dalam tasik.
Ah, aku tak suka air. Buat aku rasa lemas teramat sangat.

Kalau semut boleh bekerjasama dengan baik, kenapa manusia tidak?
Itu yang aku nak tahu. Cikgu Sains masih diam terpaku.
Biarlah semua jadi penyesalan, buat apa nak diajar manusia yang pernah bersekolah.

Aku mungkin bukan wanita solehah yang menjadi dambaan lelaki metroseksual.
Homoseksual? Gila.
Aku pernah bilang hati ni cuma satu. Tak ada duanya.
Tak pernah termimpi untuk berikan ruang kepada yang baru.
Pernah jugak aku kata Kau Kekasih Awal dan Akhir.
Pedulik. Aku letih.

Mana ada pipit yang sanggup sendiri.
Aku lebih tahu apa itu perasaan lebih dari kau tahu.
Itulah, aku pernah bagi amaran.
Aku bukan macam yang lain.
Aku tak mudah pergi sebab aku punya hati terlalu berselirat dan kukuh.

Dalam dunia ni jugak banyak benda aku takkan lupa.
Ada yang kita boleh lupa ada yang tidak.
Paksa la aku dengan coklat satu lori, aiskrim satu kilang, mahupun duit beribu-riban,
Aku tetap takkan lupa.

Kalau pengorbanan aku dimata kau cuma sampah,
Aku rela jadi sampah.

Kalau pengorbanan aku dihargai, mana bukti?
Mungkin pengorbanan aku tak sebanyak yang kau korbankan,
Tapi, tetap dipanggil pengorbanan.

Biarlah aku biasa-biasa.
Aku cuba hidup tanpa bergantung pada siapa-siapa,
Kau kena tahu aku mampu untuk itu !
Perbuatan, gerak-geri, percakapan, pembohongan semua tu aku pernah rasa.
Aku tahu mana satu betol mana satu palsu.

Senang, kau pilih jalan gelap, aku ambil yang terang.
Sebab aku sayangkan diri aku.
Hati ni masih lama aku nak pakai. Kau pergi jauh-jauh. Aku lari arah sini tanpa henti.

Kalaupun aku mampu berikan hati pada orang lain,
Kau takkan pernah peduli.
Aku bahagia. Aku pilih jalan ni. Aku senang. Aku lapang dan aku senyum memanjang.

Macam budak kecik yang baru dapat Magnum Almond.
Aku sedang bahagia menikmati manisan bersalut kacang tersebut.
Sehinggakan vanilanya menjengah keluar.
Tanpa ada setitik pun yang tumpah.
Betapa aku hargai Magnum.
Terima kasih. =)

nfcs

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...