TABUNG

29 September 2014

[VIDEO] Tutorial Wide Shawl Anggun by Fana

Assalamualaikumm..


Dah lama berjanji, namun tidak jua ku tepati. Maaf ye kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak yang mintak fana buat tutorial shawl. Rasanya dah nak dekat setahun tapi baru hari ni fana nak kongsi. Fana segan sebenarnya nak buat tutorial berbentuk video ni. Malu sangat. 

Video ni fana buat atas permintaan junior fana yang sedang belajar di UiTM Seri Iskandar (tempat jatuh lagi dikenang). Rindunya suasana di Seri Iskandar. Junior fana ni mintak tolong fana untuk buat tutorial pakai shawl lain dari yang lain. Maksudnya taknak yang biasa la kot sebab dah banyak kat youtube tu.



Fateha : "Kak fana, nak mintak tolong sesangat ni, buat tutorial pakai tudung boleh? Fateha kena buat presentation untuk Persuasive Speech."

Fana : "Alamak fateha, kak fana mana reti. Malu la. Nanti nak tayang dalam kelas ke? Siapa lecturer?"

Fateha : "A'ah, tayang dalam kelas. Takpe, buat tutorial bisu pun takpe. Lecturer dia Puan Mayang. Kak fana kenal tak?"

Fana : "Gila tak kenal? Tu lecturer kak fana dulu kot. Alahai, malunyaaa"



Tapi memikirkan si Fateha ni, fana buat jugak la. So, ni la hasil dia. Tutorial dia simple je sebenarnya sebab fana pun suka pakai gaya ni. Fana tak tahu la kalau tutorial ni terlalu simple dan tak membantu korang. Maaf ye. Hehehe


Satu lagi, nak mintak sorry sebab fana lajukan speed video ni sebab taknak korang bosan tengok fana terkebil-kebil cari kerongsang, terhegeh-hegeh nak tarik shawl. Hehehe. Selamat menonton !



Shawl : Glitter wide shawl






Actually, fana letak nama Anggun ni sebab gaya dia macam anggun-anggun gitu. Macam ayu je kan? Hehehe. Sorry la ter'over' pulak nak letak nama cenggitu. Jangan marah fana okay? Selamat mencuba dan jangan lupa untuk share ye.


**Share atas tujuan kebaikan sahaja



xoxo,
fana

27 September 2014

#MYCyberSALE Jualan Atas Talian Terbesar 2014

Assalamualaikumm...


Ehem, macam dah gaji je! Hehehe. Seronoknya, boleh la shopping macam-macam. Kat mana nak shopping? Tak sempat nak shopping sebab kerja? Ala, sekarang ni semua di hujung jari je kan? Tak lama lagi Malaysia dah macam Korea sebab diorang beli barang basah pun pakai snap gambar je sambil tunggu LRT, tup tup barang dah sampai kat rumah.

Di era 2014, teknologi semakin berkembang dengan pesat sampai tak terkejar la dek kelajuan alat-alat dan aplikasi yang terbaru ni. Beli setakat mana yang mampu aje la kan? Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Sebenarnya, fana nak hebahkan mengenai jualan hebat yang akan berlangsung dua tiga hari lagi ni.


#MyCyberSale
(29 September - 1 Oktober 2014)

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) dibawah inisiatif Digital Malaysia akan menganjurkan satu jualan dalam talian terbesar dan juga merupakan anjuran pertama kerajaan di dunia. Pembeli dalam talian berpeluang untuk membeli belah diantara 225,000 tawaran membabitkan 4,500 penjual online dengan potongan harga sehingga 90 peratus bermula 29 September sehingga 1Oktober 2014.

Tujuan dia adalah untuk menggalakkan perniagaan dan pembelian atas talian atau kita selalu sebut shopping online tu. Siapa yang dah daftar Maybank2u, CIMB Clicks atau e-PB (Public Bank) dan lain-lain tu boleh la shopping dengan lebih mudah lepas ni. Eh, sebelum tu meh fana kongsikan beberapa website yang menganjurkan #MyCyberSale ni.


1. LAZADAMY


Lazada Malaysia akan menawarkan potongan harga terbaik serta promosi hebat untuk pelbagai jenis barangan antaranya barangan dapur rumah, barangan hiasan rumah, alatan elektronik ,kamera, komputer, telefon bimbit dan tab, jam tangan, bag dan travel accessories, barangan sukan dan banyak lagi. Pampers? Oh, sorry pampers takde jual tau. Hehehe




2. HISHOP MY


HiShop juga akan mengadakan jualan hebat kepada semua barangan kosmetik, pewangi dan skincare yang terdapat di website HiShop itu sendiri. Yang lebih menarik lagi, HiShop juga menawarkan extreme promotions kepada semua pelanggan mereka.
  • RM25 rebat dengan setiap pembelian minimum RM100
  • RM50  rebat dengan setiap pembelian minimum RM200
  • Ganjaran 10 x HiShop Point

Tak sabarnya fana nak tunggu 29 September ! Ingat tau, #MyCyberSale berlangsung selama tiga hari sahaja tau. Jangan terlupa. Nanti rugi pulak. Bukan selalu ada promotion best macam ni. Hihihi. Hmmm, nak beli apa eh. Macam kena buat list je ni. Jadilah pembeli yang bijak ! :)



Laman Web Rasmi #MyCyberSale



xoxo,
fana

21 September 2014

Menyerlah Bersama Wonder Glow !

Assalamualaikummm..


Teringat semasa temuduga hari tu, fana macam tak berapa yakin dengan diri sendiri sebab fana rasa fana tak ada aura untuk memukau orang di saat pertama kali bertemu. Gittewww! Fana memang sangat tak yakin untuk berikan impak First Impression tu. Jadi, apa yang fana akan buat setiap kali nak bertemu dengan new surrounding, new people, fana akan pakai apa yang fana rasa selesa.

Sebenarnya pemakaian akan berikan impak yang sangat besar kepada perwatakan kita, emosi dan sebagainya. Jadi, apabila kita berasa selesa dengan pakaian kita, kita akan jadi lebih selesa untuk bergaul. Begitu juga dengan muka. Itulah tempat pertama orang akan pandang kita. Nak tak nak kena la mekap sikit, sebab percaya atau tidak, mekap juga mampu meningkatkan tahap keyakinan di dalam diri kita sendiri.

Hari ni, fana nak perkenalkan korang dengan produk kecantikan terbaru daripada Wonder Glow iaitu Wonder Glow Black Series. Ini la produk yang boleh berikan effect glowing pada muka korang. Kejap lagi fana akan tunjukkan beberapa testimoni Wonder Glow okay. Sebelum tu kita tengok dulu apa yang ada dalam set Wonder Glow Black Series ni.



WONDER GLOW BLACK SERIES

Wonder Glow Black Series terdiri daripada tiga set penjagaan wajah iaitu Wonder Glow Gold Black Series, Wonder Glow Silver Black Series, dan Wonder Glow White Diamond Series.

Kebaikan produk :

  • 5 kali kesan pencerahan dan vitamin C.
  • - 35++ SPF iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 25 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 4 - 5 jam.
  • Mencerahkan dan menyerikan wajah.
  • Menghilangkan pigmentasi yang tebal.
  • Menghapuskan jerawat dengan berkesan.
  • Mengecilkan pori-pori wajah.
  • Menghaluskan kulit secara semulajadi.
  • Anti penuaan dan awet muda.
  • Mengandungi kombinasi hebat Glutathione Vitamin C infusions dan kolagen agar kulit sihat bercahaya dan bersinar.
  • Diperkaya dengan AHA untuk memperbaharui sel kulit mati dan menjadikan kulit cerah dan bersinar.


WONDER GLOW GOLD BLACK SERIES
RM 120.00






WONDER GLOW WHITE DIAMOND SERIES

RM 130.00






WONDER GLOW SILVER BLACK SERIES

RM 99.00




Selain daripada tiga set di atas, Wonder Glow juga memperkenalkan Wonder Glow V-Shape Serum yang mampu membantu korang yang ada masalah pipi tembam macam fana ni ke, yang rasa nak muka sedikit runcing dan cantik, inilah produk yang tepat sekali dapat membantu korang. Produk runcingkan wajah daripada Wonder Glow.

WONDER GLOW V-SHAPE SERUM
RM 99.90


Fungsi :

  • Membentuk wajah lebih tirus dan v-shape
  • Kulit menjadi lebih glowing
  • Memadamkan cela parut di wajah dengan berkesan
  • Meresap jauh ke lapisan kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal, tegang & lebih muda berseri.
Cara Penggunaan :
Sapukan dengan rata serum V-Shape tersebut ke wajah anda. Cara sapuan hendaklah disapukan keatas untuk mempercepatkan proses serum masuk ke dalam liang roma. Kesan akan terlihat selepas 7 hari dengan pemakaian yg kerap, jika penjagaan makan dan pendedahan kepada cahaya matahari terkawal, kesannya akan lebih menyerlah. Seeloknya dipakai pada waktu sebelum tidur atau waktu pagi selepas muka dibasuh bersih. Pakai sebelum krim malam atau siang (jika ada). Cuci selepas 6 jam

Kandungan :
  • Ekstrak guarana, Zingiber zerumbet and persimmon : Membantu pelepasan lemak berlebihan, membantu mengalirkan cecair yang berlebihan, mengekalkan ketegangan kulit.
  • Vitamin A, C, & E.
  • Collagen.


TESTIMONI PENGGUNA





Dalam kita bersungguh-sungguh mencari produk untuk kulit muka, jangan la main nak beli aje ye. Sebab sekarang ni terlampau banyak produk tiruan. Tiruan tahu tak? Apa la yang kejam sangat diorang ni kan? Fana pun takut jugak kalau terpakai produk kecantikan tiruan ni. Pihak Wonder Glow jugak telah mendapat aduan daripada pengguna yang mengatakan produk Wonder Glow mengandungi mercury! Wonder Glow ada mercury? Betul ke?

Sebenarnya produk Wonder Glow TIDAK mengandungi mercury. Itu adalah produk tiruan. Jadi, bagi mengelakkan korang membeli produk tiruan, korang kena pastikan ada logo hologram pada kotak Wonder Glow okay?


Logo hologram pada kotak Wonder Glow

Pastikan korang tak beli produk yang tidak ada logo hologram ye. Jangan tertipu dengan produk tiruan. Fana sendiri pernah terbeli produk tiruan sebab harganya yang murah dan nampak serupa sangat packaging dia. Lepastu baru tahu produk tu sebenarnya tiruan sebab tak ada kesan langsung walaupun habis satu bekas dah pakai. Sedih gila. :( Untuk lebih selamat, korang boleh terus beli di website Wonder Glow. Pihak Wonder Glow sendiri akan menguruskan proses pengeposan dan yang pasti lebih selamat.


Website Wonder Glow



Agen diperlukan !


Bagi yang berminat menjadi rakan niaga seperti stokis ataupun pengedar, margin keuntungan adalah sehingga 30 - 50%. Bergantung kepada target jualan, pendapatan anda boleh mencecah RM5,000 hingga RM 50,000 ke atas sebulan. Untuk pembelian 10 set layak menjadi Agen Mobile (20%), Agen Kiosk - 50 set (30%) manakala untuk Sub-Stokis (40%) dan Stokis Negeri (50%) . Harga retail untuk Basic Series RM 100 manakala Riang Tirana Premium Series RM150, dan Pink Jambu Ultra Series RM 180 . Setiap set terdiri daripada 2 krim hebat untuk siang dan malam serta wonder bar soap untuk pencuci muka. Penggunaan amat mudah dan tidak mengelirukan. Tidak perlu pemakaian toner. Hanya perlu menggunakan 2 kirim ini dan wonder bar soap sahaja bagi setiap kali pemakaian.


Hubungi - Kikirina La Folia (016-755 9991 / 07-7766358)
Cosmetics Consultant : Cosmecueticals & Aesthetics Team
[ Wonder Glow Cosmetics Malaysia Sdn Bhd ]





Macam mana? Bagi fana, tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan masing-masing memerlukan sesuatu produk yang boleh menimbulkan aura dalam diri kita. Terlalu banyak produk yang ada di pasaran sekarang ni dari suplemen untuk dalaman hinggalah luaran. Salah satu produk terbaik yang menjadi  pilihan dah tentu Wonder Glow ! Dah lebih tiga puluh produk yang dikeluarkan oleh Wonder Glow dan yang terbaru Wonder Glow Black Series ni la. 

Bagi korang yang hendak menjadi agen atau nak cuba produk terbaik daripada Wonder Glow ni jangan malu-malu jangan segan-segan untuk lawati laman web Wonder Glow ataupun terus hubungi perunding kecantikan mereka di talian yang fana sediakan kat bawah ni okay?


Nama Perniagaan : Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd
Alamat Utama Perniagaan : No. 38, Jalan Ciku, 86000 Kluang Johor Darul Takzim
No. Telefon Bimbit : 010-313 0800
No. Telefon Pejabat : 07 - 776 8320
No. Pendaftaran Perniagaan : 1054707 - K
Bentuk Perniagaan : Sendirian Berhad



Maklumat lanjut layari :


Pembelian secara online boleh dibuat di :
http://www.wg.com.my



xoxo,
fana

17 September 2014

CPUV Nuffnang dan Rezeki September

Assalamualaikumm..



September tahun ni tak tahu la nak cakap macam mana, banyak sangat rezeki yang datang. Penat lelah fana selama ni pun rasa berbaloi sangat bila hadap bulan September yang meriah ni. Tengok la ni, Nuffnang pun baik hati siap bagi sampai tiga CPUV tau dekat blog fana. Alhamdulillah.



Fana akui sejak dah mula kerja ni tak selalu dapat update blog. Kadang-kadang terkejar-kejar jugak nak update blog untuk product review sebab dateline dah nak dekat dan nak tak nak kena submit jugak pada tarikh yang ditetapkan. Itupun rasa macam terharu je bila diorang sendiri cakap suruh inform kalau ada masalah nak publish pada tarikh yang ditetapkan dan diorang akan panjangkan tarikh untuk submit. Terharunyaaaa. T.T

Tapi, fana tak nak la ambil kesempatan kan, kerja tetap kerja. Kena la buat. Lagipun masa yang diorang bagi bukan sehari dua, sebulan kot. Mustahil la fana tak mampu nak update blog dalam tempoh tu kan? Alhamdulillah, berjaya jugak. :)

Oh ya, selain Nuffnang bagi CPUV, fana selalu jugak bukak tab keywords sebab nak jugak tengok apa yang pembaca blog fana cari. Nak tergelak pun ada kadang-kadang sebab keywords yang keluar cecomel je. :')


Fana dah mula rasa betapa seronoknya menulis blog sejak fana daftar dengan Nuffnang. Banyak manfaat yang fana dapat walaupun fana tak aktif sangat sebab kekadang clash dengan hal lain. Nuffnang memang komuniti paling best sebab diorang jaga gila blogger-blogger tau. Korang yang belum daftar, boleh daftar cepat tau.

Rezeki kalau kita tak cari, dia takkan datang bergolek tau. Kita kena usaha. Fana pun macam tu jugak. Banyak benda fana buat untuk dapatkan apa yang fana ada sekarang. Walaupun ramai lagi yang belum faham tugas fana dan minat fana sebagai blogger. Fana suka berkongsi. Sharing is caring kan?

Okay lah, sempat lagi tau membebel. Sebenarnya tadi tengah siapkan entri untuk publish Ahad ni tapi fana kalau dah jumpa papan kekunci memang tak boleh nak berhenti menaip. So, Ahad ni fana akan kongsikan satu product lagi. Nanti jangan lupa singgah ye. #muahcikedd



xoxo,
fana

14 September 2014

[Review] DERMACOL BOTOCELL INTENSIVE LIFTING CREAM

Assalamualaikumm..



Hello !

Pernah tak korang pergi mana-mana lepas tu korang disapa secara kejam oleh sesetengah orang macam "Hai kak, nak beli produk ni? Bagus untuk kulit akak yang berkedut tu". Tak pun kalau korang tengok depan cermin dekat cahaya yang terang, korang akan nampak betapa kedutnya kulit muka tu. Stressnyaaaaa!

Kalau korang pernah alami situasi di atas, sama la jugak dengan fana. Memandangkan sepanjang fana belajar dulu, banyak sangat assignment dan hari-hari mesti rasa macam stress gila. Sebenarnya emosi kita akan memberikan kesan kepada kulit muka kita. Percaya tak?

Bila kita tidur lambat, bawah mata akan mula gelap, bila kita banyak sangat berfikir, muka kita pun akan cepat berkedut. Jalan penyelesaian dia pergi cucuk Botox kat muka. Boleh? Hahaha. No, no, no! Jangan cucuk botox, tak elok. Jom kita cari produk yang punya fungsi sama seperti botox okay?


Baru-baru ni HISHOP ada hantar parcel istimewa dekat fana, bukak je kotak nampak produk anti-kedut (anti-wrinkle) ni. Macam tahu-tahu je kulit muka fana tengah bermasalah sekarang ni kan? Hehehe. Okay, Jom fana perkenalkan dua produk yang mempunyai fungsi sama seperti botox ni.


DERMACOL BOTOCELL
-Eye and Lip Intensive Lifting Cream
-Intensive Lifting Cream


Untuk pengetahuan, rangkaian produk Dermacol Intensive Lifting Cream ini mengandungi tiga bahan natural utama yang memberikan kesan terhadap kulit wajah kita.

Gatuline-Intense
Merupakan ekstrak minyak pekat yang terhasil daripada bunga Spilanthes Acmella yang berfungsi dengan cepat terhadap kedutan dan akan memberikan kesan dalam jangka masa yang panjang jika digunakan dengan kerap.

Sea Mayweed
Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan berkenaan dengan kedutan, sesuai untuk jenis kulit matang dan sensitif.

Shea butter
Vitamin A yang terdapat dalam Shea Butter mampu memulihkan sunburn pada kulit, menegangkan kulit dan menghapuskan kulit yang kusam.


DERMACOL BOTOCELL EYE AND LIP INTENSIVE LIFTING CREAM
Volume : 15 ml
Harga : RM 120.00



Dermacol Botocell Eye and Lip Intensive Lifting Cream ni merupakan salah satu produk yang sangat berkesan bagi membantu menghilangkan kesan kedutan dikawasan mata dan bibir. Mesti ramai yang geram bila nampak kawasan sekitar mata berkedut kan? Haaaa, ini la produk yang sesuai bagi korang yang mempunyai masalah kedut di bahagian mata dan mulut.


Muncungnya yang agak tirus memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Botolnya yang kecil juga menjadikan ia salah satu produk wajib bawa di dalam handbag ! So, tak ada alasan untuk tak pakai dua kali sehari ye? Kalau nak berkesan dengan cepat, pakai la dengan kerap. :)


DERMACOL BOTOCELL INTENSIVE LIFTING CREAM
Volume : 50ml
Harga : RM 170.00



Selepas lebih kurang sebulan fana pakai produk ni, fana rasa kulit muka lebih lembab, pori-pori kecil pun semakin hilang dan apa yang best lagi, kulit terasa lembut je. Fana memang ada masalah kulit kering dan pori-pori terbuka, dan Dermacol Intensive Lifting Cream berjaya selesaikan masalah tu. Bekas parut jerawat yang dalam pun terasa semakin berkurang. Kulit jadi lembut dan lebih anjal.



Bagi pengguna yang berusia 30 tahun dan ke atas sangat digalakkan untuk mencuba Dermacol Intensive Lifting Cream ni sebab kesannya lebih cepat lebih-lebih lagi dikawasan yang banyak kedutan seperti mata dan mulut. Percaya tak kesan Intensive Lifting Cream ni boleh dilihat seawal tiga hari?! Haaa, mesti korang tak percaya kan? Kuncinya kena rajin apply dekat muka dua kali sehari.


Rating : 4/5 stars !





Pembelian produk Dermacol boleh dibuat di :

Istimewa buat pembaca blog fana, korang layak mendapat 15% diskaun dengan menggunakan voucher code ni semasa pembelian di HISHOP. Korang just key in kod kupon fana bagi kat bawah ni masa pembelian okay?



xoxo,
fana

11 September 2014

Random.



Luarannya nampak gagah.
Dalamannya dia paling lemah.

Mukanya agak sombong.
Katanya sombong tak apa jangan bodoh.

Kalau memberi paling sedikit.
Bukan kedekut tapi tak berduit.

Sayangnya cinta mati.
Konon paling agung.
Rupanya cuma sayang dalam hati.
Tak tahu nak tunjuk.

Kalau satu, katanya tetap satu.
Setia--
Hatinya paling sakit.
Terguris, terhiris masih tetap berdiri.

Kau tahu dia lemah.
Kau uji.
Kau maki.
Sengaja kan kau?

Dia tidak pandang harta kau.
Dia mahu tahu hati.
Mahu simpan rapi.

Jangan terlalu kejam.
Kelak kau sesal.
Bila kau tahu,
Hati dia sudah mati.



xoxo,
Tiffany & Co.

07 September 2014

Teater Bangsawan Mahsuri (JKKN)

Assalamualaikummm..



Rasa macam eksaited bila buat perkara yang kita minat bersama kawan-kawan kan? Kalau dulu kitorang selalu habiskan masa dengan bersukan sama-sama, kali ni kita ubah aktiviti pulak ye, menonton teater bangsawan. Haaaa, kemain tau. Sebenarnya sejak fana join sebagai student practical dia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, baru fana dapat peluang untuk tengok teater ni.

Kali ni ajak ramai sikit. Haaa, rombongan tau. Macam mana la reaksi kawan-kawan fana kan? Hehehe. So, semalam di Auditorium Bandaraya (DBKL) telah berlangsung Teater Bangsawan Mahsuri. Pelakon utama yang memegang watak sebagai Mahsuri ialah Yaya Maembong, kakak kepada Emma Maembong. Macam yang kita tahu la, Mahsuri ni dibunuh kerana dia dituduh telah bermukah dengan lelaki lain sewaktu suaminya pergi menyelamatkan Kedah yang sedang ditakluk oleh Siam.

Disebabkan fitnah tersebut, Mahsuri dihukum mati. Sebelum dia dibunuh, Mahsuri telah meminta supaya Allah memberikan petunjuk bahawa dia tidak bersalah. Mahsuri meminta supaya darahnya bertukar menjadi putih sekiranya tidak benar fitnah yang dilemparkan ke atasnya itu.

Dengan izin Allah, darah yang mengalir dari tubuh Mahsuri itu berwarna putih sebaik sahaja dia ditikam. Langkawi pula dilanda malapetaka (padang jarak padang terkukur) atas peristiwa itu dan terkena sumpahan selama 7 keturunan.



Bersama Yaya Maembong memegang watak utama sebagai Mahsuri


Fitnah. Manusia biasa tidak boleh lari daripada fitnah sesama manusia. Fana sendiri takut dengan fitnah orang terhadap fana. Kadang-kadang, fana minta supaya Allah jauhkan fana dan keluarga daripada fitnah mereka yang melampau. Bukan apa, sekiranya fitnah itu berjaya, ramai orang lain akan turut percaya kepada fitnah tersebut. Manusia oh manusia.

Jauhkan diri daripada sesuatu perkara yang negatif ye kawan-kawan. Selamat menempuh hidup yang penuh pancaroba. :)


xoxo,
nfcs

01 September 2014

Aku, Dia dan Dataran Merdeka

Assalamualaikummm...


Tema sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 ialah Disini Lahirnya Sebuah Cinta. Apa yang fana tahu, tema ini diambil daripada lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Lagu yang paling menjadi kegemaran fana setiap kali tibanya hari kemerdekaan. 

Macam tahun sebelum ni, fana memang beberapa kali pergi ke Dataran Merdeka sebab fana rasa rumah fana dengan Dataran Merdeka tak sampai pun setengah jam jauhnya. Kenapa tak? Sedangkan orang lain dari negeri lain sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk nikmati sendiri sambutan merdeka di Dataran Merdeka.

Macam semalam, fana berkesempatan, takde buat apa, jadi fana dan kawan-kawan pergi ke Dataran Merdeka untuk sama-sama menikmati kemeriahan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Memang fana akui, fana tak berpuas hati sangat sebab fana keluar lambat, jadi Dataran pun dah penuh dengan lautan manusia berbilang kaum termasuklah pelancong.

Apa boleh buat? Padan muka fana, jadi bergambar dengan kuda je la ek.






Sejak dari kecil lagi, tempat ini merupakan tempat paling fana suka datang singgah bila tak buat apa-apa atau jika fana pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Apa yang fana kagumi ialah bangunan Sultan Abdul Samad yang berdiri megah walaupun sudah berusia berpuluh-puluh tahun.



Rasa macam tak percaya pun ada tahun ni kita sudah menyambut kemerdekaan yang ke-57! Sebab fana rasa macam baru je lagi fana sertai persembahan tarian perpaduan semasa sambutan perayaan raksasa kemerdekaan yang ke-50 tujuh tahun lalu. Masa tu fana berada di Tingkatan 4 dan menjadi wakil sekolah untuk sertai persembahan sempena hari merdeka.

Pengalaman tujuh tahun lepas tu masih segar dalam ingatan. Sekolah fana diberikan tugasan untuk menari tarian India dan berpakaian India. Memang penat sangat buat latihan setiap hari, skip kelas, balik pukul 1 pagi sebab setiap hari ada latihan di Stadium Merdeka. Fana memang minat menari jadi step tu fana cepat dapat.

Tarian perpaduan ni menggabungkan tarian Melayu, Cina, India, dan Kadazan. Banyak tarian yang kitorang kena belajar dalam tempoh lebih kurang dua bulan tu. Seronok, letih, muka hitam legam, semua tu kenangan yang fana takkan dapat lupakan sampai bila-bila. :)


Fana paling tak boleh lupa perasaan sedih, rindu dan macam-macam perasaan yang bercampur baur pada hari terakhir kitorang melakukan persembahan iaitu pada 31 Ogos 2007. Masa tu memang meremang bulu roma dan semangat untuk melakukan persembahan yang terbaik sebab itu la kali terakhir kitorang setelah berbulan berlatih. :'(

Adik-adik, korang mesti akan rindukan semua ni.



Tengok la kawan fana si akem tu sibuk photobomb gambar fana. -.-

Jadi, apa peristiwa merdeka yang korang ada? Fana yakin setiap orang ada cerita merdeka korang sendiri kan? Bagi fana, kalau kita tak warisi apa yang tok nenek kita tinggalkan, siapa lagi yang akan mewarisinya? Macam mana akan datang? Takkan nak biarkan semuanya pupus ditelan zaman kan? Banyak sangat warisan yang ditinggalkan kepada kita. Sedih jika dibiar tanpa pewaris.


p/s : Fana minat nak belajar resepi makanan tradisional masyarakat Melayu, jadi fana akan mewarisi bakat mak fana yang merupakan seorang pengusaha kuih-muih tradisional Melayu. InshaAllah. :)


xoxo,
fana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...