TABUNG

01 September 2014

Aku, Dia dan Dataran Merdeka

Assalamualaikummm...


Tema sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57 ialah Disini Lahirnya Sebuah Cinta. Apa yang fana tahu, tema ini diambil daripada lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Lagu yang paling menjadi kegemaran fana setiap kali tibanya hari kemerdekaan. 

Macam tahun sebelum ni, fana memang beberapa kali pergi ke Dataran Merdeka sebab fana rasa rumah fana dengan Dataran Merdeka tak sampai pun setengah jam jauhnya. Kenapa tak? Sedangkan orang lain dari negeri lain sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk nikmati sendiri sambutan merdeka di Dataran Merdeka.

Macam semalam, fana berkesempatan, takde buat apa, jadi fana dan kawan-kawan pergi ke Dataran Merdeka untuk sama-sama menikmati kemeriahan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-57. Memang fana akui, fana tak berpuas hati sangat sebab fana keluar lambat, jadi Dataran pun dah penuh dengan lautan manusia berbilang kaum termasuklah pelancong.

Apa boleh buat? Padan muka fana, jadi bergambar dengan kuda je la ek.






Sejak dari kecil lagi, tempat ini merupakan tempat paling fana suka datang singgah bila tak buat apa-apa atau jika fana pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Apa yang fana kagumi ialah bangunan Sultan Abdul Samad yang berdiri megah walaupun sudah berusia berpuluh-puluh tahun.



Rasa macam tak percaya pun ada tahun ni kita sudah menyambut kemerdekaan yang ke-57! Sebab fana rasa macam baru je lagi fana sertai persembahan tarian perpaduan semasa sambutan perayaan raksasa kemerdekaan yang ke-50 tujuh tahun lalu. Masa tu fana berada di Tingkatan 4 dan menjadi wakil sekolah untuk sertai persembahan sempena hari merdeka.

Pengalaman tujuh tahun lepas tu masih segar dalam ingatan. Sekolah fana diberikan tugasan untuk menari tarian India dan berpakaian India. Memang penat sangat buat latihan setiap hari, skip kelas, balik pukul 1 pagi sebab setiap hari ada latihan di Stadium Merdeka. Fana memang minat menari jadi step tu fana cepat dapat.

Tarian perpaduan ni menggabungkan tarian Melayu, Cina, India, dan Kadazan. Banyak tarian yang kitorang kena belajar dalam tempoh lebih kurang dua bulan tu. Seronok, letih, muka hitam legam, semua tu kenangan yang fana takkan dapat lupakan sampai bila-bila. :)


Fana paling tak boleh lupa perasaan sedih, rindu dan macam-macam perasaan yang bercampur baur pada hari terakhir kitorang melakukan persembahan iaitu pada 31 Ogos 2007. Masa tu memang meremang bulu roma dan semangat untuk melakukan persembahan yang terbaik sebab itu la kali terakhir kitorang setelah berbulan berlatih. :'(

Adik-adik, korang mesti akan rindukan semua ni.



Tengok la kawan fana si akem tu sibuk photobomb gambar fana. -.-

Jadi, apa peristiwa merdeka yang korang ada? Fana yakin setiap orang ada cerita merdeka korang sendiri kan? Bagi fana, kalau kita tak warisi apa yang tok nenek kita tinggalkan, siapa lagi yang akan mewarisinya? Macam mana akan datang? Takkan nak biarkan semuanya pupus ditelan zaman kan? Banyak sangat warisan yang ditinggalkan kepada kita. Sedih jika dibiar tanpa pewaris.


p/s : Fana minat nak belajar resepi makanan tradisional masyarakat Melayu, jadi fana akan mewarisi bakat mak fana yang merupakan seorang pengusaha kuih-muih tradisional Melayu. InshaAllah. :)


xoxo,
fana

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...