TABUNG

08 August 2017

Pembaca Setia Blog Rupanya Jodoh

Assalamualaikumm,



Teringat beberapa tahun yang lalu, mood update blog memang tahap yang paling rajin la. Waktu itu, setiap aktiviti menarik yang aku ikut, mesti akan aku coret di dalam blog ini. Untuk dibaca suatu hari nanti. Setiap kenangan kita takkan lupa tetapi bila ada diari ataupun gambar, kenangan itu pasti akan jadi lebih jelas.


2012, bulan Ogos aku seperti biasa akan pergi ke Dataran Merdeka untuk tengok sendiri perbarisan sempena hari kemerdekaan. Masa tu sebenarnya aku masih dengan M.I.P. Siapa yang pernah baca blog aku dia tahu la siapa. 😝

Entah kenapa, ada mamat yang selalu tegur aku di facebook. Dia pernah hantar mesej di inbox tapi aku sikit pun tak pernah layan sebab langsung tak kenal mat rempit ni. Macam mana boleh ada dalam 'friend list' pun aku tak tahu. Tapi, 'mutual friends' antara kami sangat ramai dan boleh dikatakan semuanya kawan-kawan terdekat aku. Pelik.

Tanpa mengalah, mat rempit ni tegur aku lagi dan kerap komen setiap status facebook yang aku update, dan setiap kali aku publish entri blog di facebook, dia pasti akan menjadi orang pertama yang komen di post tersebut. Aku jadi makin serba tak kena sebab masa tu aku dah ada seseorang. Aku pulak memang jenis paling pemalas nak layan inbox yang lelaki-lelaki jahanam semua sent tu. Never reply them! Hahaha. Sampai la satu tahap tu aku reply inbox si mat rempit ni sebab aku dah stalk habis dah facebook, twitter dia apa semua. Dia pun kemain mintak nombor telefon aku la konon. Ingat boleh dapat? Sorrryyyyyyy! Nak tahu macam mana si mat rempit ni buat?


"Awak, saya nak beli tudung, ni nombor saya tau 017-224****."


Perghhhh! Dia main taktik kotor. Tak dapat nombor telefon aku, dia pergi tinggalkan nombor telefon dia. Waktu tu memang aku sibuk dengan bisnes tudung aku. Alhamdulillah, sambutan yang dterima pun sangat memberangsangkan. Tapi, sekarang aku dah tak jual tudung lagi dah, aku dah beralih kepada bisnes kek. Biasa la waktu tu tengah buat degree dan kau memang sangat memerlukan duit tepi, jadi setiap kali balik KL aku akan ambik stok tudung banyak-banyak lepastu balik jual dekat kampus. Sesambil tu aku buat online jugak.

Lepas je kes dia tinggalkan nombor telefon dia tu, kitorang keep contact each other tapi through inbox dekat Facebook je la. Belum sampai ke tahap nak bagi lagi nombor telefon dekat mat rempit ni. Lama jugak la kitorang selalu chat, masa tu memang seronok la sebab bila lelaki tergila-gilakan kau, sampai tengah malam pun dia sanggup tunggu kau online. Masa tu aku belum pakai smartphone lagi, jadi aku cuma akan online bila balik rumah sewa, on laptop dan bukak facebook untuk chat. Penyabar. Dia cukup penyabar. Bayangkan dia boleh tunggu sampai aku online untuk reply chat dia masa tu. Salute ! 💪

Bila rasa macam susah betul nak contact through facebook tu, aku pun mesej la nombor yang mat rempit tu bagi. Ingat lagi waktu tu aku gelar dia Mr.Smurf sebab muka dia macam Smurf. Hahahaha. Bila aku mesej tu, laju je dia reply. Bukan whatsapp tau. Mesej okay. Tapi, kitorang masih dengan rutin chat dekat facebook bila aku balik rumah dan on laptop. Sebab aku rasa guna chat lagi senang waktu tu. Kalau guna mesej habis kredit je.

Sampai la satu hari, mat rempit ni nekad nak datang Perak untuk jumpa dengan aku. Apa yang aku ingat waktu tu hujan renyai-renyai. Orang tengah hangat bercinta dia akan on the phone sampai ke pagi. Dan masa aku tengah on the phone tu memang dia kata dia tengah drive tapi aku tak tahu dia datang Perak all the way from KL. Bila dia kata dia dah sampai dekat area rumah sewa aku, terkejut ! Memang tak percaya tapi aku memang dengar bunyi kereta depan rumah. Kalau tak silap waktu tu pukul 4 pagi macam tu.

Terus aku kejut kawan-kawan serumah bangun bagitahu yang si mat rempit ni datang. Kawan-kawan aku memang tempat aku kongsi semua benda. Dari A-Z aku cerita pasal mat rempit ni. Bila semua dah bangun, terus masing-masing terjenguk-jenguk dekat tingkap. Dia serius datang! Kenapa tak tunggu je aku balik KL kalau nak jumpa pun? Ya Rabbi! Bertuah punya budak. Nervous tak terkata sebab ni merupakan kali pertama aku nak berdepan dengan orang yang aku selalu borak sampai ke pagi, rindu bagai nak mati sedangkan kita cuma sembang melalui facebook je.

"Siap la, jom keluar."

Masa tu aku macam nak maki je depan muka dia ingat apa? Pukul 4 pagi nak ajak anak dara orang keluar. Gila! Aku pun apa lagi, terus la ajak askar-askar aku ikut sekali. Masa tu ada zida, aten, ain dengan tiqah. So, aku cakap dekat dia?

"Boleh keluar tapi saya bawak kawan-kawan saya sekali". 

Hambik, sekali empat orang aku angkut. Dia pun datang dengan kawan dia, Saddam.

Dia pergi hantar si Saddam dulu dekat McD SI tu, lepastu baru angkut kitorang. Nasib baik badan masing-masing kecik je jadi muat la nak sumbat masuk kereta. Ingat lagi waktu tu aku pakai jersi Chelsea dengan cardigan, tudung sarung dengan inner kaler biru. Hahahaha. Itulah pertama kali kitorang bertentang mata disaksikan oleh kawan-kawan aku, dan kawan dia si Saddam.

Lepak McD pukul 4 pagi lepastu semua orang order makan. Sarapan la konon. Tak tahu nak sembang apa. Awkward gila. Dalam telefon bukan main dua-dua potpet macam-macam. Bila dah bertentang mata alahhhh nak malu-malu pulak. Aku lempang kang! Hahaha. Sebagai perempuan yang sopan santun, aku pun acah-acah santun la. Cover ayu habis. Ish! Hipokrit sungguh la. Tapi, aku memang hargai la kesungguhan dia tu sampai sanggup datang Perak pagi-pagi buta. Nonsense!

Seperti biasa la life kitorang selepas tu, setiap malam bergayut dekat telefon, lebih-lebih lagi bila si mat rempit ni belikan nombor Digi dekat aku. Masa tu kan ada pakej Buddies tu yang kalau kita set nombor orang tu as Buddies, kau boleh call free selama 60 minit. Kitorang tak pernah 60 minit. Bila habis je 60 minit, salah sorang akan call balik, sambung lagi dan macam tu la seterusnya sampai la tertidur dengan telefon dekat telinga. Teruk!


Dari 2012, sampai la kitorang decide untuk bertunang pada November 2015 dan seterusnya bernikah pada April 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Rasa macam tak percaya jugak bila kawen dengan mat rempit ni. Sebenarnya dia bukan mat rempit pun, aku panggil mat rempit sebab dia ni muka macam mat rempit, lepastu facebook penuh dengan gambar motor. Nasib baik la mat rempit yang aku kenal dulu rupanya seorang manusia yang baik, yang ada wawasan dan selalu fikir dan rancang mengenai masa depan.


Kadang-kadang rasa macam tak percaya boleh kawen dengan orang yang aku tak kenal. Tapi, aku memang percaya dekat mat rempit ni 100% sejak aku kenal dia. Tak tahu kenapa tapi hati tu jadi mudah dekat, rasa senang, nak share semua masalah pun boleh. Dia jenis manusia yang sangat terbuka untuk kita cerita apa-apa dan bila kita berkongsi, dia pun akan sama-sama kongsi pendapat, bukannya passive listener. Itu yang paling aku suka.


Sekarang pun, life selepas kawen tak banyak beza. Cuma aku rindu zaman OTP dulu, zaman skype, zaman rindu nak mati, masa tu best gila. Kentut pun wangi. Dan benda paling best ialah bila aku dapat tahu yang dia sebenarnya budak satu sekolah rendah dengan aku cuma aku tak pernah satu kelas dengan dia dan aku tak pernah kenal pun siapa dia. Yelah, masa tu sibuk dok berbalas surat dengan budak satu kelas. 🙈

Kecik je dunia ni sebenarnya. Aku pun sampai sekarang tak percaya yang hubungan bodoh-bodoh dulu boleh sampai ke tahap ini. Bila aku sedar, aku sebenarnya dah jadi isteri mat rempit yang suka sangat baca blog aku dan setiap kali aku publish entri blog, dia merupakan orang pertama yang akan baca entri aku tu walaupun cuma sebagai silent reader. Buktinya, setiap entri aku dia boleh ceritakan semula dekat aku apa yang dia baca dan apa yang dia nampak. Terima kasih pembaca setia aka suamiku.

Semoga sentiasa sweet macam masa kita kenal dulu, ayat manis tu yang pikat hati aku dan paling penting semoga terus menjadi suami yang baik, kawan yang paling best dan pemimpin yang dihormati buat aku dan bakal anak kita nanti. I Love You, My Husband ! 😘




xoxo,
Fana



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...