TABUNG

23 April 2015

[Product Review] Noble Beauty Transgenic Serum

Assalamualaikumm...




Produk : Noble Beauty Transgenic Serum
Harga : RM 109 SM | RM 119 SS
KKM : 150401906K



Fana dan masalah kulit berminyak berpisah tiada. Setiap hari kalau bangun tidur memang muka berminyak gila sampai boleh buat goreng kuey teow la cerita dia. Bukan waktu bangun tidur je, waktu siang pun sama lagi-lagi bila pakai make up. Rasa tak selesa sangat sampai tangkap gambar pun nampak kilat haaaaa kauuuu muka.

Salah satu cara nak kurangkan masalah kulit muka berminyak, pakai la serum! Tapi serum yang boleh hilangkan kulit berminyak ni kena pandai pilih jugak tau. Takut nanti ada masalah minyak bertambah pulak. Selalunya kulit muka kalau berminyak mesti jerawat pun akan naik. No, no, no, tak suka jerawat. Nanti mesti tinggalkan parut kat muka.


Baru-baru ni fana diperkenalkan oleh kawan dengan serum transgenic yang mana kandungan dia merupakan bahan semulajadi yang terdiri daripada air, Ekstrak buah avocado, Ekstrak Teh Putih, Ekstrak bunga chamomilla, marine collagen, serta minyak daripada daun Melaleuca. Transgenic bermaksud pokok yang digabungkan 2 genetik daripada baka yang bagus.


Fungsi Transgenic Serum adalah membantu mencegah dan mengurangkan kesan jerawat. Selain itu, ia juga mampu menyerap minyak yang berlebihan untuk kulit yang lebih sihat dan cerah. Ia juga bertindak menganjalkan kulit agar ia kelihatan tegang dan licin.

14 Kebaikan Transgenic Serum

­čî╗Mengandungi Bahan Anti-Oksidan Dan Bahan Aktif Triterpenoids Yang Sangat Tinggi
­čî╣Mengurangkan Jerawat,Jeragat Dan Kulit Kusam
­čî╗Membantu Mengecutkan Jerawat Dlm Masa 24 Jam
­čî╣Membantu Merawat Kulit Rosak Akibat Sinar UVA & UVB
­čî╗Membantu Mengurangkan Garis-Garis Halus
­čî╣Membantu Kulit Kembali Tegang Akibat Penuaan
­čî╗Memberikan Kelembapan yg Maxima
­čî╣ Anti-Oksidan Yang Dapat Melindungi Kulit Dari Sinar UV,  Aircond Dan Asap Rokok.
­čî╗ Merangsang Pembentukan Kolagen Kulit Secara Semulajadi
­čî╣ Mencerahkan Kulit Tanpa Kesan Sampingan Dengan
Vitamin C & E Kulit Lebih Cerah Secara Semulajadi
­čî╗Membantu Menghilangkan Lingkaran Bawah Mata
­čî╣Mengurangkan Kedutan Di Kulit
­čî╗ Bertindak Sebagai Anti Bakteria Terutama Pada Jerawat
­čî╣ Pemakaian Secara Berterusan Akan Memperlihatkan Kesan Ketara
Kulit Wajah SEMAKIN MUDA & BERSERI-SERI
I
­čĺÜTransgenic Serum dihasilkan berbentuk gel cecair.
 ­čĺÜIanya pekat kerana tinggi dengan kadar ekstrak  tapi senang untuk serap kedalam kulit.
­čĺÜWaktu terbaik mengaplikasikannya adalah pada waktu malam, waktu kritikal pembentukan sel kulit yang baru.
­čĺÜ Ia boleh juga disapu pada waktu siang untuk meningkatkan kadar kelembapan.

Kandungan
­čî╝Shark Collagen
­čŹâTea Tree Oil
­čî╝Extract Buah-Buahan
­čŹâExtract Bunga
­čî╝Vitamin C & E
­čŹâGlycerin

Noble Beauty Transgenic Serum Testimoni




Dua minggu fana pakai serum ni tak ada kesan sangat, tapi apa yang best bila baru-baru ni fana pergi picnic dengan kawan-kawan dekat taman, memang panas terik sangat waktu tu. Balik rumah pulak muka panas gila. Mula-mula fana tuam dengan ais, tak jalan. Pastu baru teringat yang fana ada serum ni. Sebelum tidur tu fana sapu kat muka. Sejuk. Baru la boleh tidur dengan nyaman. Esok pagi bangun muka pun rasa fresh je. :)




Untuk korang yang mengalami masalah kulit muka terlalu kering atau terlalu berminyak, boleh cuba Noble Beauty Transgenic Serum ni sekurang-kurangnya dapat membantu menyeimbangkan kelembapan kulit muka korang tu. 

Oh, lagi satu korang patut cuba dan tak was-was gunakan Noble Beauty Transgenic Serum ni sebab produk ni dah pun didaftarkan di KKM dengan kod NOT150401906K. Jangan lupa dapatkan produk ni di pengedar-pengedar yang sah sahaja okay. Yang paling penting, produk ini disahkan HALAL serta boleh dibawa solat.








Maklumat lanjut boleh layari :




xoxo,
fana

11 April 2015

B2B | Macam Mana Nak Bagitahu Family Yang Kau Nak Kahwin

Assalamualaikumm..








Di eCurve, Damansara...

"Yanggg, kita nak beli cincin dekat mana? Habib Jewel ke? Jom la pegi tengok. Kalau ada yang berkenan kita terus beli eh?" Arjuna begitu bersemangat mengajak masuk kedai emas yang fana impikan sejak dulu. Bukan taknak masuk, tapi rasa macam tak terlalu awal ke nak beli cincin bagai?

"Awak serius ke nak beli sekarang? Bukan awak kata mak awak nak ikut kita cari cincin ke?" Malas nak bergaduh, bertekak dekat situ. Kekadang, bila guna nama MAK ni boleh sejuk sikit hati si lelaki. Hihihi. Lagipun kang ada juga mata yang melihat gelagat dua orang budak kecik yang terlepas masuk shopping mall ni. Ya. Fana rasa macam belum layak untuk berlagak seperti orang dewasa untuk pergi kedai emas beli cincin. Fana dah boleh kawen ke?

Sebenarnya Arjuna la orang pertama yang mintak izin dekat parents dia cakap nak kawen. Hahaha. Berani jugak dia ni. Selamba badak je dia cakap kat mak dengan abah dia kata nak kawen. Eeeee, tak maluuu. Dah nak kawen yeeee. Lepastu boleh pulak dia janji dengan mak dia cakap nanti nak pergi cari cincin sama-sama. Katanya mak dia memang selalu pergi Wah Chan dekat Midvalley tu dengan kawan-kawan.

"Awakkk, saya rasa saya nak beli cincin dekat Emas Seri Pinang la. Cincin kat sana cantik, design dia moden tapi ada ciri-ciri klasik melayu. Saya berkenan sangat!" Sebenarnya sejak pertama kali memberanikan kaki untuk masuk ke kedai Emas Seri Pinang di The Strand, Kota Damansara hari tu sebab temankan kawan nak cari cincin tunang. Tak sangka pulak hati dah terpaut dengan koleksi-koleksi diorang.

"Okay la, kalau macam tu kite g The Strand je la. Pegi tengok kedai Emas Seri Pinang okay?". Sejak awal perkenalan lagi, Arjuna memang tak pernah hampakan permintaan fana. Semua yang fana mintak atau apa-apa yang fana ajukan pasti mendapat layanan 5 starrr! Kalah Nora Danish. Hihihi. Itu yang buat aku sayang kau. Bisik fana dalam hati.


Di The Strand, Kota Damansara...

Sambil jalan nak ke Emas Seri Pinang, tak sangka ada jugak Poh Kong kat sini. Baru bukak katanya. Masuk tengok cincin belah rotan aje dulu untuk merisik kan tak payah nak ber'shine bright like a diamond' sangat!! Macam biasa la soalan pertama yang orang akan tanya bila masuk kedai emas, "Harga emas sekarang berapa eh?'. Cehhh, bajet macam orang umur 30 tahun nak tanya soalan pasal harga emas tengah turun ke naik. K fine!

Lepas sembang, try sarung ke jari manis apa semua. Hati rasa macam berkenan pulak dengan cincin belah rotan 916 yang ada celup tu. Yelah, meriah sikit ada warna putih. Kalau emas kosong je design pun tah apa-apa macam rugi je beli kan? Alang-alang nak membeli ni, pilih yang cantik sikit la. Lagipun orang nak belanja kan. Hahaha.

"Jari you saiz berapa meh?" Aduh, nasib baik la soalan tu senang je. Jari pun ada saiz tau. "Sepuloh kot!". Main agak-agak je sebab dulu masa sekolah menengah kan trend masing-masing sibuk beli cincin silver yang RM10 dekat Time Square tu. Taknak ketinggalan beli jugak la kite pun. Hahaha. Masa tu apek cina tu keluarkan satu batang besi agak panjang jugak la. Dia masukkan cincin kat dalam besi tu pastu dia suruh try pakai, muat ke tak. Last-last apek tu cakap, "Jari you saiz sepuluh je maaa. Manyak kecik lorh!".

Masa kat Poh Kong ada la try dua cincin. Tapi, memandangkan dah janji dengan mak si Arjuna nak pegi cari cincin sama-sama maka hari tu kita jalan-jalan survey je la ye. Yang paling tak boleh tahan bila kaki ni rasa susah je nak masuk kedai emas. Kenapa hah? Malu ke belum bersedia? Jeng, jeng, jeng!

"Masuk je la. Jangan la buat perangai macam budak kecik". Tak pasal-pasal kena marah dengan Arjuna. Emmm, belum kawen dah garang cenggini. Siap kau dah kawen nanti. Kau garang je, aku taknak masak! Hahaha. Gelak jahat. Dalam hati Tuhan je tahu sayang dia banyak mana. Cecehhh! 

Masuk je kedai Emas Seri Pinang, macam biasa la. Layanan paling hebat, paling tiptop oleh staff-staff kat sana. Itu la yang paling best tu. Pastu semua Melayu pulak tu. Awh! Hati makin terpaut dengan Emas Seri Pinang. "Ye, cari cincin ke?" Tanya salah seorang staff. Eh, takde la. Datang ambik angin je kot kat sini. Hahaha. Gelak jahat lagi. Fana! Be serious okay. Suka sangat main-main ni. Biasa niii.

"A'ah, cari cincin. Ada cincin belah rotan tak kat sini?" Jangan jawab takde pleaseeee. "Cincin belah rotan semua dah habis stok. Tapi kita ada cincin yang diikat dengan batu swarovski ni." Boleh tahan jugak cantik cincin tu tapi kata akak tu emas yang digunakan bukan 916 tapi 750 sebab nak ikat batu swarovski memerlukan emas yang agak keras. Emas 916 agak lembut dan batu tu berat. Oooo, buat-buat faham. Maklum la orang tak pernah beli emas.

Sesambil tengok cincin tu rasa berkenan la pulak dengan design dia. Amboi, kemain. Nak cari cincin merisik je tapi dah siap usha cincin tunang dah ni. Apa cer? Kalau macam tu boleh beli terus tak? Sayangkuuu, ada bawak duit siap-siap tak? Hahaha.

Lama jugak la lepak situ sampai staff dia datang hantar air mineral cap Emas Seri Pinang tu. Yang tak bestnya ada satu perasaan datang bila ditebak dengan soalan-soalan "Bila majlisnya dik? Buat kat mana? Merisik sekali dengan tunang ke?" Kenapa eh? Kenapa muncul perasaan ni? Taktahu nak explain macam mana. Rasa dia macam tak sedap hati, nak muntah, rasa lemah satu badan, rasa nervous gila, rasa taknak jawab soalan-soalan akak tu. Sorry la. Pastu Arjuna pandang aku.

Lepas habis sesi survey menyerveyyy terus ajak Arjuna balik. Rasa tak larat sangat. Sebab apa tau? Sebab sebenarnya perancangan ni cuma diketahui oleh sebelah pihak je. Family Arjuna dah tahu. Fana punya family yang belum tahu lagi ni. Alamak, macam mana nak cakap ni? Arjuna dah start belah sana, so fana kena start belah sini. Pitam.

Sampai rumah....

Rasa macam susahnya nak bukak mulut nak cakap hal yang sebenar. Masalahnya kalau tak cakap sekarang, next week dah nak kena pergi beli cincin dengan mak Arjuna. Habislah. Takkan la nak pergi beli cincin tanpa pengetahuan mak dengan abah. Cuak dah ni. Jantung macam dipam-pam. Laju je darah ni.

Masa tu mak dengan abah tengah sibuk dok belek peti ais baru beli gara-gara peti yang lama dah tak sejuk lagi. Adik beradik pulak semua takde kat rumah masa tu, diorang pergi pasar malam. Aduh, macam mana nak mulakan ayat ni. Nampak mak dengan abah dah mula duduk atas kerusi, rehat kot.




"Makkk, bulan 3 nanti mak dengan ayah dia nak datang umah".

Diam.

Buat-buat busy tengok handphone.




"Mai la. Bukannya kita tak kenal depa." Amboi makkk, mentang-mentang la dah buat perjumpaan sesi pertama masa kunjungan family Arjuna kat Kedah masa raya hari tu. Sembang sakan. Huhuhu. Tetiba abah bersuara. "Tak apa la. Nak mai, mai la. Hang berkawan dengan dia. Hang tau la perangai dia lagu mana. Baik buruk dia." Mak angguk setuju. Fana? Masih diam dan sibuk dok scroll instagram la kengkononnya.

"Tula, dia dah sibuk ajak cari cincin. Tengok la nanti hujung bulan ni kot." Huhuhu. Sebenarnya pasal beli cincin ni yang penting. Nak dengar jugak mak ngan abah cakap apa. "Kalau dia dah nak beli cincin tu, dia dah ada duit la tu nak kawen tu." Mak dengan abah walaupun dah 30 tahun menetap di Kuala Lumpur, tapi loghat Kedah masih lagi berbisa. Anak jati Kedah.

Perbualan semakin rancak bila mak dengan abah mula bercerita pasal duit hantaran la apa semua. Fana diam je la. Malas nak bukak mulut. Lagipun tak tahu nak cakap apa. Malu sebenarnya. Huhuhu. Tapi, perasaan tadi dah hilanggg! Alhamdulillah. Rasa lega bila dah cakap dekat mak dan abah. Lega selega leganyaa. Mungkin itulah permulaannya.


Mak pesan : "Cari la lelaki yang sanggup bersusah untuk kita bila kita perlukan pertolongan".


p/s : Misi mencari cincin tunang pulak. :)


"I'm not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.
And I do know that I will always love you"


xoxo,
fana

09 April 2015

RUMODA Grand Launching and Media Launch

Assalamualaikum...


23 Mac 2015
RUMODA, 
No. 3 Jalan Riong Bangsar, 59100 Kuala Lumpur


Hai semuaaaaa. Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang idamkan nak 'berjalan kucing' sambil peragakan baju-baju rekaan pereka fesyen terkenal tanah air? Kalau korang perempuan, korang mesti pernah ada impian macam ni kan masa kecik-kecik dulu. Kadang-kadang bila pergi festival besar-besaran yang pasang muzik kuat tu korang pun acah-acah jalan ikut rentak muzik tu kan? Kan? Alaaa, jangan tipu la. Hahaha. 

Memandangkan cita-cita nak jadi model catwalk tak kesampaian dek tak cukup ketinggian, maka korang memilih jalan yang lebih selamat namun membahagiakan dengan menghadiri jemputan fashion show yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Gituuuu. Tu sebenarnya apa yang jadi dekat fana la. Hahaha. Kau hingat kau siapa ha nak jadi model catwalk kununnnsss.





Baru-baru ni fana sangat berbesar hati menghadiri majlis pelancaran RUMODA yang terletak di Bangsar. Apa yang menarik perhatian fana, RUMODA ni diasaskan oleh adik-beradik. Mereka ni merupakan antara peniaga yang berjaya juga dan mempunyai beberapa buah kedai sekitar Kuala Lumpur. Namun begitu, perniagaan yang dijalankan mereka adalah berbeza-beza mengikut minat masing-masing. Atas dorongan ibu mereka, Puan Liza maka wujudlah butik RUMODA yang terletak di Bangsar.

RUMODA merupakan gabungan bahasa Indonesia dan Portugis dari perkataan Rumah dan Moda yang membawa maksud Rumah Fesyen. Dari situ, jelaslah tujuan RUMODA ditubuhkan kerana menggabungkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung. Antara jenama-jenama yang dijual di butik RUMODA ialah :

- Kopi & XOXO
- Nora Danish
- Neng Geulis Hijab
- Leuniey Natasha
- Aisha Wong
- Fashion Cents by Dayah Bakar
- SHARA by Puteri Sarah Liyana
- Tudung Abu Dhabi
- Zareeth Zehra
- Themorata
- Malady Couture
- Yoda
- Jenna by OHP
- Lux Democrats
- Dhia Collection
- Salsabeela
- Suci by Yatt Hamzah
- D.H. Boutique by Danish Hassan
- ARSARA by Abby Nazri
- Pin by Natasha Malek
- Sheejab by Dr. Fatin Liyana dan Dr. Anwar Fazal



Pada mulanya idea mengenai RUMODA diketengahkan oleh tiga beradik ini Fazli Amri, Firdaus dan Fikri Hanis kepada ibu mereka, Puan Liza kerana Puan Liza mempunyai impian mengendalikan perniagaan bersama-sama anak-anak dan menantu beliau. Tanpa disangka akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan setelah wujudnya RUMODA.



Lebih daripada 20 rekaan yang diperagakan oleh model-model profesional sewaktu majlis pelancaran ni. Rekaan-rekaan yang diperagakan ini boleh didapati di RUMODA dan yang pasti banyak lagi rekaan yang dijual di bawah satu bumbung. Seronoknya dapat shopping dalam rumah. Macam-macam ada dari tudung, baju, seluar sehinggalah aksesori.









Bukan pakaian wanita sahaja, pakaian lelaki pun ada jugak. Rekaan terbaru dari pereka fesyen terkenal, Anwar Faizal ini juga menarik perhatian tetamu dan media yang hadir. Memang ohsem gila weyyy! Model-model pun kacak belaka. Uhuk! Tersedak gula-gula kapas pulak dah.




Bergaya sungguh pereka fesyen kita, Anwar Faizal. Banyak lagi koleksi beliau yang diberi nama MONSIEUR. Kalau korang nak dapatkan koleksi daripada beliau, boleh la singgah di RUMODA atau berkunjung ke Instagram beliau (@anuarfms).


Antara tunjang utama RUMODA, abang dan adik, saudara Fazli dan Firdaus. Masing-masing punya kekuatan tersendiri dalam menjayakan RUMODA yang baru bertapak dalam industri fesyen ni. Kata saudara Fazli, tujuan utama mereka mengetengahkan konsep vendor ini dan memilih jenama-jenama yang sudah terkenal adalah kerana mereka ingin menaikkan nama RUMODA supaya dikenali ramai. Mungkin suatu hari nanti RUMODA bakal menghasilkan rekaan mereka sendiri. Siapa tahu? :)


Bergambar bersama Co-founder RUMODA, Encik Firdaus


Puteri Sarah Liyana, isteri kepada Syamsul Yusuf juga mempunyai jenama rekaannya yang tersendiri iaitu  SHARABYPSL. Kalau korang nak dapatkan pakaian jenama SHARAbyPSL ni boleh la datang RUMODA sekarang! Banyak sangat koleksi-koleksi yang cantik dan unik dari jenama tersebut.

With lovely Shiqin !


Sempat berjumpa dan bersembang dengan Anis Al-Idrus, buah hati pengarang jantung Sharnaaz Ahmad ni. Bukan je cantik tapi comel sangat orangnya. Anis selaku emcee event hari tu nampak sangat profesional. Fana kagum dengan bakat yang ada pada Anis. Fana ada syorkan Anis pergi casting sebagai pengacara televisyen memandangkan ramai pengacara tv sekarang ni yang cuma menjual muka, bukan bakat. 


Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Puan Aween owner Butik JelitaSara. Tengok dalam instagram cantik sangat Puan Aween ni. Jumpa depan-depan lagi la cantik. Macam pelakon tau Puan Aween ni. Muka familiar sangat. Tudung-tudung dari JelitaSara pun cecantek. Teringat pulak kawan fana si Aini yang join JS Queen Contest. Bila nak umum pemenang ni Puan Aween? Hehehe.  


Isteri Khairul Fahmi Apek ni pun apa kurangnya. Cantik dan comel je orangnya. Dengar khabar Leuniey mengandung lagi. Alhamdulillah. Tak lama lagi dapat la baby lagi. Jangan lupa, tudung dan skincare jenama Kayleena pun ada dijual di RUMODA. Siapa tak datang RUMODA ni memang rugi. Macam-macam ada.

Dahlia Shazwan, HLIVE
Suka tengok Dahlia sejak audition On Air dengan Pak Nil dulu. Memang sangat-sangat suka dengan muka blur dia pastu datang audition tanpa mekap and finally pak nil nampak bakat yang ada pada Dahlia. You go girl! Eh, RUMODA masuk Hlive okay. Gempak kan?









Kalau korang naik ke tingkat atas RUMODA pula, korang akan jumpa syurga tudung yang cantek-cantek. MasyaAllah, tudung-tudung dari Neng Geulis cantek-cantek belaka. Kebetulan sewaktu fana datang, ternampak model comel Farahanim Razak yang sedang ditemu bual dalam butik Neng Geulis. Segannya nak kacau, kalau tak dah tarik dah tangkap gambar. Geram sangat tengok die tuuuu. Amboi, biasaaaa dia ni.


Alang-alang dah sampai di Neng Geulis, apa lagi fana rembat la sehelai dua. Memang tak menyesal, jahitan kemas, tudung senang bentuk, material best, apa lagi? Semuanya fana suka la dengan tudung-tudung Neng Geulis. Kebetulan masa tu tengah buat GST Sale pulak. Alamak ai, lagi tak menentu la. Next time nak datang lagi borong tudung. Tunggguuuuuuuu.


"What if I fall? Oh, but my darling what if you fly?"


So yeahhh, semasa event tu fana ditemani oleh rakan blogger Shiqin Sunshine yang fana suka sangat ni! Hahaha. Shiqin ni bukan je blogger yang humble dan sopan tapi dia jugak boleh jadi kawan yang gila-gila jugak sebenarnya. Suka tau kawan dengan shiqin walaupun cuma beberapa kali je jumpa shiqin dekat event. Keep in touch okay? Oh ya, nice to meet meelda (tudung kuning) jugak. Mula-mula fana tak kenal pun gadis comel bermata bundar ni. Lepas stalk ig dia, OMGGGGGG! Rupanya meelda ni anak Mak Jah. Siapa yang minat gila dengan Forteen dia tahu la siapa Mak Jah tu. Hehehe. Oh sorry, fana dah tak minat Ariz Lufias dah. I dah move on. emmm



RUMODA

Instagram



xoxo,
fana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...