TABUNG

11 April 2015

B2B | Macam Mana Nak Bagitahu Family Yang Kau Nak Kahwin

Assalamualaikumm..








Di eCurve, Damansara...

"Yanggg, kita nak beli cincin dekat mana? Habib Jewel ke? Jom la pegi tengok. Kalau ada yang berkenan kita terus beli eh?" Arjuna begitu bersemangat mengajak masuk kedai emas yang fana impikan sejak dulu. Bukan taknak masuk, tapi rasa macam tak terlalu awal ke nak beli cincin bagai?

"Awak serius ke nak beli sekarang? Bukan awak kata mak awak nak ikut kita cari cincin ke?" Malas nak bergaduh, bertekak dekat situ. Kekadang, bila guna nama MAK ni boleh sejuk sikit hati si lelaki. Hihihi. Lagipun kang ada juga mata yang melihat gelagat dua orang budak kecik yang terlepas masuk shopping mall ni. Ya. Fana rasa macam belum layak untuk berlagak seperti orang dewasa untuk pergi kedai emas beli cincin. Fana dah boleh kawen ke?

Sebenarnya Arjuna la orang pertama yang mintak izin dekat parents dia cakap nak kawen. Hahaha. Berani jugak dia ni. Selamba badak je dia cakap kat mak dengan abah dia kata nak kawen. Eeeee, tak maluuu. Dah nak kawen yeeee. Lepastu boleh pulak dia janji dengan mak dia cakap nanti nak pergi cari cincin sama-sama. Katanya mak dia memang selalu pergi Wah Chan dekat Midvalley tu dengan kawan-kawan.

"Awakkk, saya rasa saya nak beli cincin dekat Emas Seri Pinang la. Cincin kat sana cantik, design dia moden tapi ada ciri-ciri klasik melayu. Saya berkenan sangat!" Sebenarnya sejak pertama kali memberanikan kaki untuk masuk ke kedai Emas Seri Pinang di The Strand, Kota Damansara hari tu sebab temankan kawan nak cari cincin tunang. Tak sangka pulak hati dah terpaut dengan koleksi-koleksi diorang.

"Okay la, kalau macam tu kite g The Strand je la. Pegi tengok kedai Emas Seri Pinang okay?". Sejak awal perkenalan lagi, Arjuna memang tak pernah hampakan permintaan fana. Semua yang fana mintak atau apa-apa yang fana ajukan pasti mendapat layanan 5 starrr! Kalah Nora Danish. Hihihi. Itu yang buat aku sayang kau. Bisik fana dalam hati.


Di The Strand, Kota Damansara...

Sambil jalan nak ke Emas Seri Pinang, tak sangka ada jugak Poh Kong kat sini. Baru bukak katanya. Masuk tengok cincin belah rotan aje dulu untuk merisik kan tak payah nak ber'shine bright like a diamond' sangat!! Macam biasa la soalan pertama yang orang akan tanya bila masuk kedai emas, "Harga emas sekarang berapa eh?'. Cehhh, bajet macam orang umur 30 tahun nak tanya soalan pasal harga emas tengah turun ke naik. K fine!

Lepas sembang, try sarung ke jari manis apa semua. Hati rasa macam berkenan pulak dengan cincin belah rotan 916 yang ada celup tu. Yelah, meriah sikit ada warna putih. Kalau emas kosong je design pun tah apa-apa macam rugi je beli kan? Alang-alang nak membeli ni, pilih yang cantik sikit la. Lagipun orang nak belanja kan. Hahaha.

"Jari you saiz berapa meh?" Aduh, nasib baik la soalan tu senang je. Jari pun ada saiz tau. "Sepuloh kot!". Main agak-agak je sebab dulu masa sekolah menengah kan trend masing-masing sibuk beli cincin silver yang RM10 dekat Time Square tu. Taknak ketinggalan beli jugak la kite pun. Hahaha. Masa tu apek cina tu keluarkan satu batang besi agak panjang jugak la. Dia masukkan cincin kat dalam besi tu pastu dia suruh try pakai, muat ke tak. Last-last apek tu cakap, "Jari you saiz sepuluh je maaa. Manyak kecik lorh!".

Masa kat Poh Kong ada la try dua cincin. Tapi, memandangkan dah janji dengan mak si Arjuna nak pegi cari cincin sama-sama maka hari tu kita jalan-jalan survey je la ye. Yang paling tak boleh tahan bila kaki ni rasa susah je nak masuk kedai emas. Kenapa hah? Malu ke belum bersedia? Jeng, jeng, jeng!

"Masuk je la. Jangan la buat perangai macam budak kecik". Tak pasal-pasal kena marah dengan Arjuna. Emmm, belum kawen dah garang cenggini. Siap kau dah kawen nanti. Kau garang je, aku taknak masak! Hahaha. Gelak jahat. Dalam hati Tuhan je tahu sayang dia banyak mana. Cecehhh! 

Masuk je kedai Emas Seri Pinang, macam biasa la. Layanan paling hebat, paling tiptop oleh staff-staff kat sana. Itu la yang paling best tu. Pastu semua Melayu pulak tu. Awh! Hati makin terpaut dengan Emas Seri Pinang. "Ye, cari cincin ke?" Tanya salah seorang staff. Eh, takde la. Datang ambik angin je kot kat sini. Hahaha. Gelak jahat lagi. Fana! Be serious okay. Suka sangat main-main ni. Biasa niii.

"A'ah, cari cincin. Ada cincin belah rotan tak kat sini?" Jangan jawab takde pleaseeee. "Cincin belah rotan semua dah habis stok. Tapi kita ada cincin yang diikat dengan batu swarovski ni." Boleh tahan jugak cantik cincin tu tapi kata akak tu emas yang digunakan bukan 916 tapi 750 sebab nak ikat batu swarovski memerlukan emas yang agak keras. Emas 916 agak lembut dan batu tu berat. Oooo, buat-buat faham. Maklum la orang tak pernah beli emas.

Sesambil tengok cincin tu rasa berkenan la pulak dengan design dia. Amboi, kemain. Nak cari cincin merisik je tapi dah siap usha cincin tunang dah ni. Apa cer? Kalau macam tu boleh beli terus tak? Sayangkuuu, ada bawak duit siap-siap tak? Hahaha.

Lama jugak la lepak situ sampai staff dia datang hantar air mineral cap Emas Seri Pinang tu. Yang tak bestnya ada satu perasaan datang bila ditebak dengan soalan-soalan "Bila majlisnya dik? Buat kat mana? Merisik sekali dengan tunang ke?" Kenapa eh? Kenapa muncul perasaan ni? Taktahu nak explain macam mana. Rasa dia macam tak sedap hati, nak muntah, rasa lemah satu badan, rasa nervous gila, rasa taknak jawab soalan-soalan akak tu. Sorry la. Pastu Arjuna pandang aku.

Lepas habis sesi survey menyerveyyy terus ajak Arjuna balik. Rasa tak larat sangat. Sebab apa tau? Sebab sebenarnya perancangan ni cuma diketahui oleh sebelah pihak je. Family Arjuna dah tahu. Fana punya family yang belum tahu lagi ni. Alamak, macam mana nak cakap ni? Arjuna dah start belah sana, so fana kena start belah sini. Pitam.

Sampai rumah....

Rasa macam susahnya nak bukak mulut nak cakap hal yang sebenar. Masalahnya kalau tak cakap sekarang, next week dah nak kena pergi beli cincin dengan mak Arjuna. Habislah. Takkan la nak pergi beli cincin tanpa pengetahuan mak dengan abah. Cuak dah ni. Jantung macam dipam-pam. Laju je darah ni.

Masa tu mak dengan abah tengah sibuk dok belek peti ais baru beli gara-gara peti yang lama dah tak sejuk lagi. Adik beradik pulak semua takde kat rumah masa tu, diorang pergi pasar malam. Aduh, macam mana nak mulakan ayat ni. Nampak mak dengan abah dah mula duduk atas kerusi, rehat kot.




"Makkk, bulan 3 nanti mak dengan ayah dia nak datang umah".

Diam.

Buat-buat busy tengok handphone.




"Mai la. Bukannya kita tak kenal depa." Amboi makkk, mentang-mentang la dah buat perjumpaan sesi pertama masa kunjungan family Arjuna kat Kedah masa raya hari tu. Sembang sakan. Huhuhu. Tetiba abah bersuara. "Tak apa la. Nak mai, mai la. Hang berkawan dengan dia. Hang tau la perangai dia lagu mana. Baik buruk dia." Mak angguk setuju. Fana? Masih diam dan sibuk dok scroll instagram la kengkononnya.

"Tula, dia dah sibuk ajak cari cincin. Tengok la nanti hujung bulan ni kot." Huhuhu. Sebenarnya pasal beli cincin ni yang penting. Nak dengar jugak mak ngan abah cakap apa. "Kalau dia dah nak beli cincin tu, dia dah ada duit la tu nak kawen tu." Mak dengan abah walaupun dah 30 tahun menetap di Kuala Lumpur, tapi loghat Kedah masih lagi berbisa. Anak jati Kedah.

Perbualan semakin rancak bila mak dengan abah mula bercerita pasal duit hantaran la apa semua. Fana diam je la. Malas nak bukak mulut. Lagipun tak tahu nak cakap apa. Malu sebenarnya. Huhuhu. Tapi, perasaan tadi dah hilanggg! Alhamdulillah. Rasa lega bila dah cakap dekat mak dan abah. Lega selega leganyaa. Mungkin itulah permulaannya.


Mak pesan : "Cari la lelaki yang sanggup bersusah untuk kita bila kita perlukan pertolongan".


p/s : Misi mencari cincin tunang pulak. :)


"I'm not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.
And I do know that I will always love you"


xoxo,
fana

4 comments:

  1. Tahniah Fana.. Semoga semuanya berjalan lancar yea..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Terima kasih kak asyik. :)

      Delete
  2. Alahai sweet nyaaa,... awat akk rasa touching nie . Hahhahaha.

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...