TABUNG

31 January 2012

:: Campur dan Padan ! ::

Assalamualaikum..


Menaip entry dengan ditemani bunyi mercun di atmosfera. WOW ! It's amazing! Actually , tajuk kat atas tu buatkan korang berteka-teki dengan tekak masing-masing kan apa sebenarnya yang aku maksudkan tuh!


Fine , malas nak buat korang terlalu lama berteka-teki dengan tekak korang. So, aku nak tunjukkan antara koleksi suai padan aku. Dalam bahasa Inggeris kita sebut MIX AND MATCH ! Hamboi , dah rupa kinah cakap dalam telemovie BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG. ^_^


Selalunya orang yang pakai Mix and Match ni merupakan golongan yang macam aku ni. Golongan berpendapatan rendah! Ecehhh ! Aku memang suka beli baju dan padankan dengan semua seluar , skirts yang aku ada. And this is it !!


First picture : Pastel Chiffon Top with Maxi Skirts 



Second picture : Pastel Chiffon Top and Harem Pants 



Third picture : Maxi Skirts and Puffy Jacket

Nampak tak aku ulang pakai chiffon top tu? Aku cuma tukar bahagian bawah. Still match kan ? Jimat tak ? Heeee. And for maxi skirts tu pon aku match jugak. :) Nak bergaya sambil berjimat ni lah caranya. 


Untuk korang yang rasa tak berani nak bergaya , aku bagi pandangan jadilah seorang yang berani. As long as kita menutup aurat. Sape kata orang bertudung tak boleh pakai cantek-cantek ? Sape kata orang bertudung tak boleh jadi macam Princess ? Ikot pada kebolehan masing-masing dalam menilai fesyen. Jadilah seorang yang berani dalam berfesyen ! ^_^


Good Night peoples ! Assalamualaikum.

25 January 2012

:: WORDLESS WEDNESDAY ::




(Jusco Kinta , Ipoh)

:: Tak Pasti :) ::

Assalamualaikum..


Macam ramai je yang belum tido. Aku yang baru bangun tido belum boleh lelapkan mata. Perasaan takut nak tido sentiasa ada. Dari dulu sampai sekarang tido aku selalu diganggu mimpi. Ada yang kata mimpi bawak kebaikan dalam diri kita , ada jugak yang sebaliknya. Hish ! Takutt. Astagfirullahalazimm.


Sejak dulu aku selalu mimpi. Setiap kali tido tak kira pagi, tengah hari, petang atau malam. Sentiasa bermimpi. Banyak dah buku ramalan mimpi dari Al-Quran yang aku baca. Tak tahu macam mana nak hindar dari mimpi. Ayat kursi ? Al-Fatihah ? Tiga kul ? Basuh kaki ? Berwudhu' ? Semua aku dah buat.


Bukan nak mengeluh atau nak jadi manusia yang suka mengeluh , tu ciri-ciri orang yang munafik. Tapi, aku perlukan pendapat dan pandangan dari sudut islam tentang semua ni. Aku pernah jugak tanya kat cikgu, ustazah. Semuanya memberikan jawapan yang bagi aku sangat simple. It really doesn't work for me. =='


Apa yang aku harapkan semuanya baik-baik aje. Tak ada maksud buruk atau maksud yang tersembunyi. InsyaAllah , selagi kita percaya padaNya , Dia sentiasa bersama kita. Terima kasih YA ALLAH ! :)


Good Night peoples. Assalamualaikum!

22 January 2012

:: Hari Ahad Yang Sangat Penat ! ::

Assalamualaikum..


Hari ni 22 Januari 2012. Haha. Macam la korang tak tahu tarikh hari ni kn? Saje je. Takot-takot ada yang tersalah set tarikh kan? :)


Just wanna share pasal hari ni. Kaki ni dah lenguh, rasa macam dah nak patah disebabkan perjalanan yang sangat jauh berkilo-kilo meter berjalan. Kesian Miss Kaki. Mesti dia penat kn? Tak pe, bukan selalu. Nanti kite rehat ye. ^_^


Dari pagi melangkah keluar rumah di Pantai Dalam menuju ke Jalan Masjid India Kuala Lumpur membuatkan aku rasa lelah, lenguh, sengal dan macam-macam lagi lah! Tapi aku pegi dengan tujuan yang sangat murni. Eceh! Baik pulak.


Yes. Aku dan SUPERsista pegi mencari bahan-bahan untuk BIG DAY yang akan berlangsung beberapa bulan je lagi dari sekarang. So, banyak sangat persiapan yang perlu dilakukan.


Sebelum memulakan misi mencari barang yang dikehendaki, kitorang makan tengah hari dulu memandangkan perut dah merayu-rayu mintak diisi. Kitorang jamu perut di OldTown White Coffee, Jalan Raja Laut. Dekat je dengan SOGO.

Puding mangga dekat Old Town ni sedap sangattt ! :)


Adik aku si EQIN cuba set kuey teow Old Town. Not bad. :)


So, setelah perut kembali happy, kitorang pun ape lagi. Terus melangkah kaki dengan speed yang agak laju menuju ke kedai-kedai untuk mencari barang-barang yang diperlukan. Sangat berat!! Penat!! Aku sempat tangkap gambar makcik Cashier dekat salah satu kedai kat Masjid India. HAHA. Agak tertarik tengok cashier sebegini. :)


Kan? Macam tak kena makcik tu dengan mesin cash register tu. HAHA. Tapi memang dia yang empunya mesin cash register tu ok! :)


Next, kitorang ke SEMUA HOUSE untuk cari barang lagi, lagi dan lagi. Sampai kena halau la sebab diorang dah nak tutup kedai. HEHE. Memang area Masjid India tutup awal. Sangat cepat. Lepas maghrib dah gelap dan sunyi kawasan tu.


Dalam hati memang nak balik umah sangat-sangat. Dah penat sangat kaki berjalan, tangan mengendong barang yang berat. Tapi adik aku yang di atas tu sibok sangat nak dapatkan Tutti Frutti dengan diskaun 50% dekat Pantai Hillpark. So, kitorang ikotkan aje. Bukan senang nak dapat 50% kan?


Dengan tak disangka ternampak kelibat penyanyi hebat AIZAT AMDAN kat situ lagi. Dia sepatutnya jadi artis jemputan tengah hari. Tapi tak sangka dia akan ada kat situ sampai malam. Kitorang pun terkinja-kinja la nak bergambar dengan Aizat. ^_^

 Okay, Aizat siap buat peace lagi taw! :)

Adik aku yang sangat eksaited nak makan Tutti Frutti kegemaran dia. !


Finally, kitorang beransur balik umah. Penat jadi hilang lepas bergambar dengan Aizat. Cehh! Aizat sila baca ni ye. HEHE. Okay la, sampai sini dulu.

Selamat Malam Cinta. :)

18 January 2012

Sri Angsana Caterer Terbaikk

Assalamualaikum..


Memang ramai yang tertanya why aku pegi tempah catering. HAHA. Saje je nak buat berita sensasi kontroversi. Bukan aku yang nak kawen. Tapi kakak aku yang sulung. So, aku dengan parents aku pegi SRI ANGSANA untuk tempah catering diorang. SRI ANGSANA merupakan salah satu catering yang menyediakan khidmat terbaik di Malaysia ! Weehuuuu!


Nampak tak betapa gahnya bangunan dia ? Mula-mula kitorang agak sesat jugak sebab cari guna peta. HAHA. Tapi, dengan bantuan abang kedai cat yang sangat baik hati siap lukiskan peta untuk kitorang, Yeaaah! Finally, berjaya jugak kitorang jumpa bangunan biru ni. ;)


Kitorang datang untuk rasa makanan diorang. Diorang menyediakan hidangan setiap sabtu dan ahad untuk bakal pengantin dan keluarga datang rasa makanan diorang. Pergghh! Memang sedap habaq hang !


Agak ramai pasangan-pasangan yang datang nak cuba makanan dan booking terus untuk hari bahagia diorang. Tak sabarnya nak kawen. Tetibe feeling macam aku pulak yang nak kawen. Hehehe. Even, akak yang serve kitorang tu pun sambil cakap sambil tengok aku. Aku dah syak mesti die ingat aku yang nak kawen ni.. HUHU


Setelah hampir setengah jam kami berbincang mengenai majlis nanti tentang canopy, makanan, kerusi, meja dan banyak lagi la. Total up? Sssshhhhh! Rahsia. HAHA. Sangat berpatutan. Nak tengok pakej makanan yang SRI ANGSANA sediakan ?




Alamat : 
WISMA SRI ANGSANA, NO.14, 16, 22, 
JALAN NIRWANA 37, TAMAN NIRWANA,

OFF JALAN KAMPUNG PANDAN, 
68000 AMPANG, SELANGOR.

Telefon :
012-3728442 (AZLAN)
019-3628442 (AISYAH)
Pejabat : 03-9283 5715

Untuk maklumat lanjut layari : 

17 January 2012

:: Kedai Jual Makanan Kulit Yang Awesome ! ;) ::

Assalamualaikum..


Hamboi ! Bangun-bangun tido je terus nak update entry. Dah lama nak buat entry ni. Nak share dengan korang semua tentang kedai-kedai menarik yang jual SKIN FOOD kita. Makanan kulit tu maksud aku macam krim-krim, foundation, termasuk la mekap yang korang pakai tu. ;)


Memandangkan aku ni bukan la perempuan melayu terakhir yang baik sangat nak dok umah time-time cuti kan? So, aku suka la jalan-jalan keliling KL untuk cari kedai-kedai yang best untuk aku hinggap! HAHA. Korang taw kan banyak sangat kedai yang jual produk kecantikan kulit termasuk la Watson, Guardian yang korang boleh nampak batang hidung diorang kat mana-mana je.


Tapi bukan tempat-tempat macam tu yang aku nak kongsi. Aku nak kongsi tempat yang comel, menarik dan cool ! ^_^ Nak tahu? Teruskan membaca ok!


Sape yang pernah dengar pasal COCICOCI ni ? Kalau korang pernah pegi Midvalley, korang mungkin pernah jumpe kedai comel yang jual beraneka produk kecantikan dalam satu bumbung ! Cocicoci - nama pun comel kan? "Eh! U, i nak pegi Cocicoci jap la. Nak beli eyeliner" HAHA. Tu aku. Memang best kat Cocicoci ni sebab dia jual pelbagai rangkaian produk. Kalau korang suka pakai jenama Essence kat Cocicoci ada macam-macam produk dari Essence. e.g : Eyeliner, mascara, lipstick, and foundation. Empro pun ade. ;)


Korang boleh cari CociCoci dekat Midvalley dan jalan nak ke Pavillion. Harga memang sangat berpatutan plus pembantu jualan yang comel-comel ! Auuww! Hehehe. Bukan ape, aku memang pantang tengok orang comel-comel ni. ^_^

Jom ramai-ramai LIKE FACEBOOK COCICOCI untuk dapatkan info terkini pasal produk diorang ok! Aku memang dah jadi pelanggan Cocicoci. Tak caye ?


HAHA. Tu beg dia yang cantek tu. Ada macam-macam colour. Pink, hitam. Yang tu la aku pernah dapat. Colour lain aku belum pernah dapat lagi. Ni aku beli eyeliner. Barangnye kecik comel je. Beg dia boleh muat emplatbelas biji karipap. ;)


Yang lagi satu ni aku nak kongsi pasal kedai paling comel dan ayu yang jual produk kecantikan untuk kulit kita cantek macam orang Korea ! Ha, korang mesti dah taw kan pasal kedai ni. Aku mention Korea je mule la korang terpikir kedai ni kn? HEHE. Pandai tak aku baca pikiran korang ?


Ye, korang betol. Aku nak share pasal ETUDE HOUSE ! Yeaay! Kedai paling comel dan sweet semesta ini.  Banyak sangat barang yang best-best kan ETUDE HOUSE. Yang paling best ialah BB cream dengan losyen BEE dia yang terbaru tu.



Yang aku pegi ni Etude House kat Berjaya Times Square. Setiap kali lalu depan die mesti nak masuk sebab kedai die comel sangat. Kalau boleh nak bawak balik. Nak jadikan bilik tido. ^_^


Yang ni pulak Missing You, Honey Bee from ETUDE HOUSE ! Comel sangattt!



Missing You Hand Cream Honey Bee

Missing U Lip Balm Queen Bee

Missing You Hand Cream Ladybug

Missing You Hand Cream Baby Bee


Pasal harga korang boleh pergi sendiri kat outlet Etude House. Kadang-kadang bila ada promotion harga dia pun murah ! ;) Barang-barang dia semua comel-comel ok! Sumpah geram sangatt! Korang jangan lupa taw. Pergi serbu Etude House ok! Korang boleh LIKE FACEBOOK ETUDE HOUSE !


Ok, next entry aku nak cerita pasal kenapa aku pegi Sri Angsana catering baru-baru ni. ;)

14 January 2012

:: Heliza Helmi yang Comel dan FREE contact lense ! ::

Assalamualaikum..


Hari ni entry eksaited plus terkinja-kinja. Sebab ape? Sebab jumpa dengan HELIZA HELMI yang somel dan santek tu la. Eeeeee. geram sangat sebab dah lama gila adore kakak ija kita yang comel lagi muslimah ni. Selalu tengok dia comel dekat page dia je. Tapi kali ni betol-betol kat sebelah. Siap peluk lagi taw. Ohhhhh! Myyyyyyyy.. ^_^


Aku sure ramai yang jeles tengok aku bergambar dengan kakak ija kan? Hikhikhik. Silakan jeles kawan-kawan. ;) Opss! Aku ni buat tambah dosa korang aje kan? Maaf ye, aku tersangat lah eksaited. Kalau boleh aku nak tangkap empatpulohempat keping gambar dengan kakak ija taw. eeeeeee..geram!!













By the way, aku pegi Times Square tadi sebab nak redeem contact lense free from GEO LENS TOWN! Sape tak nak contact lense free kn? Bukan saje-saje diorang nak bagi free taw. Tapi diorang tengah buat promosi sempena pembukaan oulet terbaru diorang kat Times Square. Kakak Ija jadi artis jemputan GEO LENS TOWN hari ni. Sangat comel!! Korang boleh pegi outlet terbaru ni. Kat tingkat 3 taw. Dekat bahagian jambatan yang nak ke BB Plaza tu. Tapi tingkat 3 ok! Murah-murah je contact lense diorang. Cantek-cantek and made from Korea.


Untuk dapatkan free contact lense ada syarat taw. Macam kat atas tu. Setelah susah payah print free coupon tu, cepat-cepat aku terjah kedai GEO LENS TOWN kat tingkat 3. Yeay! Aku dapat satu FREE ! Colour biru. Yes! Blue again. Memang jodoh aku dengan contact lense colour biru je kot. Lense biru tu aku pakai untuk gambar kat sebelah kanan ni. Cuba tengok. Hihihi. Gambar TAUKE BLOG ------->>>>>>>


Ni lah dia outlet terbaru GEO LENS TOWN kat TS. Sebelum ni diorang dekat Plaza Sungei Wang. ;)







Semua cantek-cantek kan? Nak semua boleh? Sekarang ni aku pakai contact lense from FRESHKON. Harga dia pulak mahal sikit je dari contact lense colour yang lain. RM60/pasang. Tak la mahal sangat kan daripada BLINCON. So, korang kena dapatkan GEO LENS TOWN!! Murah dan berkualiti ! ;)


Untuk korang yang rabun macam aku ni, jangan risaw ye kawan-kawan sebab power dia dari 0.00 sehingga 6.00. Yeayy! Tak ada masalah kan nak beli contact lense warna-warni sambil dapat tengok dunia dengan terang plus dapat jimat duit ! Yahoooo.


So, setakat ni dulu la cerita pasal hari ni. Nak pegi pasar malam. Lama pulak rasanya tak pegi pasar malam kat pantai dalam ni. Untuk yang belum pernah datang, meh datang ! Yang paling panjang kat KL ok. Ni bukan propa taw. HAHA. Dekat Bukit Angkasa ye.

09 January 2012

:: REMAJA 2012 ::

Assalamualaikum..


Entry special ni aku nak kongsikan tentang Majalah peberet aku REMAJA. Kali ni untuk tahun baru, REMAJA ada buat pembaharuan sikit dari segi cover majalah. Cantik dan nampak lebih glamour gitu.


WOOOO..yang paling best cover kali ni NEELOFA ok! Sape tak kenal Lofa dari Pasir Emas, Kelate ni. Pemenang Dewi Remaja 2010. Masa dalam Dewi Remaja lagi aku dah minat dengan si Lofa ni. Sangat merendah diri, lemah lembut dan cantekkkks sangat.


Yang specialnya, aku memang eksaited beli majalah ni sebab aku dapat taw yang M.I.P minat kat Lofa. Pergghh! Jeles wey! HAHA. Dia pernah cakap kat aku, "Cantek betol Neelofa nih!". Ok, dia memang jarang nak puji perempuan ok. Lebih-lebih lagi depan aku. Selalu dia cakap aku je yang cantek! HAHA. Sumpah perasan. ;)


Untuk u sayang, i persembahkan NEELOFA ! ^_^



Ape ? Nak lagi ? Nah! Hamikkaww.








Sengaja ambik semua gambar Lofa tang muka je sebab Lofa ni seksi sangat. Bahaya nak ambik tang badan tu.. :) Apa-apa pun Lofa memang cantik. Adik Lofa pun cantek macam kakak dia. Cuma pemalu sikit. Kalau korang belum tengok cuba la mintak Pakcik Google tunjukkan eh.


Sebenarnya entry aku hari ni nak cerita pasal majalah REMAJA edisi 1 JAN 2012 yang aku beli petang tadi. Maaf lah, dah terlambat 8 hari. Selalunya belum masuk 1hb dan 15hb aku dah beli dah majalah REMAJA ni. HAHA. Terlebih advanced. Semua pakcik NEWS punya pasal la g letak terpampang kat rak buku depan kedai dia tu. Mana aku tak beli.


Macam biasa mesti ada ruangan Blogspot dalam REMAJA kan ? The most interesting part la bagi aku sebab konon-konon nak tengok blog sendiri dalam ruangan tu tapi tak tahu bila. HAHA.


Tuan punya blog yang betuah sebab dapat enterprame dalam REMAJA :
BLOG MISS SUJU ,
BLOG FAIZ SAHAJA
BLOG FIXX MIKZ OFFICIAL
BLOG SHA SHAHIZA


Onlineshop yang berjaya menawan hati REMAJA pulak :
LOLA ANNA Shoppe
ZERA SHOP


Tahniah la ye untuk korang sebab berjaya enterprame dalam REMAJA. Bila la giliran aku kan? HAHA. Layak la pulak blog buruk aku ni kan. Pape pon korang jangan lupa beli taw. Banyak yang best tentang 2012. Antaranya warna untuk tahun 2012, mekap, fesyen dan banyak lagi la. Geram pulak. Ni baca empatbelas hari pon belum tentu habis ni. Banyak sangat info menarik! :)


Ok lah, dah penat dah menekan papan kekunci ni. Blue Lappy pon nak rehat jugak. Aku pun nak study untuk paper OFFICE AUTOMATION ari rabu ni. Hope aku dapat buat yangterbaik. InsyaAllah. Wish me luck !


Klik LIKE kalau suka REMAJA ! Oooo.Yeaahh! :)

:: Baucar Buku 1Malaysia RM200 Seorang ! ::

Assalamualaikum..


PENGUMUMAN ! 

Wah ! Tak boleh blah sungguh anda ni MM ! HAHA. Ok, jeritan pengumuman di atas bukan untuk bagitahu tentang majlis korbankan lembu tujuhpulohlapan ekor esok tapi untuk bagitahu kat semua pelajar IPT tentang BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) ni.


Tiba-tiba terasa bahagia dapat pegang RM200 dalam tangan. Lebih-lebih lagi FREE!! Eh, bukan tunai taw, tapi cuma baucar je. :) Baucar ni diberikan oleh kerajaan kepada 1.3 juta orang pelajar IPT. Bukan saje-saje kerajaan nak bagi taw. Tapi semua ni dah dimasukkan dalam Bajet 2012. Mesti tak tengok pembentangan bajet 2012 kan korang ni ?? HAHA


Hari ni, UiTM Perak dah pun buat penyerahan. Memang penuh gila Dewan Seri Iskandar (DSI) hari ni dek diserbu pelajar yang berjumlah 12 ribu++ orang ! Nasib baik tak roboh DSI tu taw. Nak dijadikan cerita, aku dengan semangat bangon pagi-pagi. Pukul 8.30 pagi da bangon pergi mandi, bersiap lawa-lawa, mekap, semua dah cantik. Pukul 9.30 aku dengan roommate aku si Fathin keluar dari umah sewa kitorang yang tercinta ni untuk tunggu bas UiTM datang amik. Dalam bas sangat la suka hati dan gembira sebab nak dapat RM200 kn? Hehehe.


Sampai je kampus, kitorang pun pegi la makan dekat 'uptown' dulu sebab lapar sangat. Nak breakfast dulu sebab nanti takut kena beratur panjang. Kang perut bunyi-bunyi pulak dalam DSI. Malu je taw. Hihihihi. Ok, lepas rembat dua bijik cekodok pisang, air bandung secawan. Kitorang pun pegi cari tempat duduk. Lepak dulu la habiskan makanan tu. Konon-konon jap lagi takut tak sempat habiskan pulak.


Dah sumbat semua tu dalam perut, kitorang bergegas selaju mungkin pegi ke DSI. Sebab takut nanti kena beratur panjang pulak. Mesti dah ramai orang yang datang. Sampai je depan pintu DSI ada sorang pakcik polis bantuan UiTM terpacak depan tu.


Pakcik polis : "Dik, tak boleh masuk. Kena pakai baju korporat !"

Aku dengan Fathin : "Pergh ! Takkan nak kena balik tukar baju pastu datang sini balik?"


Dengan perasaan hampa dan kecewa, kitorang pun terus pegi bus stop 'uptown' untuk tunggu bas UiTM balik. T_T. Sangat-sangat frustrated ! Cisss ! Nak buat macam mana, kitorang pun tak ingat hari isnin kena pakai baju korporat ! Urggghhh ! Sengal betol. Kitorang teruskan misi kitorang untuk pergi TESCO beli bahan-bahan yang dah habis kat umah tu. Shopping punya shopping, sampai la kitorang kat umah sewa tercinta. HAHA.



Sampai-sampai je umah, masukkan ayam dengan udang dalam petiais lepastu dummm! Tidur la jawabnya. ^_^ Sambung tidur balik. Sape suruh bangon awal sangat kan? Sekarang ni sambil mengunyah Milo Nugget yang aku beli kat Tesco pagi tadi, aku nak bagitahu BB1M ni guna untuk apa. Baca taw !


No kad pengenalan tu memang sengaja bagi lighting. Bahaya kan tunjuk kat umum. :)





TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
  • Kuasa  bagi  percetakan baucar  hanya diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sahaja.
  • Baucer ini adalah untuk pembelian buku  - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
  •  Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
  • Penjual buku perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi IPT/sekolah semasa menerima baucar daripada para pelajar;
  • Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
  • Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
  • Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai; dan
  • Penjual buku perlu memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan.

Senarai kedai buku yang boleh guna baucar ni memang tak de disenaraikan. Tapi, korang boleh pergi mana-mana kedai buku yang jual buku ilmiah macam Popular, MPH, Pustaka Mukmin, Pustaka Minerva lepastu korang tengok ada tak dia tampal gambar baucar ni depan kedai tu. Kalau tak ada korang boleh tanya terus kat kaunter untuk mendapatkan kepastian. ^_^



Untuk korang yang belum dapat, sabar ye. Korang akan dapat nanti sebab IPT masing-masing dah tentukan tarikh bila nak diedarkan baucar ni. Ingat taw! Tarikh luput baucar ni 31 Mac 2012. Jangan sampai luput. Rugi beb. Lagi satu, masa nak pegi ambil baucar ni sila bawa bersama kad pengenalan korang ok! Tu sahaja. Hope korang dapat gunakan baucar tu dengan betol ye. 


p/s : Takziah kepada keluarga Farah Izzati Anuar atas pemergian ayahandanya tercinta. Al-Fatihah!

07 January 2012

:: Sila Eja Betul-Betul ::

Assalamualaikum..


Hari ni tak tahu kenapa semangat terlebih. Terlebih bahagia dan terasa lega ! ALHAMDULILLAH. :) Mungkin setiap kejadian yang berlaku ada hikmah disebaliknya. *Senyum bahagia.


Sambil dok mentelaah buku Economics yang akan dijawab esok, aku bosan sebab tak paham. Then, aku tutup buku bukak Facebook. HAHA. Good Girl ! Sambil-sambil tu dok godek aku punya album dalam lappy ni. banyak benor gambarnya. Tak tahu mana satu yang nak dicampak ke tong sampah (Recycle Bin).


Alih-alih ternampak sekeping gambar ni. Sambil tengok sambil tergelak comel. HAHA. Comel la sangat kan! Kalau korang nak tahu apa yang buat aku tergelak, jom kita tengok. Jengg..jengg..jengg.. ^_^


Venue : Berjaya Times Square , KL
Date : June 2008

 HAHA. Tengok la muka aku kat atas ni. Muka cuka tahap gaban. Padahal bukan masuk Who Wants To Be A Milionaire pun. HAHAHA.


Ha, ni mulak mia. Mia student yang paling handal bahasa inggeris dalam kelas aku taw. Sebab tu die layak masuk Spell It Right ni. :)


 Ok, yang kecik comel lote ni nama dia Nita. Dia ni nampak je kecik taw tapi perghh! Pandai gile dalam kelas ok. Dia memang terkenal dengan minah tatabahasa sebab kesalahan bahasa memang serah kat dia la. :) Sedang menuntut di UiTM.


 Last but not least is Ain Amalina. Dr. Syeikh Muzaphar punya admirer. HAHA. Jangan marah ye ain. Ain ni memang speaking berabuk la kan. Memang sangat pandai dalam bahasa inggeris dan jugak sangat rapat dengan cikgu BI kitorang. Sekarang dia melanjutkan pelajaran di UIA. Alhamdulillah.


 Nampak tak tu macam mana habis nervous muka kitorang. Pergh ! Bila die sebut nama, meremang terus bulu roma ni. Macam nak terjun turun pentas je masa tu.


 Setelah selesai, marilah kita bergambar kenangan kawan-kawan. HAHA. Tak dapat diimbas kembali kenangan waktu ni. Sangat manis. :)


 Yang bertudung hijau tengah-tengah tu guru pengiring yang bawak kitorang ke pertandingan ni. Selaku peneman kitorang. Yeah! Cik Ummi Kalsom, Cikgu Physics kitorang. :)




Yeah! Ini yang sy mahu. Sijil penghargaan dari Spell It Right. Alhamdulillah. Ada jugak sijil untuk ditunjuk dekat anak cucu nanti. HAHA.


 Buku nota saguhati dari Spell It Right. Comel kn? Korang hade? :p


Tu diaaaa. Badge dari Spell It Right. Kena pakai sepanjang program berlangsung.


Ha, tu la kenangan yang manis bagi aku dan kawan-kawan aku lagi 3 orang tu. Walaupun kitorang tak menang tapi pengalaman tu tak akan dapat dilupakan. We can't buy experience beb! Dah la buat kat BERJAYA TIMES SQUARE yang ramai orang tu. Kat atas-atas tu bukan main ramai orang yang menolong kitorang menjawab. HAHA.


Sapa-sapa yang nak masuk Spell It Right tu pesan aku rajin-rajin la baca kamus ye. tengok betol-betol macam mana nak eja Thyroid. HAHA. Mangkuk hayun betol. Ok la, aku nak continue study. rasanya dah agak lama otak aku berehat ni.


Enjoy reading and teruskan baca setiap entry aku yang lepas-lepas jugak ye. :)


Klik LIKE kalau korang LIKE !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...