TABUNG

25 January 2012

:: Tak Pasti :) ::

Assalamualaikum..


Macam ramai je yang belum tido. Aku yang baru bangun tido belum boleh lelapkan mata. Perasaan takut nak tido sentiasa ada. Dari dulu sampai sekarang tido aku selalu diganggu mimpi. Ada yang kata mimpi bawak kebaikan dalam diri kita , ada jugak yang sebaliknya. Hish ! Takutt. Astagfirullahalazimm.


Sejak dulu aku selalu mimpi. Setiap kali tido tak kira pagi, tengah hari, petang atau malam. Sentiasa bermimpi. Banyak dah buku ramalan mimpi dari Al-Quran yang aku baca. Tak tahu macam mana nak hindar dari mimpi. Ayat kursi ? Al-Fatihah ? Tiga kul ? Basuh kaki ? Berwudhu' ? Semua aku dah buat.


Bukan nak mengeluh atau nak jadi manusia yang suka mengeluh , tu ciri-ciri orang yang munafik. Tapi, aku perlukan pendapat dan pandangan dari sudut islam tentang semua ni. Aku pernah jugak tanya kat cikgu, ustazah. Semuanya memberikan jawapan yang bagi aku sangat simple. It really doesn't work for me. =='


Apa yang aku harapkan semuanya baik-baik aje. Tak ada maksud buruk atau maksud yang tersembunyi. InsyaAllah , selagi kita percaya padaNya , Dia sentiasa bersama kita. Terima kasih YA ALLAH ! :)


Good Night peoples. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...