TABUNG

17 January 2012

:: Kedai Jual Makanan Kulit Yang Awesome ! ;) ::

Assalamualaikum..


Hamboi ! Bangun-bangun tido je terus nak update entry. Dah lama nak buat entry ni. Nak share dengan korang semua tentang kedai-kedai menarik yang jual SKIN FOOD kita. Makanan kulit tu maksud aku macam krim-krim, foundation, termasuk la mekap yang korang pakai tu. ;)


Memandangkan aku ni bukan la perempuan melayu terakhir yang baik sangat nak dok umah time-time cuti kan? So, aku suka la jalan-jalan keliling KL untuk cari kedai-kedai yang best untuk aku hinggap! HAHA. Korang taw kan banyak sangat kedai yang jual produk kecantikan kulit termasuk la Watson, Guardian yang korang boleh nampak batang hidung diorang kat mana-mana je.


Tapi bukan tempat-tempat macam tu yang aku nak kongsi. Aku nak kongsi tempat yang comel, menarik dan cool ! ^_^ Nak tahu? Teruskan membaca ok!


Sape yang pernah dengar pasal COCICOCI ni ? Kalau korang pernah pegi Midvalley, korang mungkin pernah jumpe kedai comel yang jual beraneka produk kecantikan dalam satu bumbung ! Cocicoci - nama pun comel kan? "Eh! U, i nak pegi Cocicoci jap la. Nak beli eyeliner" HAHA. Tu aku. Memang best kat Cocicoci ni sebab dia jual pelbagai rangkaian produk. Kalau korang suka pakai jenama Essence kat Cocicoci ada macam-macam produk dari Essence. e.g : Eyeliner, mascara, lipstick, and foundation. Empro pun ade. ;)


Korang boleh cari CociCoci dekat Midvalley dan jalan nak ke Pavillion. Harga memang sangat berpatutan plus pembantu jualan yang comel-comel ! Auuww! Hehehe. Bukan ape, aku memang pantang tengok orang comel-comel ni. ^_^

Jom ramai-ramai LIKE FACEBOOK COCICOCI untuk dapatkan info terkini pasal produk diorang ok! Aku memang dah jadi pelanggan Cocicoci. Tak caye ?


HAHA. Tu beg dia yang cantek tu. Ada macam-macam colour. Pink, hitam. Yang tu la aku pernah dapat. Colour lain aku belum pernah dapat lagi. Ni aku beli eyeliner. Barangnye kecik comel je. Beg dia boleh muat emplatbelas biji karipap. ;)


Yang lagi satu ni aku nak kongsi pasal kedai paling comel dan ayu yang jual produk kecantikan untuk kulit kita cantek macam orang Korea ! Ha, korang mesti dah taw kan pasal kedai ni. Aku mention Korea je mule la korang terpikir kedai ni kn? HEHE. Pandai tak aku baca pikiran korang ?


Ye, korang betol. Aku nak share pasal ETUDE HOUSE ! Yeaay! Kedai paling comel dan sweet semesta ini.  Banyak sangat barang yang best-best kan ETUDE HOUSE. Yang paling best ialah BB cream dengan losyen BEE dia yang terbaru tu.



Yang aku pegi ni Etude House kat Berjaya Times Square. Setiap kali lalu depan die mesti nak masuk sebab kedai die comel sangat. Kalau boleh nak bawak balik. Nak jadikan bilik tido. ^_^


Yang ni pulak Missing You, Honey Bee from ETUDE HOUSE ! Comel sangattt!



Missing You Hand Cream Honey Bee

Missing U Lip Balm Queen Bee

Missing You Hand Cream Ladybug

Missing You Hand Cream Baby Bee


Pasal harga korang boleh pergi sendiri kat outlet Etude House. Kadang-kadang bila ada promotion harga dia pun murah ! ;) Barang-barang dia semua comel-comel ok! Sumpah geram sangatt! Korang jangan lupa taw. Pergi serbu Etude House ok! Korang boleh LIKE FACEBOOK ETUDE HOUSE !


Ok, next entry aku nak cerita pasal kenapa aku pegi Sri Angsana catering baru-baru ni. ;)

No comments:

Post a Comment

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...