TABUNG

01 January 2012

:: Selamat Tinggal dan Terima Kasih 2011 ::

Assalamualaikum..

Hari ni hari terakhir untuk tahun ni. Tahun 2011. Amacam ? Korang happy tak dengan 2011 ? Mungkin ada yang benci 2011 dan mungkin jugak ada yang sayang nak tinggal 2011. Kan? Aku pulak macam mana ? 


Sejujurnya aku sangat sayang 2011. Bagi aku tahun 2011 banyak lahirkan kenangan yang manis dan pahit untuk diri aku. Aku nak kongsikan antara kenangan-kenangan yang dah menyinggah pada tahun 2011 dalam diri aku. Kono-konon macam imbasan la ni kn? HAHA. Teruskan membaca ok? :)


Yang menjadi MADU :)



1) Dapat anugerah cemerlang STPM 2010. Banyak jugak la jemputan majlis anugerah yang aku dapat. Semuanya diserahkan oleh YB. Raja Nong Chik yang sangat handsome tu. :)




2) Kakak sulung aku bertunang. Majlis yang bagi aku sangat perfect ! :) Nak baca entry pasal ni klik SINI





3) Sambut Anniversary perkenalan we'olls yang ke LIMA TAHUN. Tema tahun 2011 Striking Blue. Alhamdulillah, aku sangat beruntung mengenali dirinya dan harap hubungan kami akan sampai ke akhir hayat. The best part is aku dapat cincin emas. Macam bertunang pulak kan? InsyaAllah. :)
Nak baca entry pasal ni jom klik SINI





4) Tahun 2011 jugak aku dapat jumpa dengan GEGADIS ! :)





5) Impian aku tercapai on my 20th Birthday sebab M.I.P bawak aku pegi celebrate birthday dekat FULLHOUSE RESTAURANT ! :)
Aku ada update entry baca kat SINI





6) Aku established online shop aku sendiri. Whoah! Sangat la excited kan sebab aku dah lama impikan benda tu. :) MURALYSM SHOP 
Aku ada update entry pasal ni .KLIK SINI



7) Yang paling menjadikan 2011 merupakan tahun yang paling bermakna bila aku dapat tawaran masuk UNIVERSITI. :)

 Aku ada update entry baca kat SINI !




Yang menjadi HEMPEDU pulak rasanya tak perlu lah nak dihebohkan kat sini. Kang jadi kontroversi pulak kan. Apa-apa pun semua orang mengharapkan kenangan yang lepas menjadi pengalaman dan pengajaran yang mengajar kita erti sebuah kehidupan. 

Aku bersyukur sangat sebab 2011 bagi aku macam-macam pengalaman yang takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila. Pengalaman yang kau (2011) bagi sangat mematangkan aku. :)


# Terima kasih 2011 sebab sudi singgah dalam hidup aku dan memberikan 1000 makna.
Selamat tinggal 2011 kerana 2012 telah menjenguk untuk terus memberikan pengalaman yang mematangkan. 


ALHAMDULILLAH dan INSYAALLAH !

2 comments:

  1. Bestnyaa jadi ana :)) penuh dengan kegembiraan :) harap 2012 ni akan memberi kebahagiaan ana lagi :) AMIN . happy new year ~~!!!

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH. sentiasa jadi org yg bersyukur dgn kegembiraan yg dianugerahkn. :) Hope 2012 berikan kegembiraan dlm hidup mas! :)

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...