TABUNG

07 January 2012

:: Sila Eja Betul-Betul ::

Assalamualaikum..


Hari ni tak tahu kenapa semangat terlebih. Terlebih bahagia dan terasa lega ! ALHAMDULILLAH. :) Mungkin setiap kejadian yang berlaku ada hikmah disebaliknya. *Senyum bahagia.


Sambil dok mentelaah buku Economics yang akan dijawab esok, aku bosan sebab tak paham. Then, aku tutup buku bukak Facebook. HAHA. Good Girl ! Sambil-sambil tu dok godek aku punya album dalam lappy ni. banyak benor gambarnya. Tak tahu mana satu yang nak dicampak ke tong sampah (Recycle Bin).


Alih-alih ternampak sekeping gambar ni. Sambil tengok sambil tergelak comel. HAHA. Comel la sangat kan! Kalau korang nak tahu apa yang buat aku tergelak, jom kita tengok. Jengg..jengg..jengg.. ^_^


Venue : Berjaya Times Square , KL
Date : June 2008

 HAHA. Tengok la muka aku kat atas ni. Muka cuka tahap gaban. Padahal bukan masuk Who Wants To Be A Milionaire pun. HAHAHA.


Ha, ni mulak mia. Mia student yang paling handal bahasa inggeris dalam kelas aku taw. Sebab tu die layak masuk Spell It Right ni. :)


 Ok, yang kecik comel lote ni nama dia Nita. Dia ni nampak je kecik taw tapi perghh! Pandai gile dalam kelas ok. Dia memang terkenal dengan minah tatabahasa sebab kesalahan bahasa memang serah kat dia la. :) Sedang menuntut di UiTM.


 Last but not least is Ain Amalina. Dr. Syeikh Muzaphar punya admirer. HAHA. Jangan marah ye ain. Ain ni memang speaking berabuk la kan. Memang sangat pandai dalam bahasa inggeris dan jugak sangat rapat dengan cikgu BI kitorang. Sekarang dia melanjutkan pelajaran di UIA. Alhamdulillah.


 Nampak tak tu macam mana habis nervous muka kitorang. Pergh ! Bila die sebut nama, meremang terus bulu roma ni. Macam nak terjun turun pentas je masa tu.


 Setelah selesai, marilah kita bergambar kenangan kawan-kawan. HAHA. Tak dapat diimbas kembali kenangan waktu ni. Sangat manis. :)


 Yang bertudung hijau tengah-tengah tu guru pengiring yang bawak kitorang ke pertandingan ni. Selaku peneman kitorang. Yeah! Cik Ummi Kalsom, Cikgu Physics kitorang. :)




Yeah! Ini yang sy mahu. Sijil penghargaan dari Spell It Right. Alhamdulillah. Ada jugak sijil untuk ditunjuk dekat anak cucu nanti. HAHA.


 Buku nota saguhati dari Spell It Right. Comel kn? Korang hade? :p


Tu diaaaa. Badge dari Spell It Right. Kena pakai sepanjang program berlangsung.


Ha, tu la kenangan yang manis bagi aku dan kawan-kawan aku lagi 3 orang tu. Walaupun kitorang tak menang tapi pengalaman tu tak akan dapat dilupakan. We can't buy experience beb! Dah la buat kat BERJAYA TIMES SQUARE yang ramai orang tu. Kat atas-atas tu bukan main ramai orang yang menolong kitorang menjawab. HAHA.


Sapa-sapa yang nak masuk Spell It Right tu pesan aku rajin-rajin la baca kamus ye. tengok betol-betol macam mana nak eja Thyroid. HAHA. Mangkuk hayun betol. Ok la, aku nak continue study. rasanya dah agak lama otak aku berehat ni.


Enjoy reading and teruskan baca setiap entry aku yang lepas-lepas jugak ye. :)


Klik LIKE kalau korang LIKE !

3 comments:

  1. omaigodddd!! my face!! hahahahaha :D

    walaupun tak menang, at least experience yg kita dpt tu berharga kan. hehe

    ReplyDelete
  2. uish..gelapnye muka..ana salah tag ni..hahaha..btol tu mia,wlupon xmenang pengalaman tu penting..malunye salah eja ARTIFICIAL..argh!!

    ReplyDelete
  3. @mia :
    HAHA..tak percaya..yup betol tu experience yg sgt berharga. :)

    @nita :
    HAHA..slh lighting tu nita..tak pe nanti cuba masuk lagi ye..hehe

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...