TABUNG

22 January 2012

:: Hari Ahad Yang Sangat Penat ! ::

Assalamualaikum..


Hari ni 22 Januari 2012. Haha. Macam la korang tak tahu tarikh hari ni kn? Saje je. Takot-takot ada yang tersalah set tarikh kan? :)


Just wanna share pasal hari ni. Kaki ni dah lenguh, rasa macam dah nak patah disebabkan perjalanan yang sangat jauh berkilo-kilo meter berjalan. Kesian Miss Kaki. Mesti dia penat kn? Tak pe, bukan selalu. Nanti kite rehat ye. ^_^


Dari pagi melangkah keluar rumah di Pantai Dalam menuju ke Jalan Masjid India Kuala Lumpur membuatkan aku rasa lelah, lenguh, sengal dan macam-macam lagi lah! Tapi aku pegi dengan tujuan yang sangat murni. Eceh! Baik pulak.


Yes. Aku dan SUPERsista pegi mencari bahan-bahan untuk BIG DAY yang akan berlangsung beberapa bulan je lagi dari sekarang. So, banyak sangat persiapan yang perlu dilakukan.


Sebelum memulakan misi mencari barang yang dikehendaki, kitorang makan tengah hari dulu memandangkan perut dah merayu-rayu mintak diisi. Kitorang jamu perut di OldTown White Coffee, Jalan Raja Laut. Dekat je dengan SOGO.

Puding mangga dekat Old Town ni sedap sangattt ! :)


Adik aku si EQIN cuba set kuey teow Old Town. Not bad. :)


So, setelah perut kembali happy, kitorang pun ape lagi. Terus melangkah kaki dengan speed yang agak laju menuju ke kedai-kedai untuk mencari barang-barang yang diperlukan. Sangat berat!! Penat!! Aku sempat tangkap gambar makcik Cashier dekat salah satu kedai kat Masjid India. HAHA. Agak tertarik tengok cashier sebegini. :)


Kan? Macam tak kena makcik tu dengan mesin cash register tu. HAHA. Tapi memang dia yang empunya mesin cash register tu ok! :)


Next, kitorang ke SEMUA HOUSE untuk cari barang lagi, lagi dan lagi. Sampai kena halau la sebab diorang dah nak tutup kedai. HEHE. Memang area Masjid India tutup awal. Sangat cepat. Lepas maghrib dah gelap dan sunyi kawasan tu.


Dalam hati memang nak balik umah sangat-sangat. Dah penat sangat kaki berjalan, tangan mengendong barang yang berat. Tapi adik aku yang di atas tu sibok sangat nak dapatkan Tutti Frutti dengan diskaun 50% dekat Pantai Hillpark. So, kitorang ikotkan aje. Bukan senang nak dapat 50% kan?


Dengan tak disangka ternampak kelibat penyanyi hebat AIZAT AMDAN kat situ lagi. Dia sepatutnya jadi artis jemputan tengah hari. Tapi tak sangka dia akan ada kat situ sampai malam. Kitorang pun terkinja-kinja la nak bergambar dengan Aizat. ^_^

 Okay, Aizat siap buat peace lagi taw! :)

Adik aku yang sangat eksaited nak makan Tutti Frutti kegemaran dia. !


Finally, kitorang beransur balik umah. Penat jadi hilang lepas bergambar dengan Aizat. Cehh! Aizat sila baca ni ye. HEHE. Okay la, sampai sini dulu.

Selamat Malam Cinta. :)

2 comments:

  1. kalau balik jew tak abis-abis kuar yew che farhana :)

    ReplyDelete
  2. @azwana aziz :
    Macam ko tak kenal je aku ni kan? hahaha

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...