TABUNG

03 January 2012

:: Selamat Hari Jadi Mommy Siah !! ::

Assalamualaikum..


2 Januari 1960 merupakan tarikh keramat bagi seorang bayi perempuan. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan jugak di Kedah. Dilahirkan sebagai anak ke-4 dalam keluarga. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan Alhamdulillah boleh membaca dan mengaji.


2 Januari 2012, umur beliau sudah mencecah 52 tahun. Sudah mencecah usia emas. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi ni. Dikurniakan 5 orang cahaya mata. Empat orang puteri dan seorang putera yang sentiasa mendoakan beliau. Di samping seorang suami yang sangat penyayang dan tidak lupa memberikan nafkah serta keperluan yang amat mencukupi.



Beliau yang aku maksudkan ialah ibu aku. Ibu yang dah melahirkan dan membesarkan aku. Banyak ilmu dan didikan yang telah diberikan. Sehingga aku dan adik beradik yang lain menjadi manusia yang berguna. InsyaAllah.



Walaupun aku belum boleh nak balas lagi apa yang beliau berikan tapi aku akan berusaha belajar sungguh-sungguh dan dapatkan kerja yang elok untuk tanggung beliau satu ari nanti. InsyaAllah. Aku akan bahagiakan beliau.


Kami adik beradik tak pernah lupa untuk sambut ulangtahun kelahiran beliau setiap tanggal 2 Januari. Kami akan berusaha buat beliau gembira walaupun dengan hadiah yang tak seberapa. Alhamdulillah, kakak-kakak aku dah bekerjaya.


Jom tengok betapa bahagianya beliau bersama anak-anak beliau. :)












Selamat hari Jadi buat Mommy Siah tercinta. Semoga dipanjangkan umur. Dimurahkan rezeki untuk pergi sekali lagi ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji. :)


p/s : Baru lepas nangis lepas dapa call dari Mommy Siah. T_T

2 comments:

  1. Sweetnyer entry,...selamat berkenalan..btw..meh la join 1st time giveaway yg zy buat...

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...