TABUNG

23 November 2014

Resepi Apam Polka Dot

Assalamualaikummm..




Bebudak lelaki masa sekolah dulu selalu perlekehkan fana. "Kau reti ke masak?" "Eee, dah besar pun tak reti masak.". Hahaha. Sekarang bila fana upload gambar apa yang fana buat, semua macam tak percaya. Tula, dulu gelakkan fana lagi. Hahaha. Tapi, fana sikit pun tak ambik hati sebab fana memang jarang masuk dapur dulu. Fana dibesarkan dalam keluarga yang adik beradik perempuan ramai. Fana ada mak yang sangat rajin masak. So, memang takde peluang langsung kitorang adik beradik nak masak. Kalau mak fana demam pun, akak-akak fana la yang akan ambik alih. 

Sekarang ni, minat fana terarah kepada buat kek dan kuih-muih. Masak lauk-pauk tu boleh la sikit-sikit tapi tak pro la kan? Hehehe. Fana suka tengok rancangan Cake Boss, My Kitchen Rules dengan Masterchef. Sedikit sebanyak fana rasa minat nak buat apa yang diorang buat tu. Fana pun belajar la sikit-sikit. Kadang-kadang fana akan tanya mak sebab mak fana selalu ambil tempahan kuih-muih sejak fana kecik lagi. Mak la yang akan bagi petua macam mana nak bagi kek lembut, kek tak bentat, berapa lama nak kukus, nak bakar dan sebagainya. 

Hari ni fana rasa rajin pulak nak kongsikan minat fana yang terbaru ni iaitu kuih apam polka dot. Fana suka buat apam polka dot sebab fana suka tengok kecomelan dia. Geram sangat bila tengok dia naik lepas kukus tu. Pastu dia warna-warni pulak kan? Asik tersenyum je bila tengok apam polka dot yang fana buat menjadi. Ehem, akak fana dah dua kali buat tak menjadi okay. Hahaha. Fana buat jugak menjadi. Nak tahu rahsianya? Jom baca respi apam polka dot dari fana k.


Resepi Apam Polka Dot


Bahan-Bahan :

3 biji telur ayam gred A (disimpan dalam peti ais)
1 sudu kecil esen vanila
200 gram gula halus (gula aising / gula pasir dikisar)
250 gram tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan teh susu segar Dutch Lady
1 sudu kecil ovalette
Pewarna makanan Star Brand





Cara membuatnya :



Mula-mula pukul telur, gula dan esen vanila sampai kembang, bertukar menjadi warna putih dan berbuih. Sebab apa kena pukul sampai kembang? Sebab kek atau apam akan jadi lembut dan gebu bila kita pukul telur dan gula sampai betul-betul kembang.

Adunan telur dah kembang



Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Make sure tepung tu dah siap campur baking powder sebelum masukkan dalam adunan telur tadi. Jangan la masukkan semua sekaligus, takut telur yang kembang tadi terkejut pulak. Banyak tau pantang larang nak buat kek ni. Habis masukkan tepung, masukkan ovalette dan akhir sekali masukkan susu segar. Blend la sampai sebati. Tak payah blend lama sangat lepas dah masuk tepung. Nampak sebati pun dah cukup.


Lepastu, dah siap la adunan korang. Sekarang bahagi la dua untuk buat warna pulak. Warna ni ikut suka hati korang nak buat warna apa. Fana suka warna yang terang. Nampak cantik je. 



Masukkan sikit dulu adunan.


Masukkan jem. Ikut la perisa apa yang korang nak. Fana letak jem strawberry.


Selepas dikukus selama 15 minit, jadi kat bawah nilah hasil dia. Comel kan? Walaupun polka dot fana tu nan hado bentuk dia!





Okay, ni fana nak kasi tips sikit la kan?

Tip pertama : Jangan guna bekas yang basah untuk buat adunan. Make sure bekas korang tu kering. Jangan la malas nak lap. Sebab pantang larang dalam buat kek tak boleh guna bekas yang ada air.

Tip kedua : Ovalette tu korang masukkan selepas masuk tepung, sebab kek korang akan jadi lembut dan gebu je. 

Tip ketiga : Untuk elakkan hanyir, telur tu kalau ada ketulan putih, korang kena buang. Orang panggil tu mata dia. Benda tu la yang buat hanyir sebenarnya.

Tip keempat : Adunan first tu, letak sikit je, kalau letak banyak nanti adunan atas jadi sikit, so jem korang akan keluar menembusi kek selepas dikukus. Dah rosakkkkk.

Tip kelima : Gunakan plastik piping untuk buat polka dot dan juga masa isi jem, Memudahkan dan mencepatkan proses.

Tip terakhir : Kalau tudung periuk kukus korang jenis yang cepat takung air, korang balut dengan kain supaya wap air tu akan meresap pada kain dan tak kena kek. Kalau tak, rosak kek bila air jatuh kat dia.

Selamat mencuba ! =)

Search #apampolkadotfana di Instagram



Untuk tempahan :
Whatsapp : 017-4342950 (fana)


xoxo,
fana

8 comments:

  1. tempahan untuk 500 org boleh? hehe

    ReplyDelete
  2. dulu ana suka buat jugak. skrg da tak da. hehehe. suke berwestern plk.. lawa ok apam polkadot fana buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Western? Amboi, fana suka buat apam polka dot ni sebab dia comel. Sedap pulak tu!

      Delete
  3. cantuk hasil dia...nk try lah...seronok plak dapat tips2 banyak dr fana ni :D tq dear :D

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Teringat adik ipar buat... tengok ni jadi nak cuba buat... Terima kasih

    ReplyDelete

Komen yang murnin-murni je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...