TABUNG

05 May 2014

WHERE TO EAT ON MOTHER'S DAY !

 Assalamualaikummm...


“A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden fall upon us; when adversity takes the place of prosperity; when friends desert us; when trouble thickens around us, still will she cling to us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts.”
Washington Irving

Tak lama lagi Hari Ibu bakal menjelma. Kat mana nak sambut ye? Mesti semua tengah pening nak mencari tempat untuk sambut dan macam mana nak buat kejutan istimewa untuk ibu masing-masing kan?
Fana tak sabar nak kongsi dengan korang semua kat mana restoran menarik untuk sambut Hari Ibu. Bila? Amboi, takkan la tak tahu bila Hari Ibu kot? Hari Ibu dah tak lama lagi dah. 11 Mei ni merupakan Hari Ibu. So, korang dah boleh dah ni nak reserve restoran untuk sambut nanti. Fana dah pergi makan dan rasa makanan-makanan yang dihidangkan oleh tiga buah restoran terpilih. Kalau korang nak tahu, baca entri ni sampai habis okay?


MISS ELLIE TEA HOUSE

Alamat :
 7 Jalan H3, 
Taman Melawati, 
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
GPS : N 03° 13.658' / E 101° 44.675' 
Tel : 03-4162 0113

Waktu Operasi :
Selasa - Sabtu
10. 00 a.m - 7.00 p.m



Sebelum fana tunjukkan makanan yang disediakan di Miss Ellie Tea House, jom tengok suasana dalam restoran dulu. Apa yang menarik, restoran ni menggunakan dekorasi perabot yang sangat cantik dan korang akan rasa seperti makan di rumah sendiri ! Fana sangat sukakan dekorasi di dalam restoran yang bertemakan klasik dan mewah.





Macam mana? Cantik kan dekorasi dalam restoran Miss Ellie Tea House. Nampak klasik sangat. Nak makan pun selesa. Serius, sangat selesa. Lagi-lagi layanan daripada pelayan-pelayan restoran termasuk chef mereka, Justine membuatkan fana rasa macam istimewa sangat. Terima kasih pelayan-pelayan Miss Ellie Tea House. :)

Okay, untuk itu marilah kita menjamu mata dengan makanan-makanan yang merupakan antara best-seller di Miss Ellie Tea House. Makanan yang fana cuba ni semuanya dicadangkan sendiri oleh pemilik restoran. 

Australian Beef Casserole (RM 18.50)
Australian Beef Casserole ni sangat sedap. Rasa dia macam rendang daging, kalau makan dengan roti tu memang PERGHHHH! Hahaha. Memang sedap. Rasa macam masakan orang Melayu. Fana akan order lagi bila fana datang balik ke Miss Ellie Tea House.

Panna Cotta (RM 7.50)
Panna Cotta merupakan salah satu dessert yang paling fana suka. Sebab fana merupakan penggemar yogurt dan taufufa. Makan Panna Cotta ni macam makan taufufa. Gabungan gula melaka, potongan tembikai susu dan strawberi tu sangat menaikkan rasa Panna Cotta ni. Korang patut cuba !

Crème Brulee (RM 8.50)
Fana tak pernah makan Crème Brulee. Ini merupakan kali pertama fana rasa. Sangat sedap! Sejak makan Crème Brulee dekat Miss Ellie Tea House, fana terus jatuh cinta dan nak makan lagi Crème Brulee ni. Puding dan gula yang dibakar kat atas sebagai topping, memang ngam habisss! Meleleh air liur. Hihihi


Chocolate and Plain Scones (RM 10.50)
Menurut pemilik restoran, Scones dan Teh merupakan gabungan yang sangat mantap. Scones merupakan antara yang paling laris di Miss Ellie Tea House. Fana berkesempatan rasa perisa coklat dan satu lagi merupakan scones tanpa perisa. Kedua-duanya sangat sedap. Tapi, fana lagi suka perisa coklat. Lagi sedap bila disapukan krim dan jem blueberry tu. Yummyyy!

1 Pot Chamomile Tea (RM 7.50)
Makan di Miss Ellie Tea House tidak lengkap tanpa teh perisa yang mereka sajikan. Teh merupakan minuman utama yang disediakan di restoran ni. Fana teringin nak mencuba Chamomile Tea dan ianya sangat sedap. Untuk korang yang gemarkan teh yang berlainan, boleh la cuba pelbagai jenis teh di Miss Ellie Tea House.


Jadi, itu sahaja menu yang sempat fana kongsikan di Miss Ellie Tea House. Apa yang menarik di restoran tersebut? Okay, korang patut cuba semua menu yang fana tunjukkan kat atas, pelayan-pelayan restoran semua sangat peramah sampai berapa kali tanya "How's your meal?" "Is everything good here?" and banyak lagi la. Yang paling best sekali, NO GOVERMENT TAX, NO SERVICE CHARGE ! Hahaha. Harga yang disenaraikan dalam menu itu la harga yang akan korang bayar.

Baca ini juga : http://dineout.com.my/restaurant/view/miss-ellie-tea-house

.
.
.
.

DRAWING ROOM, CARCOSA SERI NEGARA

Alamat :
Jalan Kebun Bunga, 
50480 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
GPS : N3 08.675 E101 40.833
Tel : 03-2295 0888

Waktu Operasi :
Dibuka Setiap Hari
12.00 p.m - 10.30 p.m 

Website :
http://shr.my/carcosa-seri-negara/dining/


Perasaan fana masa mula jejakkan kaki di Carcosa Seri Negara ni agak nebes jugak la. Bukan apa. Fana belum pernah datang sini lagi. Jadi, bila fana diminta untuk cuba makanan di sini oleh DINEOUT, fana pula datang tanpa buat apa-apa tempahan. Hahaha. Nasib baik ada tempat kosong untuk fana.


Macam biasa, fana kongsikan dahulu suasana di Carcosa Seri Negara. Terasa sangat eksklusif bila dapat minum petang di Carcosa Seri Negara sebab tempat ni merupakan salah satu bangunan yang bersejarah. Carcosa Seri Negara dibina oleh Sir Frank Swettenham pada zaman penjajahan British di negara kita satu ketika dahulu. Sekarang, ianya menjadi tempat penginapan bagi pelancong yang datang ke Malaysia.

Jadi, senibina dan susun atur Carcosa Seri Negara adalah berasaskan dekorasi Inggeris dan nampak sangat klasik dan kontemporari. Fana sukakan warna bangunannya yang putih. Apabila masuk ke lobi, penuh perabot dan karpet yang nampak mewah serta lampu candeliar menghiasa ruang lobi Carcosa Seri Negara.

Tempat ni mungkin menjadi tempat yang mampu korang abadikan kenangan bersama bonda tercinta sempena Hari Ibu. Penuh dengan ciri-ciri klasik serta mewah. Ibu korang mesti suka berada di dalam kawasan tersebut. Sambil menikmati hidangan minum petang, sambil melihat kehijauan alam sekitar yang sangat indah.

Untuk minum petang, fana dihidangkan dengan Afternoon Tea English Set. Di dalam set tersebut terdapat tiga tingkat pinggan yang penuh dengan mini desserts. Saiznya kecik tetapi banyak jenis. Jadi, banyak pilihan untuk korang makan sambil berbual mesra bersama ibu tercinta.


Afternoon Tea English Set
RM 75.00++ seorang


Fana pilih Set Inggeris sebab fana nak rasa feel makan di Carcosa Seri Negara yang berunsurkan Inggeris ni. Kena dengan tema. Untuk Afternoon Tea, korang boleh pilih sama ada English Set ataupun Malay Set. Untuk Malay Set, menu yang akan dihidangkan ialah seperti kuih-muih melayu dan teh semestinya !


Untuk Afternoon Tea Set ni, menunya adalah tetap dan dah disenaraikan. Jadi, korang cuma perlu pilih sahaja nak ambil set Melayu atau Inggeris. Yang fana ambil ni merupakan set untuk dua orang. Sebab tu korang akan nampak semuanya dihidangkan sepasang. 


Untuk saiz pula, sangat kecil dan muat-muat masuk mulut. Jadi, korang takkan rasa kenyang sangat. Bagi fana makanan dia agak sesuai untuk kita minum sambil sembang. Sekejap je dah habis sebab saiz dia yang agak kecil.


Raisin and Plain Scones
Tindak lngkap rasanya hidangan minum petang tanpa Scones. Scones yang disediakan adalah pelbagai dan fana pilih kismis dan kosong. Macam biasa, cara makan Scones ialah dengan sapukan jem dan krim pada roti dan makan ! Hehehe. Fana suka yang kismis sebab ada manis-manis sikit.

Soft Peach Tea
Untuk air pula korang boleh pilih sama ada nak minum Tea Set ataupun Coffee Set. Fana pilih teh sebab fana rasa minum petang akan jadi lengkap bila dihidangkan bersama teh yang panas. It's just perfect ! Fana pilih Soft Peach Tea dan Strawberry Fields Tea. Untuk Soft Peach Tea rasa dia macam minum air teh campur buah peach. Sedap, manis dan masam. 

Strawberry Fields Tea
Untuk Strawberry Fields Tea pula, rasa macam minum teh dekat Cameron Highlands. Ada rasa strawberry tapi tak kuat sangat. Sedap. Memang feel habis minum dia. Kalau tak silap, khasiatnya juga bagus. Ianya mampu menaikkan aroma bau badan.


So far, fana memang enjoy minum petang di Carcosa Seri Negara sebab suasana santai yang disajikan depan mata memang sangat menimbulkan rasa istimewa. Jadi, bawa la mak, mama, umi, ibu dan mummy korang makan kat sini sebab tempat ni bukan saja eksklusif, malah ianya sangat klasik!


Baca lagi : http://dineout.com.my/restaurant/view/drawing-room
.
.
.
.


NOSH, BANGSAR

Alamat :
7 Jalan Telawi, 
Bangsar Baru, 
59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tel : 03-2201 3548

Waktu Operasi :
Mon - Thurs: 8AM - 11PM
Fri: 8AM - 12AM
Sat: 10AM - 12AM
Sun: 10AM - 11PM
- See more at: http://nosh.my/#sthash.G360xxiy.dpuf
 Isnin - Khamis 8.00 a.m - 11.00 p.m
Jumaat 8.00 a.m - 12.00 a.m
Sabtu 10.00 a.m - 12.00 a.m
Ahad 10.00 a.m - 11.00 p.m

Website :
http://nosh.my


NOSH yang terletak di Bangsar ni merupakan salah satu restoran bercirikan mewah dan moden. dari segi hiasan dalaman sahaja, mampu membuatkan pengunjung berasa selesa dan privasi. Terdapat banyak kerusi dan meja yang disediakan di dalam restoran dan susun aturnya sangat kemas.


Sempena Hari Ibu yang bakal menjelma tak lama lagi, NOSH mengadakan promosi yang hebat kepada pengunjungnya. Jadi, jangan lupa untuk dapatkan promosi ni sempena Hari Ibu. Datang la bawak ibu tercinta dan dapatkan diskaun dari NOSH. Diskaun berlangsung sepanjang bulan Mei.


Pintu masuk NOSH, Bangsar


Makanan kat NOSH pun boleh tahan sedap. Lagi-lagi dessert dia. Jadi fana try datang sini untuk tengok suasana restoran. Kata orang kalau restorannya cantik dan kemas, pasti makanannya juga sedap. Terbukti memang sangat sedap. Suasana di restoran ni sesuai untuk menikmati minum petang mahupun makan malam bersama keluarga tercinta.

Susun atur dapur retoran

Susunan kek di restoran

Fana cuba tiga jenis pencuci mulut paling laris yang terdapat di NOSH. Sangat sesuai untuk dijadikan minum petang bersama ibu tercinta. Lagipun restoran ni juga agak santai dan makanan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Lagi-lagi food presentation oleh Chef. Sangat memuaskan hati dan seronok untuk diambil gambar dan upload di Instagram.

Hidangan pencuci mulut
Profiteroles (RM 16.00)

Creme Brulee (RM 12.00)
Classic Cheese Cake (RM 16.00)
Ada banyak lagi menu yang menarik di NOSH tapi fana tak berkesempatan untuk rasa lagi. Kalau korang rasa tergiur dengan kesedapan makanan-makanan di NOSH boleh la datang dan jangan lupa untuk bawa ibu tercinta sekali sebab NOSH ada promosi hebat sempena Hari Ibu.

Korang boleh cuba Afternoon Tea Set yang disediakan di NOSH kalau nak makan pelbagai jenis kek. Tetapi korang kena datang sebelum jam 5.30 petang sebab Afternoon Tea Set cuma ada pada pukul 3 petang hingga 6 petang sahaja. Kek cepat habis. Jadi, datang la awal. :)


Jadi, ini la antara tiga restoran yang fana boleh cadangkan kepada korang sempena Hari Ibu yang akan datang. Boleh dah nak pilih pegi mana. Tak lama dah tu. Yang pasti korang dapat buat ibu korang gembira dengan makanan yang disajikan. Siapa yang tak nak buat yang terbaik untuk insan kesayangan kan?

Fana harap entri fana kali ni membantu korang untuk pilih restoran dan tempat yang menarik untuk sambutan Hari Ibu. Jangan lambat-lambat reserve sebab nanti mungkin akan full. Yelah, semua orang nak sambut Hari Ibu. Make sure korang reserve dulu okay? Nombor telefon restoran pun fana dah sediakan kan? Apa tunggu lagi? Call cepat! 


Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu seluruh dunia ! :)


xoxo,
nfcs
Mon - Thurs: 8AM - 11PM
Fri: 8AM - 12AM
Sat: 10AM - 12AM
Sun: 10AM - 11PM
- See more at: http://nosh.my/#sthash.G360xxiy.dpuf
Mon - Thurs: 8AM - 11PM
Fri: 8AM - 12AM
Sat: 10AM - 12AM
Sun: 10AM - 11PM
- See more at: http://nosh.my/#sthash.G360xxiy.dpuf

8 comments:

  1. Alahai sedap sungguh..tgk gmbr dh meleleh air liur. .;)

    ReplyDelete
  2. @Asyik Izas
    Alahai, hehehe. Kalau tengok gambar je tak rasa tak boleh juga. Should try this!

    ReplyDelete
  3. Yummy....
    Slam perkenalan...
    Diterjah kerna berminat dgn entry tutorial tudung bawal...

    ReplyDelete
  4. @HeNRieTTa JoSe
    Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah. :)

    ReplyDelete
  5. fuhhhh..marbeles gile gmbr2 sume..huhu..lap trus ni :P

    ReplyDelete
  6. Syok weh tempat ni. Kat Bangsar ya? Ok, la next time kawe turun KL, mesti cari tempat ni. Tq

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...