TABUNG

13 May 2014

CPUV Nestum #MoreLife dari Nuffnang

Assalamualaikummm...



Yum2! Sambil menikmati keenakan Nestle Nestum Original yang fana beli baru-baru ni sambil mengelamun sorang-sorang layan blog sendiri lepas tu gelak-gelak sebab baca entri zaman dedulu. Hahaha. Kelakar jugak kan? Tiba-tiba.....


Fana ternampak ada iklan yang mencurigakan berlegar-legar di blog fana !!!! Kat iklan Nuffnang yang fana letak di atas sekali. Terkezut. Terus tertelan Nestum yang fana makan tadi. Apa? Iklan Nestum? Apa? Boleh menang wang tunai RM 10,000???



Terus fana bukak laman web Nuffnang dan cek bahagian Earnings. Wow! CPUV untuk bulan May. Alhamdulillah. Macam tahu-tahu je fana ni suka  makan Nestum kan? Perasaan dia macam lori Nestle datang hantar satu lori Nestum kat rumah. Alangkah seronoknya kalau macam tu kan?






Terima kasih Nuffnang sebab murah hati bagi fana rezeki lagi untuk bulan ni. Bulan lepas dapat CPUV Whisper Mesh & Cotton, bulan May yang indah ni dapat pulak CPUV Nestum #MoreLife. Amboi, rasa macam nak join pula contest yang dianjurkan ni. Mana tahu boleh menang wang tunai RM 10,000 tu kan? Hihihi


Jadi, kalau korang nak sertai contest yang dianjurkan oleh Nestum #MoreLife ni, korang jangan segan jangan malu, korang klik aje iklan yang menari-nari dengan riangnya kat atas blog fana. Atas header blog tu. Nampak tak? Dia keluar iklan macam ni.





Jom kita sama-sama sertai contest ni. Boleh dapat duit. Boleh beli phone baru. Boleh beli Nestum banyak-banyak. Boleh shopping sakan ! Ewahhhhh! Kemain fana kan menghasut orang. Hehehe. Okay la, itu saja yang fana nak kongsikan.


p/s : Tak sabar nak tunggu duapulohdua haribulan. Oh ya, selamat bercuti sempena Hari Gawai ! ;)


xoxo,
nfcs

No comments:

Post a Comment

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...