TABUNG

19 May 2014

AVON BEAUTY DAY OUT - ANEW 360° WHITE

Assalamualaikummm...



AVON Beauty Day Out with Bloggers
Tempat : Hotel Royale Chulan, Damansara
Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 11 pagi - 2 petang


Sabtu lepas fana telah hadiri satu bengkel kecantikan anjuran Avon Malaysia istimewa untuk para bloggers sahaja. Tak sangka Avon Malaysia sangat berbaik hati menganjurkan bengkel kecantikan ni untuk blogger sekalian disebabkan tugas kami yang memerlukan kami berpenampilan menawan ketika menghadiri event-event tertentu.

Pagi tu hujan lebat sangat dan disebabkan itu, fana sampai lambat. Jadi, fana merupakan blogger yang ketinggalan banyak benda jugak la. Lagi-lagi sesi memperkenalkan diri. Sedih tauu! Tapi takpe sebab fana enjoy sangat bengkel yang diadakan selama 3 jam tu. ^^

Duta Rangkaian Penjagan Wajah AVON, Fasha Sandha

Bengkel pada hari tu dimulakan dengan cara-cara mencuci wajah menggunakan produk rangkaian penjagaan wajah ANEW 360° WHITE dari AVON. Sebenarnya fana ni tak terlalu menggunakan banyak sangat produk apa-apa dekat muka. Selalunya kalau nak buang solekan di muka fana tak guna makeup remover pun, fana guna wet tissue je. Senang ! Hehehe. Takpun guna baby oil. 

Buang kotoran pada wajah menggunakan make up remover
Untuk make up remover, gunakan kapas dan titikkan sebesar syiling 50 sen. Kemudian sapukan pada muka secara lembut dan kalau boleh elakkan kawasan mata. Sapukan di bibir juga untuk buang kesan gincu pada bibir. Make up remover ni sangat bagus sebab dia dapat tanggalkan kotoran dengan lebih terperinci berbanding pencuci yang lain.



Mencuci wajah dengan menggunakan cleansing foam
Cuci muka pun ada cara tau. Sapukan dari bawah ke atas. Dengan cara tu kotoran akan lebih mudah ditanggalkan. Sepanjang bengkel memang fana rasa macam start dengan zero sebab selama ni kita cuma ambil mudah bab-bab penjagaan kulit wajah ni. Kalau cuci muka tu sental tak ingat dunia.


Kemudian, pakai Anew 360 White, Dual Sheet Mask



Nampak tak betapa selesanya kitorang menggayakan Anew 360 White Mask dari Avon ni? Memang selesa. Sejuk sangat ! Rasa macam nak tidur je. Mask dipakai selama 15 minit. Apa yang menariknya, lebihan cecair mask tersebut boleh disapu di belakang tapak tangan bagi menghalang kulit tangan daripada berkedut.


ANEW 360° WHITE Dual Sheet Mask adalah masker 2-langkah yang tidak sekadar mentransformasi kulit menjadi lebih putih dan cerah, ia turut memudar tompokan di kawasan pipi. Satu masker terdiri daripada sekeping ‘full-face mask’ dan sekeping ‘de-spot mask’ yang diperkaya dengan ramuan pencerahan intensif yang menentang ketidaksekataan tona dan bebintik di pipi. ANEW 360° WHITE Dual Sheet Mask boleh didapati pada harga RM89.90 (S&S RM103.40) sekotak (1 kotak mengandungi 5 keping).



Seronok sangat belajar cara-cara mencuci muka, penggunaan toner, facial mask dan semuanya. Lepas ni tak boleh la malas-malas lagi sebab Avon dah hadiahkan satu set penjagaan muka. Banyak info berguna yang boleh dijadikan panduan untuk fana dan blogger lain yang hadir.

Jadi, ini merupakan rangkaian penjagaan kulit wajah yang kitorang pakai pada hari tersebut. Lengkap satu set ! Rasa macam nak miliki kesemuanya sekali. Muka pun rasa segar sangat lepas cuci.




Mesti korang tak sabar nak tahu harga untuk rangkaian produk ANEW 360° WHITE kan? Okay, jom fana kongsikan harga bagi setiap satu. Mana tahu lepas ni korang boleh serbu mana-mana stokis Avon untuk dapatkan set rangkaian ni kan?

ANEW 360° White Dual Sheet Mask - RM89.90 (S&S RM103.40)

360° White Illuminating Cleanser 125g – RM32.90 (S&S RM37.85)

360° White Day Cream SPF20/PA++ 30g – RM63.90 (S&S RM73.50)

360° White Night Cream 30g – RM63.90 (S&S RM73.50)

360° White Illuminating Toner 100ml – RM36.90 (S&S RM42.45)

Perempuan mana yang tak suka bila dapat satu set rangkaian penjagaan wajah kan? Fana suka sangat ! Terima kasih Avon sebab bagi fana dan bloggers yang lain set penjagaan wajah terbaru ni. Fana tak sabar nak cuba. Rasa macam dapat hadiah birthday ! Hehehe. Sebenarnya banyak lagi tau yang fana dapat dari Avon. Kalau nak tahu, kena la tunggu next entry



Untuk next entry, fana akan ceritakan pengalaman kitorang belajar make up dengan the most talented make up artist, Najeeb Azami. Banyak sangat tip-tip berguna oleh Najeeb yang dikongsikan kepada kitorang. Nanti fana akan upload gambar kitorang bermain dengan koleksi mekap terbaru dari Avon. Stay tune !

Untuk maklumat lanjut layari :

Follow Instagram :


p/s : Special thanks to Kak Asyik sebab invite fana ke event ni. :)


xoxo,
nfcs

8 comments:

  1. Bertuah fana dpt cuba semua tu..best tu.. hihi.. Welcome. . ;)

    ReplyDelete
  2. part mekap, tak sabar nak tunggu ^_^

    ReplyDelete
  3. OMG!! Best nya best nya best nya!!
    hahaa..nak tunggu fana update lagi..hehehe..dengan makeup artis popular pulak tu..aish..best!

    ReplyDelete
  4. @Asyik Izas
    Itulah, rezeki fana datang dari kak asyik. hehehe

    ReplyDelete
  5. @Syafiqah Hashim
    Tulah, best sgt dapat jumpa Najeeb. nanti fana update part make up pulak k. :)

    ReplyDelete
  6. bestkan pakai masker white 360. sejuk sgt.. rasa nak tertidur pun hado.. huhuhu

    tahniah utk Avon atas event yang mabulos ni.. kak nowa bg 5 bintang

    ReplyDelete
  7. @Nur Misnan
    Betul tu. Fana suka sangat ! Kalau boleh nak pakai hari2 hehehe

    ReplyDelete

Dunia ini terlalu indah. Hargailah selagi masih bernafas. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...