Assalamualaikummm...
Firstly, tolonglah terliur tengok gambar-gambar dessert yang sedap ni. Ya Allah, punyalah banyak dessert yang dihidangkan untuk fana masa sesi food tasting hari tu. Sambil sembang dengan Miss Nini (wakil daripada Chakri Palace Royal Thai Cuisine yang handle bahagian Marketing) sambil makan. Sedar tak sedar habis jugak fana makan. Sorang pulak tu! Hihihi. Bukan taknak jemput, Miss Nini yang taknak makan. Banyak kali dah fana pelawa. Fana jugak kena habiskan semua. Hahaha
HWAN by Chakri merupakan satu-satunya kiosk yang diperkenalkan oleh Chakri Palace Royal Thai Cuisine kepada umum. Kiosk yang terletak di Mid Valley ni menyediakan pencuci mulut yang sangat terkenal di Chakri Palace Royal Cuisine itu sendiri. Apa yang lebih menarik, menu pencuci mulut Thai ni tidak dijual dimana-mana dalam bentuk kiosk macam yang diperkenalkan oleh Chakri ni.
Hwan by Chakri di Mid Valley. |
Antara dessert yang dijual |
Antara banyak-banyak menu pencuci mulut yang dijual di HWAN by Chakri, fana sempat merasa Mango Sticky Rice, Mee Krob, Aiskrim Pulut Durian, Aiskrim Keladi, Red Ruby Water Chestnut dan Lemongrass with Honey (air serai campur madu). Semua sedap. Tolong la pergi serbu kiosk HWAN by Chakri ni.
Mee Krob (RM 4.90) |
Mee Krob ni sedap gila wey! Fana makan non-stop kot siap tapau bawak balik. Rasa dia manis pastu masam sikit. Macam makan beras goreng dengan kacang. Alah, memang sedap la kalau beli pastu korang nak smuggle pun boleh, letak dalam handbag bawak masuk wayang. Hahaha.
Red Ruby Water Chestnut (RM 5.90) |
Red Ruby Water Chestnut ni memang Chakri punya signature dessert lah. Siapa yang pernah pergi makan dekat Chakri dia akan biasa minum sebab memang selalu sangat ada lagi-lagi time buffet. Bagus untuk sejukkan badan. Rasa dia pun best. Senang cite korang pergi try sendiri la. Susah nak cerita bab-bab rasa ni.
Aiskrim Pulut Durian (RM 5.90) |
Di HWAN by Chakri, ada special menu untuk korang yang suka makan aiskrim. Ice-cream with Sticky Rice ni terdapat dalam 4 perisa. Kelapa, Keladi, Mangga dan Durian. Yang fana cuba masa sesi food tasting hari tu dua perisa iaitu Keladi (Yam) dan Durian. Yang ni fana memang akan beli lagi next time. Sedap kot makan aiskrim dengan pulut. Lagi-lagi aiskrim durian ni sebab apa tau, atas aiskrim tu ada isi durian. Memang real habaq hang. Hantu durian bila dapat makan aiskrim durian pun perasaan dia macam menang award berjuta-juta. Feel dia memang terbaik !
Aiskrim Keladi bersama pulut (RM 5.90) |
Pulut Mangga (RM 5.90) |
Mango Sticky Rice (Pulut Mangga) ni memang tak pernah mengecewakan. Antara dessert Thai yang paling fana suka. Sebab apa? Fana memang suka buah mangga, fana suka pulut. Bila dua-dua digabungkan pastu ada pulak santan sikit rasa dia memang pergh! Pulut dia manis pulak tu. Sedap sangat. T.T
Eh, engkorang yang tengok ni sure meleleh air liur tu. Haaa, apa lagi? Jom la ramai-ramai serbu kiosk HWAN by Chakri. Kat mana? Haaa, ni fana nak bagitahu. Kiosk HWAN by Chakri betul-betul dekat pintu masuk AEON BIG. Ataupun kalau korang tahu kedai Auntie Anne yang jual roti coklat sedap gila tu, ha HWAN berdekatan situ je. Kalau tak jumpa jugak engkorang call je fana. Hahaha.
Terima kasih sangat-sangat kepada Miss Nini dan Chakri Palace sebab sudi jemput fana rasa-rasa makanan di HWAN by Chakri. Kemain banyak lagi makanan untuk dirasa. Sampai kenyang fana kat situ. Hehehe. Miss Nini ni best. Dah macam kawan je. Siap boleh kongsi macam-macam cerita. Pasal runningman lagi la rancak kitorang sembang. Hahaha
Ini istimewa untuk korang, bagi setiap pembelian apa-apa dessert di HWAN by Chakri, korang akan diberikan AIR PERCUMA ! Beli dessert dapat air. Best gila! Untuk promosi pembukaan je ni tau. Ajak kawan-kawan sedara mara korang okay?
Lokasi :
LGC-28,
Mid Valley Megamall
(Near AEON BIG)
xoxo,
fana
Bestnyaaa. bila fana nak bawak ni :p
ReplyDeleteJom2! Nanti kita g sana okay? Rindu ida.
Delete